BAB 26

Romance Series 38981

Pejam celik sudah sebulan. Zafran senyum puas apabila baju melayu putih itu dipakai pada badannya. Esok adalah hari dimana dia akan bernikah bersama Jasmin. Pintu biliknya diketuk lalu dikuak dari luar.
"Tak sabar nak nikah ke?" Tanya Nisa. Zafran tergelak kecil.
"Mana ada. Adik nak cuba je baju ni. Nak tengok padan ke tak," jawab Zafran.
"Bukan ke kat kedai haritu dah try ke?" Nisa mengangkat kening. Zafran tergelak kecil. Malu pula dia.
"Dah simpan baju ni. Jom keluar. Ramai kat luar tu," ajak Nisa.
"Jasmin mana?" Soal Zafran. Nisa senyum.
"Amboi laju aje cari bakal isteri dia tu. Dia ada dalam bilik Yaya, tengah jarikan inai," balas Nisa dan berlalu keluar dari bilik Zafran. Zafran tersenyum. Ayahnya memang baik hati. Semasa pertunangan dia menyuruh Jasmin tinggal dirumahnya. Semasa nak kahwin pun dia ajak tinggal bersama. Senang katanya. Zafran keluar dari biliknya dan duduk diruangan tamu. Semua mengucapkan tahniah kepadanya. Ya lah, dia kan terpaling awal kahwin dari abang dan kakaknya.
"Dik," sapa Haikal. Zafran menoleh.
"Kenapa?" Soal Zafran. Haikal mengambil tempat bersebelahan Zafran. Haikal menghulurkan tangannya.
"Tahniah," ucapnya. Zafran menyambutnya. At least sekarang ni Haikal boleh lah cuba mengambil hati Aira 'since' Zafran dah kahwin.
"Tak sempat Aira nak tengok adik kahwin," sampuk Alia yang sedang berjalan membawa mangkuk yang berisi bawang merah itu. Muram muka Zafran apabila mendengar nama Aira. Dia masih serba salah dengan keputusan Aira tu. Dapat tahu pula yang Aira sudah tahu dia akan berkahwin pada bulan ini. Lagi lah dia rasa bersalah.
"Itu lah," balas Haikal perlahan. Dia juga sedih dengan keputusan Aira tu. Haikal menepuk lembut peha Zafran.
"Gerak dulu. Nak tolong orang kat luar jap. Jom lah sekali. Mentang-mentang nak jadi bakal pengantin baru, tak boleh tolong lah ni?" Gurau Haikal. Zafran tergelak kecil seraya menggeleng. Haikal menepuk lembut bahu Zafran dan berjalan menuju ke luar rumah. Zafran mengikuti langkah Haikal.

Habis sahaja malam berinai dan rewang yang berada dirumah Zafran tadi, Jasmin akhirnya dapat juga merebahkan diri didada katil. Dia mencapai telefonnya. Sudah menunjukkan pukul 12 malam.
"Takkan lah aku kahwin dengan Zaf? Padahal aku bukan suka dia pun. Think something Min," katanya sendirian. Otaknya geligat mencari idea. Tiba-tiba matanya terpandang ke arah begnya. Idea jahat mulai menerokai otaknya. Jasmin menghampiri begnya dan mencari ubat tidur.
"Nasib baik ada," katanya lagi seraya berjalan ke arah pintu biliknya dan menguakkan sedikit sahaja pintu biliknya. Dia melihat Haikal sedang menyisip air dimeja makan. Jasmin menghampiri Haikal.
"Hai," tegur Jasmin. Haikal menoleh sekilas. Meluat betul dia dengan Jasmin. Haikal segera hendak bangun dari situ. Jasmin menahannya.
"Borak lah dulu dengan I. Esok I dah jadi adik ipar you," suaranya sengaja dibuat manja.
"Lewat dah ni. Esok ada lagi. You juga cakap yang you dah jadi adik ipar I. So hari-hari lah I kena hadap muka you tu walaupun terpaksa." Sengaja Haikal berbahasakan dirinya I You. Malas mahu bersaya awak. Geli dia rasa. Tak sesuai untuk perempuan macam Jasmin.
"Alaa esok dah lain. Nanti Zaf tak bagi dah I lepak dengan you," tutur Jasmin lembut. Punya lah nak goda Haikal. Tak malu!
"Okey lah tu," balas Haikal dan bangun dari kerusinya lalu menuju ke dapur. Jasmin perasan yang Haikal lupa bawa cawannya ke dapur. Punya lah menyampah ke Jasmin sampai lupa nak bawa cawan ke dapur. Dengan peluang yang ada, Jasmin cepat-cepat memasukkan ubat tidur dalam cawan Haikal yang masih ada sedikit baki-baki air sirap. Tidak lama kemudian muncul Haikal kembali diruangan makan. Haikal mengambil cawannya dan bawa didapur. Dari ruangan makan, Jasmin melihat Haikal minum saki-baki air itu. Jasmin senyum jahat.
"Goodnight," ucap Jasmin apabila melihat Haikal mahu membuka pintu biliknya. Haikal membuat muka meluat. Jasmin masuk ke dalam biliknya. Dia tergelak kecil apabila badannya sudah baring didada katil.
"Kau tunggu lah kejap lagi Karl," ucapnya.

Aira yang sedang tidur pulas itu terjaga apabila loceng rumahnya berbunyi. Aira bangun malas untuk melihat siapa diluar sana. Oh, rupanya Beatrice. Awalnya dia datang.
"Surprise! Happy Birthday girl!" Ucap Beatrice apabila pintu rumah Aira sudah dibuka. Aira senyum. Beatrice terus masuk ke dalam rumah Aira tanpa meminta izin. Sudah kebiasaannya. Beatrice meletakkan kotak kek diatas meja makan.
"Guess what?" Soal Beatrice.
"What?" Aira tidak faham dengan soalan kawannya. Sudah lah dia masih mamai. Pukul 8 pagi dah ada dekat rumah orang.
"This cake," balas Beatrice teruja. Aira membuat muka bingung. Dia nak aku suruh teka apa ni?
"What do you mean?" Tanya Aira kembali. Beatrice tertawa. Kelakar tengok muka Aira yang bingung tu.
"I mean the flavor of this cake," balas Beatrice.
"Ohh. Ermmm maybe vanilla? Or red velvet?" Teka Aira.
"Yes girl! It's red velvet flavor," balas Beatrice teruja seraya menepuk tangan.
"Wow! That's my favourite!" Kali ni Aira pula yang happy.
"Wait for me. I want to wash my face first also brush my teeth," ujar Aira dan berlari anak menuju ke bilik air. Seronok dia ada yang menyambut hari jadinya. Dia ingat harini tidak ada orang yang mengingati hari jadinya. Ternyata ada. Dulu masa di Malaysia, selepas kematian keluarganya, keluarga Zafran yang akan buat semua benda untuk raikan hari jadi Aira. Tahun ini dia keseorangan. Nasib baik ada Beatrice. Thanks Beatrice!
Aira keluar dari bilik air dan menuju ke katil. Telefonnya dicapai. Aira membuka aplikasi WhatsApp. Hmm, tiada siapa yang ucap birthday dia. Dia mencampak telefonnya ke dada katil kembali. Baru dia hendak keluar dari bilik telefonnya berbunyi menandakan ada orang menelefonnya. Aira mencapai telefonnya. Dari Haikal rupanya. Lambat-lambat Aira menjawab.
"Happy birthday Zara. Sorry tau lambat wish. Busy sikit harini. Sampai terlupa dah birthday Zara. Sorry tau," ucap Haikal dihujung talian. Aira membuat suara merajuk.
"Ingatkan lupa dah tadi. Takpe Aira faham. Busy dengan wedding Zaf. Zaf dah jalan, Karl bila lagi?" Aira cuba bergurau. Kedengaran tawa Haikal dihujung talian sana.
"Karl tunggu Zara lah," balasnya. Terkejut Aira mendengar jawapannya. Malu juga lah diri ini.
"Tunggu Aira lambat lah lagi Karl kahwin. Karl kena cari yang lain. Baru cepat jalan," balas Aira sekadar untuk membalas jawapan Haikal tadi.
"Taknak lah. Takpe, Karl tunggu je Zara. Takpe, dah biasa menunggu ni. Dah bertahun single," balas Haikal bersahaja. Merona merah muka Aira. Haikal ni nak bagi fake hope pun agak-agak lah! Sama aje macam Zafran! Ish tak suka lah macam ni. Suka cakap aje lah.
"Sekarang kan dah lewat malam. Kenapa tak tidur lagi?" Soal Aira untuk mengalihkan topik. Tergagap juga lah nak ubah topik tu. Tergelak Haikal mendengarnya.
"Nak ubah topik, tapi tergagap hahaha. Nak tidur lah ni, lepas off call ni nak tidur teruslah. Ingatkan nak tidur dah tadi, tapi baru teringat birthday Zara. Itu wish terus. Awal tak kalut," jawab Haikal.
"Ish, dah susahkan Karl pula. Esok ada lagi," balas Aira pula.
"Nanti kalau lewat wish merajuk pula orang tu. Dulu kak Nisa wish lambat muncung tu sedepa." Malu Aira dibuatnya. Tak sangka Haikal masih ingat benda tu. Maklum lah, tak matang lagi time tu. Lepas dari kes tu, semua ucap hari jadi Aira seawal mungkin. Macam Beatrice sekarang lah. Patutnya esok birthday Aira. Iyalah, 13 jam beza kut jam Malaysia dengan Canada. Jadi yang Malaysia dulu mendahului. Beatrice pula sengaja suprise awal. Kalau tak merajuk lah Aira kalau lambat.
"Kalau macam tu, Haikal pergi lah tidur. Esok dah penat," kata Aira. Haikal mengumam.
"Nanti cakap tahniah dekat Zaf," kata Aira lagi seraya memanamatkan talian mereka. Kalau dibiarkan lagi risau Haikal bagi pickup line lagi. Naya!

Haikal tergelak kecil apabila mengingat kembali cara Aira bercakap tadi. Gagap sungguh. Haikal meletakkan telefonnya disebelahnya. Dia perlu tidur untuk banyak tenaga. Esok dia perlu bekerja keras. Baru dia hendak melelapkan matanya. Dia mendengar pintu biliknya dikuak dari luar. Haikal membuka matanya sedikit. Haikal melihat Jasmin masuk ke ruangan biliknya. Tapi dia biarkan sahaja. Dia ingin melihat sejauh mana perempuan itu buat. Jasmin menutup perlahan-lahan pintu bilik Haikal. Dia menghampiri Haikal yang sedang pura-pura tidur pulas. Jasmin mengusap lembut pipi Haikal. Ingin sahaja Haikal menamparnya. Tapi dia kena sabar. Dia ingin tengok sejauh mana permainan perempuan itu. Tangan kirinya mengepal penumbuk dibawah selimut. Tidak menunggu masa lama, Jasmin terus membuka butang baju Haikal. Haikal tidak sangka Jasmin akan bertindak seperti ini. Matanya terbuka luas. Jasmin masih tidak perasan lagi dengan mata Haikal yang sudah terbuka itu. Dia masih sibuk untuk membuka baju Haikal. Tidak lama kemudian tangannya digenggam oleh tangan Haikal. Terkejut Jasmin. Mencerlung mata Haikal memandang Jasmin.
"Kau buat apa ni?" Soal Haikal perlahan dengan nada serius. Jasmin tidak berkata apa-apa. Tangannya masih digenggan erat oleh Haikal. Takut pula dia melihat mata Haikal begitu. Melihat kebisuan Jasmin, Haikal jerkahnya.
"Aku tanya kau buat apa?!" Terhincut bahu Jasmin mendengar jerkahan Haikal.

sorry for the late update. Baru ada masa untuk update. Baru habis paper. Fuh. Happy Reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience