BAB 11

Romance Series 38981

"Lamanya you jog," tegur Alisya apabila Jasmin menghampiri meja makan rakan-rakannya. Jasmin menjeling kawan-kawannya.
"You kenapa emo ni? Selalunya you ni pergi ceria balik ceria. Jarang you balik jog pergi happy balik murung macam anak tenuk ni," sambung Alisya lagi. Jasmin mendongkol geram. Sudahlah dia sakit hati dengan Haikal. Kawannya pula langsung tidak menjaga hati.
"Ingat Zarif?" Jasmin membuka perbualan.
"Zarif mana?" Soal Faiz yang sedang menyisip air sirap limau itu.
"Ala Haikal Zarif tu," kata Jasmin lagi seraya mengambil air kawannya lalu diteguk. Selamba!
"Ohhh yang tu," balas Faiz. Alisya masih lagi bingung dengan manusia bernama Haikal Zarif ni. Familiar tapi dia masih tidak ingat. Slow lah Alisya ni!
Melihat muka Alisya yang masih berfikir itu. Faiz mencuit lengan Alisya lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Alisya.
"Yang reject Min dulu tu. Mamat yang famous satu sekolah tu lah," bisik Faiz. Alisya terkejut.
"Haikal? Haikal Sha'ari?" Tidak lama kemudian Alisya tergelak.
"Yang reject kau tu ke?" Dia sambung gelak lagi. Jasmin menendang kaki Alisya dibawah meja dengan sekuat hati.
"Kau jangan nak repeat benda lama. Tu sejarah aku dengan dia. Kau jangan nak ungkit. Lepas dia reject tu lah hidup aku macam ni tau," tegas Jasmin.
"Ha asal dengan mamat tu? Kau jumpa dia ke tadi?" Alisya menduga. Jasmin mengangguk. Sekali lagi Alisya gelakkan Jasmin.
"Macam mana perasaan kau setelah 6 tahun tak jumpa?" Soal Alisya seraya menyisip air kosong. Haus pula tekak dia gelakkan Jasmin.
"Aku agak terkejut dengan perubahan dia. Dulukan dia handsome. Sekarang makin handsome," balas Jasmin. Jasmin merapatkan kerusi dengan meja itu. Lalu dia mendekatkan muka dia ditengah meja itu.
"Tapi tu lah muka handsome pun. Still lagi single," ketawanya dihamburkan. Alisya dan Faiz ikut Jasmin gelak.
"Berkat dia reject kau kut. Sampai sekarang single tu," kata Alisya. Berubah muka Jasmin. Pantang dia mendengar perkataan 'reject' ini. Melihat Jasmin sudah berhenti ketawa Alisya dan Faiz hentikan ketawa mereka juga.
"Kau minta nombor dia ke tadi?" Tanya Faiz pula. Jasmin mengangguk.
"Lepastu? Apa jadi?" Soal Faiz lagi dengan muka ingin tahu.
"Lepastu dia sound aku. Sebab time tu dia tinggal aku kat belakang. Aku kejar lah dia nak minta nombor. Sekali dia sound aku. Terasa aku. Aku pun bla je lah," cerita Jasmin. Alisya menggelengkan kepala.
"Nak mengata aku lah tu," Jasmin menjongketkan bibirnya.
"Bukan nak mengata babe. Tapi aku rasa sedih. Dari dulu lagi kau kena tinggal dengan dia. Ish ish," balas Alisya dan gelak kembali. Gembira betul dia kenakan kawannya itu. Merah padam muka Jasmin. Senang sahaja mahu melihat muka Jasmin yang merah itu kerana kulitnya yang putih gebu telah bocorkan rahsia tuan badan.
"Dah lah kau. Aku balik dulu lah," rajuk Jasmin dan menyisip air kosong milik Alisya.
"Merajuk dengan aku, tapi air aku juga kau rembat," selamba sahaja Alisya berkata begitu. Jasmin bulatkan mata dia dan letakkan duit not rm50 di atas meja.
"Nah, berkira sangat dengan aku. Air kosong pun berkira huh," balas Jasmin dan berlalu dari situ.
"Rezeki kita lah Sya. Jimat duit aku dengan kau untuk makanan hari ni," kata Faiz tiba-tiba. Alisya dan Faiz gelak bersama.

Mendengar deruan enjin Myvi masuk ke perkarangan rumah sudah tahu bahawa yang pulang itu Haikal.
"Assalamualaikum," ucap Haikal apabila kakinya menjejak pintu masuk.
"Waalaikumusalam," balas Nisa. Haikal terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Dia merebahkan dirinya ke dada katil. Tangan kanannya diletakkan atas dahi. Dia teringat pertemuan dia bersama Jasmin tadi. Tidak sangka Jasmin berubah begitu sekali. Memang dia tahu Jasmin berubah ke arah itu gara-garanya. Tapi dia tidak tahu pula sampai ke arah itu. Tapi boleh sahaja Jasmin itu berfikiran cerdas. Fikir halal haram. Malas dia mahu berfikir pasal Jasmin dia memejamkan matanya.
Baru dia hendak lena, pintu biliknya diketuk. Siapa pula ni? Bisik hati kecilnya. Dia bangun malas untuk berjalan ke arah pintu biliknya. Kelihatan muka Nisa dimuka pintunya.
"Akak nak cakap sesuatu sikit dengan Haikal," Nisa masuk bilik Haikal tanpa izin Haikal. Nisa duduk dibirai katil Haikal. Haikal mengambil tempat disebelah kakaknya.
"Karl ada masalah ke?" Tanya Nisa untuk membuka perbicaraan mereka.
"Tiada lah pula. Kenapa kak?" Nisa menghelakan nafas berat.
"Akak tahu adik akak ni ada masalah. Kakak bukan kenal Karl semalam. Dah 23 tahun akak kenal Karl. So cerita dekat akak apa masalahnya," balas Nisa. Haikal tergelak kecil.
"Betul kak tiada apa. Akak jangan risau. Karl bukan budak kecil," jawabnya. Walaupun dia ingin bercerita tentang masalahnya kepada Nisa. Tapi dia tahu, kakaknya akan menyokong Zafran dan akhirnya dia juga akan mengalah.
"Bukan sebab Aira?" Soal Nisa. Dia menepuk lembut bahu adik ketiganya.
"Bukan lah. Kenapa pula sebab Zara?" Bohongnya. Haikal berdiri dan menarik tangan kakaknya untuk keluar dari bilik itu. Dia malas berbalah tentang ini. Biarlah dirinya sahaja tahu tentang dirinya saat ini. Andai nanti mereka tahu masalah dirinya. Biarlah suatu hari nanti jangan sekarang.
Haikal menutup pintu bilik dan merebahkan dirinya kembali diatas dada katil. Sekali lagi dia cuba memejamkan matanya tapi tidak berjaya apabila telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Haikal mencapai telefon yang berada disebelahnya dan membuka aplikasi WhatsApp. Matanya yang mahu tidur tadi menjadi segar apabila mendapat mesej dari Aira.

Karl, keluar kejap boleh? Saya ada benda nak bincang dengan Haikal ni. - Aira.

Laju sahaja tangannya menaip.

Ok, boleh. Tunggu sekejap ya. - Haikal. Tidak menunggu lama dia keluar dari bilik itu. Dia melihat Aira menunggunya disofa ruangtamu. Meleret senyumannya. Haikal menghampiri Aira.
"Kenapa Zara?" Soal Haikal dan mengambil tempat disebelah sofa Aira.
"Zaf ada cakap apa-apa?" Soal Aira balik. Dengar sahaja nama adiknya disebut. Moodnya tiba-tiba tiada.
"Pasal apa tu?" Masih beriak biasa supaya tidak disedari oleh siapa-siapa. Nasib kau lah Haikal!
"Pasal esok yang kena pergi balai tu," balas Aira. Haikal mengangguk. Dia fikir Aira mahu membahas tentang adiknya. Adiknya suka makanan apa, minuman apa. Ternyata tidak. Negatif sangat lah kau ni Karl!
"Ohh yang itu. Ada Zaf cakap. Tapi dia kata nak bincang balik bila Karl balik. Batang hidung dia pun tak nampak," mata Haikal melilau mencari adiknya di dalam rumah itu, tapi tiada. Kemana pula Zafran Hazim ni pergi?
"Zaf takde. Dia ada kat belakang rumah tolong kak Lia kutip buah kelapa tua yang gugur. Tadi Aira nak tolong diaorang tak kasi," terang Aira. Haikal mengangguk.
"Esok polis nak jumpa Aira. Tapi dia suruh bawa saksi. So, Aira nak bawa lah Zaf dengan Karl untuk jadi saksi. Sebab Karl and Zaf saksi utama kejadian malam tu," sambung Aira lagi. Haikal mengangguk faham. Dia bukan tiada niat untuk menjawab tapi style dia. Dia lebih suka orang habis bercakap baru dia menjawab. Kecuali Jasmin tadi.
"Esok kita pergi dalam pukul 10 macam tu," kata Aira lagi. Melihat kebisuan Haikal, Aira pun membisukan dirinya. Haikal pelik kenapa Aira tidak bercakap lagi.
"Kenapa Aira?" Soal Haikal. Aira mengeluh. Wajah Haikal dipandang. Haikal jadi segan pula apabila Aira memandangnya begitu.
"Karl tu lah, Aira tengah bercakap Karl senyap aje," beritahunya. Haikal tergelak kecil. Pasal itu rupanya. Ingatkan apa lah tadi.
"Karl malas nak menyampuk. Sebab tu bagi Zara habis cakap dulu," balasnya. Melihat muka Aira yang masam itu, Haikal menghamburkan ketawanya. Lagi masam muka Aira apabila Haikal mentertawakannya.
"Amboi, sakan gelak. Cerita pasal apa tu?" Tegur Alia yang sudah pulang dari mencari kelapa tua bersama Zafran.
"Tiada apa pun angah. Zara ni yang panggil Karl tadi. Sebab dia kata nak bincang pasal polis yang suruh dia datang esok tu," beritahu Haikal. Melihat wajah Zafran, Aira segera mengalihkan wajahnya. Zafran mengeluh.
"Dik! Meh sini. Tadi kata tunggu Karl balik nak bincang sama-sama," panggil Haikal. Zafran menggeleng.
"Aira dah bagitahu tu. Malas lah adik nak bagitahu balik. Benda sama aje adik nak bagitahu," balas Zafran dan menuju ke dapur.
Dia meneguk air putih 2 cawan. Haus gila! Satu teguk untuk dahaga. Satu lagi teguk untuk kekecewaan Aira yang tidak mahu memandangnya tadi. Apa patut aku buat ni?

oke done bab 11. Saya curi masa sikit utk publish. Tengok orang lain publish novel, rasa nak update juga. Lagi satu mcm trgantung kalau biar lama. Takpe, exam pun saya akn cuba bagi masa untuk update. Okay? Happy reading. So skrang mari sambung baca kisah Zafran dan Aira skrang ni. Betul ke Aira nak duduk luar negara? Adakah Jasmin tu jahat? Atau dia tu baik? Adakah Zafran dahagakan cinta Aira nanti? Semuanya akan terjawab dibab akan datang. Happy Reading !!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience