"Sini ke tempat dia dik?" Tanya Haikal yang sedang memandu dikawasan kecil.
"Maps kata kat sini. Sini lah agaknya. Seram betul tempat ni," balas Zafran. Haikal mengangguk setuju.
"Your destination will be on your left." Kedengaran suara 'makcik peta' bercakap.
"Sampai dah ni. Jom turun. Bawa duit tu," arah Haikal. Zafran keluar dari perut kereta dan membuka but kereta untuk mengambil beg yang berisi duit not 1 juta. Haikal berjalan terlebih dahulu ke arah 2 pemuda yang menjaga pintu masuk itu.
"Kau nak apa?" Kasar sekali bahasa salah seorang pemuda itu.
"Aku nak jumpa boss kau. Apa nama dia tu. Malik kan?" Haikal berpura-pura lupa. Walhal nama itu paling segar dalam ingatannya.
"Kau nak buat apa jumpa boss?" Tanya pemuda lain pula. Haikal merengus. Banyak tanya betul.
"Aku nak bayar hutang arwah ayah Zara yang tertunggak dulu," jelas Haikal lagi. Zafran menghampiri mereka bersama beg besar yang berisi not 1 juta.
"Kau tunggu sini. Aku inform boss aku dulu," balas pemuda awal tadi seraya masuk ke dalam tempat itu.
"Aku Zayn," ujar pemuda yang tinggal keseorangan diluar itu. Haikal mengerut keningnya. Tiba-tiba aje nak kenalkan diri. Malas dia mahu melayan. Haikal melihat kawasan disitu.
"Kau pula? Nama apa?" Tanya Zayn lagi. Zafran mencuit siku Haikal memberi isyarat mata supaya membalas pertanyaan Zayn.
"Karl." Jawabnya sepatah.
"Apa dia? Siapa tadi?" Tanya Zayn lagi. Menyampah betul Haikal mendengarnya. Nak aje dia tumbuk muka Zayn ni. Dah lah tak handsome, pekak pula tu.
"Karl." Kata Haikal lagi. Kalau dia tak dengar lagi, memang penumbuk dia bagi.
"Oh Karl." Dengar pun, saja je buat pekak. Pekak sungguh baru tahu! Tidak lama kemudian pemuda tadi keluar. Dia berbisik kepada Zayn. Zayn menganggukkan kepalanya.
"Boss kasi masuk. Kau straight je, lepastu belok kanan and kau akan jumpa pintu. Masuk pintu tu, nanti ada lah boss aku," jelas Zayn. Haikal menganggukkan kepalanya dan masuk ke dalam tempat itu lalu mengikut pesanan Zayn tadi. Pemuda itu juga mengikuti langkah Haikal dan Zafran.
"Aku Syafi," pemuda tadi kenalkan dirinya. Haikal memandang serong kepada Syafi. Memang orang dalam ni suka intro diri masing-masing ke macam mana? Atau boss dia ni ajar adab supaya introkan diri sendiri dengan semua orang?
"Karl," balasnya sepatah. Penat dia, tadi Zayn bertanya. Ni Syafi pula. Nama menarik semuanya. Tapi penjahat. Ergh!
"Kita dah sampai," kata Syafi seraya membuka tombol pintu untuk masuk ke ruangan Malik.
"Aku dengar kau datang sini untuk bayar hutang Aira," kata Malik apabila Haikal dan Zafran sudah masuk ke dalam ruangan itu.
"Ni duitnya. Ambil duit ni dan jangan ganggu hidup Zara. Kau cakap dekat Taikon suruh batalkan saja perjanjian dia untuk ambil Zara lagi. Zara pun dah bayar full sekali dengan bunga. Ni kata-kata Alex sebelum dia masuk penjara. Dia kata hutang dan bunga RM1 juta. Zara dah settlekan harini. So stop ganggu dia dekat luar negara sana. Kalau kau ganggu dia tahu lah nasib kau macam mana," Haikal memberi amaran seraya mencampakkan beg yang dipenuhi duit itu pada kaki Malik. Malik tertawa.
"Mudah aje kau cakap. Taiko taknak sama duit maa. Dia mahu anak dara. Itu yang penting," kata Malik dengan senyuman jahat.
"Taknak duit konon. Kalau tempat kau dah kena sita, duit ni lah kau cari. Dah papa kedana tu buat lah cara papa kedana," bidas Zafran. Membulat mata Malik mendengarnya. Malik berdiri dari sofa yang diduduknya tadi.
"What? Papa kedana? Papa kedana tu aku atau bapak Aira? Dah tahu business bankrup, tak payah lah nak buat pinjaman dengan lintah darat," bidas Malik. Merah muka dia menahan marah. Haikal membuat muka selamba. Takut pun tidak.
"Aku cakap benda betul. Cuba terima. Susah nak cakap dengan kau ni. Susah nak terima. Kalau kau taknak duit ni, bagi aku jumpa Taiko kau. Kalau dengan kau ni banyak mengarut," balas Haikal pula. Malik berdecit.
"Taiko taknak jumpa kau. Kau kena ingat satu benda aje. Sekarang ni Aira kat luar negarakan? Kau mesti tahu punya yang Aira terima sampul surat kat penthouse dia. Surat tu dari orang suruhan Taiko yang ada dekat sana," jelas Malik.
"So, pendek cerita Aira akan dibawa balik ke Malaysia dalam masa sebulan ni," sambung Malik lagi. Haikal mencekak baju Malik. Orang suruhan Malik yang berada didalam ruangan itu mengeluarkan pisau dan diacah kepada muka Haikal. Zafran menepis dengan kuat.
"Kau jangan sentuh abang aku," ujar Zafran dengan nada serius. Orang suruhan Malik tadi ingin menumbuk muka Zafran tapi dihalang oleh Malik.
"Kau jangan berani sentuh Zara. Kau sentuh hujung rambut dia pun, aku berani bersumpah aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri," ugut Haikal. Walaupun dia ugut begitu, tapi kata-katanya begitu serius. Dia tidak main-main.
"Kau ambil duit ni dan bagi dekat Taiko. Kalau kau taknak, harini juga aku bunuh semua orang dalam ni. Faham?" Malik sedikit takut dengan ugutan Haikal. Haikal mengambik beg yang berisi not 1 juta tadi lalu dilemparnya ke atas muka Malik. Malik tidak mengimbangkan badan lalu terjatuh ke atas lantai.
"Call Taiko," arah Malik kepada Syafi. Syafi hanya mengikut arahan lalu menelefon Taiko. Tidak lama kemudian, kedengaran suara yang disana menjawab. Pembesar suara dipasang.
"Ey lu mau apa ha? Gua lagi sibuk cari orang yang hutang sama gua." Kasar sahaja bahasanya.
"Sorry Taiko ganggu masa kau. Ini ada orang datang bayar hutang bapak Aira. Dia bagi 1 juta," beritahu Malik.
"Jadi orang ni taknak kau ambil Aira," sambung Malik lagi.
"Itu pun lu mau tanya gua ke? Fikir lah Malik. Lu ambil saja duit itu. Dia pun sudah bayar sekali dengan bunga. Jangan lepaskan peluang depan mata Malik. Okay gua cau dulu." Taiko menamatkan panggilan mereka. Haikal mengangkat kening kepada Malik.
"Kami lepaskan Aira. Terima kasih hantar duit ni," ucap Malik dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Haikal. Haikal mengerutkan keningnya. Lambat-lambat dia menyambut tangan Malik. Begitu juga dengan Zafran. Ragu-ragu dia mahu menyambut tangan Malik. Tadi bukan main terpaling gangster. Alih-alih waktu nak balik terpaling beriman. Syafi menghantar mereka ke muka pintu keluar dari tempat itu.
"Amacam? Dah settle?" Tegur Zayn apabila kelibat Haikal dan Zafran sudah kelihatan.
"Dah," balas Haikal sepatah. First time jumpa gangster ada hati dan perasaan macam ni.
"Elok-elok bawa kereta," pesan Zayn. Haikal menganggukkan kepalanya seraya masuk ke dalam perut kereta. Telefon Haikal berbunyi menandakan ada yang memanggilnya.
"Aku nampak kau dah keluar dari tempat tu. So kau nak buat apa sekarang? Okay tak?" Tanya kawannya yang bernama Hareez.
"Balik lah. Cuma kejap lagi aku nak singgah tepi jalan, kau turun sekali check kereta aku. Aku rasa tak sedap hati," balas Haikal.
"Okay." Haikal menamatkan panggilan mereka dan memecut laju meninggalkan tempat itu.
Haikal memakirkan kereta ditempat parking yang berhadapan dengan kedai makan.
"Kenapa dengan kereta kau?" Soal Hareez yang baru keluar dari perut kereta.
"Takde apa. Cuma aku tak sedap hati. Cuba kau check bahagian belakang. Takut ada something ke. Aku check bahagian depan," ujar Haikal dan memeriksa dibahagian hadapan. Haikal meraba-raba dibawah enjin keretanya. Dia merasakan ada benda yang berbentuk bulat. Haikal mengintai. Ternyata ada alat yang seperti radio untuk mendengar perbualan dan untuk mengesan tempat mereka berada melalui alat itu. Haikal mencabutnya. Lampu yang berada di alat itu tidak berhenti menyala.
"Karl aku jumpa benda ni kat kereta kau," kata Hareez dengan nada sedikit kuat. Haikal menunjukkan alat yang sama dia jumpai pada bahagian depan keretanya.
"Benda ni untuk spy ni Karl," ujar Hareez. Haikal menangguk.
"Tahu, aku pernah tengok dalam drama alat ni. Aku ingatkan kat negara diaorang aje ada. Dekat sini pun ada." Mengeleng Haikal dengan orang macam ni. Patut lah dia tidak sedap hati. Ternyata ada yang khianati dia. Zayn pun satu, buat kerja tak clear.
"Tapi macam mana kau tak perasan orang pasang ni dekat kereta aku?" Soal Haikal kehairanan. Hareez menghelakan nafas yang berat.
"Sebenarnya time tu aku tertidur. Lama sangat tunggu kau nak call aku. Aku dah lah tidur lewat semalam. Aku pun nampak macam line clear aku pun tidur lah," jawab Hareez dengan muka selamba. Dia tidak tipu, memang dia tertidur tadi. Haikal mengecilkan matanya bertanda dia tidak percaya.
"Tak percayakan aku lah tu. Kalau aku buat kenapa aku nak cabut alat ni kalau betul aku pasang? Aku bukannya tak tahu rumah kau kat mana. Aku bukannya tak tahu hobi kau buat apa. Aku tahu semua pasal kau. Buat apa aku nak spy kau? Baik aku letak alat ni dalam bilik air kau. Boleh lah aku dengar kau mandi macam mana," sambung Hareez lagi dengan nada bergurau. Haikal mengangkat bahu bertanda tidak percaya lagi.
"Kau pergi kat seat pemandu tu. Kau ambil kamera yang dekat cermin kereta aku tu. Kau tengok kat situ. Halah susah sangat nak percaya ke aku. Kau boleh ambik sekarang. Kalau kau ambil jap lagi, nanti kau tuduh aku cut bahagian orang letak alat tu kat kereta kau," sambung Hareez lagi.
"Aku percayakan kau lah. Saja aje nak tengok reaction kau," balas Haikal.
"Reaction konon. Tu kau dah tutup belum alat tu? Kang sia-sia dia dengar kita borak benda tadi," kata Hareez pula.
"Aku dari tadi dah tutup," balas Haikal. Haikal membuka pintu dibahagian Zafran.
"Pegang ni," kata Haikal. Zafran mengerutkan dahinya.
"Apa benda ni?" Tanya Zafran.
"Alat untuk spy orang. Pegang tu, jangan buat hilang dan jangan tekan butang tu. Kalau tekan je butang tu, auto apa yang kita cakap akan dapat ke diaorang tadi," jawab Haikal. Zafran mengangguk. Pintu kereta Zafran ditutup kembali.
"Ada lagi ke Reez?" Tanya Haikal. Hareez menggelengkan kepalanya.
"Macam takde dah," jawab Hareez.
"Kau nak tak rakaman tadi? Kut lah kau nak buat report." Hareez membuka pintu keretanya dan mengambil sim kad yang berada didalam kamera itu.
"Nah ambil ni." Hulur Hareez. Haikal mengambilnya.
"Thanks bro. Nanti terbukti lah ada ke tidak muka kau dalam ni," ujar Haikal sambil tertawa. Hareez membulatkan matanya.
"Sempat lagi kau eh." Haikal cuma ketawa dan masuk kembali ke dalam perut kereta. Hareez honkan keretanya. Haikal mengangkat tangannya. Kereta Hareez sudah hilang dari pandangan matanya.
TING!
Telefon Haikal berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Kalau ada apa-apa bagitahu aku selalu. - Hareez.
Okay bro. Thanks for everything today. - Haikal.
You're welcome bro. - Hareez.
Baru dia hendak menutup telefonnya, dia teringat yang dia harus menghantarkan mesej kepada Aira. Nama Aira dicari.
Dah settle pasal hutang tu. Lepas ni diaorang takkan cari Zara lagi. - Haikal.
Tersenyum sendiri dia disitu. Zafran perasan dengan senyuman abangnya.
"Kenapa Karl?" Tanya Zafran.
"Takde apa lah," jawab Haikal dengan perasaan sedikit malu apabila Zafran perasan dengan cara dia senyum tadi. Zafran tidak bertanya banyak dan sambung bermain telefonnya.
bab 26 will be late! Happy reading!
Share this novel