Tak terasa sudah satu minggu Aira berada di negara orang. Aira menghirup udara di balkoni biliknya. Dia bersyukur sangat ayahnya beli penthouse disini. At least dia ada tempat tinggal yang selamat. Lagipun dipenthouse yang dia tinggal ramai orang berjiran dengannya. Dia masih teringat yang ayahnya mahu membeli penthouse ditingkat atas sekali tapi di larang oleh ibunya. Katanya terlalu membazir walhal ditingkat bawah rumahnya sudah cantik. Bergaduh mulut ibu dan ayahnya untuk membeli rumah ditingkat atas. Tidak bercakap selama seminggu gara-gara itu. Aira tergelak kecil apabila teringat kenangan itu. Ayahnya memang suka membeli yang membuat anak-anaknya dapat hidup dengan senang tanpa memikiran apa-apa. Kalau boleh dia nak anak-anaknya hidup selesa. Angin yang sepoi-sepoi bahasa telah membuatkan mata Aira berair. Sungguh dia rindukan kenangan itu. Tapi nak buat macam mana. Itu sudah takdirnya hidup seorang diri.
TING TONG!
Loceng rumah Aira berbunyi. Aira menuju ke arah tv kecil untuk melihat siapa diluar rumahnya. Sudahlah jam 10 malam. Siapalah main loceng malam-malam buta macam ni. Aira melihat tiada orang diluar rumahnya. Aira berjalan ke arah pintu, baru dia hendak membuka tombol pintu jantungnya berdegup dengan laju. Dia berasa tidak sedap hati. Dia membatalkan niatnya untuk membuka pintu. Dia berlalu pergi dari situ. Secara tiba-tiba ada satu sampul berwarna coklat terkena kakinya yang dibaling dari bawah pintu rumahnya. Terkejut Aira. Sampul itu diambil dan dibuka. Ternyata ada sepucuk surat. Aira membaca surat itu. Semakin laju jantungnya berdegup. Kata-kata Alex dimalam dia berjumpa terngiang-ngiang.
"Bapak kau jual kau dekat Taiko sebelum dia mampus! Mesti kau tak sangkakan bapak kau jual kau dekat Taikokan? Bapak kau tu memang jahat dari dulu. Padahal banyak je anak dia. Tapi kau juga yang dia jual. Nasib kau lah. Sampai bila-bila kau akan kena kejar dengan gangster sebab bapak kau jual kau dekat Taiko." Terkejut Aira mendengarnya. Dia tidak sangka ayahnya berbuat hal yang sedemikian. Sukar untuk dia percayai kata-kata Alex.
"Mesti kau tak percayakan? Hakikatnya dia memang jual kau untuk bayar hutang dia," sambung Alex lagi. Aira betul-betul terkedu.
"Kalau dia jual aku. Kenapa kau bunuh keluarga aku?! Kau cakap ayah aku jual aku. Jadi kenapa kau bunuh juga keluarga aku?!" Pekik Aira sekuat hati seraya menolak badan sasa Alex.
"Kau nak tahu kenapa? Sebab bapak kau tu tak pernah bawa kau pergi jumpa Taiko. Sebab tu Taiko bagi arahan untuk bunuh keluarga kau termasuk kau. Kau pula selamat dapat lari. Jadi Taiko nak kau balik," jelas Alex dengan senyuman jahat.
"Keluarga aku pun dah matilah kau bunuh! Kau nak apa lagi?" Sakit dadanya gara-gara terlalu marah. Alex mencengkam pergelangan tangan Aira.
"Kalau kau mati sekali baru hutang selesai. Selagi kau tak mati, selagi tu kau kena bayar. Kau faham tak?!" Kali ini Alex yang pula jerit pada Aira. Terhenjut bahu Aira gara-gara jeritan Alex.
"Bapak aku hutang berapa? Kau bagitahu aku. Biar aku bayar, sekali dengan bunga aku bagi," balas Aira dengan nada mendatar. Penat dah dia mahu jerit-jerit. Alex tertawa.
"Kau nak bayar? Kau nak bayar pakai apa? Pakai badan kau ke?" Alex senyum jahat seraya mendekati Aira. Aira menapak ke belakang perlahan-lahan.
"Kau ingat aku semurah tu ke? Aku boleh bayar lah. Kau cakap dengan aku sekarang." Aira memberanikan dirinya untuk membalas kata-kata Alex.
"Bapak kau hutang dengan kitaorang RM1 juta. Itu dah termasuk dengan bunga. Macam mana? Mampu tak, nak bayar?" Alex senyum mengejek. Aira menganggukkan kepalanya.
"Aku mampu. Esok aku bayar dekat kau. Aku takkan bayar dengan badan aku. Aku tak semurah tu," balas Aira. Alex senyum mengejek.
"Esok kau bayar dekat aku. Aku bawak dengan boss aku si Malik," beritahu Alex.
Belum sempat lagi dia mahu bayar hutang itu, Alex sudah ditangkap dengan polis. Sekarang pula dikenakan hukuman gantung. Aira mengenggam sampul itu dan membuangnya ke tong sampah. Dia patut selesainya dengan cepat. Telefonnya yang berada dimeja dapur dicapai. Nombor telefon Haikal didail. Saat ini dia cuma mempercayai Haikal sahaja. Memang tiada orang lain selain Haikal. Malas dia mahu menganggu Zafran sejak sudah menjadi 'tunangan orang'. Kalau kawannya Sarah tidak memberitahu tentang pertunangan Zafran dan Jasmin mesti dia tidak tahu sampai sekarang. Tapi dia tidak salahkan keluarga Zafran. Mesti keluarga Zafran fikir tentang perasaan Aira disini. Jadi dia tidak salahkan sesiapa dalam cerita ini.
Aira menelefon Haikal. Tidak lama kemudian panggilannya diangkat.
"Assalamualaikum Karl," ucap Aira dihujung talian.
"Waalaikumusalam. Kenapa tu Zara?" Aira menghelakan nafas berat.
"Maaf Karl terpaksa susahkan Karl. Aira baru dapat surat dari orang atasan Alex. Dia cari Aira sampai ke sini. Dia jumpa rumah Aira kat sini. Aira pun tak tahu macam mana diaorang jumpa," beritahu Aira kepada Haikal. Terkejut Haikal mendengarnya. Ingin sahaja dia pergi ke Canada sekarang untuk lindung Aira.
"Zara okey tak tu? Zara ada kat mana? Surat tu cakap pasal apa?" Cemas pula Haikal mendengarnya cerita Aira tadi. Aira membuka kembali surat tadi.
"Aira okey. Surat tu cakap yang dia akan cari Aira sampai ke lubang cacing walaupun Aira lari ke lubang cacing. Dia ada cakap lagi dalam ni, orang-orang dia ada dekat sini," balas Aira. Makin cemaslah Haikal mendengarnya.
"Aira call Karl ni nak minta tolong. Hari yang Alex kena tangkap tu, Alex cakap cara untuk habiskan hutang tu dengan membayar hutang dan bunga dekat boss dia. Nama boss dia tu Malik. Arwah ayah hutang dengan dia 1 juta. Sebagai cagaran dia jual Aira dekat Taiko tu. So sebab tu Taiko tu cari Aira lagi. Sebab Aira je yang hidup. Aira pula jadi cagaran diaorang. So nak langsaikan hutang dia kena bayar duit tu. Aira akan transfer ke bank Haikal. Nanti Haikal tolong keluarkan duit tu dan bayar dekat diaorang boleh tak? Bawalah Zafran kalau tak berani pergi sendiri. Bawa ramai orang sikit. Pergi secara mengejut. Nanti Aira hantar alamat," jelas Aira panjang lebar. Haikal meramas rambutnya.
"Banyak tu Zara jumlah dia. Zara ada ke duit untuk belanja nanti kat sana?" Soal Haikal. Risau.
"Ada. Jangan risau. Aira ada buat simpanan banyak masa arwah ayah bagi duit simpanan dulu. Aira tak guna pun lagi. Ni baru nak guna," balas Aira.
"Kalau Zara cakap macam tu. Transfer lah nanti duit tu. Esok Karl bayar dekat boss diaorang," balas Haikal.
"Terima kasih Karl. Anyways, cakap congrats dekat Zafran. Tak sangka dah jadi tunang orang." Hujung ayatnya membuatkan dia rasa sedih. Orang yang dia cintai sudah bertunang.
"Macam mana Zara tahu?" Soal Haikal kehairanan. Aira tertawa kecil.
"Kawan Aira lah bagitahu. Sarah tu. Dia ada datang masa majlis tunang Zaf tu. Dia lah bagitahu Aira," jawab Aira.
"Sorry Zara sebab tak bagitahu. Kitaorang tak sampai hati nak bagitahu. Lagipun Zara pergi sana sebab nak lupakan Zaf. Apa-apa pun bulan depan Zaf nikah." Serba salah Haikal mahu memberitahu Aira.
"Awalnya. Tak sempat lah nak tengok Zaf bersanding kat atas pelamin." Aira mencuba bergurau untuk tutup kesedihan. Walaupun sudah seminggu disini. Dia masih tidak dapat lupa Zafran sepenuhnya. At least, lepas dah dapat tahu Zafran sudah bertunang dan mahu menikah bulan depan dia sudah boleh cuba move on perlahan-lahan dari Zafran. Sungguh, dia memang tidak dapat lupakan Zafran. Zafran lelaki yang terlalu baik untuk dia. Dimana dia perlukan seseorang, Zafran ada bersamanya. Saat dia kesunyian, Zafran menceriakan harinya. Zafran terlalu baik untuk dia. Hampir masuk 5 tahun dia simpan perasaannya terhadap Zafran. Tapi dia tidak sangka pengakhirannya begini.
"Okey lah Karl. Aira nak tidur. Sekejap lagi Aira transfer dekat Haikal. Esok Haikal boleh dah hantar duit tu dekat dia. Kalau diaorang tolak, Haikal jumpa Taiko dia. Mana tahu boleh berunding." Aira memberi cadangan.
"Okey boleh. Selamat malam Aira Zahra," ucap Haikal. Terkedu Aira mendengar Haikal menyebut nama penuhnya.
"Terima kasih sekali lagi ya Karl. Assalamualaikum," balas Aira.
"Sama-sama. Waalaikumusalam." Haikal menamatkan panggilan mereka. Aira berjalan menuju ke ruangan tidurnya. Dia merebahkan diri didada katil. Suara Haikal yang menyebut nama penuhnya tadi terngiang-ngiang.
"Aira Zahra." Aira tersenyum sendiri apabila mengingati cara Haikal mengatakan namanya. Aira membuka telefonnya dan transfer duit not 1 juta kepada bank Haikal.
Sesudah transfer kepada Haikal. Aira memberitahu Haikal yang dia sudah transfer duit itu. Alamat tempat itu juga dihantar. Semoga hidupnya selepas ini aman dan damai. Bismillahirahmanirahim.
kita buka sikit bab Haikal dan Aira. Happy Reading!
Share this novel