Series
38981
Alisya dan Faiz menyisip air yang dipesan mereka. Mereka tidak sangka Jasmin akan bertindak sejauh ini. Sejahat-jahat mereka, mereka tidak akan bertindak sejauh ini. Perbualan mereka bersama Jasmin tadi terngiang-ngiang dikepala.
"Congrats to me sebab dah berjaya hancurkan hidup Haikal," kata Jasmin apabila dia menghampiri meja makan kawannya.
"Maksud kau? So kau tak jadi lah kahwin dengan Zaf?" Soal Alisya. Alisya fikir kawannya ini hanya bermain-main sahaja. Itu dia tidak mahu berfikir panjang. Dia layankan sahaja kawannya itu.
"Malam tu aku masuk bilik Haikal. Kononnya nak jadikan aku mangsa keadaan. Alih-alih si Haikal tu bijak. Dia tak minum pun air yang isi ubat tu. Dia pura-pura minum. Time aku masuk bilik dia tu, time tu lah kantoi. Habis satu family bangun dengan Haikal marah kat aku. Lepastu aku saja reka cerita yang dia enjoy dengan aku. Cuak juga lah muka Haikal bila aku tuduh dia macam tu. Dia risau takut family dia tak percaya dia. So malam tu aku kenalah halau dari rumah tu. Sebelum kena halau, aku sempat lah bagi kata-kata pedih untuk Zafran. Well, kakak dia Alia tu tampar aku. Bila aku nak balas balik, Haikal halang. Tapi takpe, at least aku puas hati." Jasmin mengukir senyuman puas. Tercengang Faiz dan Alisya mendengar cerita Jasmin.
"Kau biar betul Min. Sampai macam tu sekali kau buat macam tu dekat diaorang? Kau tak kesian ke dekat Zaf?" Kerut dahi Faiz apabila melihat Jasmin hanya menggeleng.
"Sikit pun tiada?" Tanya Alisya pula. Jasmin membuat muka menyampuh.
"Korang ni kenapa banyak tanya sangat. Aku cakap tak, tak lah. Jangan nak tanya banyak kali," marah Jasmin. Beg tangannya dihempas ke atas meja. Ingat meja ni mak bapak dia punya gamaknya, bisik hati kecil Alisya.
"Min, kau tak baik buat macam tu. Zafran tu punya ikhlas sayangkan kau. Dia habiskan banyak duit untuk kau. Kau kalau tak suka cakap aje lah dari awal. Kesian Zafran tahu tak. Bukan Zaf aje, satu family dia aku kesiankan," ujar Alisya.
"Zafran kau kesian. Aku ni? Tak kesian?" Jasmin menyilangkan lengannya.
"Kesian kat kau buat apa," bidas Alisya. Membulat mata Jasmin.
"Dulu bukan main kau support aku kan. Bila aku buat macam ni semua support Zafran. Padahal korang juga yang setuju dengan plan aku tu." Jasmin menjeling kepada dua orang kawannya itu.
"Aku sedar salah aku. Aku tak patut buat macam tu. Tapi aku tak sangka kau buat betul-betul. Kalau aku tahu.." Belum sempat Alisya mengatakan kata-katanya Jasmin sudah memintas.
"Kau nak buat apa? Nak bagitahu Zafran? Jangan jadi bodohlah Sya. Aku ni nak balas dendam dekat Haikal sebab tolak cinta aku. Kau tak payah lah masuk campur." Merah padam muka Faiz dan Alisya.
"Kau cakap bodoh dekat Alisya, Min? Kau tu yang bodoh sebenarnya. Memainkan hati perasaan orang. Kau ingat bagus ke apa yang kau buat tu? Memang salah kami juga support kau buat kerja bodoh macam tu. Tapi tak sangka kau buat betul-betul. Kau pun ada akal fikiran lah Min yang Allah anugerahkan untuk kau. Pakai lah, jangan nak simpan saja," bidas Faiz. Puas hatinya dapat melepaskan. Melampau betul Jasmin ni! Jasmin tertawa.
"Kau nak ceramahkan aku? Sebelum kau ceramahkan aku, better kau cermin diri kau tu dulu. Jangan nak jadi ustaz fake kat sini. Meluat aku. Nampak munafik sangat," balas Jasmin.
"Kau balik lah Min," celah Alisya. Meluat dia mendengar suara dan muka Jasmin sekarang ini.
"Kau ingat aku hadap sangat ke nak duduk sini?" Jasmin menjeling tajam kawan-kawannya sekali lagi. Mencerlung mata Alisya memandang Jasmin.
"Dah tu, buat apa lagi kat sini? Berambuslah. Orang bagi nasihat taknak terima. Keras sangat hati tu. Bila hati kau dah lembut, ada rasa nak insaf kau datang balik jumpa kitaorang. And one more thing, sudah lah buat kerja kotor tu Min. Kau ingat aku tak tahu? Yang kau dah kena tebuk tupai? Kecoh dah babe pasal ni. Jaga lah diri kau tu elok-elok." Alisya memberi nasihat. Harap Jasmin akan terima lah.
"I don't care. That's my life. So yeah, thank you ya sebab dah tegur aku yang jahil ni. Tengok lah, esok ke lusa aku insaf lah. Silap-silap hari bulan esok aku dah pakai purdah. Terkejut korang nanti. Bye! See you next time," ucapnya dan terus berlalu.
"Sama je munafik. Cakap kat orang," gumam Faiz tapi masih didengari oleh Alisya.
Telefon Faiz yang berbunyi menyedarkan mereka dari mengelamun. Faiz mencapai telefonnya. Dia melihat dinotifikasi ada orang masukkan duit ke dalam akaunnya sebanyak RM500. Tidak lama kemudian telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Daripada Jasmin rupanya.
Hutang kau dengan aku dah tiada. Duit tu aku bayar balik lepas kau dah banyak belanja aku makan and everything. Ambil duit tu. Aku tak hamak. Mak bapak aku dah tinggal banyak duit kat aku. Sampai tak tahu dah nak guna buat apa. Ambil lah rezeki. - Jasmin.
Faiz menunjukkan mesej itu kepada Alisya. Alisya menggeleng.
"Ingatkan dah insaf. Sama aje perangai. Orang bagi nasihat tu cuba semaikan dalam otak tu. Ini tak, masuk telinga kanan keluar telinga kiri," bebel Alisya sendirian. Serba salah terhadap Zafran sekeluarga menerpa. Berdosa pula rasa kerana bersubahat sekali dengan Jasmin.
Encik Sha'ari bertalu-talu mengetuk pintu anak bongsunya. Dari awal majlis sehingga habis majlis anaknya hanya mengurungkan diri. Kata Nisa, Zafran hanya keluar untuk mengambil wuduk dan sembahyang. Alhamdulillah, nasib baik Zafran masih ingat jalan kepada Allah.
"Adik buka lah pintu ni. Jangan lah buat macam ni. Susah hati ayah ni," pujuk Encik Sha'ari dimuka pintu bilik Zafran. Alia menghampiri Encik Sha'ari dan berbisik sesuatu kepadanya. Encik Sha'ari hanya mengangguk.
"Adik jangan buat macam ni. Kalau arwah ibu masih hidup, mesti dia sedih tengok adik macam ni," sambung Encik Sha'ari lagi. Tidak lama kemudian, kelihatan muka Zafran dimuka pintu biliknya. Encik Sha'ari tersenyum. Tidak sangka idea anak keduanya untuk menyebut tentang arwah ibunya menjadi untuk lembutkan hati Zafran. Zafran memang lemah semangat kalau ibunya dikaitkan. Dia seperti boleh membayangkan muka ibunya yang sedih itu.
"Kenapa ayah?" Soal Zafran.
"Ayah nak ajak kamu makan. Jom makan. Kakak cakap kamu tak makan apa-apa harini," ajak Encik Sha'ari. Zafran menggeleng perlahan.
"Tiada selera lah ayah," balas Zafran.
"Nak tunggu selera tu datang memang lambat. Jom makan. Jangan buat macam ni. Orang mati bini pun tak macam ni." Tanpa berlenggahkan masa, Encik Sha'ari menarik pergelangan tangan Zafran menuju ke meja makan. Nak taknak Zafran ikutkan sahaja karenah ayahnya itu. Zafran mengambil tempat bersebelahan Encik Sha'ari. Selalunya Encik Sha'ari akan duduk dibahagian tengah. Tapi kerana untuk memerhati Zafran, dia duduk bersebelahan Zafran.
"Ni makan ni. Penat kakak masak dengan orang rewang. Kalau tak kesian ke ayah, kesian ke kakak. Kalau tak kesian ke kami semua, kesian ke arwah ibu. Mesti ibu sedih tengok anak dia macam ni, sebab ibu tak ajar anak-anak dia terus sedih kalau ada masalah. Cari jalan penyelesaian. Dah tak payah sedih. Nasib baik Allah tunjukkan perangai Jasmin tu sebelum jadi isteri adik. Kalau dia dah jadi isteri adik, ayah tak tahu nak cakap apa. Risau malam pertama dia tidur dengan Karl, lepastu dia fitnah Karl macam-macam lepastu kamu berdua bergaduh," panjang lebar Encik Sha'ari membebel. Haikal yang sedang menonton televisyen itu berdehem. Encik Sha'ari ketawa.
"Dengar aje telinga tu kalau sebut nama dia." Haikal balas dengan tawa kecil. Encik Sha'ari memandang Zafran. Zafran menundukkan muka seraya menguis nasi didalam pinggan.
"Karl taknak dah kan ayam merah ni? Kalau taknak ayah nak bagi adik." Haikal terus pusing kepalanya apabila mendengar buat hatinya akan dimakan oleh orang lain.
"Mana boleh. Tu Karl punya. Penat Karl simpan untuk Karl. Lauk tu simpan dalam peti aje. Esok Karl boleh panas balik lauk tu and makan lauk sama aje," jawab Haikal. Seriau dia!
"Ikut kamu lah Karl. Nasib ayah tanya dulu. Kalau tak tanya, mungkin dah menangis 7 hari 6 malam duk kenang ke ayam merah tu. Macam lah ayam merah tu kekasih dia." Haikal mengangguk setuju dengan kata ayahnya yang terakhir tu.
"Sebab dia kekasih Karl lah, Haikal taknak bagi orang lain makan. It's mine," balas Haikal. Alia yang baru keluar dari dapur itu menjongketkan bibir.
"Lama sangat single gamaknya. Ha, pergilah masuk minang Aira tu. Yaya tahu Haikal syok dekat Aira," sampuk Alia. Merona merah mukanya apabila Alia berkata begitu. Walhal dia tak pernah ceritakan pada sesiapa pun.
"Mana ada. Jangan reka cerita. Aira tu dah macam adik Karl sendiri." Haikal cuba untuk melindungi dirinya seraya memberi isyarat mata menujukkan Encik Sha'ari dan Zafran. Zafran hanya membatukan dirinya walaupun dia mendengarnya.
"Karl suka Aira?" Soal Encik Sha'ari. Haikal pantas menggeleng.
"Mana ada. Haikal dengan dia dah macam adik beradik," jawab Haikal.
"Kalau suka terus terang aje lah dekat Aira tu. Jangan nak simpan sangat," balas Encik Sha'ari pula. Haikal menepuk perlahan tengkuknya.
"Uish ayah ni. Sampai ke situ pula. Mana ada lah ayah ni," nafi Haikal. Alia menggeleng. Pening kepalanya.
"Ikut kamu lah Karl. Kalau kamu memang suka Aira, ayah okey aje. Ayah bagi kamu restu. Walaupun adik ada minat Aira dan nak kahwin dengan dia. Ayah tetap akan bagi restu." Zafran menghentikan suapannya. Terkejut dia dengan kata-kata ayahnya. Kalau Zafran terkejut, Haikal lagi terkejut. Dia tidak akan membenarkan Zafran mengambil Aira. Cukup lah Aira derita sebelum ni kerana Zafran. Haikal juga sudah cukup terseksa berjauhan dengan Aira. Dia takut kalau Aira akan keluar negara dan tidak akan balik ke Malaysia kalau Aira mendekati Zafran lagi. Haikal akan pastikan dia akan pikat Aira sampai hati Aira terbuka untuknya. Haikal akan mencuba sampai bila-bila, walaupun saat itu dia sudah tidak bernyawa.
Happy Reading! Please, positive komen jee! Thank youu yaa sudi baca novel ni. Sorry kalau ada typo. Happy Reading!
Share this novel