HARI yang sepatutnya dia gembira bersama bakal isterinya yang tidak jadi itu, akhirnya musnah begitu sahaja. Semua bertanya kepadanya kenapa pengantin perempuan tiada pada majlis nikah. Zafran tidak menjamah sedikit pun makanan yang dimasak. Dia benci dengan kebodohan dirinya sendiri. Zafran juga mengurung diri didalam bilik setelah beberapa soalan diajukan kepadanya. Dia bosan dengan soalan sama. Sudah lah dia tengah sedih, orang tak habis-habis tanya. Zafran mencapai telefonnya diatas rak kecil. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Nama Aira dicari. Walaupun dah lewat untuk ucap hari lahir kepada Aira tapi dia tetap mahu melakukannya.
Assalamualaikum Aira. - Zafran.
Zafran mengeluh apabila dia melihat Aira sudah keluar dari talian aplikasi itu. Dia cuba mesej lagi.
Happy Birthday! May Allah bless you always. Hope awak dapat balik ke Malaysia semula dengan selamat. - Zafran.
Aira masih tidak membuka mesejnya walaupun dia sudah kembali ke dalam talian. Dia kecewa. Zafran menghempaskan telefonnya ke dada katil. Baru dia hendak melelapkan mata, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Segera dia melihat nama yang berada dinotifikasinya. Daripada Aira. Senyuman dibibir kembali semula.
Waalaikumusalam. Thank you Zaf! InshaAllah doa yang baik-baik je. - Aira.
"That's it? Itu aje dia balas?" Rungut Zafran sendirian. Tangannya laju menaip. Tapi bila difikirkan balik dari cara Aira membalas, mesti dia tidak mahu Zafran menganggunya. Zafran mematikan telefonnya dan caj diatas rak kecil di biliknya.
Aira masih terkejut dengan berita yang disampaikan oleh kawannya Sarah. Dia terkejut yang pengantin perempuan tiada masa akad nikah. Aira ada tanya lagi sebabnya kepada Sarah. Tapi cukup sampai situ sahaja Sarah tahu. Itu pun mak Sarah bertanya kepada ayah Zafran.
"Bukan jodoh diaorang. Nak buat macam mana." Kata-kata Sarah yang mengajukkan Encik Sha'ari masih berlegar dalam kepalanya. Aira kasihan dengan nasib yang menimpa. Dia bukan tidak mahu bertanya kepada Zafran ketika Zafran mesejnya tadi. Ingin sahaja dia bertanya kepada Zafran yang dia okey atau tidak. Walaupun Zafran berperangai begitu, tapi Zafran itu lah segalanya untuk dia sewaktu dahulu. Walaupun hatinya sudah membuang separuh perasaan itu. Tapi rasa kesian tetap pupuk dalam dirinya. Bukan untuk Zafran sahaja. Malah untuk orang lain juga. Aira menyandarkan kepalanya disofa sambil menonton televisyen. Telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefon. Dia melihat nama makngah. Ini sahaja satu-satunya mak saudara yang masih bertanya khabar tentangnya. Ibu saudara dan bapa saudaranya yang lain tidak bertanya khabar selepas keluarganya meninggal. Kali terakhir mereka berjumpa ketika tahlil terakhir untuk keluarga Aira. Selepas itu mereka tiada bertanya khabar tentang Aira. Kata makngahnya, mereka tak bertanya khabar kerana mereka fikir yang Aira bahagia tinggal bersama keluarga Zafran. Lagi pula ibu saudara dan ayah saudaranya juga tidak menuntut apa-apa hak daripada Aira. Mereka menyerahkannya semuanya. Mereka pun ada harta masing-masing. Lagi pula ayah Aira sudah bankrup selepas berkerjasama dengan syarikat Azman's Holdings. Semua kerana Tuan Azman tu. Sebab itu lah, mereka tidak membuat tuntutan apa-apa daripada Aira. Aira menjawab panggilan makngahnya.
"Assalamualaikum Rara," ucap Puan Saffiyah. Aira tergelak mendengar panggilan Rara itu. Makngah kata Rara tu sebab nama dia ada dua Ra. Satu untuk Aira. Satu lagi untuk Zahra.
"Waalaikumusalam makngah. Amboi makngah sejak business maju dah lupa kat Aira," balas Aira dengan nada gurau. Kedengaran suara Puan Saffiyah ketawa.
"Makngah tak lupa kamu. Makngah sibuk sikit. Kamu tu, dah tahu makngah lupa kamu, kenapa kamu tak telefon makngah? Mentang-mentang lah ada orang lain sayang dia. Dia lupanya makngah. Merajuk lah macam ni." Puan Saffiyah membuat suara rajuk. Aira tertawa riang.
"Alamak, kena balik lah pula hahaha," balas Aira pula.
"Makngah ada hal apa telefon Rara ni?" Soal Aira selepas tawa mereka sudah reda.
"Makngah ada perkara penting sikit nak bincang dengan kamu ni," jawab Puan Saffiyah.
"Apa tu makngah?" Tanya Aira lagi. Kedengaran suara keluhan Puan Saffiyah dihujung talian.
"Maksu kamu telefon makngah tadi. Dia cakap arwah paksu kamu ada tinggalkan sikit harta atas nama kamu. Maksu nak kamu sign surat tu supaya harta tu bagi ke mereka sekeluarga. Maksu kata fair lah kalau Rara buat macam tu dekat dia. Sebab masa keluarga kamu meninggal dia tak tuntut apa-apa dari kamu," panjang lebar makngahnya bercerita.
"Kenapa paksu buat macam tu?" Soal Aira lagi.
"Dia buat macam tu sebab dia kesian ke kamu. Iya lah sebab kamu kan dah tiada apa-apa. Jadi dia simpan harta dia sikit untuk kamu. Mana tahu boleh bantu kamu akan datang," jawab Puan Saffiyah.
"Oh ye ke? Tapi sekarang Rara kat overseas. Rara ada dekat Canada. Saja nak ambil angin. Baru nak masuk 3 bulan Rara duduk sini. Rara nak stay sini untuk setahun. So baki untuk balik ke Malaysia tu tinggal 9 bulan lagi. Rara tak boleh nak balik ke Malaysia lagi sekarang," terang Aira pula.
"Rara duduk dengan siapa kat sana?" Soal Puan Saffiyah pula. Dia terkejut mendengar kata-kata anak saudaranya tadi. Tiba-tiba aje ke luar negara. Tiada angin tiada ribut.
"Rara duduk rumah arwah ayah beli masa duduk dekat Canada dulu. Arwah ayah beli penthouse. Ikutkan arwah umi nak rumah biasa-biasa aje. Tapi macam biasalah ayah, dia tak suka anak dia susah-susah ni. Sebab tu dia bertegas juga nak beli rumah ni. Sebab jasa dia, dapat lah Rara jadikan rumah ni sebagai rumah persinggahan kalau Rara datang Canada," jelas Aira panjang lebar.
"Oh macam tu. Takpe lah kalau Rara dah cakap macam tu. Nanti makngah bincang balik dengan maksu macam mana. Makngah dengan pakngah dah cakap dekat dia, suruh bagi dekat Rara je. Tapi dia kata tak adil lah. Sebab masa arwah ayah meninggal dia tak minta apa-apa pun. Kami tak tahu nak cakap apa dah. Itu makngah telefon kamu. Nanti makngah bagitahu Rara balik ye macam mana. Assalamualaikum." Puan Saffiyah memberi salam untuk menamatkan perbualan mereka.
"Waalaikumusalam," balas Aira dan menamatkan panggilan mereka. Aira menghelakan nafas berat.
"Duduk Malaysia stress. Datang sini pun stress. Senang cerita duduk mana-mana pun stress," bebelnya seorang diri.
TING!
Telefon Aira berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.
"Siapa pula ni?" Gumamnya. Nama Sarah tertera diskrin. Mesejnya dibuka.
Aku nak call kau sekejap. Ada benda nak cakap dekat kau. - Sarah.
Tidak bertangguh lama, Aira menelefon kawannya itu.
"Hello." Kedengaran suara Sarah yang lembut itu bercakap dihujung talian.
"Ya hello. Kenapa? Kau nak cakap apa?" Bertalu-talu soalan yang diberi.
"Okay macam ni. Ni aku tanya dari mulut kak Alia sendiri lah. Dia sendiri cakap dekat aku. Aku jumpa dia tadi, sebab aku rasa aku dapat korek dari kak Alia je. So macam ni, kak Alia kata bakal isteri tak jadi Zafran tu fitnah Haikal. Dia masuk bilik Haikal dan tuduh Haikal yang bukan-bukan. Lepastu perempuan tu cakap dekat family Zaf yang dia tak cintakan Zaf pun. Dia buat macam tu sebab nak dekat dengan Zaf je. Macam tu je lah cerita dia. Macam tu je lah kak Alia cerita kat aku. Lebih dalam lagi aku tak tahu. Dia bagi point sikit je. Tapi bagi aku lah kan, perempuan tu sumpah murah. Fitnah Haikal, padahal dia masuk bilik Haikal," cerita Sarah panjang lebar. Bab membawang memang nombor satu!
"Seriuslah? Aku tak sangka pula perempuan tu macam tu," balas Aira.
"Apa-apa pun jangan bagitahu diaorang pula aku cerita dekat kau. Sebab tadi kak Alia pesan jangan cerita kat kau. Aku ni pula mulut lembik bagitahu kau. Cerita sini habis sini," pesan Sarah. Aira mengumam.
"Dah aku off dulu. Habis kredit aku macam ni," kata Sarah. Aira berdecit kecil.
"Eleh, macam lah pakai kredit kau. Aku yang call kau dulu. Cakap je lah nak layan tunang kau tu. Bukannya aku marah. Dah lah. Assalamualaikum." Kedengaran tawa Sarah yang kecil itu.
"Tahu-tahu je kau. Waalaikumusalam." Sarah menamatkan talian mereka. Aira bangun dari sofa. Dia menuju ke dapur untuk minum air. Lega tekaknya dapat minum air sejuk. Macam-macam masalah. Orang Malaysia punya masalah, sampai Canada boleh sampai. Stress! Aira menuju ke balkoni biliknya. Bagus juga ayahnya beli penthouse yang mempunyai balkoni begini. Dapat lah dia mengambil angin dan menikmati panorama pada waktu malam. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Dia perlu tidur. Esok banyak lagi urusan yang perlu dia lakukan.
Happy Reading! Sorry for the late update. Sebab idea tiba-tiba hilang. So bila dah dapat balik idea tu. Cepat-cepat tulis. So siaplah bab 28. Happy Reading yaa!
Share this novel