PAGI yang indah membuatkan Aira berasa seronok untuk berjoging di taman berdekatan penthouse miliknya. Sudah 3 pusingan dia berjoging seorang diri dengan memakai alat pendengar lagu. Lagu Sparkling Light dari Pentagon dipasang sepanjang berjoging. Bahunya terlanggar seorang lelaki yang sedikit berumur seperti 40-an.
"Sorry miss," ucap lelaki itu tanpa memandang wajah Aira. Aira mengerutkan dahi. Dia seperti kenal lelaki itu. Lelaki itu meninggalkan Aira sendirian disitu. Lama Aira berfikir akhirnya dia teringat siapa lelaki itu. Laju langkah Aira mengejar langkah lelaki itu. Aira memotong larian lelaki itu dan menghalang langkah lelaki itu.
"Cik Azman?" Soal Aira. Lelaki itu mengerutkan keningnya.
"Who're you?" Soal lelaki itu balik. Aira memberi senyuman.
"Aira. My dad pernah bekerjasama dengan syarikat pakcik," jawab Aira. Lelaki itu masih tidak dapat kenal pasti Aira.
"Fazrul is my dad's name," sambung Aira lagi. Membulat mata lelaki itu.
"Oh anak Dato' Fazrul rupanya. You kan yang ikut ayah you dulu kan waktu dia ada meeting dekat company dia dulu right?" Aira menganggukkan kepalanya.
"So yeah, what bring you here? Ayah you mana?" Bertalu-talu soalan yang diberi kepada Aira.
"My whole family dah meninggal. Kena bunuh," kata Aira dengan tenang. Terkejut Tuan Azman.
"What? Kena bunuh? But how?" Tuan Azman mengajak Aira duduk dihujung bangku taman sana.
"My dad pinjam dengan Ahlong. And tak dapat bayar duit tu pada masanya. So dia bunuh semua keluarga saya. Kebetulan saya baru balik dari kedai. Saya nampak lah semua tu and saya terus lari dari rumah tu. Saya stay dekat rumah kawan saya sampai lah sekarang," beritahu Aira. Tuan Azman mengeluh. Dia pun tahu yang rakan satu niaga dia mengalami masalah kewangan selepas dia menipu Fazrul dengan mengatakan kerjasama dengan syarikat Tan Sri Razak akan mendapat keuntungan yang tinggi.
"I'm sorry Aira. Uncle tak sengaja buat macam tu. Time tu uncle terpaksa buat macam tu. Ni semua rancangan Tan Sri Razak, sebab dia dah lama tak puas hati dengan arwah ayah Aira. Dia nak tengok keluarga Aira hancur, walaupun ayah Aira tak buat apa-apa." Wajah Tuan Azman ditundukkan. Serba salah dia.
"Selepas setahun or dua tahun kes tu berlaku, uncle ada cuba hubungi dia untuk bantu dia balik naikkan saham syarikat. Tapi dia tak jawab panggilan uncle. Uncle fikir time tu dia nak mengelak panggilan uncle. Uncle sampai sekarang serba salah sebab buat macam tu dekat dia. Uncle tahu yang dia ada buat pinjaman Ahlong. Uncle tahu dia ada cuba naikkan saham syarikat pakai duit pinjaman tu. Uncle ingatkan dia berjaya, tapi akhirnya dia jatuh teruk. I'm so sorry Aira. Ni semua salah uncle. Uncle ikutkan aje plan Tan Sri tu. I'm so sorry Aira," ucapnya panjang lebar. Aira menghelakan nafas yang berat. Sampai macam tu sekali Tan Sri Razak buat macam tu. Apa yang dia tak puas hati sangat?
"Lepas Fazrul jatuh teruk, uncle cuba untuk hubungi dia lagi. Tapi tak berjaya. Uncle cari tempat lama yang your whole family tinggal, tapi dah tiada. Rumah tu kosong," sambung Tuan Azman lagi.
"Kami semua pindah ke Kuantan lepas kejadian tu. Arwah umi minta arwah ayah pindah ke Kuantan. Sebab rumah tu arwah ayah jual. Iya lah, nak tampung kami sekeluarga mana cukup. Aira suruh arwah ayah pakai simpanan Aira, tapi dia tolak. Dia taknak susahkan anak dia. Last-last jadi macam ni. Tak sangka dari 4 adik beradik tinggal Aira sorang aje yang hidup. Kalau Aira tahu malam tu jadi macam ni, Aira bawa je Fateh tu ikut Aira pergi kedai malam tu. Tapi itu lah, Aira tak tahu pula jadi macam ni." Airmatanya mulai bergenang.
"Uncle minta maaf. Ini semua salah uncle. Uncle betul-betul minta maaf," ucap Tuan Azman bersungguh.
"Bukan salah uncle pun. Tan Sri tu yang salah. Lupakan aje okey? Aira okey aje ni. Bukan salah uncle," pujuk Aira. Aira melihat seorang pemuda menghampiri mereka.
"Pa, Luq ingatkan papa dah balik. Puas Luq cari papa," tegur Luqman. Berpeluh satu badan dia.
"Sorry Luq. Papa terserempak dengan Aira tadi," balas Tuan Azman.
"Aira? Who is she?" Soal Luqman. Aira bangun dari bangku.
"Anak kawan arwah Dato' Fazrul," beritahu Aira. Luqman hanya mengangguk.
"Uncle, Aira pergi dulu. InshaAllah kita jumpa lagi. Maaf curi masa uncle sikit. Assalamualaikum," ujar Aira dan berlalu meninggalkan tempat itu.
"Waalaikumusalam," jawab Luqman dan Tuan Azman serentak.
Jasmin menyandarkan kepalanya disofa. Lega betul kepalanya selepas dapat berurut dispa.
TING !
Telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk. Membulat matanya apabila baca mesej tersebut.
Saya dah dapat keputusannya. Keputusannya ialah Puan dah mengandung 3 minggu. Maaf lewat beritahu. - Doktor Raisha.
Jasmin menekup mulutnya. Patut lah dia asyik berasa mual beberapa minggu yang lalu. Tangannya laju mencari nama lelaki yang membuat dia mengandung ini. Jasmin menelefon lelaki itu.
Tidak lama kemudian, panggilannya dijawab.
"Hello sayang," ucap lelaki itu dihujung talian sana.
"I nak you bertanggungjawab. I'm pregnant you know? Dah 3 minggu. Kenapa you tak pakai alat tu? You memang sengaja ke apa? Now, I nak you bertanggungjawab," marah Jasmin. Lelaki itu tertawa.
"Haritu I nak bertanggungjawab, you sibuk nak kejarkan lelaki tu. Siapa nama, Karl? You yang cakap kat I haritu yang you nak dia bertanggungjawab. Now, you nak I pula tanggungjawab? Memang tak lah I nak," balas lelaki itu.
"What? Itu dulu, sekarang lain. I tak kira, I nak you bertanggungjawab Danial. Kalau you taknak I akan report polis yang you rogol I tanpa I tak rela. You faham tak?!" Tengkik Jasmin seraya mematikan taliannya. Dia perlu mencari jalan untuk menutup semua ini. Kalau ayahnya tahu, mati dia.
"Tak guna kau Karl. Patutnya kau yang jadi suami aku. Habis plan aku hancur. Aku memang tak lah nak gugurkan kandungan ni. Sejahat-jahat aku, aku takkan bunuh orang. Apa lagi baby dalam perut aku ni. Danial pun satu, yang terbabas tu kenapa? Lepas tu lepas tangan. Jangan harap lah." Barang-barang diatas meja ditolak kasar sehingga jatuh bertaburan dilantai.
Sorry for the late update. Saya rasa bab seterusnya, saya ingatkan nak buat 1 tahun kemudian HAHAHA. Cepat sikit Aira balik. Okey tak? Btw, saya baru tengok cerita 'Sekali Lagi Cinta Kembali' saya terkejut juga tengok nama watak tu sama dengan novel saya. Saya tak ciplak tauuu. Sebab saya reka je nii. Happy Reading!
Share this novel