Series
38981
SEDARI tadi Alia melihat Haikal hanya mendiamkan diri ketika Aira bercakap dengan dia. Sudah hampir 15 minit mereka berada di sini untuk nikmati pemandangan kat sini, tapi sikit pun Haikal tidak bercakap dengan Aira selepas berjumpa dengan Jasmin tadi. Alia mengejar laju langkah Aira dan Haikal yang jauh didepannya. Alia menarik pergelangan tangan Haikal. Haikal terhenti berjalan.
"Kenapa Karl ni? Dari tadi Aira cakap dengan Karl, Karl buat tak tahu aje," bisik Alia. Takut juga jika didengari oleh Aira. Aira hanya memerhati sahaja dua beradik itu.
"Kalau macam ni baik angah balik aje tadi. Biar Zaf gantik angah. Angah datang ni pun sebab nak bagi ruang untuk korang berdua. Kalau Karl bisu macam ni baik tak payah," sambung Alia lagi. Nadanya masih direndahkan. Macamlah Alia tak tahu yang Haikal memang sukakan Aira. Itu pasal dia mahu mengikuti mereka berdua supaya dia mudah beri ruang kepada mereka berdua.
"Iyalah, Karl cakap dengan dia. Angah pergilah jalan kat belakang balik," arah Haikal. Alia mencebikkan muka. Alia berjalan ke tempat dimana dia berjalan mengikuti Haikal dan Aira dari belakang. Adalah lebih kurang dalam lima meter. Punyalah nak beri privasi! Betul firasat Nisa, kalau pergi dengan Alia memang boleh jadi 'dating' Haikal dengan Aira tu!
"Sorry Zara tak layan tadi. Mood tak berapa okey tadi. Walaupun mood tak berapa okey, patutnya Karl layan aje Zara. Karl minta maaf," ucap Haikal. Aira tersenyum manis.
"Takda apa lah. Jangan risau Aira tak ambil hati pun," balas Aira. Haikal berjalan mengiringi Aira berjalan disekitar kawasan KimStone.
"Zara nak cuba beli air kelapa dia? Orang cakap air kelapa dia paling sedap sekali. Kalau orang pergi kat sini, mesti wajib cuba air kelapa dia." Haikal cuba mengambil kembali hati Aira.
"Taknak lah, sebab Aira tak suka air kelapa. Bila terpaksa sahaja Aira akan minum. Macam waktu sakit, kalau minum untuk saja-saja macam ni Aira tak minat," balas Aira. Haikal tersenyum hampa, baru nak belanja Aira minum.
"Jom lah balik, pukul 9.30 dah ni," ajak Aira sambil mengerling jam yang dipakai pada pergelangan tangannya.
"Awal lagi ni Aira. Ayah bagi balik sebelum pukul 12 malam. Alang-alang dah keluar ni, kita pergi tempat lain juga. Kita ada berbaki 2 jam lebih sebelum pukul 12 malam. Apa kata kita pergi Teluk Cempedak? Kat situ best juga. Takpa Haikal boleh aje bawakkan. Dia tak buat apa-apa pun esok. Boleh lah dia bawa kita berjalan malam ni," sampuk Alia. Alia memandang Haikal.
"Okey boleh. Lagipun Haikal tak buat apa esok. Jom lah berjalan malam ni. Lama dah tak keluar macam ni sama-sama," ajak Haikal. Serba salah pula Aira dibuatnya. Nak taknak dia terima juga tawaran mereka. Mereka berjalan ke tempat parking kereta. Alia cepat-cepat mengambil tempat duduk belakang. Sengaja nak memberi ruang kepada Haikal dan Aira bersama. Sebelum ke sini Aira mengambil tempat duduk dibelakang kerana Alia berjalan perlahan. Kali ini dia dapat duduk dibelakang.
"Aira duduk depan. Kak Yaya tak boleh nak duduk depan malam-malam. Kak Yaya kalau malam kena duduk belakang sebab Kak Yaya nak lelapkan mata. Kalau duduk depan, cahaya lampu asyik main kat mata Kak Yaya. Aira duduk lah depan." Panjang lebar Alia memberi alasan tak masuk akal. Aira pasrah. Nak taknak dia kena duduk didepan bersebelahan dengan Haikal. Tertawa kecil Haikal melihat Alia yang berusaha untuk samakan mereka berdua. Menggeleng kepala Haikal. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Aira berasa berdebar. Jantungnya menjadi laju apabila Haikal mahu memasukkan gear dan menurukan brek tangan. Aira genggam kemas tali pinggang yang dipakai. Haikal yang nampak keadaan Aira begitu sengaja lagi mahu mengusiknya. Haikal mencapai kotak tisu yang berada diatas dashboard hadapan Aira. Membulat mata Aira. Haikal memandang Aira. Tergelak puas dia melihat muka Aira merona merah.
"Kenapa tu?" Tanya Alia. Aira mencebikkan bibir. Berdebar sungguh dia. Dari tadi jantungnya tidak berhenti berdegup dengan laju. Haikal memandang muka Aira lagi.
"Cukuplah kami saja yang tahu. Kalau angah tengok muka Aira sekarang ni dah tahu kenapa," jawab Haikal. Alia menelek muka Aira. Aira menutup mukanya dengan kedua telapak tangannya. Malu sungguh dia! Tergelak kecil Alia.
Nisa memerhati Zafran yang sedari tadi memandang pintu rumahnya.
"Tengok apa tu dik kat pintu tu. Bukannya ada apa pun," tegur Nisa. Zafran tidak menjawab.
"Kenapa? Sedih tak dapat ikut Haikal dan Aira berjalan?" Sambung Nisa lagi. Zafran cepat menggeleng.
"Mana ada. Tak sedih pun lah. Biar aje lah kalau diaorang nak keluar sekali pun," balas Zafran. Walhal sedari tadi dia menunggu kepulangan Aira. Mulut memang boleh berbohong, tapi tidak dengan hati.
"Iyalah tu. Kalau nak pergi tadi cakap lah nak ikut sekali. Bukannya ayah halang pun." Zafran tidak menjawab. Bukan dia tidak mahu ikut, tapi dia takut Aira tidak akan selesa dengan dia. Sudahlah dia ke luar negara kerana Zafran. Zafran tidak mahu kehilangan Aira lagi. Cukup lah dengan kebodohan dia sebelum ini. Jangan bertambah lagi kebodohan dia itu. Kali ini, dia tidak akan sia-siakan Aira. Dia akan cuba menebus kesilapan dia sebelum ini.
"Alright, kita dah sampai," kata Haikal. Alia yang sedang bermain telefon menggeliatkan badannya. Haikal memandang Aira disebelahnya.
"Angah. Zara tidur lah," beritahu Haikal. Alia menelek muka Aira yang sedang tidur pulas.
"Nak gerak ke taknak ni?" Soal Haikal. Serba salah pula dia mahu gerak Aira. Alia menepuk perlahan bahu Aira supaya Aira bangun dari tidurnya.
"Sampai dah ni," ujar Alia apabila melihat mata Aira sudah terbuka kecil. Aira membetulkan posisinya seraya menggeliat.
"Jom turun," ajak Haikal. Aira yang masih mamai itu hanya menganggukkan kepalanya. Matanya masih mahu memejam. Alia menepuk bahu Aira. Tersedar juga lah Aira dari mamainya. Alia dan Aira keluar dari perut kereta selepas Haikal.
"Pergi jalan dulu," suruh Alia. Aira berjalan beriringi Haikal didepannya. Aira menguap. Haikal menoleh.
"Mengantuk betul tu," kata Haikal. Aira tersenyum.
"Jom makan aiskrim untuk hilangkan rasa mengantuk tu," ajak Haikal. Terbuka luas mata Aira apabila terdengar perkataan 'aiskrim' itu. Aira memandang Haikal.
"Boleh! Okey jom! Yang penting Karl belanja. Aira tertinggal beg dekat dalam kereta." Haikal mengerutkan kening.
"Jom ambil beg. Bahaya lah tinggal dalam kereta," ajak Haikal. Aira cepat menggeleng.
"Jangan risau. Aira letak bawah seat. Lagipun kereta Karl kan pakai cermin gelap. Confirm tak nampak," balas Aira. Haikal menggelengkan kepala. Inilah perempuan, suka buat kerja senang.
"Duduk sini, Karl pergi ambil jap," arah Haikal. Haikal terus berlari kembali ke arah keretanya.
"Nak pergi mana pula tu?" Tanya Alia.
"Dia nak pergi ambil beg Aira. Aira tertinggal dalam kereta tadi," jawab Aira. Tidak lama kemudian, Haikal kembali pada Aira dan Alia. Haikal menghulurkan beg tangan hitam kepada Aira.
"Terima kasih. Susahkan Karl pula nak kena ambil," ucap Aira seraya mengambil begnya dari tangan Haikal. Haikal tersenyum manis. Cair pula Aira melihatnya. Jantungnya berdegup dengan laju semula. Tiba-tiba dia tersedu. Ha sudah!
"Okey tak ni Zara?" Tanya Haikal dengan nada cemas. Tiba-tiba aje sedu. Aira menggosok dadanya.
"Okey aje. Jom lah pergi beli aiskrim. Takpa, sebab Karl dah ambil beg Aira, so aiskrim malam ni Aira belanja." Haikal cepat menggeleng.
"Tak payah. Zara simpan aje duit tu. Jangan nak boros sangat," kata Haikal dengan nada tegas. Tegas atau tak Aira tidak mengendahkannya.
"Taknak. Nak belanja juga." Geram pula Haikal menengoknya.
"Siapa suruh ambilkan beg. So, Aira lah belanja malam ni," sambung Aira lagi. Aira menjelirkan sedikit lidah, seperti mengejek Haikal. Haikal tertawa kecil. Haikal merampas beg tangan dari tangan Aira. Mujurlah Aira pegang dengan kemas, tidak dapatlah Haikal mengambilnya. Haikal memegang beg tali itu. Haikal masih menarik dari tangan Aira. Aira masih tidak mahu lepas. Akibat Aira terlalu kuat menarik beg tangannya, muka Haikal menjadi rapat dengan muka Aira. Aira terkedu. Jantungnya laju kembali. Nafasnya tercungap-cungap. Aira memandang mata Haikal. Haikal membalas kembali tatapan mata Aira. Alia memisahkan mereka berdua. Beg tangan Aira akhirnya jatuh ke tangan Haikal. Aira laju berjalan meninggalkan Haikal dan Alia dibelakang. Malu sungguh dia!
"Amboi dia. Feeling kdrama ke tadi?" Alia mencuit lengan Haikal. Haikal hanya tersenyum. Malu pula dia.
"Kalau nak dia, pergilah kejar. Jangan lepaskan lagi peluang didepan mata. Jangan bagi orang lain ambil dia. Kejar sebelum terlambat. Tunggu apa lagi? Pergilah kejar dia." Haikal tersenyum malu mendengar kata-kata Alia.
"Thank you angah support Karl," ucap Haikal dan bergerak laju ke hadapan untuk mengejar langkah Aira. Alia hanya tersenyum dibelakang.
Melihat Aira makan aiskrim berperisa strawberry membuatkan Haikal tersenyum. Cantiknya ciptaan kau Ya Allah. Eksiden tadi asyik bermain dimindanya.
"Ada jual apa kat situ?" Tanya Aira. Malu pula Aira apabila ditenung sebegitu dengan Haikal. Nasib dia lah duduk sebelah Haikal. Muka asyik kena tenung. Alia pula jauh lima meter dari mereka. Lima meter macam lima kilometer Aira rasa.
"Dia jual gelang yang boleh isi nama tu. Ada orang sekarang pakai. Gelang tu dia gubah sendiri. Isi manik sikit lepas tu isilah nama yang kita nak," jawab Haikal. Aira mengangguk dan menghabiskan aiskrimnya. Aira berdiri dan membuang cawan aiskrimnya ke dalam tong sampah. Aira berjalan menuju ke kedai yang menarik perhatiannya tadi.
"Selamat datang," ucap tuan kedai itu seraya memberi senyuman manis kepada Aira dan Haikal. Aira melihat gelang yang sesuai dengannya.
"Ambil yang ni. Yang ni cantik," tunjuk Haikal. Aira mengambil gelang itu. Dia meneliti dengan baik. Hmm, not bad. Mata lelaki kalau pilih barang semuanya elok.
"Saya ambil yang ini. Saya nak nama Aira," kata Aira dan menghulurkan gelang pilihan Haikal kepada tuan kedai tersebut.
"Lagi lima minit cik boleh datang ambil," balas tuan kedai itu. Giliran Haikal pula untuk memilih gelang. Haikal mengambil gelang bersebelahan gelang Aira.
"Saya nak nama Iqarl." Tuan kedai mengambil gelang yang dihulurkan oleh Haikal.
"Lagi sepuluh minit cik dan encik boleh datang ambil gelang ni," ujar tuan kedai itu.
"Alright, terima kasih ye bang," ucap Haikal dan berlalu dari situ bersama Aira. Haikal menghampiri Alia. Haikal berbisik sesuatu pada Alia. Alia mengangguk.
"Jangan lama sangat tau," pesan Alia. Haikal menganggukkan kepalanya.
"Jom Zara. Pusing-pusing pantai. Kat sini kalau ambil angin malam best. Walaupun ramai orang, tapi boleh buat vibe macam kdrama tau," ajak Haikal. Aira mengangguk setuju. Haikal berjalan beriringi Aira. Tangan Aira disimpuhkan kehadapan, manakala tangan Haikal disimpuhkan kebelakang.
"Hahaha tiba-tiba rasa canggung nak bercakap." Haikal berpura-pura gelak. Canggung betul rasa! Aira hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pun malu untuk bercakap. Sampai sahaja didepan orang ramai. Haikal memotong jalan Aira dan berdiri dihadapannya. Merona merah muka Aira. Dia teringat kejadian tadi.
"Zara, saya nak cakap dengan awak sikit," ujar Haikal. Berdegup laju jantung Aira. Berdebar-debar dia rasa. Lagi pula Haikal sudah bercakap 'saya awak' selalunya 'Karl Zara.'
"Kenapa tu?" Aira mengambil nafas dalam. Walaupun suaranya tergetar-getar tapi cepat dikawal.
"Aira Zahra." Semakin laju jantung Aira mendengar nama penuhnya diseru. Matanya tidak beralih dari bebola mata Haikal. Begitu juga dengan Haikal.
"Saya sukakan awak," ucap Haikal.
bab ni saya terblushing sedikit hshs. Saya yang buat, saya yang rasa blushing. Okey done! Sorry for the late update! Happy Reading ! ♡
Share this novel