BAB 32

Romance Series 38981

"Good morning Aira," ucap Haikal yang berada di meja makan. Aira menghampiri.
"Morning too," balas Aira. Haikal menghulurkan roti yang telah dibakar serta disaluti dengan jem berperisa coklat. Aira mengambilnya dengan senyuman.
"Thank you Karl," ucap Aira. Haikal menganggukkan kepalanya.
"Most welcome." Aira tersenyum mendengarnya. Tidak sia-sia Haikal bangun awal hari ni. Selalunya selepas solat Subuh, Haikal akan sambung tidur. Hari ini dia tidak tidur, dia berjaga sampai pukul 7 pagi. Nisa juga terkejut dengan Haikal. Tak pernah-pernah bangun seawal pagi macam ni. Paling lewat pun pukul 11 pagi dia akan jumpa Haikal. Kalau ada majlis, masa tu aje lah Haikal akan bangun pagi. Selebihnya selewat jam 11 pagi baru dapat jumpa muka Haikal. Haikal tersenyum puas apabila dapat menyediakan sarapan bersama Nisa. Dapat lah juga Aira merasa air tangan dia walaupun dia hanya bantu sedikit sahaja. Usaha tidak mengkhianati hasil.
Nisa membawa keluar mangkuk besar yang berisi nasi goreng untuk diletakkan diatas meja sebagai sarapan pagi mereka.
"Sedapnya bau. Lama dah Aira tak makan masakan akak. Dah setahun tak makan masakan akak ni, mesti lagi bertambah sedapkan air tangan akak," puji Aira. Nisa menepuk lembut bahu Aira.
"Mana ada, sama aje. Pandai awak aje." Aira tertawa.
"Mana pakcik kak?" Tanya Aira. Dari malam semalam dia tak berjumpa dengan Encik Sha'ari.
"Ada kat dalam bilik tu. Dia baru siap mandi, kejap lagi keluar lah tu," jawab Nisa.
"Oh, ingatkan dia dah keluar pergi kerja," balas Aira.
"By the way, Aira ada belikan buah tangan untuk semua orang. Yang Kak Lia, Aira dah bagi semalam. Yang lain Aira bagi hari ni. Kejap ye, Aira pergi ambil." Aira berdiri dari kerusi yang diduduk dan berjalan menuju ke bilik. Aira mengambil empat beg kertas kecil dan besar. Aira berjalan keluar menuju ke meja makan.
"This is for you akak." Aira menghulurkan satu beg kertas kecil dan satu beg kertas besar.
"Aira kalau bagi hadiah memang sampai beribu. Ini yang akak malas ni. Tahun lepas Aira bagi akak hadiah dengan harga beribu juga. Beli yang murah cukup lah," bebel Nisa. Aira tertawa.
"Kali ni Aira tak beli yang mahal. Semua murah. Iyalah, sebab dekat Canada kan pakai duit dollar. Jadi mahal lah semua barang tu, jadi Aira ambil yang paling murah aje. Yang cukup bajet dengan Aira," balas Aira seraya menghulurkan pula satu beg kertas kecil dan satu beg kertas besar kepada Haikal.
"Terima kasih," ucap Haikal. Aira tersenyum.
"Nanti akak buka hadiah ni ye. Akak ada kerja sekejap. Aira dengan Karl makan lah dulu. Roti tu Aira makan ye, penat Haikal bangun hari ni untuk bakar roti tu." Aira menoleh ke arah Haikal.
"Seriuslah kak? Tak percaya lah," balas Aira. Terkekek-kekek dia ketawa.
"Akak sendiri pun tak percaya. Macam bukan adik akak aje." Nisa turut gelak bersama.
"Amboi dia. Suka lah sakat orang. Orang sakat balik baru tahu," celah Haikal. Haikal menjeling manja.
"Akak gerak dulu ye. Duduk lah dengan Haikal dulu. Nanti akak datang semula," ujar Nisa dan berlalu meninggalkan mereka berdua. Suasana dimeja makan agak canggung sedikit kerana dua-dua malu untuk membuka mulut.
"Nak lagi ke roti?" Tanya Haikal apabila dia melihat Aira ingin mengambil roti diatas pinggan.
"Haah nak lagi. Sedap pula," puji Aira. Haikal tersenyum bangga.
"See, confirm sedap. Air tangan Haikal jarang tak sedap. Kalau orang makan mesti dia nak menambah, walaupun bakar roti aje." Bangga betul dia ni! Aira berpura-pura meletakkan kembali roti itu. Berubah muka Haikal. Seronok pula Aira sakat Haikal.
"Kenapa tak ambil?" Tanya Haikal. Aira tidak membalas, sebaliknya dia mengambil pinggan dan mengisi nasi goreng yang telah digoreng oleh Nisa tadi.
"Malas lah nak makan. Tiba-tiba tiada rasa nak makan dah," jawab Aira. Haikal menyapu jem berperisa coklat dan cepat-cepat beri kepada Aira.
"Nah, makanlah. Jangan merajuk," pujuk Haikal. Aira tidak mengendahkan Haikal. Dia memasukkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Melihat muka Haikal yang semakin muram, Aira mengambil roti yang masih berada di tangan Haikal.
"Orang gurau sikit tak boleh. Sikit-sikit nak merajuk." Aira memasukkan roti yang disaluti jem ke dalam mulutnya.
"Mana ada merajuk. Aira yang merajuk dulu dengan Karl," balas Haikal. Aira memandang muka Haikal. Aira memberi pandangan sinis. Haikal hanya tersenyum. Hampir tersembut roti dalam mulutnya apabila melihat Haikal memberi senyuman kepadanya. Baru nak pura-pura merajuk, dah tak jadi. Hampeh punya Haikal. Aira menundukkan kepalanya. Malu pula dia.
"Malu ke tu?" Usik Haikal. Aira tidak menjawab. Dia menguyah baki roti didalam mulutnya. Haikal tertawa.
"Nak usik orang. Alih-alih dia yang kena balik." Aira mencebik. Aira memberi jelingan tajam kepada Haikal. Haikal memberi senyuman sekali lagi kepada Aira.
"Garang-garang nak pergi mana sayang?" Haikal cepat-cepat menekup mulutnya. Alamak, dia sudah tersasul. Merona merah muka Aira menahan malu. Kepalanya masih ditundukkan. Ya Allah malunya aku, bisik hati kecil Aira.
Tidak lama kemudian, muncul Encik Sha'ari dimuka pintu biliknya.
"Eh, Aira dah balik? Bila sampai?" Sapa Encik Sha'ari dan menuju ke meja makan. Fuh, selamat. Nasib ada Encik Sha'ari yang 'cover' untuk mereka berdua.
"Aira sampai malam tadi. Oh ni, Aira ada buah tangan sikit untuk pakcik. Pakcik ambil lah," balas Aira seraya menghulurkan beg kertas bersaiz kecil dan besar kepada Encik Sha'ari.
"Terima kasih Aira. Susahkan kamu aje nak belikan semua ni. Aira dah balik sini dengan selamat pun pakcik dah bersyukur. Kenapa tak cakap nak balik Malaysia? Boleh pakcik ambil kamu." Encik Sha'ari menyambut huluran Aira.
"Aira nak buat suprise. Baru seronok tengok reaksi masing-masing," jawab Aira. Walhal dia memang tidak mahu susahkan keluarga Encik Sha'ari tu.
"Ada-ada sajalah kamu ni Aira. Takpe lah, janji kamu dah selamat balik." Aira mengangguk setuju.
"Pakcik gerak dulu. Lewat dah ni. Habiskan makanan ni Aira. Takpe, Haikal ada teman kamu." Encik Sha'ari mengelipkan mata kepada Haikal. Haikal tersenyum. Nasib baik lah Aira tidak nampak.
"Elok-elok yah. Jangan bawa laju sangat kereta tu," pesan Haikal dan menyalam tangan ayahnya. Encik Sha'ari menepuk lembut belakang Haikal.
"Iya lah. Malam ni tak payah masak, kita makan luar. Ayah balik awal hari ni. Pukul 6 ayah dah balik. Nanti bagitahu yang lain. Nak sambut kepulangan Aira," beritahu Encik Sha'ari.
"Eh, tak payah susah-susah pakcik. Aira okey aje. Aira taknak pakcik. Pakcik pun penat juga nanti," balas Aira.
"Takpe. Jangan risau, pakcik okey. Nanti kamu siap-siap ye. Kita makan dekat De' Kebayan," beritahu Encik Sha'ari lagi. Haikal menganggukkan kepalanya. Encik Sha'ari keluar dari rumahnya. Aira memandang Haikal. Haikal mengangkat bahu.
"I don't know. Jangan tanya Karl. Ini plan ayah. Kalau Zara nak batalkan, minta lah dengan ayah. Karl taknak masuk campur." Haikal mengangkat kedua-dua belah tangannya. Aira mencebikkan bibir. Memang tiada pilihan lain dah dia, selain menerima tawaran itu. Aira duduk kembali dikerusinya tadi. Tidak lama kemudian, kelihatan muka Zafran dimuka pintu bilik. Zafran tersenyum kepada Aira.
"Awal bangun Karl," tegur Zafran. Haikal menoleh.
"Saja aje bangun awal harini. Esok sambung lah balik rutin tu," balas Haikal berbasa-basi. Tiada mood dia mahu melayan adiknya itu. Kalau dia muncul, memang terus tiada mood. Mesti adiknya akan potong line. Seperti jangkaan Haikal, Zafran mengambil tempat disebelah Aira. Menggelegak hati Haikal menahan marah dan cemburu. Yang bertambah panas hatinya ialah selamba sahaja Zafran meminta Aira menyapukan jem pada rotinya dan minta untuk menuangkan air kopi ke dalam cawannya. Aira pun satu, layankan aje budak Zaf tu! Geram pula Haikal menengoknya.
"Dik, duduk jauh sikit dari Aira. Awak tu bukan suami dia nak duduk dekat-dekat macam tu," tegur Nisa yang baru selesai membasuh baju dan menjemur baju. Tersentak Zafran dengan teguran Nisa. Zafran mengambil pinggan yang berisi nasi goreng dan duduk dibahagian tengah meja. Haikal tersenyum puas. Sayang akak!

done! Bab ni penuhkan haikal and Aira je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience