SUASANA di restoran De' Kebayan membuatkan Aira berasa seronok untuk mengambil gambar. Walaupun sudah waktu malam, tapi ianya tetap cantik. Lampu-lampu juga memainkan peranan untuk menghiasi tasik yang bersebelahan dengan De' Kebayan. Haikal memerhatikan Aira dari belakang. Seronok dia melihat Aira senyum disitu sambil menikmati pemandangan disitu. Haikal menghampiri Aira.
"Seronok nampak," tegur Haikal. Aira menoleh seraya memberikan senyuman.
"Of course lah seronok. Ni first time tau Aira mari sini. Aira tak tahu pula ada tempat secantik ni kat Kuantan," balas Aira. Haikal tertawa kecil.
"Ada satu lagi kedai makan cantik dekat Kuantan ni. Nama dia Kimstone. Zara nak pergi tak?" Tanya Haikal dengan penuh harapan yang Aira akan bersetuju dengan dia. Aira senyum gembira.
"Boleh aje. Bila nak pergi tu?" Hati Haikal melonjak gembira mendengar jawapan Aira.
"Lepas habis makan ni boleh lah pergi selalu. Kat sana view malam cantik. Alang-alang kita dah keluar ni, singgah lah kejap," jawab Haikal. Aira tersenyum kecil.
"Kalau malam ni taknak lah. Menyusahkan pakcik pula nak kena singgah. Dia dah lah penat. Kak Nisa pun penat tu. Balik kerja pukul 7. Next time aje lah Karl," balas Aira. Haikal tersenyum hampa. Macam mana nak buat ni? Haikal memikiran cara didalam otaknya. Bergeligat otaknya memikirkan.
"Maksud Karl, kita tak payah pergi dengan diaorang. Kita pergi sesama kita aje," balas Haikal. Aira mengerutkan kening.
"Macam mana tu? Pergi sesama kita? Ha?" Tak faham betul Aira sekarang ni. Seratus peratus 'blur'. Haikal tergelak kecil. Comel pula tengok muka Aira begitu.
"Zara naik kereta dengan Karl. Tadikan Karl datang dengan Zaf aje. So balik ni Aira boleh lah naik dengan Karl. Kita berdua aje yang pergi. Boleh nikmati view tu." Haikal memantapkan lagi cadangannya dengan harapan Aira setuju.
"Boleh ke macam tu? Nanti mesti diaorang nak ikut. Lagi-lagi Zaf tu. Mesti dia nak ikut," balas Aira lagi. Haikal menghelakan nafas. Ada betulnya juga kata Aira.
"Yang tu Zara jangan risau. Yang itu Karl akan settlekan. Jap lagi masa kita makan, Karl bagitahu diaorang yang kita nak keluar berdua. Make sure Zara pun kena yakinkan diaorang." Bersungguh-sungguh Haikal meyakinkan Aira. Aira mengangguk setuju. Seronok hati Haikal sekarang ini. Dapat lah juga dia berpeluang untuk 'dating' bersama Aira.
Bunyi pinggan yang dilaga bersama sudu dan garfu memandakan Zafran dan keluarga sedang berjamu selera.
"Alhamdulillah kenyang," ucap Encik Sha'ari seraya terkeluar bunyi sendawa. Alia tergelak kecil.
"Kenyang betul tu ayah," sampuk Alia. Encik Sha'ari hanya memberi senyuman.
"Lepas ni kita balik ya. Ayah nak rehat, esok ayah nak pergi kerja lagi." Nisa mengangguk setuju, dia pun perlukan rehat kerana esok pun dia akan berkerja seperti hari ini.
"Boleh aje," balas Alia. Haikal mengerling Aira yang berada dihadapannya bersebelah dengan Nisa. Aira membalas kerlingan Haikal. Aira memberi isyarat mata supaya Haikal memberitahu ayahnya bahawa mereka berdua akan ke KimStone.
"Ermm ayah. Haikal dengan Zara nak keluar pergi KimStone jap lagi. Sebab Zara kata dia teringin nak pergi tempat cantik kat Kuantan ni. Lagipun KimStone kan cantik waktu malam aje. Kalau siang tak cantik sangat. Itu Karl cadang nak bawa Zara pergi malam ni. Sebab situ cantik kalau malam. Boleh ke ayah?" Panjang lebar Haikal meminta izin Encik Sha'ari supaya Encik Sha'ari percayakan dia.
"Pergi berdua aje ke?" Tanya Nisa. Haikal menganggukkan kepalanya.
"Ajak adik lah kalau macam tu. Tak manis pula orang kata nanti," balas Nisa. Berpeluh-peluh muka Haikal apabila Nisa berkata begitu. Mati akal dia mahu menjawab. Melihat kebisuan Haikal, Alia cuba mencelah.
"Kalau adik ikut tak manis lah kak. Sebab dua orang dah lelaki. Dia kena sorang perempuan baru boleh. Kalau dua orang lelaki dalam satu kereta, lagi lah orang akan cakap bukan-bukan." Nisa berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan oleh Alia tu.
"Biar Yaya je teman diaorang berdua. Adik ikut akak dan ayah balik rumah." Alia menawarkan diri. Nisa mengerling Alia. Macam lah dia tak tahu Alia tu buat apa nanti. Tak percaya betul Nisa dengan Alia. Baik percayakan Zafran dari Alia. Zafran ada juga pegang amanahnya. Kalau Alia memang tak lah. Tengok lah kejap lagi dia buat apa.
"Boleh juga kalau angah ikut. Kalau macam tu, angah ikut Karl dengan Aira malam ni," suruh Encik Sha'ari. Alia dan Aira mengangguk setuju. Haikal menundukkan kepalanya, baru nak ada peluang keluar dengan Aira berdua. Alia menendang kaki Haikal dari bawah meja. Haikal memandang Alia. Alia memberi isyarat mata supaya setuju juga dengan kata Encik Sha'ari.
"Karl setuju aje." Mata Haikal teralih kembali pada Alia. Terkumat-kamit mulutnya memarahi Alia. Alia membuat muka 'derk' aje. Geram pula Haikal menengoknya.
"Terima kasih tau Sya sanggup luangkan masa kau untuk melayan karenah mengidam aku ni," ujar Jasmin. Alisya menyisipkan air kelapa yang dibelinya.
"No hal lah. Untuk kau semua boleh," balas Alisya. Jasmin tergelak kecil. Matanya teralih kepada pasangan yang baru masuk ke kawasan kedai makan dibahagian bawah. Berubah mukanya apabila melihat lelaki itu ialah Danial. Lelaki tidak bertanggungjawab ke atasnya dan juga bayi dalam kandungannya. Perutnnya dipegang. Jasmin berasa anaknya sedang bergerak. Alisya yang melihat muka Jasmin yang hampir pucat cepat-cepat dia memegang tangan Jasmin. Sejuk.
"Kau okey tak ni?" Tanya Alisya. Jasmin memuncungkan bibir menunjukkan pasangan sejoli yang baru ke kawasan itu.
"Karl?" Tanya Alisya lagi. Jasmin memandang Alisya seraya menggelengkan kepala.
"Bukan Karl. Itu Danial," jawab Jasmin.
"Danial? Kejap kau tunjuk siapa ni? Tiada pun Danial kat sini. Kalau kau cakap pasal pasangan yang masuk tadi tu, itu bukan Danial. Itu Haikal. Haikal datang dengan kawan dia kut. Itu Haikal, bukan Danial." Sedaya upaya Alisya cuba menenangkan diri Jasmin. Alisya memeluk Jasmin dengan erat. Dia tahu Jasmin trauma kalau ternampak Danial. Jasmin masih takut apa yang Danial buat pada dia semasa dia minta Danial bertanggungjawab. Danial hampir membunuh bayi dalam kandungan Jasmin, gara-gara Jasmin meminta bertanggungjawab. Danial akan ungkit yang Jasmin menolaknya kerana alasan mahu berkahwin dengan Haikal. Jasmin akui memang dia perempuan liar atau dikatakan sebagai perempuan lorong. Dia sudah menyesal buat kerja sebegitu. Dia ingin istiqomah. Sekarang dia juga sudah bertudung. Walaupun sudah lambat, baginya selagi dunia belum kiamat belum terlambat baginya untuk berubah.
"Kau cakap itu Karl kan? Bawa aku jumpa dia. Aku nak jumpa Karl. Aku nak minta maaf dengan Karl. Aku tahu aku salah. Biar lah dia taknak maafkan aku pun, aku tetap nak minta maaf. Aku banyak buat salah. Lagi-lagi dekat Zafran. Dia cintakan aku sepenuh hati, tapi aku mempermainkan perasaan dia. Aku nak minta maaf dekat Zafran sekeluarga. Bawa aku jumpa Haikal," ujar Jasmin panjang lebar. Serba salah sungguh dia dengan keluarga Zafran. Airmata yang ditahan akhirnya gugur jua.
"Tak payah pergi dekat diaorang. Diaorang lalu kat sini jap lagi. Kalau dia sampai kita jumpa dia okey Min?" Alisya menepuk lembut bahu Jasmin. Jasmin menutup mukanya dengan telapak tangan. Sungguh dia kesal dengan perbuatan keji dia itu.
"Karl!" Panggil Alisya. Haikal menoleh. Jasmin yang mendengar nama Haikal cepat-cepat lap airmatanya dengan hujung tudung yang dipakainya. Alisya menghampiri Haikal.
"Sorry saya Alisya. Kawan Jasmin. Boleh tak kalau Karl luangkan sikit masa untuk Jasmin? Dia nak jumpa Karl. Kalau boleh dengan awak dan awak sekali." Alisya menunjukkan ibu jarinya ke arah Aira dan Alia. Alia sudah membuat muka menyampah sebaik sahaja nama Jasmin disebut. Sakit hatinya tidak akan pernah habis. Sungguh dia benci Jasmin. Haikal berat hati mahu berjumpa Jasmin. Lagi-lagi Aira berada disebelahnya. Haikal memandang Alia. Alia menggelengkan kepalanya. Haikal memandang Aira pula. Aira menganggukkan kepalanya bertanda supaya Haikal mengikut permintaan Alisya itu.
"Mana Jasmin?" Tanya Haikal. Membulat mata Alia. Alia menarik hujung lengan Haikal. Haikal tidak mengendahkannya.
"Tu. Yang tengah duduk tu." Haikal memandang tempat yang ditunjukkan oleh Alisya. Terkejut Haikal melihat perubahan Jasmin. Haikal menghampiri Jasmin.
"Alisya cakap kau nak jumpa aku," kata Haikal. Dingin suaranya. Jasmin berdiri dari kerusi yang diduduknya. Kalau tadi Haikal terkejut, sekarang dia lagi terkejut. Tapi riak mukanya dibiasakan sahaja.
"Kau mengandung?" Tanya Haikal. Jasmin mengangguk lemah.
"Masa Karl dapat bukti yang saya mengandung tu lah," jawab Jasmin. Cara bercakap pun sudah berubah kepada 'saya'. Haikal cuma beriak biasa. Dia sendiri pun serba salah dengan tindakan dia waktu itu.
"Alang-alang dah jumpa kau kat sini, aku nak minta maaf. Aku tahu malam tu tindakan aku melampau. Patutnya aku jaga aib kau. Sorry," ujar Haikal. Jasmin tersenyum.
"Saya pun nak minta maaf juga. Saya pun menyesal buat dekat korang macam ni. Saya minta maaf. Saya tak patut perangkap Karl malam tu. Malam tu saya terlalu terdesak untuk cari pengganti bapak kepada bayi ni. Saya minta maaf Karl," balas Jasmin bersungguh-sungguh. Airmata yang ingin gugur segera diseka.
"Zaf ada tak? Saya nak jumpa Zaf." Haikal menggelengkan kepalanya.
"Zaf tak ikut. Dia dah balik dengan ayah dan Kak Nisa," jawab Haikal bersahaja.
"Ada Kak Yaya je. Sebelah dia tu Zara, perempuan yang duduk dekat luar negara setahun tu. 2 hari lepas dia dah selamat sampai ke Malaysia," terang Haikal. Jasmin menghampiri Alia dan Aira.
"Kak, saya nak minta maaf. Saya tak patut buat macam tu dekat akak sekeluarga. Saya betul-betul minta maaf. Kalau akak taknak maafkan saya pun takpe. Saya kalau duduk kat tempat akak pun saya akan buat benda yang sama," ujar Jasmin panjang lebar. Jasmin cuba meraih tangan Alia. Tapi, segera ditempis oleh Alia.
"Tak payah nak berakak sangat. Geli aku dengar. Tak payah minta maaf dengan aku. Kau bukannya ikhlas pun," bidas Alia.
"Tah-tah kau pakai tudung ni pun sebab nak pikat hati orang lagi. Tak rasa bersalah ke?" Sambung Alia lagi. Aira memegang tangan Alia.
"Kak Lia, jangan macam ni. Ramai orang pandang," bisik Aira. Alia menarik nafas yang dalam.
"Fine. Aku maafkan kau. Aku pun nak minta maaf. Kosong-kosong. Sekarang ni aku maafkan kau dengan seikhlas hati. Aku minta maaf pun dengan seikhlas hati." Alia menghulurkan tangannya. Cepat-cepat Jasmin menyambut tangan Alia. Jasmin memandang Aira.
"Saya nak minta maaf dekat awak juga." Aira mengerutkan keningnya. Tapi dia malas mahu bertanya, dia cuma memaafkan sahaja Jasmin. Aira juga minta maaf juga kepada Jasmin. Kalau Jasmin sendiri dah minta maaf dengan Aira, mesti Aira berasa diri dia pun ada salah dengan Jasmin. Kalau tidak, takkan saja-saja dia mahu meminta maaf.
"Bagitahu dekat Zaf, saya minta maaf. Doakan saya selamat bersalin," pesan Jasmin. Haikal menganggukkan kepalanya dan ingin berlalu dari situ. Baru selangkah dia bertapak kedengaran suara Jasmin.
"Wife awak ke Karl?" Tanya Jasmin. Terkejut Haikal mendengarnya. Haikal memusingkan badannya. Baru dia hendak menjawab, Aira telah memotong.
"Nope. He is not my husband. Saya dah anggap macam abang sendiri aje." Terguris sedikit hati Haikal mendengar perkataan abang itu. Air muka segera dijaga. Tidak mahu dilihat oleh orang lain.
"Oh ye ke? Ingatkan suami isteri. Baru nak ucap tahniah," balas Jasmin. Aira cepat-cepat menggelengkan kepalanya.
"Maaf menganggu masa korang. Have fun," ujar Jasmin dan berlalu dari situ. Kebetulan Alisya dan Jasmin sudah habis makanan. Mereka berdua terus menuju ke tempat parking kereta untuk pulang ke rumah.
sorry late update sebab haritu baru habis paper. Pastu nak enjoy sekejap hehe. And harini pula sakit. Like mcm semput mcm tu + ketat dada. Maybe bab 34 lewat sikit. Kalau saya sihat awal boleh lah saya update cepat. Happy Reading! Make sure rate 5 stars tau. Thank youuuuuuu!! ♡
Share this novel