Setelah selesai membersihkan diri dan sujud kepada Yang Maha Esa. Aira menuju ke rak kecil yang mempunyai telefon hotel. Aira mendail nombor pihak hotel. Beberapa saat kemudian suara wanita kedengaran.
"Ada yang boleh kami bantu cik?" Tanya wanita itu.
"Saya nak tanya, hotel ni ada sediakan perkhidmatan untuk makan didalam bilik? I mean macam hantar makanan ke bilik. Ada disediakan tak?" Soal Aira, polos. Sebenarnya dia malas mahu turun ke bawah semata-mata mahu mencari makanan. Lagi pula, sekejap lagi akan masuk waktu Maghrib. Lagi lah dia tidak mahu keluar waktu Maghrib begini. Seram!
"Maaf cik, tak boleh lah. Bahagian itu hanya untuk orang yang booking bilik suite sahaja," balas wanita itu sopan.
"Oh iya ke? Kalau saya bayar lebih tak dapat juga lah ya?" Tanya Aira lagi.
"Iya cik. Betul tu," balas wanita itu lagi. Aira mengeluh. Macam mana ni? Dia sudah lapar ni.
"Kalau foodpanda hantar makanan masuk ke dalam hotel ni boleh ke?" Tanya Aira lagi. Dia sudah lupa bagaimana cara untuk duduk dihotel. Jakun pula dia.
"Boleh je. Bila foodpanda cik sampai, nak saya call cik balik? Atau tak payah?" Tanya pekerja hotel itu pula.
"Takpe lah. Tapi saya nak tanya, kalau booking bilik suite satu malam berapa ya kena bayar?" Tanya Aira lagi. Terpaksa dia mengambil jalan ini.
"Dalam rm1000 lebih begitu," terang wanita itu.
"Okay boleh. Tukarkan saya ke bilik suite dan bawakan makanan untuk saya," ujar Aira.
"Okay baik. Nanti pihak kami akan bantu cik untuk pindah ke bilik suite. Cik nak makan apa ya?" Sekali lagi wanita itu bersuara.
"Anything yang sedap," balas Aira.
"Baik cik. Sekejap lagi mereka sampai," jelas wanita itu dan menamatkan talian.
"Alhamdulillah," ucap mereka sekeluarga apabila dapat tahu Aira sudah selamat sampai di Kuala Lumpur.
"Esok kan flight dia?" Tanya Alia. Nisa menganggukkan kepalanya.
"Pukul berapa dia bertolak?" Tanya Alia lagi. Maaf lah dia ketinggalan kereta api semalam.
"Dia kata tadi dalam pukul 10 pagi macam tu dia akan bertolak," balas Nisa.
"Ooo, eh tapikan kenapa ya Aira buat keputusan macam ni? Sebab masa Aira balik dengan adik haritu Yaya nampak lah muka dia macam murung. Lepas tiada mood dia terus cakap nak pergi Canada," kata Alia. Zafran menundukkan kepalanya.
"Adik," panggil Alia, lembut. Semua mata tertumpu kepada Zafran yang sedang tunduk itu.
"Ada benda berlaku ke masa tu?" Soal Alia. Nisa yang nampak Zafran seperti mahu menangis, dia mencuit lengan Alia dan memberi isyarat supaya tidak bertanya apa-apa lagi kepada Zafran.
"Nanti tanya lah akak. Adik nak pergi ambil wudhu, sekejap lagi masuk waktu Maghrib," balasnya dan berlalu menuju ke bilik air untuk mengambil air wudhu.
"Cerita lah kak," kata Alia. Haikal yang berada disitu cuma menjadi pemerhati. Dia juga perasan sebelum ini, yang adiknya akan emosi dengan Aira apabila menyebut soal Canada.
Nisa mula menceritakan semuanya seperti yang diberitahu Zafran kepadanya petang tadi.
"Tak sangka macam tu sekali. Kiranya boleh dikatakan lah yang Aira pergi Canada sebab dia?" Kata Alia. Tergamam dia apabila dapat tahu cerita yang sebenar.
"Boleh juga kalau nak cakap macam tu pun. Tapi Aira pun pergi sana sebab nak ubat hati dia aje. Tapi cukup sampai sini aje lah. Jangan sampai ke telinga Aira pula. Takut nanti dia makin segan dengan kita. Elok-elok 1 tahun pergi sana nanti jadi 2 tahun," tegas Nisa. Haikal menganggukkan kepalanya bertanda setuju.
"Karl pun ada juga nampak macam adik nak marah dia lepas Aira kata dia nak stay kat Canada 1 year. Adik macam kata lah yang Aira pergi sana punca dari dia. Karl ingat sebab apa mula-mula tu. Rupanya pasal ni," beritahu Haikal pula.
"Tapi kita tak boleh nak salahkan adik 100 peratus. Aira pula dia ambi keputusan mendadak macam tu. Memang lah adik rasa bersalah. Nampak sangat lah yang Aira pergi disebabkan adik. Mahu tak menangis budak tu," sambung Haikal lagi.
"Eh tapi kan, siapa perempuan yang adik minat tu?" Tanya Alia. Nisa mengangkat bahunya.
"Adik kata, nanti dia tunjuk dekat kita," beritahu Nisa.
"Karl gerak dulu. Nak ambil wudhu. Standby Maghrib terus," pintanya dan berlalu dari situ.
"Suruh adik bawa perempuan tu hari esok atau lusa kak. Yaya tak sabar nak tengok," kata Alia dengan nada ceria. Excited betul dia!
"Nanti kita bincang dengan adik macam mana," balas Nisa dan berlalu dari situ. Alia ditinggalkan diruangan tamu seraya menonton Kdrama. Maklum lah ABC (Allah Bagi Cuti)!
sorry ya sikit aje update. Happy reading !
Share this novel