Keesokkan harinya, Aira sedar dari lenanya.
"Aira dah bangun?" Soal Nisa yang baru membuka pintu bilik dan menuju ke arah Aira.
"Aira macam mana? Dah okay?" Soal Nisa lagi. Aira terpinga. Dia cuba ingat kejadian yang berlaku malam semalam.
"Aira pengsan semalam dalam kereta masa on the way balik rumah," sambung Nisa lagi. Nisa melabuhkan punggungnya dikatil. Nisa memeluk Aira.
"Semuanya okay. Jangan risau. Orang tu pun dah kena tangkap semalam," sambung Nisa lagi seraya menepuk lembut belakang Aira. Airmata yang keluar segera diseka.
"Kenapa dia perlu buat macam tu kak? Nasib baik Haikal dengan Zafran ada. Kalau tak, tak tahu lah apa nasib Aira. Entah-entah hari ni Aira dah kena tanam sebelah kubur keluarga Aira," cerita Aira. Nisa mengeratkan pelukan mereka.
"Jangan cakap macam tu tak baik. Apa yang berlaku tu semuanya ujian yang datang dari Allah untuk Aira. Jangan sedih-sedih. Kitaorang ada dengan Aira. Kitaorang dah anggap Aira macam keluarga sendiri," pujuk Nisa. Aira meleraikan pelukan mereka.
"Terima kasih kak," ucap Aira. Nisa tersenyum mendengarnya."
"Iya, sama-sama. Dah pergi cepat bersiap. Kata nak keluar dengan Zaf. Nak healing lah apa. Zafran dah siap tu," ujar Nisa. Aira menganggukkan kepalanya.
"Dah jangan fikirkan lagi, itu semua benda dah lepas. Memang senang akak cakap sebab bukan berlaku kat akak. Tapi itu je yang boleh akak cakap untuk Aira. Kuatkan semangat okay?" Sambung Nisa lagi seraya menepuk lembut paha Aira dan keluar dari bilik.
Aira menekup mukanya dengan tangannya. Dia menangis semahunya apabila dia teringat kejadian hitam itu dan kejadian yang berlaku semalam. Dalam masa yang sama dia juga lega melihat yang Alex dan yang lain ditangkap. Dia juga hairan kenapa Qistina membantu Alex. Adakah dia ada kena mengena dengan Alex? Malas dia mahu berfikir dia bangun dari katil dan mencapai tuala lalu menutup kepalanya dengan tuala. Aira keluar dari bilik.
Melihat pintu bilik dikuak dari dalam, Haikal cepat-cepat bangun dari sofa dan menuju ke Aira.
"Zara okay?" Soal Haikal. Itu lah soalan yang didengar harini. Aira okay? Aira mengangguk lemah dan berlalu menuju ke bilik air.
PANG!
"Zara!" Jerit Haikal.
"Zara bukak pintu ni Zara," jerit Haikal lagi apabila tiada respon dari Aira. Haikal mengetuk pintu bilik air dengan laju. Tombol bilik air dipulas. Berkunci.
"Zara buka pintu ni Zara," panggil Haikal lagi. Haikal cuba menendang pintu bilik air.
"Karl! Jangan tendang. Aira okay," sahut Aira di dalam bilik air.
"Apa yang pecah tadi tu?" soal Haikal. Aira mengutip cermin kaca yang pecah tadi.
"Cermin pecah. Tadi ada lipas. Aira pukul dia pakai botol syampu. Jadi terpecah cermin tu. Nanti Aira ganti balik," jawab Aira seraya menepuk dahinya. Kenapa lah dengan aku ni.
"Zara keluar dulu. Bagi Haikal kemas kaca tu. Nanti luka pula tangan Zara," sambung Haikal lagi. Zafran yang berada di dapur mendengar perbualan mereka berdua. Bukan dia tidak mahu membantu Aira. Baru kakinya hendak melangkah menuju ke bilik air. Haikal sudah memotongnya. Tidak mahu bercakap banyak dia menuju ke dapur untuk minum air. Jadi dia cuma memerhatikan sahaja tingkah laku Haikal.
Bunyi pintu bilik air dikuak menyedarkan Zafran yang mengelamun. Aira keluar dari bilik air dengan memakai pakaian tidurnya dan menutup kepalanya dengan tuala sahaja. Zafran menghampiri Aira.
"Aira okay tak? Ada luka dekat mana-mana ke?" Soal Zafran. Berdegup laju jantung Aira apabila Zafran terlalu dekat dengan dirinya.
"O..o...okay," jawab Aira gagap. Zafran tergelak. Lucu pula dia melihat wajah Aira seperti itu. Merah mukanya.
"Haikal sapu kaca tu kejap," kata Aira untuk mengelakkan dari malu yang amat. Aira menjarakkan diri mereka. Zafran tergelak lagi.
"Takpe lah kalau macam tu. Kalau Aira dah siap semua, Aira jumpa Zaf dekat ruangtamu. Zaf tunggu kat situ," kata Zafran pula dan berlalu dari situ. Aira mengurut dadanya. Fuh, debar!
"Asal kau bunuh keluarga Aira?" Soal Qistina kepada Alex yang berhadapan dengan lokapnya.
"Aku bunuh diaorang atas arahan boss aku si Malik tu. Dia yang suruh aku bunuh keluarga Aira," jawab Alex. Qistina mencebikkan muka.
"Pasal kau, aku pun kena masuk lokap juga," sambung Qistina lagi. Alex mencemuh.
"Kau pun jahat sama macam aku aje. Lima kali lima aje. Tak payah nak kata aku aje. Kalau kau baik kenapa kau ikut cakap aku suruh bawa Aira pergi taman tu?" Balas Alex lagi. Qistina menjongketkan bibir.
"Aku ikut arahan kau aje," balas Qistina pula. Alex tergelak.
"Kau apa pasal gelak? Gila ke?" Sambung Qistina lagi.
"Kau jangan nak cari alasan lah yang kau ikut arahan aku aje. Kau boleh aje guna akal kau tu untuk berfikir mana baik mana buruk. Kau pun boleh tolak kalau taknak. Kau sendiri terima dengan hati yang terbuka. Bila dah masuk lokap sama-sama nak salahkan aku. Kau pun satu lembap. Lari perlahan kenapa? Padan lah muka kau kena masuk lokap sekali. Esok polis panggil Aira untuk soal siasat. Kau ingat dia nak lepaskan kau macam tu aje? Silap-silap dia fitnah kau. Dah ke tali gantung bersama," ujar Alex panjang lebar. Qistina menelan air liur. Betul juga kata Alex bila difikirkan balik.
"Aku tahu Aira tu macam mana. Dia takkan biarkan kawan dia tidur dalam lokap lama-lama. Kau ya lah dia biarkan," balas Qistina pula. Alex mencebik.
"Kau yakin? Tengok lah esok. Entah-entah jap lagi dia datang," perli Alex. Qistina menjeling. Dalam lokap pun boleh gaduh. Qistina menjerit.
"Macam tu lah perempuan. Tak puas hati menjerit. Menjerit lah kau sampai esok," perli Alex lagi.
"Diam lah kau!" Marah Qistina. Dah lah tengah serabut. Ada pula yang menambah perasa.
"Zaf jom," tegur Aira dimuka pintu biliknya. Hari ni dia mengenakan blouse biru pekat, skirt biru pekat dan tudung biru lembut. Perfect!
"Jom."
Mereka berdua menuju ke bengkel kereta. Mereka menaiki kereta Bezza putih. Zafran menghampiri pintu penumpang. Dia membuka pintu untuk Aira.
"Hari ni Zaf nak layan Aira macam princess," ujar Zafran seraya senyum. Cair hati Aira melihatnya.
Aira masuk ke dalam perut kereta lalu pintunya ditutup oleh Zafran. Aira melihat dari sisi cermin kereta kakaknya Alia memberi duit dan kertas kecil untuk Zafran.
"Senarai barang semalam lah kut," katanya sendirian. Aira mengeluarkan telefon dari handbag yang sama warna dengan tudungnya dan membuka aplikasi WhatsApp supaya dia ternampak sibuk dengan orang mesej dia.
Zafran masuk ke dalam perut kereta.
"Aira nak pergi mana dulu?" Soal Zafran untuk memecahkan kesunyian.
"Ikutlah," jawab Aira sepatah. Dia tidak berniat untuk sombong tapi dia berasa amat malu sekarang ini.
"Pergi pantai dulu lah kalau macam tu," kata Zafran lagi. Aira mengangguk. Zafran tergelak kecil. Introvert betul. Zafran menghidupkan enjin dan memandu keluar dari perkarangan rumahnya.
saya publish awal sebab takut rmai tunggu. Yg lain saya sambung kt bab 9. Happy reading !
Share this novel