"Memang Zaf lepaskan peluang tu, tapi Zaf cuba nak tebus balik. Zaf cuba buat semula untuk ambil hati Aira. Kenapa Karl tak berhati perut? Sampai hati Karl buat macam ni kat adik sendiri. Dulu berjanji sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan adik sendiri. Sekarang? Mana janji tu?" Bidas Zafran sepuasnya. Haikal bangun dari sofa yang dia duduk.
"Adik! Jaga mulut tu, ayah tak ajar adik biadap macam tu!" Marah Encik Sha'ari.
"Karl minta maaf sebab buat macam tu kat adik. Sekarang ni, Karl ambil Aira lepas adik yang tinggalkan Aira. Karl dah lama suka Aira, dari first time dia duduk sini. Cuma Karl taknak kacau hubungan korang, sebab Karl tengok Aira suka adik sangat. And Haikal tengok adik pun rapat dengan Aira. Haikal undur diri untuk minat Aira. Haikal cuba moveon, tapi bila Karl dapat tahu yang Zaf reject cinta Aira, Haikal rasa peluang untuk Karl dapatkan Aira tu besar. Adik yang sia-siakan Aira. Aira sampai pergi luar negara untuk tenangkan hati. Dia pergi luar negara, adik kat sini hampir kahwin dengan Jasmin. Lepas Jasmin nak curang dengan adik, baru rasa menyesal dalam diri tu. Karl cuba buat yang terbaik untuk kita berdua," balas Haikal panjang lebar dan minta Zafran memahaminya.
"Terbaik? Untuk kita berdua? Mimpi apa Karl? Ini Karl cakap yang terbaik? Terbaik untuk Karl bukan untuk adik," balas Zafran.
"Karl buat macam tu sebab dia taknak saya jatuh cinta dengan lelaki yang salah lagi. Saya pun terima Karl sebab saya takut jatuh cinta dengan orang salah lagi. Biar lah dia abang awak pun," sampuk Aira. Zafran memandang Aira.
"Saya tahu saya salah Aira, tapi suka dekat abang saya bukan jalan penyelesaiannya. Awak akan jadi kakak ipar saya Aira. Saya tak boleh terima semua tu." Zafran meraup mukanya.
"Adik, Karl betul-betul minta maaf sebab buat macam tu." Bersungguh Haikal minta maaf.
"Dah lah Haikal. Kau bukan abang aku lagi! Kau buat aku macam ni. Kau buat aku ni macam patung! Kau bukan abang aku lagi. Aku takda abang yang munafik macam kau!" Tengking Zafran, bahasanya pun sudah bertukar kepada aku kau. Encik Sha'ari berdiri dari sofa yang dia duduk.
"Muhammad Zafran Hazim! Jangan biadap! Minta maaf dekat Haikal sekarang! Jangan biadap dengan abang sendiri! Salah ke tak, dia tetap abang adik. Minta maaf dekat dia sekarang!" Marah Encik Sha'ari. Zafran mengendahkan kata-kata Encik Sha'ari. Zafran memandang mata Haikal dengan dalam. Haikal membuat riak biasa. Bahu Zafran disentuh.
"Kita ni adik-beradik, jangan nak hancurkan semata-mata kerana seorang perempuan. Jangan berfikiran cetek!" Marah Haikal balik.
"Cetek atau tak, aku tak kisah. Kau bukan abang aku lagi," bidas Zafran. Encik Sha'ari menghampiri Zafran dan menampar muka Zafran.
"Aku tak pernah ada anak yang biadap macam ni. Kau nak aku buang kau dari anak aku Zafran Hazim?!" Marah Encik Sha'ari. Zafran memegang mukanya yang agak pedih selepas ditampar.
"Adik minta maaf," ucap Zafran.
"Bukan pada ayah kau minta maaf. Tapi pada Haikal. Kau biadap sangat dengan dia," balas Encik Sha'ari. Zafran melihat Haikal dengan muka bengis.
"Hari ni Karl menang, esok lusa bukan Karl dah yang menang," katanya dengan penuh dendam. Zafran memandang Aira.
"Saya cintakan awak Aira," ucapnya.
"Pergi Zafran pergi. Selama ni aku hidup bukan untuk kau. Bukan aku yang kau cari. Cari cinta sejati yang betul dari saya Zaf," balas Aira dan masuk ke dalam bilik. Aira menenangkan dirinya. Keadaan diruang tamu masih lagi bising. Nisa menghampiri Zafran. Nisa memeluk Zafran.
"Terima takdir yang tertulis dik. Minta maaf dekat Karl," ujar Nisa dengan lembut. Zafran menangis dibahu Nisa. Nisa memujuk Zafran dan menepuk lembut bahu Zafran.
"Dah jangan nangis okey. Apa lah lelaki menangis, tak malu ke?" Pujuk Nisa. Zafran merenggangkan pelukan dan berjalan menuju ke Haikal. Tangannya dihulur untuk bersalaman.
"Adik minta maaf. Adik doakan Karl bahagia." Haikal memeluk Zafran.
"Karl maafkan. Karl tahu adik terluka. Karl minta maaf. Karl minta maaf mungkir janji untuk bahagiakan adik sendiri. Karl minta maaf," ucap Haikal bersungguh. Zafran teresak-esak menangis. Perlahan-lahan dia merenggangkan pelukan.
"Nak tidur. Selamat malam," ucap Zafran dan berlalu menuju ke bilik. Malam ini dia akan tidur dengan mata bengkak.
okey done untuk 2 bab. Maaf late update.
Share this novel