BAB 16

Romance Series 38981

Selama 7 jam 40 minit perjalanannya dari Malaysia ke Qatar. Akhirnya Aira sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha. Aira melihat jam ditelefonnya. Jam Qatar sekarang menunjukkan pukul 12 tengah hari. Kalau di Malaysia sudah pukul 5 petang. Cuma 5 jam sahaja jarak waktu Malaysia dan Qatar. Aira keluar dari airport dan mengambil teksi untuk membawanya ke hotel Mandarin Oriental. Dimana hotel itu hotel yang sangat mewah. Untuk satu malam hanya RM 1,778. Bagi Aira itu adalah harga standard baginya. Aira booking hotel itu dengan bilik yang biasa sahaja.
Sampai sahaja dihotel itu, dia menyerahkan bagasinya kepada pekerja hotel itu supaya membantunya membawa bagasinya ke biliknya.
"Where is your room?" Tanya pekerja hotel itu.
"Wait a minute. I want to take my key room," jawab Aira dan berlalu pergi ke kaunter untuk mengambil kunci.
"How can I help you Miss?" Tanya pekerja hotel yang berada dikaunter itu. Senyuman diberikan.
"Hi, my name is Aira. I want to take the key to my room that I booked earlier," balas Aira seraya membalas senyuman pekerja hotel itu. Pekerja hotel yang bernama Rose itu memeriksa komputernya.
"What's your name?" Tanya Rose lagi.
"Aira Zahra," balasnya. Rose memeriksa komputernya. Seketika kemudian, dia menyerahkan kunci bilik kepada Aira.
"Here's your key. Your room is on the 3rd floor. Your room numbed is 390," kata Rose. Aira menyambut kunci dengan baik.
"Okay thank you dear!" Balas Aira, ceria. Rose tersenyum mendengarnya.
"No problem Miss. Have a nice day!" Balas Rose pula. Senyuman diberikan sekali lagi. Begitu juga dengan Aira. Aira berjalan ke arah pekerja yang membawa bagasinya tadi.
"My room is on the 3rd floor. My room number is 390. Can you show me the way? I came here for the first time. So I don't know the ins and outs of this hotel," ujar Aira. Pekerja hotel itu anggukkan kepalanya bertanda setuju.
"Okay. For sure," balas pekerja itu dan berjalan menuju ke lif utama. Aira melihat sekeliling hotel itu. Cantik. Gorgeous gila!

TING!

Lif utama terbuka. Aira dan pekerja hotel itu masuk ke dalam perut lif. Aira menekan butang nombor 3. Pintu lif ditutup dan mereka menuju ke tingkat 3.
"On vacation or work?" Soal pekerja hotel itu. Aira menoleh.
"Actually I just stopped here. My purpose is actually to go to Canada. So I rested here for one night," jawab Aira.
"Oh, I see."

TING!

Pintu lif terbuka ditingkat 3. Pekerja hotel itu berjalan dihadapan Aira untuk menunjukkan jalan. Sampai sahaja dibiliknya pekerja hotel itu meletakkan bagasi Aira didepan pintu.
"Have a nice day Miss," kata pekerja itu seraya memberikan senyuman.
"Thank you," ucap Aira seraya membalas senyuman pekerja hotel itu. Pekerja hotel itu berlalu.
Aira membuka pintu biliknya. Dia terpaku dengan kecantikan bilik itu. So gorgeous! Dari awal dia sampai, tidak berhenti dia memuji hotel itu. Sangat cantik! Tambahan pula, pekerja hotel tidak berhenti memberi senyuman kepadanya. Biliknya ibarat satu rumah yang lengkap. Yang mempunyai ruang tamu. Televisyen. Balkoni pun ada. Pintu biliknya dapat menembus pemandangan diluar. Wah! So special! Kalau bilik standard dah macam ni. Bagaimana dengan bilik suite? Mesti lagi sergam indah!
Aira berjalan menuju ke bilik air. Sekali lagi dia terpaku.
"Wah ada tab mandi," katanya, teruja. Sampai dia menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya.
"Ni bilik air hotel atau bilik air istana? Sumpah lawa gila!" Teruja sungguh dia dengan biliknya itu. Otaknya teringatkan Alia. Alia mesti akan teruja. Aira berlari ke ruangan tamu dibilik itu dan mencapai handbagnya. Dia mengeluarkan iphonenya dan mengambil gambar seluruh bilik itu. Dengan pemandangan diluar juga diambil. Tangannya laju mencari nama Kak Lia. Aira menghantar semua gambar yang diambilnya tadi.

Ni bilik hotel Aira! Lawa gila kak! Aira rasa kita berdua patut pergi nanti. Tapi kita booking suite room. - Aira.

Aira tersenyum melihat Kak Lia sudah mulai menaip.

OMG AIRA! CANTIKNYAAA!!! AAA RUGINYA KAK LIA TAK IKUT AIRA! - Alia.
Bilik air dia tu. So gorgeous lah Aira! - Alia.
Nak pergi! - Alia.
Jangan lupa bawa balik buah tangan bila balik Malaysia nanti! - Alia.
Ni hotel dekat Qatar ke Aira? - Alia.

Tersenyum Aira membacanya. Bertubi-tubi Alia hantar mesej kepadanya.

Next time kita pergi sama-sama okay? Ajak Kak Nisa sekali. - Aira.
Kan! Aira pun tertarik gila dengan bilik air hotel ni. Sumpah cantik gila! - Aira.
InshaAllah Aira bawa balik buah tangan. Everything for my second family hahaha. - Aira.
Haah, hotel dekat Qatar. Esok baru Aira bertolak pergi Canada. - Aira.

Telefonnya dimatikan. Dia mahu mengecas iphonenya setelah 7 jam perjalanan. Mahu tak habis bateri iphonenya. Sudah lah iphonennya ini cepat habis bateri.
Aira baring di dada katil. Empuk! Dia perlu berehat sebelum masuk waktu Asar. Maklum lah, Asar di Qatar jam 2 petang. Sekarang sudah jam 1 petang. Sisa bakinya untuk berehat sebelum masuk waktu Asar ialah 1 jam. Aira melelapkan matanya. Dia terlalu lena di dalam kapal terbang. Jadi bila sudah mendarat automatik jet lag. Selamat tidur!

"Aira dah selamat sampai Qatar. Ini dia tunjuk bilik hotel dia dekat Qatar," beritahu Alia seraya menunjukkan gambar yang dikirim Aira tadi.
"Cantiknya. Mesti mahalkan? Berapa RM agaknya semalam. Apa nama hotel ni?" Soal Nisa. Alia mengangkat bahu. Matanya tidak berhenti melihat gambar itu. Argh! Dia cemburu dengan Aira. Walaupun keluarga Alia kaya juga tapi dia tidak pernah ke luar negara. Duitnya banyak habis didalam negara sahaja. Melabur sana sini. Semuanya dalam negara. Walaubagaimanapun, Alia tetap berjimat dengan perbelanjaannya.
"Aira dah sampai Qatar?" Tegur Haikal yang baru keluar dari dapur.
"Haah. Ni bilik dia duduk." Alia menunjukkan gambar bilik hotel yang dihantar Aira tadi kepada Haikal.
"Hmm nice. Sesuai lah dengan dia. Dia ambil bilik suite ke?" Tanya Haikal lagi.
"Tak kut. Rasanya macam bilik biasa aje. Sebab dari pengalaman Yaya. Bilik suite lebih besar dari ni," jelasnya. Antara dalam keluarga mereka. Alia paling sosial. Terlalu sosial. Tapi dalam sosialnya dia tahu batasan. Booking bilik suite kat hotel? Sudah biasa baginya. Tapi lately ni dia lebih suka berada dirumah dari keluar. Bukan kawannya tidak ajak. Memang dia sendiri tidak mahu keluar. Bukan masalah kewangan atau apa. Tapi dia sendiri yang memang malas nak bersiap dan malas nak memandu. Memang mood dia untuk berehat dirumah. Luangkan masa bersama keluarga dan santai menonton Kdrama.
"Bilik biasa pun lawa. So gorgeous," puji Haikal dan menuju ke bilik tidurnya.
Masuk sahaja ke dalam bilik dia melihat Zafran sedang tidur pulas dikatilnya. Haikal menghampiri katil. Zafran digerak perlahan.
"Dik bangun. Dah nak maghrib ni. Pukul 6.30 dah ni. Tak elok tidur senja-senja ni. Bangun." Zafran menggeliat. Matanya berkelip memandang Haikal. Mamai sungguh dia.
"Dah pergi basuh muka. Elok-elok dah mandi tadi pergi tidur. Nasib air liur basi tak meleleh. Kalau tak Karl snap dah hantar kat group family," ujar Haikal lagi. Zafran tersenyum. Memang begitu lah selalu Haikal bergurau dengan dia. Sikit pun tidak peduli.
"Dekat luar tu akak and angah tengah tengok gambar bilik hotel Aira dekat Qatar. Adik pergi lah join diaorang," beritahu Haikal. Zafran mengangguk dan bangun dari katil lalu keluar dari bilik abangnya itu.
"Aira dah sampai Qatar?" Soal Zafran yang masih mamai. Zafran menguap. Sesekali dia menggeliat. Mengantuk sungguh dia harini.
"Dah. Dia pun ada hantar gambar bilik hotel dia dekat Qatar," balas Alia seraya menunjukkan gambar bilik hotel kepada Zafran. Zafran melihat sekilas.
"Nice," katanya sepatah dan berlalu menuju ke bilik air. Bukannya dia tidak minat untuk mengambil tahu. Tapi dirinya terlalu mamai. Dia harus membersihkan dirinya dahulu.
"Kenapa dengan adik tu?" Tanya Alia.
"Dia macam tak nak tahu aje pasal Aira," sambungnya lagi.
"Kan adik tidur dalam bilik Karl tadi. Dia mamai lah tu. Jangan lah cakap macam tu pasal adik," tegur Nisa. Muncung bibir Alia apabila ditegur begitu.
"Ye lah," balas Alia dan meninggalkan Nisa diruangan tamu.
"Merajuk aje kerja," perli Nisa, gurau. Alia menjeling manja Nisa dan masuk ke dalam bilik.

happy reading !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience