BAB 41

Romance Series 38981

Haikal yang sedang melukis itu tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan pada Aira. Haikal berdiri dari tempat yang didudukinya lalu menuju ke arah lukisan besar yang telah diselimuti dengan kain putih yang tercemar oleh cat air. Kain itu ditarik dan terserlahlah muka Aira yang dilukis olehnya saat Aira berdiri dipinggir pantai sementara menunggu Zafran membeli makanan untuk mereka berdua. Lukisan itu disentuh lembut, dia masih teringat hari yang Zafran dan Aira keluar bersama. Perasaan cemburu menghantuinya, lalu dia mengikuti mereka dari belakang. Gambar Aira diambil dari jauh, mujurlah adiknya ada ajar dia cara untuk mengambil gambar. Lumayan juga hasilnya.

Bunyi notifikasi dari telefonnya membuat dia tersentak dari lamunan. Dia mencapai telefonnya yang berada diatas meja. Dia hanya melihat dari notifikasi sahaja. Nama yang tertera disitu ialah Kak Nisa. Dia meletakkan kembali telefonnya ke atas meja. Malas dia mahu membalas hanya sekadar mahu bertanya dia berada dimana sahaja. Lukisan gambar Aira ditenung.

     "Maafkan Karl. Karl tiada niat nak buat Aira macam tu. Bukan Karl taknak cakap dengan Aira, tapi Haikal rasa tak adil. Tak adil untuk Zaf. Serba salah pada Zaf pun masih ada. Bagi Karl masa, Karl akan cuba pujuk hati untuk buang rasa bersalah tu." Ujarnya sendirian. Airmata mengalir dengan sendiri tanpa sedar. Lukisan itu diambil dan bawa ke dalam dakapannya. Aira adalah dunia dia, dia tidak mampu kehilangannya walaupun sesaat. Tapi hari ini dia telah menyakiti Aira dengan sikapnya. Maafkan Karl.

Aira tersenyum melihat pasangan suami isteri yang sedang bergurau senda bersama anaknya ditaman berhampiran dengan kafe yang didudukinya. Hari ini Tuan Azman mahu berjumpa dengannya, katanya berkaitan dengan arwah ayahnya Fazrul. Sedang dia mengelamun kepada sepasang kekasih itu, ada yang menegurnya dari belakang. Aira menoleh dan memberi senyuman apabila melihat Tuan Azman yang menyapanya. 
    "Apa khabar Tuan? Sihat?" Soal Aira untuk memulakan perbualan mereka setelah Tuan Azman dan anaknya Luqman Zayden mulai mengambil tempat masing-masing.
    "Alhamdulillah sihat. Aira macam mana sekarang? So far so good? Lepas balik Malaysia uncle tengok Aira semakin berisi. Nak kahwin ke?" Usik Tuan Azman. Aira tergelak kecil mendengar kata-katanya.
     "In process Tuan. Doakan lah ya?" Jawab Aira sopan, kepalanya juga ditundukkan. Malu. Tuan Azman tersenyum mendengarnya.
    "Dah jadi tunangan orang ke ni?" Tanya Tuan Azman lagi. Cepat sahaja Aira menggelengkan kepalanya. Melihat reaksi Aira begitu, Tuan Azman mengangguk faham.
    "Tuan ada apa nak jumpa dengan saya ni?" Soal Aira. Kalau boleh dia nak cepatkan proses perbincangan ni, dia rasa tidak selesa apabila Luqman asyik melihat ke arahnya.
   "Uncle. Tuan macam janggal sangat. Sebenarnya uncle nak bagi ni kepada kamu." Tuan Azman menyerahkan sampul surat kepada Aira. Aira mengambil sampul surat yang dihulur seraya membukanya dan ada sehelai cek. Aira melihat harga yang tertulis diatas cek itu. 1.5 juta. Aira tergamam.
    "Apa ni uncle? Sampai 1 juta. Banyak ni uncle." Aira mengembalikan semula cek itu kepadanya.
    "Ini untuk ganti rugi apa yang berlaku pada arwah ayah Aira. Sepatutnya tak sebanyak ni, tapi uncle serba salah apa yang menimpa dengan keluarga Aira. Uncle juga dah bincang dengan Tan Sri Razak, dia pun ada menyumbang dalam cek tu juga. Awalnya dia berkeras tapi uncle cuba pujuk dia waktu uncle kat Canada dulu. Akhirnya dia bagi juga hak keluarga Aira yang patut kalian dapat dulu." Jelas Tuan Azman. Hampir menitis airmata Aira mendengar penjelasan Tuan Azman.
    "Tapi 1 juta tu terlalu banyak uncle. 7 keturunan saya pun tak habis. Saya nak simpan duit banyak-banyak ni nak buat apa? Peninggalan arwah untuk saya masih ada lagi. Rumah dekat Canada tu pun hasil titik peluh arwah. Saya serba salah nak terima sebanyak ni." Tolak Aira lembut. Dia tak sanggup nak terima jumlah sebesar ini. Tuan Azman tertawa. Dia dapat melihat sifat Fazrul didalam diri Aira. Yang bersikap rendah diri dan tutur kata yang lembut.
"Terima lah dari saya dan Tan Sri Razak. Kami seikhlas hati nak bagi. Terima okay? Tan Sri Razak usaha tau untuk cari Aira untuk dia bagi balik hak Aira. Dia lah yang bagitahu uncle pasal media social Aira dan tempat tinggal Aira sekarang. Dia hantar uncle tau harini untuk jumpa dengan Aira. Uncle tahu Aira banyak harta peninggalan arwah, tapi anggap ini juga harta peninggalan arwah sebab ini hak Fazrul sebelum dia meninggal. Tapi kami terlalu kejam dengan dia. Saya wakil Tan Sri Razak memohon maaf apa yang berlaku ke atas Aira sekeluarga. Gunakan lah duit itu sebaik mungkin." Tuan Azman menghulurkan kembali cek itu. Aira terima dengan hati yang berat.
"Terlebih kurang kami minta halal ya Aira." Sambungnya lagi.
"Lebih dari cukup dah. Terima kasih uncle," ucap Aira. Tuan Azman tersenyum lebar.
"Gunakan lah duit itu sebaik mungkin. Oh by the way, uncle pernah nampak dekat status kamu yang kamu update yang kamu nak kahwin kan? Bila langsung?" Pertanyaan Tuan Azman membuat Aira tersentak. Dia baru sahaja tidak bercakap dengan Haikal. Ada harapan ke? Luqman yang ralit bermain telefon berhenti seketika. Matanya memandang ke arah Aira.
"Saya pun tak sure bila," Aira membalas dengan senyuman untuk menutup kesedihan.
"Kenapa? You bergaduh dengan partner you ke?" Luqman tiba-tiba mengajukan soalan itu seperti tahu apa yang ditimpa oleh gadis itu.
"Biasa lah dalam percintaan. Siapa je yang tiada masalahkan, semua orang ada masalah. InshaAllah akan settle juga nanti, jangan risau," balas Aira. Ada peluang ke nak berbaik? Masalah adik-beradik kut. Ada peluang ke? Abang mesti nak buat yang terbaik untuk adik. Patut ke aku suka Zaf balik? Tapi aku tak boleh dah nak terima dia.
"Cuba bincang dengan dia baik-baik okay? InshaAllah tiada apa tu. Ada apa-apa yang berlaku inform uncle okay? Uncle ada dengan kamu ni," pujuk Tuan Azman apabila melihat kelopak mata Aira mulai membasah. Luqman menghulurkan sehelai tisu dari dalam poket seluarnya dan menghulurkan kepada Aira.
"Lap airmata tu. Nanti orang lalu fikir kami buli you pula." Aira mengambil dan lap airmatanya.
"Thanks." Luqman mengangguk kepalanya. Tuan Azman berdiri dari kerusi yang diduduk untuk beredar.
"Uncle minta diri dulu ya. Uncle ada urusan nak dibuat sebelum balik ke Canada," ucapnya. Aira bangun dari tempat duduk dan tunduk hormat kepada Tuan Azman.
"Eh, uncle balik Canada semula?" Soal Aira. Dia fikir Tuan Azman akan terus menetap disini. Tuan Azman menggeleng.
"Tak, sebab Luq study kat sana, dia sambung Master in Business. Uncle dah cakap transfer ke Malaysia dia taknak. Padahal waktu tu dia dapat tawaran untuk transfer ke Malaysia. Lagipun kat Malaysia ada juga kawan dia dan keluarga dia yang lain," jawabnya. Bukan dia tak mahu tapi cuaca disini terlalu panas. Sekurang-kurangnya kat sana walaupun panas ada juga musim sejuk, musim bunga dan sebagainya.
"Kenapa Luq tak transfer je? Kan senang, takyah nak pergi balik dari Malaysia nak ke Canada," kata Aira. Luqman memberi senyuman manis kepada Aira.
"You nak I study sini ke?" Soalnya. Aira memandang Tuan Azman dan gelak kecil.
"Takda lah saya yang nak, cuma nak ke Canada balik makan banyak duit. Kalau ada urusan kat Malaysia kena balik Malaysia pula," jawab Aira. Dia cuba menerangkan maksud yang disampaikan oleh dia tadi.
"Pa, buat lah permohonan tu untuk Luq pindah ke Malaysia," kata Luqman seraya memandang ke Tuan Azman.
"Betul juga apa yang Aira cakap tu. Membazir duit je," sambungnya lagi. Tuan Azman memandang ke arah anaknya. Luqman berlakuan pelik hari ini. Selalunya pujuk macam mana pun dia tidak mahu ditukarkan ke Malaysia.
"Takpa lah, Luq sambung je lah kat Canada tu. Leceh lah nak mohon. Lagipun Luq aje satu-satunya anak papa. Luq duduk dengan papa je okay?" Luqman mencebik.
"Papa ada mama boleh teman. Luq nak belajar kat Malaysia, nak rasa vibes Malaysia pula. Bak kata pepatah pulang ke tanah air. Tak begitu pa?" Ada saja idea dia untuk ubahkan fikiran Tuan Azman. Akhirnya Tuan Azman mengangguk setuju. Luqman memandang tepat ke dalam anak mata Aira.
"Nanti kita jumpa lagi kalau I dapat ditukarkan ke Malaysia. Nice to meet you today Aira walaupun sekejap. You are nice person." Kata Luqman dengan penuh makna. Aira berasa tidak selesa dengan tindakkan Luqman dan beralih matanya ke tempat lain.
"Aira minta diri dulu tau uncle. Hati-hati," pintanya dan berlalu dari situ. Luqman melihat Aira sampai menghilang dari tempat itu.
"Ehem, ingat sikit dia tu dah nak berkahwin. Jangan macam-macam ye Luq," tegur Tuan Azman. Luqman tersenyum.
"Dah nak kahwin tapi dia belum kahwin," balasnya. Tuan Azman mengerutkan kening.
"Luq suka dia ke?" Soal Tuan Azman. Luqman memandang ayahnya.
"Dikira suka ke kalau kita buat macam tu? Cinta pandang pertama lah ni? Entah, Luq pun tak tahu tapi hati Luq rasa tenang tengok dia," balasnya selamba.
"Jangan macam-macam ya Luq. Papa warning ni, jangan macam-macam." Dengan tegas dia menegur anaknya itu. Ya, memang dia seronok melihat anaknya jatuh cinta pada seseorang kerana sebelum ni semua yang sukakan dia, dia tolak. Dia langsung tidak berminat dengan mereka. Melihat anaknya jatuh cinta adalah satu anugerah tapi menjadi keburukkan juga kerana yang anaknya suka adalah anak arwah Fazrul, kawan dia dahulu.
"Jangan hancurkan hubungan orang. Tu pesan papa untuk Luq. Nanti kamu juga sakit bila tengok dia keluar berduaan dengan boyfriend dia," ujarnya dan beredar dari situ. Luqman hanya mengangkat bahu dan mengikuti Tuan Azman dari belakang.

maaf kerana lewat publish bab 41. Happy Reading ! ❤️

Share this novel

Tema Hazyz
2025-06-03 21:06:33 

YEAYYYY


NovelPlus Premium

The best ads free experience