Aira menyandarkan badannya dikepala katil. Matanya memandang cek di tangan. Aira menghelakan nafas yang berat.
"Aku nak buat apa dengan duit banyak ni? Duit arwah ibu dengan arwah ayah pun ada lagi. Itu pun tak habis pakai lagi." Keluhnya sendirian. Tiba-tiba dia mendapat air dan tersenyum.
"Patut ke aku beli rumah pakai duit ni? Aku pun dah bertahun kat sini, family Zafran pun dah banyak tolong aku. Memang lah diaorang okay tapi aku yang tak okay. Kalau aku duduk rumah sendiri aku dapat lah berdikari. Tak payah susahkan orang lain. Betul tak? Ke tak betul? Tapi ada betul juga tu. Bertahun duduk sini mana mahunya. Aku rasa better ada rumah sendiri. Contoh kalau aku dah kahwin, aku ada rumah sendiri. Jimat duit suami aku nanti." Aira mencapai telefon bimbit disampingnya dan mencari rumah di kawasan Kuala Lumpur. Dia terjumpa kondominium yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Banyak kemudahan dikawasan itu. Sengaja dia memilih di Kuala Lumpur supaya dia boleh lupakan kenangan disini perlahan-lahan. Banyak kenangan manis dan pahitnya disini.
"Finally, aku dapat hidup sendiri," ujarnya perlahan. Dia tidak perlu lagi menetap dia rumah kawannya. Di Kuala Lumpur nanti boleh juga dia mencari kerja mengikut bidang yang diambil sewaktu belajar dahulu. Peluang pekerjaan disana juga besar. Dia pula mempunyai diploma.
Pintu bilik diketuk dari luar, Aira cepat-cepat menyorokkan cek itu di dalam beg tangannya. Aira membuka pintu bilik. Terdampar muka Alia didepan biliknya.
"Kak Nisa dengan Kak Yaya beli congkak tadi dekat kedai. Teringin nak main. Aira nak join? Best tau. Kak Nisa buat rules, siapa kalah kena jentik kat dahi," ajak Alia. Jentik kat dahi? Dia paling takut kalau hukuman jentik di dahi, sakitnya tak terkata kalau dapat orang yang pandai jentik.
"Selain jentik kat dahi tiada ke?" Soalnya. Seriau dia. Teringat lagi masa disekolah menengah dulu dia bermain bersama kawan-kawannya. Sakit dia sampai membuat Aira menangis. Selepas dari kejadian itu dia tidak mahu lagi bermain jentik dahi.
"Takda. Itu rules Kak Nisa. Kenapa? Aira takut ke?" Alia memberi senyuman jahat untuk mengusik Aira.
"Ishh Kak Yaya ni. Aira bukan takut tapi sakit bila kena jentik tahu. Biru dahi Aira waktu sekolah menengah dulu main dengan kawan-kawan," balasnya seraya memuncungkan bibir.
"Kak Nisa tak jentik kuat pun. Tadi pun dia jentik Kak Yaya pun tak kuat. Jari dia lemah. Jangan risau, jari Kak Yaya pun lemah." Berusaha dia untuk menyakinkan Aira. Akhirnya Aira mengikut bermain congkak bersama mereka.
Riuh-rendah sekali dengan suara mereka apabila salah seorang dari mereka kena hukuman. Aira terselamat untuk tiga game. Masuk sahaja yang keempat dia mendapat hukuman. Dia melipat sedikit tudungnya untuk memberi ruang untuk Nisa dan Alia menjentiknya. Terkebil-kebil biji matanya takut dengan jentikkan mereka berdua. Jentikkan Alia membuat dia hilang rasa takut untuk jentikkan Nisa. Elok sahaja untuk jentikkan Nisa, dia dengan rela hati memberi dahinya kepada Nisa kerana dia yakin jika jentikkan Alia tidak sakit, begitu juga dengan Nisa. Nisa mula memberi jentikkan kuat dan ia membuat Aira menjerit kecil. Bulat matanya memandang Nisa. Seperti mahu menangis pun ada.
"Sakitnya," adunya dengan dahinya digosok perlahan. Merah dahinya kerana kesan jentikan. Nisa tertawa kecil melihatnya. Begitu juga dengan Alia.
"Tadi Kak Yaya cakap Kak Nisa jentik tak sakit. Ni apa? Sakit sangat ni," omelnya. Dia bangun dan berdiri dihadapan cermin. Memang berkesan dahinya dengan kesan jentikan itu.
"Tengok ni dahi merah. Berkesan pula tu. Dah macam orang India tau ada kesan merah kat dahi. Bezanya dia pekat tapi Aira tak pekat," omellannya disambung lagi. Nisa tertawa.
"Sikit aje tu. Tadi sebelum Aira main, Yaya dah kena banyak kali merah kat dahi dia. Mujur dia sempat hilangkan kesan tu sebelum ajak Aira main," balas Nisa bersahaja. Aira mencebik.
"Sampai hati." Alia terkekek ketawakan Aira.
"Tadi Kak Yaya tak rasa sakit pun masa Kak Nisa jentik tadi, itu yang akak cakap kat Aira tak sakit. Tak tahu lah pula kena kat Aira jadi sakit," sisa tawanya masih berbaki.
"Dah lah, tak nak main dah. Silap hari bulan benjol terus dahi ni," bebel Aira lagi. Suara pun seperti mahu menangis.
"Alaa sorry lah. Kak Nisa minta maaf ye," ucap Nisa dengan nada lembut. Aira mengangguk perlahan.
Pintu rumah dibuka dari luar, kelihatan sosok badan Haikal yang berada dimuka pintu.
"Macam mana hari ni? Ada sales tak?" Soal Nisa bertalu-talu. Haikal mengangguk perlahan sambil mencicip air ditangannya. Haikal menuju masuk ke dalam biliknya untuk berehat seketika. Aira memandang pada Nisa dan Alia.
"Aira ada benda nak bincang dengan Kak Nisa dengan Kak Lia," katanya dan duduk di sofa berhadapan dengan televisyen. Begitu juga dengan mereka. Mereka berdua memandang Aira.
"Kenapa Aira?" Soal Nisa dengan muka penuh tanda tanya. Apa lagi yang mahu dikatakan oleh Aira kali ini.
"Aira nak pindah," jawabnya. Nisa dan Alia memberi reaksi terkejut.
"Kenapa? Sebab Haikal dengan Zafran tu ke? Ke sebab Haikal tak layan Aira? Haikal ada cakap apa-apa ke kat Aira?" Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Aira. Aira hanya menggeleng perlahan.
"Bukan macam tu. Aira nak pindah sebab Aira nak usaha sendiri. Aira nak cuba berdikari. Lagipun Aira dah lama duduk dekat sini," jawabnya. Nisa mengeluh perlahan. Tak akan lah tiba-tiba sahaja Aira membuat keputusan begini. Mesti ada sebab tertentu.
"Aira nak pindah kemana? Dah jumpa ke rumah dekat area Aira cari tu?" Soal Alia.
"Aira nak pindah Kuala Lumpur. Jauh sikit kali ini. Aira dah check dalam phone tadi area Bukit Bintang. Tak mahal sangat tak murah sangat. Tapi Aira nak beli kondo lah. Kondo kecil aje sekadar untuk Aira tinggal. Dekat sana pun Aira boleh lah cari kerja ikut bidang Aira," balasnya.
"Jauh tu dekat KL, bahaya dekat sana sorang-sorang." Raut muka masing-masing sangat risau dengan keputusan Aira.
"Takpa, Aira nak cuba berdikari. Nanti kalau Kak Nisa dan Kak Lia nak datang boleh aje. Kedatangan kalian amat lah dialu-alukan." Tangan Nisa dan Alia diraih. Bebola matanya memandang kedua orang itu.
"Percaya dengan Aira okay? Aira okay aje. Jangan risau tau. Kalau ada apa-apa berlaku keluarga ni akan tahu lebih dahulu." Aira menyakinkan mereka berdua. Alia mengenggam tangan Aira dengan kemas.
"Janji? Janji yang kami akan tahu dulu semua itu sebelum orang lain?" Aira memberi senyuman manis dan mengangguk perlahan.
"Jangan angguk, cakap janji tu dulu," kata Alia lagi.
"Iya, Aira janji. Mana boleh Aira belakangkan Kak Nisa dengan Kak Lia. Korang dah macam keluarga Aira sendiri. Semua pasal Aira keluarga ni tahu dulu," balas Aira dengan nada lembut.
"Bila Aira nak pindah?" Soal Nisa lembut.
"Lagi 3 hari. Aira kena settlekan dulu pembelian tu dulu and perlahan-lahan beli perabot dalam rumah tu dulu. Dah settle baru Aira bawa baju ke sana. Kiranya Aira ambil masa untuk beli rumah tu dalam 2 hari. Satu hari lagi untuk Aira beli perabot. Aira akan beli katil dulu sebab nak elak dari duduk kat hotel atau homestay terdekat kalau katil tak sampai lagi," terangnya panjang lebar.
"Mesti Aira penat nanti buat semua tu sorang-sorang. Biar Kak Yaya teman," cadang Alia. Nisa mengangguk setuju dengan cadangan adiknya.
"Boleh juga itu. Kak Nisa boleh ikut sekali. Nak tengok juga kawasan kondo tu macam mana. Sesuai ke tak untuk Aira. Bahaya atau tidak untuk Aira duduk sorang-sorang," tambah Nisa. Aira cepat-cepat menggeleng.
"Takpa kak, Aira boleh buat lah semua tu sendiri. Taknak menyusahkan akak lagi," balas Aira.
"Takpa, nanti kita pergi sama-sama okay." Kata Nisa. Aira terdiam. Dia tidak boleh berkata apa dah selain 'okey' sebab kalau mereka berdua sudah berkata mahu ikut mereka akan lakukannya.
happy reading. Sorry for the late update.
Share this novel