BAB 38

Romance Series 38981

Aira menghampiri Nisa yang sedang menyapu daun kering dibelakang rumah.
"Ada apa-apa yang Aira boleh tolong?" Soal Aira. Nisa menoleh.
"Aira pergi ambil lighter dekat atas rak and then bakar daun kering ni," jawab Nisa. Tidak bertunggu lama, Aira masuk ke ruangan dapur dan mengambil lighter diatas rak mengikut arahan Nisa tadi dan kembali semula untuk membakar daun kering. Aira cuba menghidupkan api tapi tidak berjaya. Aira cuba untuk kali yang kedua masih tidak berjaya. Aira melihat gas dilighter. Ada aje lagi. Banyak lagi gasnya. Aira cuba hidupkan lagi buat kali ketiga tapi masih tak boleh.
"Boleh tak tu Aira?" Tanya Nisa. Aira yang sedang mencangkung itu menoleh.
"Tak lepas lah kak. Ni dah kali ketiga Aira cuba buat tapi tak lepas. Aira dah check gas lighter ni, ada aje lagi. Banyak aje. Apa yang tak hidup pun Aira tak tahu," jawab Aira.
"Zara mana tahu apa-apa. Tahu makan aje," sampuk Haikal. Aira memuncungkan bibir. Haikal mengambil lighter ditangan Aira tanpa bersentuhan. Aira sedikit tersentak dengan tindakan Haikal. Dengan sekali percubaan sahaja Haikal berjaya menghidupkan api dan bakar semua daun kering itu. Haikal memberikan riak bangga kepada Aira. Aira mencebik.
"Macam tu, kuat sikit petik tu. Bukan petik lembut-lembut, memang tak lah nak hidup. Kalau macam tu sampai tahun depan lah Aira duk petik lighter tu. Silap-silap gas pun habis," bebel Haikal. Aira mencebik.
"Bebel-bebel macam pakcik," balas Aira. Membulat mata Haikal seraya ketawa kecil.
"Amboi mulut tu, biasa ni," bidas Haikal. Aira ketawa kecil dan menolong Nisa menyapu daun kering.
"Dah hidup api?" Tanya Nisa. Aira mengangguk kepalanya.
"Boleh pun buat," kata Nisa lagi. Aira tersenyum kecil.
"Haikal yang buat kak hehe." Ketawa kecil Nisa mendengarnya. Ada backup rupanya yang tolong menyalakan api tu. Nisa memandang Aira.
"Aira dengan Karl ada apa-apa ke yang akak tak tahu?" Cepat sahaja Aira menggelengkan kepala. Dia tidak bersiap sedia lagi untuk memberitahu.
"Iya ke? Lain macam aje akak tengok. Semalam akak terdengar korang berborak waktu sarapan semalam. Akak dengar pasal kahwin aje. Siapa yang nak kahwin? Haikal atau Aira?" Soalan ditajukan sekali lagi. Mati akal rasa Aira sekarang ini.
"Saya panggil Haikal jap. Dia tahu semua jawapan tu," jawab Aira dan memanggil Haikal yang sedang mengait buah rambutan. Mendengar panggilan Aira, Haikal menghampiri mereka berdua.
"Akak tanya lah Karl," kata Aira. Soalan Aira kini dituju kepada Haikal pula. Haikal memandang Aira.
"Beritahu aje lah, nanti diaorang tahu juga," kata Aira.
"Kita orang bercinta. Ayah cakap suruh buat majlis cepat sikit. Kami rancang bulan depan bertunang. Setahun lepas tu baru kahwin," beritahu Haikal. Terkejut Nisa dibuatnya.
"Kalau nak buat bulan depan, kenapa baru beritahu hari ni? Kena buat persiapan dah dari sekarang ni Karl." Hampir sahaja Nisa mahu marah kepada mereka berdua, tapi dia faham, mereka perlukan privasi untuk seketika sebelum memberitahu. Ini pun berita sangat mengejut. Mereka berdua hanya menundukkan kepalanya melihat ke tanah.
"Takpa, akak tak marah pun. Cakap aje. Nanti akak bincang dengan ayah dan Yaya macam mana. Ni dah bagitahu Yaya belum?" Mereka berdua menggeleng kepala dengan serentak. Nisa menghela nafas dengan perlahan dan menggeleng kepalanya.
"Nanti cerita dekat Yaya. Dah pergi masuk dalam, jumpa Yaya cerita kat dia," suruh Nisa. Mereka berdua akur dan masuk ke dalam rumah tanpa menjawab sepatah pun. Mereka berjumpa dengan Yaya yang sedang seronok menonton drama korea dan menikmati popcorn.
"Kenapa?" Tanya Alia. Haikal memberitahu perkara sebenar kepada Alia. Hampir tersembur popcorn dalam mulut.
"Seriuslah?! Bulan depan? Biar betul? Kenapa beritahu sekarang?" Bertalu-talu soalan yang diberi. Dia tak marah, cuma dia terlalu seronok. Kenyataan dia untuk buat Aira jadi adik ipar menjadi kenyataan. Alhamdulillah.
"Sorry tau Kak Lia sebab tak beritahu awal," kata Aira. Alia memegang tangan Aira dan menggeleng perlahan.
"Takpa, Kak Lia tak kisah pun. Alhamdulillah bersatu juga korang. Kak Lia ingat Haikal takkan dapat curi hati Aira. Pandai Haikal buat kerja senyap-senyap." Sempat lagi dia memerli adik dia.
"Cakap aje lah korang nak apa, nanti Yaya prepair kan semua sekali. Cakap aje, Yaya belikan." Masing-masing menggaru kepala.
"Ni majlis tunang bukan nikah angah," sampuk Haikal. Alia seperti tersedar dari alam lain.
"Iya lah, lupa dah sebab seronok sangat. Apa-apa pun congrats tu you all!" Alia memeluk Aira dengan erat. Begitu juga dengan Haikal. Haikal agak tidak selesa apabila kakaknya memeluk. Sudah berapa tahun mereka tidak berpelukan, tiba-tiba hari ni kena peluk. Awkward itu masih ada.

Pada waktu malam itu suasana dirumah agak kecoh. Seronok masing-masing untuk buat majlis pertunangan Aira dan Haikal.
"Mana adik?" Tanya Alia. Nisa mengangkat bahu.
"Aira mana?" Tanya Nisa pula.
"Ada kat luar tu. Tak tahu buat apa kat luar tu sorang-sorang," jawab Alia. Mendengar pintu bilik dikuak dari dalam membuatkan mereka berdua memandang ke arah pintu.
"Baru nampak muka dik. Dari pagi takda. Pergi mana? Malam baru nampak batang hidung," tegur Nisa. Zafran senyum dan menggosok tengkuknya.
"Keluar dengan kawan," bohongnya. Walhal yang sebenarnya pergi beli cincin untuk Aira.
"Ni nak pergi mana?" Soal Alia pula.
"Nak duduk kat luar. Nak ambil angin malam," jawab Zafran. Zafran berjalan ke luar rumah. Melihat Aira yang berada diluar rumah sambil nikmati bulan dan bintang di langit, Zafran menghampirinya.
"Hai, buat apa tu," tegur Zafran. Aira menoleh dan memberi senyuman.
"Ambil angin malam sambil tengok bulan dan bintang," jawab Aira.
"Zaf pula? Buat apa kat luar malam-malam macam ni?" Tanya Aira pula. Zafran gelak kecil.
"Nak ambil angin malam. Dah lama tak merasa," jawab Zafran. Aira hanya tersenyum mendengar jawapan Zafran dan memandang ke arah langit semula.
"Aira.." panggil Zafran. Aira menoleh.
"Saya nak cakap sesuatu sebenarnya," beritahu Zafran dengan nada serius.
"Uish macam serius aje tu. Beritahu lah apa dia," balas Aira. Mukanya diriakkan biasa. Kalau sebelum ini dia akan menanti dengan penuh debaran. Tapi tidak dengan kali ini.
"Aira, saya..." Hati Zafran agak berdebar untuk mengatakan ini. Aira masih menunggu kata-kata Zafran.
"Saya sukakan awak. How about you? Awak sukakan saya? Bukan suka, tapi saya cintakan awak. Saya sayangkan awak seikhlas hati saya," beritahu Zafran. Aira agak terkejut dengan kata-kata Zafran.
"Kenapa awak tiba-tiba cakap macam ni? Awak nak praktis untuk cakap dekat girlfriend awak ke?" Cepat sahaja Zafran menggeleng.
"Saya dengan dia dah lama putus. Dia cuba curang dengan saya. Dia cuba nak rampas abang saya," jawab Zafran.
"Oh ye ke? Tak tahu pula saya," balas Aira bersahaja. Walhal dia tahu semua itu, disebabkan semua mahu berahsia dari dia, dia terpaksa berpura-pura tidak tahu.
"Macam mana dengan awak? Awak setuju?" Soal Zafran lagi. Aira menggeleng perlahan. Terkejut Zafran melihatnya.
"Ke...kenapa? Awak saya minta maaf sebab saya buat macam tu kat awak. Saya minta maaf sangat-sangat," rayu Zafran bersungguh.
"Bukan sebab tu. Saya rasa semua dalam rumah ni dah tahu kenapa," balas Aira. Zafran terpinga-pinga mendengar kata-kata Aira.
"Tahu? Tahu apa?" Soal Zafran lagi.
"Semua dah tahu yang saya dengan Haikal bercinta. Bulan depan kami tunang, tahun depan kami nikah," jawab Aira. Zafran seperti tidak percaya kata-kata Aira tadi. Laju dia menggelengkan kepalanya.
"Awak tipu saya Aira. Jangan tipu saya Aira," balas Zafran.
"Terpulang pada awak. Abang awak pun dah lamar saya terlebih dahulu. Malam yang kami pergi KimStone, masa tu lah dia melamar saya. Dia lamar saya dekat pantai. Saya ada beritahu yang kami pergi pantai," balas Aira pula. Zafran seperti tidak dapat terima kenyataan. Melihat muka Zafran begitu, Aira masuk ke dalam rumah. Zafran cepat-cepat mengejar langkah Aira dan masuk ke dalam rumah.
"Saya tahu awak masih cintakan saya Aira!" Zafran menguatkan suara dia apabila dia melihat Aira berjalan dengan laju ke depan. Semua yang berada di ruangan tamu termasuk Haikal memandang Zafran dan Aira.
"Saya tak cintakan awak Zaf. Hati saya dah tutup untuk awak. Hati saya buka untuk abang awak sahaja. Iya abang awak, Muhammad Haikal Zarif bin Sha'ari," balas Aira. Haikal tersenyum mendengarnya. Zafran memintas jalan Aira.
"Awak jangan tipu hati dan perasaan awak Aira. Awak boleh tipu hati awak, tapi bukan tipu saya," balas Zafran pula. Aira menggelengkan kepalanya.
"Jangan ungkit kisah lama, saya dah bahagia dengan abang awak, Haikal." Zafran rasa terluka dengan kata-kata Aira. Zafran memandang Haikal.
"Kenapa Karl buat macam ni?! Kenapa Karl rampas kebahagiaan adik sendiri? Abang jenis apa Karl ni?!" Marah Zafran sekuat hati.
"Adik, jangan biadap dengan Haikal," tegur Encik Sha'ari.
"Adik yang lepaskan peluang adik tu. Adik yang sia-siakan Aira. Jangan salahkan Karl," balas Haikal. Zafran mengambil nafas dalam.
"Memang Zaf lepaskan peluang tu, tapi Zaf cuba nak tebus balik. Zaf cuba buat semula untuk ambil hati Aira. Kenapa Karl tak berhati perut? Sampai hati Karl buat macam ni kat adik sendiri. Dulu berjanji sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan adik sendiri. Sekarang? Mana janji tu?" Bidas Zafran sepuasnya.

sambung dekat bab 39 tau. Happy Reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience