BAB 23

Romance Series 38981

"Minggu depan adik tunang," beritahu Alia kepada Nisa yang sedang memasak untuk makan malam.
"Bulan depan nikah," sambung Alia lagi. Berkerut dahi Nisa.
"Cepatnya," balas Nisa. Alia mengangkat bahu.
"Adik menggatal sangat nak kahwin awal. Biarkan dia. Dia pun dah kerja, walaupun masih belajar. Biarkan aje dia tu. Dia nak kahwin bagi aje. Cakap pun tak guna kalau hati tu dah berkenan sangat," balas Alia. Geram. Nisa menutup api dapur.
"Cakap senang. Yang bersusah payah tu kita. Akak dengar dari Karl tadi dia kata ayah cakap kat Jasmin suruh dia bersiap aje? Kita pula yang bersusah payah? Tak adil betul," rungut Nisa. Alia mengangguk laju.
"Tak pasal-pasal jadi hamba si Jasmin tu pula. Nanti akak cakap balik kat Jasmin tu standby persiapan kahwin. Jangan nak harap keluarga belah lelaki aje. Dia nak kahwin, kita pula kena banyak keluar modal. Kalau Aira ada kat sini, memang Yaya kahwinkan terus Aira dengan Zaf tu. Ada permata sibuk kejar batu jalanan." Panas pula hati Alia. Alia mengipas mukanya dengan tangannya. Panas sungguh! Panas luar dalam!
"Cakap pasal Aira, Yaya ada tanya tak Aira macam mana kat sana? Akak busy sangat lately ni. Tak sempat nak borak dengan dia," kata Nisa dan mencedok lauk sardin didalam kuali untuk dimasukkan ke dalam mangkuk. Mangkuk itu dihulurkan kepada Alia. Alia mengambilnya.
"Hari-hari Yaya chat dia. Dia okey aje kat sana. Dia tak tahu pun pasal adik nak kahwin ni. Yaya tak bagitahu apa-apa pun. Tapi tak tahu lah kalau ada yang menyampaikan kat dia," balas Alia.
"Takyah cerita apa-apa lah kat dia. Kesian kat dia, pergi sana sebab nak tenangkan hati. Ingatkan ada sifat serba salah dalam diri adik tu. Langsung tiada. Kalau selama 2 bulan or 3 bulan dia diamkan diri takpe. Nampak lah salah tu. Ini tak, lepas sehari Aira pergi terus bawa Jasmin datang sini," balas Nisa pula. Dia pun geram juga dengan adiknya itu. Tapi keras kepala tu dia tidak tahan. Alia menuju ke meja makan dan meletakkan lauk sardin itu diatas meja. Nisa pula datang membawa semangkuk besar nasi putih.
"Dik. Karl. Ayah. Jom makan," panggil Nisa. Haikal yang berada diruangan tamu bangun selepas dipanggil oleh Nisa. Begitu juga dengan Zafran dan Encik Sha'ari. Mereka duduk dikerusi meja makan itu.
"Aira apa khabar?" Encik Sha'ari memulakan perbualan. Haikal yang mendengar nama Aira terus menoleh. Pantang disebut terus pandang.
"Okey aje. Dia pun dah selesa kat sana. Dia cakap dia jumpa dengan kawan lama dia masa ayah dia buat pelaburan kat syarikat sana. Nama dia Beatrice. Dia pun terkejut juga bila dengar Aira cerita macam tu. Family Beatrice pun terkejut. Dia pelawa Aira duduk rumah dia, tapi macam biasalah Aira kan. Dia tolak, sekarang ni dia duduk rumah arwah ayah dia beli dulu. Mujur ada rumah, kalau tiada? Booking hotel sampai setahun. Ada kang tak balik Malaysia langsung." Panjang lebar Alia bercerita.
"Okey lah tu ada rumah. Jadi perbelanjaan dia pun sikit aje lah nanti. Cuma beli barang dapur aje lah. Kalau dia selalu beli kat luar, sama aje. Baik dia booking hotel aje," balas Encik Sha'ari pula seraya mencedok lauk sardin dan mengambil separuh sahaja lauk itu lalu diletakkan ke dalam pinggan yang berisi nasi itu. Haikal yang sedari tadi menjadi pendengar dan pemerhati, akhirnya bersuara.
"Dia pun ada aje chat Karl. Dia bagitahu Karl yang dia dah makan apa semua. Dia kata taknak bagitahu akak dengan Yaya, nanti kena bebel. So dia bagitahu Karl je lah." Membulat mata Yaya mendengarnya.
"Ooo, padan lah dia tak cakap apa-apa pasal makanan. Rupanya ini sebabnya. Tunggu dia," bebel Yaya seraya tertawa. Zafran yang mendengar kata-kata Haikal tadi, sedikit terasa. Aira langsung tidak mesej kepadanya kalau bukan dia yang mulakan. Benci sangat ke Aira dengan aku? Nasi yang berada dalam pinggan dikuis.
"Kenapa tak makan tu dik? Makan lah. Jangan main nasi tu," tegur Encik Sha'ari. Zafran mengagguk lemah dan makan nasi itu.
"Korang bagitahu Aira tak pasal ni?" Soal Zafran.
"Pasal apa tu?" Tanya Nisa kembali.
"Pasal yang adik nak tunang and nak kahwin dengan Jasmin tu lah," balas Zafran. Nisa memandang Alia.
"Tak pun. Malas nak serabutkan otak dia. Biarlah dia tenang kat sana," balas Alia pula. Zafran menghela nafas lega.
"Okay lah kalau takde. Kalau boleh biarlah dia tak tahu." Alia membuat muka meluat. Taknak tahu konon, akhirnya tahu juga. Bebel Alia dalam hati.
"Nanti tahu juga, kalau bukan dari mulut kita. Dia akan dapat dari mulut orang lain," bidas Alia. Geram betul dia dengan Zafran sejak dia nak bertunang ni. Ops! Pakej dengan kahwin sekali. Menggatal! Baru umur 23. Kakak dengan abang dia dah lama single! Zafran hanya tersenyum mendengar sindiran Alia.

Anak buah Malik berlari anak ke arahnya. Dia menyerahkan sekeping gambar kepada Malik.
"Bos, Aira ada dekat luar negara. Dia bercuti seorang diri. Sekarang dia berada di Canada," beritahu Wafiy. Malik senyum jahat.
"Call Mr Lee untuk handle kes ni. Suruh dia bawa Aira balik ke Malaysia semula," arah Malik. Wafiy menganggukkan kepalanya dan berlalu dari situ.
"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga," ucapnya perlahan. Gambar Aira yang berada di KLIA diusap.

done bab 23! sorry for the late update!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience