BAB 6

Romance Series 38981

Suasana di meja makan untuk menikmati makan malam riuh-rendah sekali.
"By the way, esok Aira keluar dengan Zaf kan? Korang nak pergi mana aje esok?" Tanya Alia kepada Aira. Aira yang sedang menjamu selera berhenti menguyah.

"Pergi pantai and main permainan yang dalam mall tu. Nak hilangkan stress," jawab Aira dan menyisip air laici.

"Ohh faham. Sebab Kak Lia ingat nak suruh korang belikan barang masakan nasi ayam and barang untuk buat buttermilk," jelas Alia. Aira pandang Zafran. Zafran pandang Aira kembali. Aira mengangkat bahu dan membuat isyarat mata untuk memberi jawapan kepada Alia.

"Boleh aje. Lagipun sekejap aje kami keluar," beritahu Zafran. Alia tersenyum mendengarnya.

"Hehe terima kasih," ucapnya lalu mengisi air laici ke dalam cawan Zafran yang kosong itu.

"Huh, membodek aje," kata Nisa tiba-tiba. Alia senyum seperti kerang busuk.
Tidak lama kemudian, mereka mendengar bunyi enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Ayah dah balik itu," kata Haikal yang sedang mencedok lauk ayam merah. Tak berhenti dia mencedok lauk ayam merah tu. Maklumlah favorite dia.
2 minit kemudian, kelihatan muka Encik Shahrol dimuka pintu.

"Assalamualaikum," Encik Sha'ari memberi salam.

"Waalaikumusalam," jawab mereka serentak. Encik Sha'ari berjalan ke arah ruangan makan.

"Makan yah," pelawa Haikal. Encik Sha'ari melihat lauk-pauk diatas meja.

"Takpe lah Karl. Makan aje lah. Ayah dah kenyang. Tengok kamu makan dengan berselera ayam merah tu dah buat ayah kenyang," balas Encik Sha'ari dengan nada perli. Dalam masa yang sama diberniat untuk bergurau.
Haikal tersenyum mendengarnya. Ayam merah didalam mangkuk diambil.

"Memang ayam tu untuk dia aje yah. Dari tadi dia makan ayam merah tu. Lauk lain dia tak makan pun. Jangan kata makan, sentuh pun tak," adu Alia. Haikal mencebikkan bibir. Encik Sha'ari tertawa. Ada aje budak-budak ni.

"Banyak lauk masak harini. Dengan udang masak lemak. Dengan sambal kerang lagi," kata Encik Sha'ari.

"Asalnya nak masak dua lauk je harini ayah. Haikal ni pula merengek kat akak nak ayam merah. Selagi akak tak kata boleh ke tidak masak ayam merah tu. Selagi tu lah dia duduk dekat dapur tu tanya soalan sama. Sudahnya masak ayam merah tu. Ayam tu tadi asalnya banyak. Semua tertumpu ke udang masak lemak. Memang kenduri lah Haikal makan ayam merah tu," beritahu Alia panjang lebar. Encik Sha'ari ketawa kuat. Berdekah dia. Dia memang tahu yang anak nombor ketiganya ini memang begini. Hantu ayam masak merah. Kalau pergi mana-mana pun, ayam masak merah dicari. Kalau tiada lauk tu, sepanjang makan mulut tu muncung selalu. Nasi pun tak lalu nak makan. Kalau ayam masak merah. Macam itu lah keadaannya.

"Haikal Haikal. Macam-macam lah kamu ni. Ayah nak mandi dulu ni," ujar Encik Sha'ari pula.

"Okay ayah," jawab Haikal. Encik Sha'ari menggelengkan kepala sambil senyum. Dia menghampiri Haikal dan menepuk perlahan belakang Haikal. Haikal tersenyum.

Zafran sekeluarga termasuk Aira berkumpul diruangan tamu dan menonton K-drama yang bertajuk Duty After School. Sesekali mereka menutup muka apabila dia melihat sfera kecil menikam pelakon tersebut. Ada yang memegang lehernya apabila sfera itu memutuskan kepala dari badan. Seriau!
"Tembak lah! Jangan lah menjerit saja," marah Alia apabila dia melihat sekumpulan pelajar itu hanya menjerit dan tidak melakukan apa-apa.
"Kalau Yaya kat situ. Dah lama Yaya tembak. Takde lah menjerit macam ni," katanya lagi. Semua memerhati Alia. Alia yang merasakan suasana diruangan tamu itu sunyi tiba-tiba melihat ke arah semua yang sedang memerhatinya.
"Apa? Betul lah," katanya bersahaja. Zafran mencebikkan bibir.
"Tak menjerit konon. Lipas depan mata pun menjerit," balas Zafran pula. Alia mengempal penumbuk dan acah-acah mahu menumbuk Zafran.
"Ha gaduh," kata Nisa pula. Aira tergelak melihat gelagat mereka berdua.
"Adik ni cari pasal dengan Yaya," adu Alia dan memuncungkan bibir. Nisa mencubit bibir Alia. Alia menganduh.
"Tu tengok tu. Jahat lah kawan dia tu, pergi kunci pintu kereta," kata Encik Sha'ari. Encik Sha'ari memegang dada.
"Boleh sakit jantung ayah tengok cerita macam ni. Berdebar sungguh. Laju jantung ayah ni ha," beritahu Encik Sha'ari kepada mereka. Nisa tergelak kecil.
"Tadi kakak tanya ayah nak tengok cerita apa. Ayah cakap, pasang aje lah cerita yang kitaorang nak tengok. Bila dah pasang, macam ni pula jadinya hahaha," balas Nisa pula. Encik Sha'ari tertawa. Salah dia juga kerana suruh anak sulungnya memasang cerita yang mereka mahu tonton. Kalau dia tahu ini akan berlaku. Dia akan suruh anak sulungnya memasang cerita P.Ramlee. Biasalah tekak orang tua.
Telefon Aira berbunyi menandakan ada yang telefon. Siapa pula malam-malam macam ni telefon? Dia melihat nama panggilan. Ohhh Qistina. Dia meminta izin untuk menjawab panggilan. Dia berjalan menuju ke bilik.
"Hello, kenapa Qis?" katanya dihujung talian. Qistina yang sedang mengoleskan lipstick dibibirnya mencebik. Kalau bukan sebab mamat tu, jangan harap dia nak telefon si Aira ni. Menyampah betul. Ini semua sebab kes ex-boyfriend Qistina ni syok dekat Aira. Tapi padan lah muka, Aira tak layan dia. Peristiwa dia bergaduh dengan Aira berlayar diruangan mata.
"Kau jangan nak sebat pakwe aku lah Aira!" Tengking Qistina seraya menolak badan Aira.
"Aku tak ambil dia pun dari kau. Dia yang datang kat aku," balas Aira pula dengan nada normal.
"Kau jangan nak menipu lah Aira. Dia sendiri cerita kat aku yang kau terhegeh-hegeh nak dekat dia. Lepastu kau jual diri dekat dia. Tak malu betul eh kau. Murah sangat ke harga diri kau tu?" jawab Qistina pula. Satu tangan menghinggap dipipi Qistina.
"Kau jangan nak biadap! Aku tak semurah tu. Kau pun sendiri tahu kan yang aku ni tak pernah nak minat siapa-siapa. Kau pun tahu taste aku macam mana," balas Aira pula. Qistina memegang pipinya yang merah itu. Qistina meramas rambutnya dengan kuat. Serabut!
"Iya lah taste kau kan macam Zafran Hazim anak si Sha'ari tu kan? Mana tahu kau ni sedih sangat sebab Zafran tak balas cinta kau itu pasal kau rembat boyfriend aku," perli Qistina. Aira menghelakan nafas.
"Kau kenal Surayakan?" soal Aira. Qistina menganggukkan kepalanya dengan riak wajah yang sombong.
Aira mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor Suraya. Tidak lama kemudian, suara Suraya kedengaran dia telefon.
"Haluu girl. Kenapa call aku ni?" soal Suraya. Aira membuka loud speaker.
"Kau ingat lagi tak Fareez?" Soal Aira pula. Suraya diam untuk beberapa minit.
"Ingat. Lelaki yang kejar kau tu kan? Yang on-relay dengan Qistina time tu. Aku dengar diaorang dah clash sekarang ni," jawab Suraya selamba. Qistina membulatkan matanya. Baru dia hendak menengking Aira memotong terlebih dahulu.
"Kau ada lagi tak video masa Fareez datang dekat aku tu? Ada yang masa dia merayu kat aku supaya aku couple dengan dia tu?" Tanya Aira lagi.
"Ada aje. Kenapa? Kau nak ke? Haritu aku nak bagi kau sombong. Sekarang baru nak," balas Suraya pula.
Tidak lama kemudian telefon Aira berbunyi menandakan ada mesej masuk dari aplikasi WhatsApp.
"Thanks Su. Aku tutup dulu," kata Aira dan menamatkan talian.
Aira menunjukkan video tersebut kepada Qistina. Terkejut dia melihatnya apabila Fareez melutut kepada Aira untuk menerimanya. Yang mengejutkan dia lagi ialah Fareez mengatakan dia tidak sanggup hidup dengan Qistina kerana Qistina terlalu memaksa hidupnya untuk melakukan apa sahaja demi dia.
Qistina mengepal penumbuknya. Dia menolak badan Aira sehingga terjatuh dan berlalu dari situ. Tak guna punya jantan!

sorry sangat-sangat lambat update. Saya busy lohh study untuk SPM. Maybe lepas ni lambat sikit. Sebab saya fokus kat study. Doakan saya berjaya! Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience