"I..I..I," Jasmin cuba menjawab tapi tidak mampu apabila langkah Haikal mendekatinya.
"Kau buat apa dalam bilik aku ni betina?!" Tanya Haikal dengan nada yang tinggi.
"Bukan you tidur ke tadi?" Soal Jasmin pula dengan muka takut. Seriau dia!
"Asal kalau aku tidur pun. Kau nak buat apa? Kau nak perangkap aku ke? Kau jangan bodohkan aku Min. Kau ingat aku tak tahu ke, kau isi ubat dalam air aku tadi. Aku rasa mesti kau nampak aku minum. Sebab tu kau berani masuk bilik aku ni kan?" Semakin jauh langkah Jasmin dari Haikal. Haikal mendekatinya.
"I..I tak sengaja," balas Jasmin. Membulat mata Haikal mendengar jawapan Jasmin.
"Tak sengaja kau cakap?!" Haikal mencekak baju Jasmin.
"Kau jangan fikir aku bodoh Jasmin. Kau ingat aku tak tahu kau cuba nak perangkap aku? Kau nak suruh aku jadi pak sanggup kau ke?" Soal Haikal lagi. Terkejut Jasmin dengan perkataan 'pak sanggup' itu.
"Apa maksud you? Pak sanggup?" Jasmin menyoalkan kembali soalan kepada Haikal. Haikal tertawa.
"Kau ingat aku bodoh ke Min? Kau ingat aku tak tahu ke kau pergi mana sebelum ni? Walaupun aku tak berminat dengan kau, tapi ada aje yang menyampaikan kat aku. Nak-nak pula kau tu nak jadi bakal adik ipar aku. Ramai bagitahu aku semua maklumat kau," jelas Haikal. Cuak muka Jasmin.
"Asal? Kau takut?" Soal Haikal lagi dengan muka menyeringai.
"So betul lah kan apa yang aku cakap? Kau memang nak suruh aku jadi pak sanggupkan? Kau memang takde niat nak kahwin dengan adik aku kan? Kau masuk keluarga aku semata-mata untuk dapatkan aku. But sorry to said. Aku tak suka perempuan yang dah kena tebuk tupai." Haikal menarik baju Jasmin supaya keluar dari biliknya. Haikal menolak Jasmin sehingga jatuh ke atas lantai. Butang bajunya dipakaikan kembali.
"Kau jangan nak biadap Jasmin!" Tengking Haikal sekuat hati. Jasmin memeluk kaki Haikal. Ketika itu juga lah, semua ahli keluarga Haikal keluar dari biliknya. Bising mendengar suara Haikal yang tinggi itu.
"Kenapa ni?" Soal Zafran apabila dia melihat bakal isterinya itu memeluk kaki Haikal. Haikal memandang Jasmin. Jasmin menangis seraya menggelengkan kepalanya.
"Kau ada fikir tak perasaan aku ha? Kau tahu kan aku tak pernah suka kau. Kenapa kau buat macam tu?" Kata Haikal perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang dapat dengar.
"Please Karl, jangan buat I macam ni," rayu Jasmin dengan suara yang sengaja dikuatkan. Tiba-tiba otaknya mendapat satu idea.
"You dah enjoy dengan I tadi. Sekarang you taknak bertanggungjawab?" Membulat mata Haikal. Terkejut ahli keluarga Haikal mendengarnya.
"Karl. Karl buat apa ni?!" Marah Encik Sha'ari. Terduduk Zafran. Haikal menepiskan Jasmin dari kakinya.
"Kau cakap apa ni bodoh?! Kau cakap aku enjoy dengan kau? Tadi? Kau ingat aku hadap ke dengan kau? Kau tahu kan aku tak pernah suka kau!" Marah Haikal. Merah padam mukanya. Haikal memandang muka ahli keluarganya.
"Dia masuk bilik Haikal tadi. Dia buka butang baju Haikal. Karl tak tahu dia nak buat apa dengan Karl kalau Karl tak halang tadi. Tadi sebelum Karl masuk bilik, Karl nampak dia isi ubat dalam air Karl. Kalau akak tak percaya, akak boleh pergi dapur ambil cawan yang Haikal letak tepi rak pinggan." Haikal berharap sangat keluarganya akan berpihak kepadanya. Nisa terus menuju ke dapur. Dia melihat cawan ditepi rak pinggan seperti yang dikatakan oleh Haikal. Nisa membawa cawan itu ke hadapan mereka semua.
"Tu cawannya. Akak boleh tengok dalam tu ada ubat yang dia letak. Memang akak takkan nampak. Kalau akak minum mesti rasa effect. Kalau tak percaya akak boleh minum. Karl rasa tu ubat tidur," sambung Haikal lagi untuk meyakinkan ahli keluarga dia. Cuak muka Jasmin. Cepat-cepat dia berdiri dari kaki Haikal.
"Karl tipu. Karl fitnah Min!" Jerit Jasmin sekuat hati dengan airmata jatuh bercucuran. Haikal mencengkam kemas dagu Jasmin.
"Kau diam Jasmin! Jangan sampai aku bongkarkan semuanya malam ni," ugut Haikal. Sikit pun Jasmin tidak rasa takut. Dia yakin Haikal tidak mampu berbuat apa-apa.
"You takkan boleh buat apa-apa Karl," balas Jasmin. Haikal melepaskan cengkaman seraya menuju ke biliknya. Haikal mencapai file yang penuh dengan helaian kertas serta gambar yang dia dapat dari kawannya. Haikal keluar semula dari biliknya seraya membuka fail itu dihadapan keluarganya.
"Fail apa ni Karl?" Soal Alia kehairanan. Tak pernah pula dia melihat adiknya menyimpan fail sebegitu. Haikal mengambil kepingan kertas lalu melemparkan ke muka Jasmin.
"Ni bukti aku yang aku tak perlu bertanggungjawab." Jasmin mengambil helaian kertas tersebut. Membulat matanya membaca isi kandungan kertas tersebut.
"Kau dah berapa kali gugurkan kandungan?" Tanya Haikal. Jasmin tidak mampu memandang muka Haikal.
"Hei pandang aku," arah Haikal. Jasmin lambat-lambat memandang Haikal. Alia mengambil helaian kertas tersebut. Dia juga terkejut dengan apa yang ditulis diatas kertas itu. Surat hospital yang mengatakan dia mengandung dan membuat permohonan untuk digugurkan. Haikal mencampakkan kepingan gambar Jasmin dibilik hotel bersama teman lelakinya yang sedang berselimut tanpa seurat benang.
"Bukan aku yang enjoy dengan kau Jasmin. Tapi orang lain. Sekarang ni kau cakap aku enjoy dengan kau. Sorry to say, aku dari dulu tak suka dekat kau. Kau tak pekak masa aku reject kau dulu." Jasmin tidak sangka yang Haikal akan bertindak sejauh ini. Salah dia juga, siapa suruh mencabar Haikal.
"Min, awak.." kecewa nada Zafran memanggil Jasmin. Semua mata teralih kepada Zafran.
"Sampai hati awak buat macam ni dekat saya," sambung Zafran lagi.
"Awak.." belum sempat Zafran menghabiskan kata-katanya Jasmin terus memotong.
"Cukup Zaf. Alang-alang semua dah tahu biar saya cakap yang jujur. Zaf, I tak pernah cintakan you. I just nak permainkan sahaja cinta you semata-mata untuk dapatkan Haikal. Cawan yang kak Nisa pegang tu. Yes, memang I letak ubat tidur untuk perangkap Haikal supaya I dapat kahwin dengan dia esok. Bukan dengan Zaf. Gambar dan kertas yang korang tengok tu. Semuanya betul. For your information Haikal, I berubah ke arah tu bukan sebab you. Pilihan I sendiri. Alang-alang you ingat I ubah sebab you, I sambung aje lah plan I tu untuk menipu you. Bagi you tu serba salah. Tapi sikit pun you tak kisah." Terkejut semua yang mendengarnya.
"Kau memang tak tahu malu kan perempuan," marah Alia. Sudah lama dia pendam perasaan dia ini. Akhirnya dapat juga dia luahkan.
"Family you ni Zaf terlalu strict. I rimas tahu tak nak pakai tudung. I ni bukannya alim mana. You pula tak habis-habis nak paksa I suruh pakai tudung. I lebih suka free hair and pakai pakaian seksi, baru lah my taste," sambung Jasmin lagi. Dia tergelak kecil. Sikit pun dia tidak menyesal dengan tindakkannya. Jasmin mencabut cincin tunangnya pada jari manisnya lalu mencampakkannya pada muka Zafran.
"I tak hadap nak dengan you. You je terhegeh-hegeh nak dekat I. Ada orang nak dekat you, yang ikhlas dekat you, you tinggal buat apa? Padan lah muka tu." Alia menampar pipi Jasmin.
"Kau jangan nak biadap! Kau jangan hina adik aku macam tu. Kau siapa nak cakap macam tu dekat adik aku? Kau better cermin diri kau dulu sebelum mengata orang lain. Perangai tak semenggah!" Herdik Alia. Jasmin ingin menampar kembali pipi Alia. Namun ditahan oleh Haikal.
"Kau tampar kakak aku, aku tampar kau sampai pecah bibir tu," ucap Haikal dengan nada serius. Gerun pula Jasmin. Kalau Haikal buat betul-betul nanti naya dia!
"Kau dah boleh keluar dari rumah ni malam ni. Nak jadi apa kat kau aku tak kisah," sampuk Encik Sha'ari pula. Alia terus menuju ke biliknya untuk mengambil barangan Jasmin. Terkumat-kamit mulutnya mengata Jasmin. Tidak lama kemudian, Alia keluar kembali dengan membawa 2 beg bagasi lalu dilemparkan ke lantai.
"Dasar mak bapak tak ajar adab," kata Alia. Mencerlung matanya memandang Jasmin. Jasmin senyum mengejek.
"Walaupun I tak dapat Haikal. At least I dah rosakkan everything. Goodluck for you guys! Buat lah kenduri without pengantin perempuan. Kalau nak pengantin perempuan, boleh lah panggil semula perempuan yang dekat luar negara tu untuk gantikan I. Apa tu nama, Aira?" Kata Jasmin bersahaja. Haikal menghampiri Jasmin.
"Kau tak layak nak sebut nama dia dengan mulut jijik kau tu. Kau dengan dia bagai langit dengan bumi. Dia lebih jauh baik dari kau. Kau tak setanding dia," balas Haikal. Jasmin tergelak kecil.
"Do I care?" Tersenyum puas dia melihat muka Haikal yang sudah merah padam itu. Jasmin mengambil beg bagasinya seraya menuju ke pintu rumah. Jasmin menoleh ke belakang.
"Zaf, jangan sedih sangat. Risau mata bengkak nak hadap tetamu esok," perli Jasmin dan lalu pergi meninggalkan rumah itu. Zafran terduduk diatas lantai. Argh! Dia menyesal! Menyesal dengan semua perbuatannya. Dia menyesal menolak Aira gara-gara perempuan itu. Dia menyesal tidak mendengar kata Haikal dan seluruh keluarganya. Zafran menangis semahunya.
"Kak, adik menyesal. Adik menyesal dengan semua perbuatan adik. Lagi-lagi masa adik tolak Aira. Serba salah tu tak pernah hilang kak," ucap Zafran dengan airmata tidak berhenti bercucuran. Nisa memeluk Zafran.
"Dah jangan nangis," pujuk Nisa.
"Adik nak Aira kak. Adik rindukan Aira. Hari ni hari jadi dia kan? Panggil dia balik kak," kata Zafran lagi. Terkejut Alia mendengarnya. Mabuk gamaknya adiknya ini.
"Kalau Aira balik sekali pun. Dia nak ke dekat adik balik? Dia pun pergi sana sebab adikkan? Adik pun tahu tu," balas Nisa. Dia cuba menenangkan Zafran. Bahu Zafran ditepuk lembut. Hanya esakkan yang membalas kata-kata Nisa.
so saya taknak laa buat cerita yang macam Zafran musuh dengan Haikal. Taknak macam tu. So saya simplekan novel saya ni. Sebab saya takut bila jadi bab tu, ia akan susahkan untuk sambung bab seterusnya. Happy Reading!
Share this novel