Seperti yang dikatakan, Zafran membawa Jasmin ke rumahnya untuk membincangkan hal pertunangan mereka. Walaupun Encik Sha'ari juga tidak membenarkan tapi kerana keras kepala anak bongsunya dia membenarkan sahaja.
"Kita teruskan kepada topik asal kita ya," ujar Encik Sha'ari. Hari ini dia terpaksa mengambil cuti kerana Nisa bekerja. Jasmin menganggukkan kepalanya. Begitu juga dengan yang lain.
"Kami sekeluarga dah bincang untuk mengadakan pertunangan Jasmin dan Zafran minggu depan. Selepas itu, majlis nikah diadakan bulan depan," jelas Encik Sha'ari lagi. Jasmin menganggukkan kepalanya bertanda setuju. Alia memandang Jasmin dengan sinis. Dia meneliti pakaian Jasmin. Dah insaf ke? Siap pakai tudung lagi. Meluat betul Alia melihat Jasmin.
"Pihak belah lelaki akan aturkan semua. Jadi pihak perempuan hanya perlu bersiap sahaja. Kami cuma buat majlis kecil-kecilan sahaja," sambung Encik Sha'ari lagi.
"Baik, saya ikut aje perancangan pakcik tu," balas Jasmin pula. Haikal bermain dengan telefonnya sedari tadi, dia tidak berminat untuk ambil tahu tentang pertunangan itu. Adiknya benar-benar sudah gila.
"Malam sebelum pertunangan Jasmin tidur sini. Esok tu tak payah nak datang jauh-jauh," pelawa Encik Sha'ari. Alia dan Haikal berpandangan. Membulat mata mereka.
"Dia boleh aje nak booking hotel yang berdekatan. Takyah lah sampai tidur sini ayah," sampuk Alia dengan riak tidak berpuas hati.
"Biarlah, jimat sikit duit. Lagipun kita ada bilik kosong," jelas Encik Sha'ari. Meluat betul Alia mendengar kata-kata ayahnya itu.
"Ikut ayah lah," jawabnya. Alia mencuit lengan Haikal memberi isyarat untuk berkata sesuatu juga. Haikal menggeleng. Alia memuncungkan bibir. Menyampah betul dengan Jasmin tu.
"Minggu ni dah boleh beli apa yang patut," beritahu Encik Sha'ari lagi.
"Tapi pakcik, kenapa cepat sangat?" Tanya Jasmin. Encik Sha'ari mengerutkan kening seraya memandang Zafran disebelahnya.
"Bukan Zaf dah cakap dekat kamu?" Tanya Encik Sha'ari pula. Jasmin menggeleng.
"Kenapa adik tak cakap dekat Jasmin? Jadi pasal pertunangan ni Jasmin pun tak tahu?" Jasmin menggeleng lagi.
"Maaf, adik lupa nak cakap dekat Jasmin," balas Zafran.
"Minta maaf ye Jasmin, pakcik tak tahu pula Zafran tak bagitahu kamu tentang ni." Jasmin tersenyum.
"Tiada apa lah, saya okey aje," balas Jasmin.
"Jadi Jasmin setuju tak pertunangan ni?" Tanya Encik Sha'ari lagi. Jasmin mengangguk.
"Setuju," jawabnya sepatah. Zafran tersenyum mendengarnya. Meluat pula Alia melihatnya.
"Jemput minum," pelawa Encik Sha'ari lagi apabila tidak melihat Jasmin minun air teh panas itu. Jasmin mengambil cawan itu dengan sopan santun. Sejuk hati Zafran melihatnya. Alia menyiku lengan Haikal. Terkumat-kamit mulutnya membisik kepada Haikal. Tidak puas hati betul dia.
"Angah tolong ambilkan kuih dekat dapur," arah Encik Sha'ari. Alia hanya menurut, malas dia mahu protes. Nanti dilabel sebagai anak derhaka susah hidup dia nanti. Alia kembali semula ke ruangantamu dengan membawa botol kaca kecil yang berisi kuih bangkit dan kuih bahulu seraya meletakkan diatas meja. Ringan aje tangan dia nak hempas botol tu atas meja. Sabar Alia sabar. Alia memandang Jasmin. Jasmin pula memandang Alia. Mata mereka berlaga. Sesekali Jasmin tersenyum. Ingin terkeluar isi dari perut dia. Tapi riak muka ditahan. Kalau Jasmin boleh fake, apatah lagi Alia.
"Terima kasih angah," ucap Zafran lembut. Alia memandang Zafran. Dia menjeling tajam kepadanya. Meluat aku!
"Kuih kampung je Min. Makanlah," pelawa Zafran. Alia yang berada semula ditempat duduknya tadi terkumat-kamit mulutnya mengejek kata-kata adiknya tadi.
"Kuih kampung je Min. Makanlah. Meluat aku." Haikal yang mendengar itu tergelak kecil. Kelakar betul kakak dia ni.
"Karl nak keluar. Yaya nak ikut?" Soal Haikal tiba-tiba. Malas dia mahu menghadap perempuan sewel tu. Adik nak, abang pun nak. Tamak! Haikal bukan benci dia kerana dia ubah ke arah tu. Ada hal yang lain lagi yang membuatkan dia lebih benci dengan Jasmin tu. Tapi dia tidak memberitahu kepada ahli keluarganya. Cukup dia aje yang tahu. Kalau Jasmin itu sudah melampaui batas. Dia akan memberitahu tentang itu kepada ahli keluarganya. Masa itu lah dia akan ajar Zafran cukup-cukup supaya berhenti jadi hamba kepada perempuan macam tu.
"Soalan apa macam tu? Mesti lah nak. Meluat dah nak tengok muka perempuan tu," balas Alia. Haikal bisik kepada Encik Sha'ari untuk minta izin keluar. Encik Sha'ari mengangguk. Dia faham anaknya bagaimana.
"Nanti tolong belikan ayah nasi ayam yang dekat Kuantan Parade tu. Ayah teringin nak makan nasi ayam kat situ," pesan Encik Sha'ari. Zafran memandang Haikal apabila Haikal bangun dari tempat duduknya.
"Nak pergi mana Karl?" Tanya Zafran. Haikal menoleh.
"Nak beli barang," bohong Haikal. Zafran hanya mengangguk. Melihat Alia juga bangun dari tempat duduknya Zafran mula tidak sedap hati.
"Angah nak pergi mana?" Alia tidak menjawab, dia terus berlalu pergi meninggalkan ruangantamu itu. Jasmin mencebik. Meluat dekat aku lah tu!
"Diaorang nak pergi beli barang. Kakak kamu suruh beli," bohong Encik Sha'ari. Zafran mengangguk.
"Pergi dulu yah," pinta Haikal dan Alia seraya keluar dari rumah itu dan menuju ke kereta Bezza. Masuk sahaja didalam kereta Alia menarik nafas lega. Akhirnya mata dia tidak perlu memandang perempuan perasan bagus tu.
"Ya. Karl nak tanya. Kenapa Ya dengan akak tak suka dekat Jasmin? Ayah pun sama," tanya Haikal tiba-tiba. Mahu tidak pelik? Semua ahli keluarganya tidak suka Jasmin, walhal yang tahu rahsia lebih dalam cuma Haikal.
"Tak tahu lah. Mula-mula macam okey je. Tapi bila tengok adik tu perangai macam tu and dapat tahu dia tu kawan Haikal yang haritu, lagi lah rasa meluat," jelas Alia.
"Haritu datang tak pakai tudung. Harini pakai tudung. Ketara sangat lah Karl dia tu fake," sambung Alia lagi. Haikal mengangguk faham. Tak sangka pula sampai begitu sekali tanggapan Alia terhadap Jasmin. Patut lah Alia menyampah sangat dengan Jasmin. Kereta mengundur perlahan dari pagar rumah dan meluncur keluar dari perkarangan rumah. Mereka perlu healing.
"Kenapa ahli keluarga awak macam tak suka aje dekat saya tadi? Bukan setakat tadi, first saya datang pun saya tengok family awak tak suka dekat saya. Lagi-lagi Haikal tu. First saya datang dia masuk bilik. Harini datang dia tak layan langsung saya," kata Jasmin dengan nada mendatar. Sahaja mahu minta simpati. Serba salah pula Zafran mendengarnya. Haikal pun satu. Kalau tak suka jangan lah ketara sangat! Zafran yang sedang memandu itu menoleh.
"Saya minta maaf bagi pihak keluarga saya. Haikal kebelakangan ni dia banyak stres. Dia stres kena fikir macam-macam. Awak jangan terasa dengan Haikal tu. Dia memang macam tu. Dekat rumah pun dia banyak habiskan masa di dalam bilik. Kadang-kadang aje dia keluar duduk kat ruang tamu tu. Saya minta maaf ye," ujar Zafran panjang lebar. Jasmin mencebikkan bibir.
"Saya maafkan. Lain kali jangan buat macam tu. Kita dah nak tunang tau. Macam ayah awak cakap tadi lah. Minggu depan tunang, bulan depan kahwin. Walaupun rasa cepat tapi saya tetap terima." Kali ini suaranya dibuat sedih. Lagi teruk rasa bersalah dia dengan Jasmin. Bijak betul Jasmin memainkan peranan!
"Saya betul-betul minta maaf," ucap Zafran sekali lagi. Jasmin menganggukkan kepalanya menandakan dia maafkan sahaja. Walhal dalam hatinya sikit pun dia tidak kisah pasal perangai keluarga Zafran itu. Permainan sebenar baru bermula!
Share this novel