BAB 13

Romance Series 38981

"Betul ke ni taknak kitaorang hantar sampai airport?" Tanya Nisa yang sedang menolong Aira menyusun bagasi didalam kereta Tesla Aira. Walaupun bukan keretanya, tapi disebabkan arwah ayahnya membeli kereta ini dapat lah dia merasa juga memandu kereta sebesar itu. Dalam masa yang sama, dia juga takut untuk memandu. Tapi tidak apa, dia akan mencuba memandu. Bukannya dia tidak mempunyai lesen memandu. Dia tidak berani memandu kerana dia takut dia terleka dengan dunianya dan melanggar lampu isyarat merah. Sampai sekarang dia tidak memandu gara-gara itu. Aira juga cepat gelabah apabila keretanya masih berjalan walaupun sudah ditukar kepada gear P. Bila diteliti semula, ternyata handbreak dia tidak angkat. Gelabah betul!
"Iya, tiada apa lah. Aira boleh drive sendiri. Takyah susah-susah," balas Aira dengan senyuman tidak lengkang dari bibir.
"Ya lah, elok-elok tau. Kalau sampai KL bagitahu jangan senyap pula," pesan Nisa seraya memeluk Aira. Kenapa Aira ambil keputusan ni? Bisik hati kecil Nisa. Walaupun dia tidak tahu masalah Aira dan adik bongsunya itu tapi dia seorang kakak. Dia dapat baca riak muka Aira dan Zafran. Tipu lah kalau tiada apa-apa. Kebetulan pula Haikal bercerita dengannya yang Aira mahu pergi ke Canada mungkin disebabkan Zafran. Lagi lah Nisa dapat tahu yang adiknya dan Zafran ada masalah.
"Elok-elok kat sana. Jangan lupa kami dekat sini," pesan Nisa lagi dan merenggangkan pelukan mereka. Dahi Aira dikucup. Sayang betul Nisa dengan Aira. Ya, memang dia sayang Aira sejak Aira tinggal disini lagi. Sebelum dia dapat tahu Aira suka pada adiknya, Nisa sudah anggap Aira sebagai adiknya. Kiranya apabila dia dapat tahu yang Aira suka adiknya itu. Itu dikira bonus!
"InshaAllah takkan lupa. Ini kan second family Aira," jawab Aira dan menghulurkan tangannya untuk menyalam Nisa dan Alia. Sedih hati Alia untuk meninggalkan Aira disana berseorangan. Hidup sendiri. Walaupun itu keputusan Aira, tapi dia tetap sedih. Selama ini, kemana-mana dia akan bersama Aira.
"Jaga diri tau Aira. Make sure jaga kesihatan. Jangan skip makan atau minum. Janji dengan Kak Lia," ujar Alia dengan bibir dicebikkan. Aduhai, sedih sungguh dia. Aira tertawa kecil. Aira memeluk Alia.
"Ya kak. Aira janji dengan Kak Lia. Aira juga takkan putuskan talian apa-apa okay? Jangan risau," pujuk Aira. Alia tersenyum mendengarnya. Pelukan dilepaskan. Alia menghulurkan sebuah kotak yang dibaluti dengan pembalut hadiah.
"Apa ni?" Aira mengambil dengan baik hadiah tersebut.
"Nanti buka lah. Itu aje Kak Lia mampu bagi Aira," balasnya. Aira tersenyum kecil.
"Susah-susah aje. Aira bukannya tak balik. Aira balik. 1 tahun aje duduk sana. Tak lama pun. Pejam celik pejam celik dah setahun." Alia menyeka airmatanya yang berguguran. Sayu pula hatinya melihat airmata itu.
"Stay safe Zara. Ni hadiah Karl untuk Zara," tegur Haikal pula dan menghulurkan sebuah beg kertas kecil. Aira menyambut dengan baik dan meletakkan di tempat penumpang bersebelahan pemandu.
"Terima kasih. Aira minta halal semuanya," ucap Aira dan melambaikan tangannya kepada mereka bertiga. Encik Sha'ari tiada harini kerana berkerja. Pulang pula pada waktu malam. Zafran pula katanya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Betul atau tidak Aira tidak berminat untuk ambil tahu.
"Aira!" Panggil Zafran yang baru pulang dengan menaiki motorsikal miliknya. Baru sahaja Aira mahu masuk ke dalam perut kereta. Zafran berlari anak mendapatkan Aira.
"Elok-elok drive. Anything call Zaf atau siapa-siapa aje yang Aira percaya okay?" Ucap Zafran. Muka Zafran ditenung. Kau cakap macam tu pun aku dah tersentuh. Kenapa kau suka buat aku macam ni Zaf? Keluh hati kecil Aira.

"Aira?" Panggil Zafran, lembut. Cair hati Aira mendengar namanya dipanggil begitu.
"Ya? Oh sorry saya termenung," balas Aira.
"Terima kasih," ucap Aira dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan. Aira mengundur keretanya perlahan-lahan. Sampai sahaja di grill, Aira menghonkan keretanya dan menyusur laju meninggalkan rumah itu.
Laju sahaja kaki Haikal berjalan masuk ke dalam rumah. Hidupnya menjadi bosan selepas Aira pergi. 1 tahun terlalu lama untuk dia menunggu.
"Dik," panggil Nisa. Zafran menoleh.
"Ya? Kenapa kak?" Soal Zafran. Nisa menghampiri Zafran.
"Akak nak cakap dengan adik kejap. Ada hal sikit. Kita borak dekat pondok tu," balas Nisa seraya menunjukkan pondok dihadapan rumahnya itu. Nisa berjalan menuju ke arah pondok itu. Zafran mengikuti langkah kakaknya.
"Aira dengan adik bergaduh ke?" Tanya Nisa apabila mereka sudah duduk dibawah pondok itu. Zafran terkejut dengan soalan Nisa.
"Betul lah tu," duga Nisa. Zafran menundukkan kepalanya.
"Kenapa boleh gaduh ni dik?" Tanya Nisa lagi. Melihat kebisuan Zafran, Nisa bertanya lagi.
"Kenapa ni? Taknak cerita dengan akak ke?" Zafran menghelakan nafas.
"Salah ke kak kalau adik ada pilihan hati adik sendiri?" Akhirnya apa yang terbuku dihatinya telah dikeluarkan. Zafran rasa tidak adil baginya.
"Tak salah pun. Itu kan hati adik. Tak boleh nak paksa, sebab masing-masing ada perasaan tu," balas Nisa. Nisa menepuk lembut bahu adiknya.
"Kenapa dik? Aira confess kat adik ke haritu? Lepas tu adik reject dia? And dia tak dapat terima sebab tu dia pergi Canada? Adik rasa tu salah adik ke sebab buat dia macam tu?" Bertalu-talu soalan yang Nisa berikan. Walaupun Nisa berkata sesuai dengan situasi ni, dia hanya menganggukkan kepalanya. Nisa tersenyum kecil seraya memeluk adik bongsunya itu.
"Aira pergi ke sana bukan sebab dia benci dengan adik. Bagi akak, Aira tu pergi ke Canada untuk ambil angin dan dalam masa yang sama untuk lupakan adik. Kalau dia dekat sini, macam mana dia nak lupakan adik? Ni perasaan akak bagi seorang perempuan. Aira tu tak benci adik atau tinggal adik. Akak tahu adik sayangkan Aira tak lebih dari seorang kawan. Akak pun tak rasa adik reject dia dengan cara terukkan?" Ujar Nisa panjang lebar. Zafran menganggukkan kepalanya untuk soalan kakaknya yang akhir itu. Nisa membelai perlahan kepala Zafran.
"Adik takut kak kalau Aira tu pergi Canada sebab adik reject dia. Adik cakap elok-elok dekat dia haritu. Yang adik ada orang lain. And adik anggap dia tak lebih dari kawan. Adik tolak dia dengan baik bukan dengan cara hina dia ke apa. Adik takut lah kak. Adik risau dengan Aira." Akhirnya jatuh juga airmata lelakinya. Nisa menepuk lembut bahu adiknya.
"Tiada apa lah. Percaya dengan cakap Aira yang dia pergi sana sebab nak ambil angin. Cuba faham ayat Aira betul-betul. Dia dah bagi hint, kita aje yang tak perasan. Bukan untuk ambil angin sangat, tapi lebih kepada ubati hati sendiri. Bagi dia masa dik untuk bersendirian. Jangan paksa Aira. Biar lah dia nak pergi berapa tahun pun. Janji dia akan balik semula kepada kita selepas tu," pujuk Nisa. Semakin teresak Zafran dibahu kakaknya.
"Dah, jangan nangis. Tak malu ke dah besar menangis lagi," gurau Nisa bagi menenangkan Zafran. Zafran tertawa kecil seraya mengeratkan pelukan mereka. Hanya kakaknya ini sahaja yang memahami perasaannya selepas arwah ibunya, Puan Noraini.
"Tapi, adik tak cakap pun ke akak yang adik ada girlfriend. Sampai hati," rajuk Nisa. Zafran merenggangkan pelukan.
"Adik takut akak dengan yang lain tak suka aje," balas Zafran.
"Akak belum tengok lagi adik dah kata macam tu. Tak baik tau. Tunjuk lah dekat akak nanti siapa perempuan tu." Zafran menganggukkan kepalanya.
"Tapi akak jangan marah tau. Sebab adik pun tak tahu macam mana adik boleh suka dia," beritahu Zafran seraya berdiri.
"Iya," balas Nisa sepatah. Zafran menuju masuk ke dalam rumah. Baru sahaja kakinya ingin masuk ke dalam rumah, dia menoleh memandang Nisa.
"By the way, adik cakap macam tu sebab dah tahu perangai adik-beradik kita macam mana," kata Zafran dan masuk ke dalam rumah. Nisa tergelak kecil. Ada sahaja adiknya ini.

Selama 4 jam memandu akhirnya Aira sudah pun tiba di Kuala Lumpur. Penat rasanya memandu 4 jam tanpa henti. Bukan dia tidak mahu berhenti dikawasan rehat R&R tapi dia fikir kalau berhenti disitu akan mengambil masa pula untuk sampai ke Kuala Lumpur. Aira memakirkan keretanya ditempat parking hotel. Dia booking satu bilik hotel di hotel termewah di Kuala Lumpur yang pernah diidami dahulu. Walaupun bukan bilik suit tapi bilik yang dia dapat saat ini sangat berpuas hati baginya. Service yang baik!
Aira merebahkan badannya diatas dada katil. Penat sungguh. Baru dia hendak melelapkan mata, pesanan Nisa untuk memberitahunya apabila dia sampai di Kuala Lumpur terngiang-ngiang diotaknya. Iphone 14 dicapai. Aira membuka aplikasi WhatsApp dan mencari nama Kak Nisa.

Assalam, Aira dah sampai KL. Sekarang Aira ada dekat hotel. - Aira. Aira mengeluh perlahan. Betul ke keputusan aku ni?

TING!

Telefon Aira berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk.

Waalaikumusalam, alhamdulillah. Aira dah makan belum tu? - Nisa.
Belum lagi kak. - Aira.
Kenapa belum lagi? - Nisa.
Aira penat jap hahaha. Aira nak rehat kejap. Lepas tu Aira pergi cari makan. - Aira.
Okay, nanti tunjuk bukti ke akak. - Nisa.
Okay. - Aira.

Telefonnya dimatikan. Dia tidak mahu diganggu. Dia mahu bertenang. Reliefe stress. Esok dia mahu bertolak ke Canada pula. Matanya dipejamkan. Aira sedang diulit mimpi.
Tidak lama kemudian, badannya sekejap beralih ke kiri. Kejap beralih ke kanan. Mulutnya tidak berhenti bergerak.
"Jangan!" Jerit Aira sekuat hati dan tersedar dari mimpi.
"Astagfirullahaladzim," ucapnya. Aira mengurut dadanya. Aira melihat jam tangannya. Sudah jejak jam 6 petang. Dia hampir terlepas waktu Asar. Aira bingkas berdiri dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Aia membersihkan cermin yang terkena wap air itu. Dia memandang dirinya sendiri dicermin.
"Kenapa aku mimpi Zaf bunuh mak ayah aku eh?" Tanya Aira sendirian. Aira malas berfikir lebih-lebih. Dia menganggap itu seperti mainan tidur. Salah dia juga terlelap pada waktu Asar. Mentang-mentang lah Zafran pernah sakiti hatinya. Sampai begitu sekali dia mimpi tentang Zafran. Nasib kau lah Zafran!

happy reading !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience