BAB 19

Romance Series 38981

Jasmin ketawa dengan sekuat hati didalam biliknya. Teringat muka Haikal tadi. Seperti ayam berak kapur. Takut benar! Jasmin menghenyakkan badannya didada katil. Matanya memandang ke arah syiling biliknya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
"Itu baru sikit aku bagi. Tak banyak lagi. Tapi aku pun tak sangka yang abang Zaf tu si Zarif," katanya sendirian.
"Apa-apa pun, padan muka dengan Haikal. Baru sikit aku kasi. Lepas ni macam-macam lagi aku akan buat dekat kau Karl." Dia menyambung gelaknya lagi. Kelakar sungguh. Yang paling kelakar, dia masih teringat yang Haikal kata kepadanya, yang dia ubah dirinya kerana ditolak olehnya. Kelakar sungguh. Senang betul diperbodohkan Haikal Zarif ni! Walhal dia ubah ke arah itu bukan kerana Haikal. Memang dia yang terpengaruh rakan sebaya. Alang-alang Haikal fikir dia berubah kerananya. Dia teruskan sahaja rancangannya itu. Ayahnya pula sibuk dengan kerja dan bersama isteri keduanya. Ibunya pula sudah meninggal dunia ketika dia berusia 5 tahun. Kebetulan pula ayahnya tinggal jauh dari Jasmin. Lagi lah dia merasa kebebasan itu. Yang seronoknya, ayahnya itu memberi duit setiap bulan. Lagi lah dia seronok berhibur tanpa memikirkan yang dia perlu pulang ke rumah tepat pada masa.
"Abang dengan adik sama aje. Sama-sama senang kena tipu. Ingat aku hadap sangat ke dengan Zaf tu? Dah lah muda 3 tahun dari aku. So baby boy lah. Keluarga pula nak suruh kahwin dengan orang Islamic. Sorry lah, aku bukan orang macam tu. Tapi tiada apa, aku akan teruskan plan ni. Sampai aku dapat perangkap Haikal. Padan muka." Tidak berhenti dia gelakkan Haikal. Terasa bodoh sangat Haikal tu biar pun dia budak top 1 dalam sekolah dulu.

TING!

Jasmin mencapai telefon disebelahnya. Dia melihat di notifikasi. Zafran rupanya.

Sorry ya. Pasal abang saya tadi. Dia tak selesa dengan perempuan. Maaf ya. Awak rehat lah dulu. - Zafran.

Malas Jasmin mahu membalas. Dia tidak berminat dengan Zafran. Dia hanya mahu mempermainkan hati Zafran sahaja sehingga Zafran sudah jatuh cinta dengan dirinya. Selepas itu dia akan tinggalkan Zafran seperti sampah. Tapi apabila dia sudah tahu Zafran itu adik Haikal. Lagi lah dia bersemangat untuk teruskan rancangan ini. Biar lah sampai ke jinjang pelamin pun. Dia sanggup! Dia akan berusaha untuk dapatkan Haikal kembali dan membalas dendam. We will see Haikal. Bisik hati kecilnya.

Semua ahli keluarga Zafran berkumpul diruangan tamu kecuali Encik Sha'ari. Dia berkerja separuh masa hari ini. Sebentar lagi dia akan pulang ke rumah.
"Karl, kenapa buat macam tu dekat Jasmin?" Soal Nisa. Dia perlu selesaikan semua ini secepat mungkin. Haikal mengendahkan soalan kakaknya itu. Dia malas mahu bercakap soal Jasmin. Takut Zafran akan terasa.
"Karl," panggil Nisa. Alia mencuit lengan Haikal supaya menjawab pertanyaan Nisa.
"Ya?" Balas Haikal malas.
"Akak tanya kan tu. Kenapa Karl buat macam tu dekat Jasmin tadi?" Tanya Nisa, lembut. Berang pula rasanya Zafran melihat abangnya yang senyap seribu bahasa.
"Tiada apa lah. Salah Karl. Maaf. Sorry dik," ucap Haikal tanpa memandang Nisa mahupun Zafran. Matanya lebih menarik memandang ke lantai.
"Kalau tiada apa kenapa buat macam tu?" Soal Nisa lagi. Baru Alia hendak menjawab Haikal menahannya seraya menggelengkan kepalanya. Panas pula hati Alia. Alia hanya mengikuti kata Haikal saja.
"Kan Karl dah cakap tiada apa. Karl minta maaf. Karl malas nak cakap pasal ni. Karl masuk dulu," balasnya seraya bangun dari sofa untuk masuk ke dalam biliknya. Nisa memaut lengan Haikal. Nisa menggeleng.
"Karl, duduk balik. Explain elok-elok. Adik pun nak tahu sebabnya ni," tegur Nisa. Haikal mengeluh perlahan. Haikal duduk kembali disofa itu tadi. Zafran memerhati sahaja abangnya ini. Haikal memandang Alia. Alia seperti memberi isyarat untuk menyuruh Haikal memberitahu sahaja kepada mereka sekeluarga. Haikal mengangguk.
"Kalau akak ingat yang Karl ada cerita dengan akak lepas Karl balik jumpa kawan tu. Ada yang hari Zafran keluar berdua dengan Aira tu pergi pantai. Kan Karl ada cerita yang ada seorang perempuan tu confess dekat Haikal waktu sekolah. And dia berubah ke arah tu sebab Karl. Perempuan tu..," Haikal tidak boleh menghabiskan kata-katanya. Susah untuk dikatakan. Haikal memandang Zafran dengan mata diredupkan.
"Perempuan tu, Jasmin. Girlfriend adik sekarang ni," sambungnya lagi. Nisa dan Zafran terkejut. Kalau Nisa sudah terkejut seperti itu. Zafran lagi lah terkejut. Lagi tidak sangka itu perempuan yang dimaksudkan oleh Haikal sebelum ini.
"Biar betul Karl? Takkan lah Jasmin. Kan dia tua 3 tahun dari adik. Takkan dia nak bercinta dengan adik pula," sampuk Nisa.
"Jasmin tu memang tua 3 tahun dari adik kak. Dia yang pikat adik dulu haritu," beritahu Zafran.
"So sekarang ni. Dia perempuan yang seksi lah? Adik tahu tak pasal ni?" Soal Nisa lagi. Mahu sahaja dia menjerit disitu. Zafran mengangguk. Takkan lah dia tidak tahu yang Jasmin tu berpakaian terdedah sana sini. Setiap kali berjumpa memang baju terbuka dia akan pakai. Hari ini dia datang memakai baju kurung pun kerana Zafran suruh. Kalau tidak, jangan haraplah!
Merah padam muka Nisa menahan marah. Mencerlung matanya memandang Zafran dan Haikal.
"Macam mana pun keadaannya. Haikal kena respect Jasmin sebagai tetamu dan Haikal kena respect dia. Sebab Haikal dia ubah ke jalan tu. Walaupun dia berfikiran tak cerdik. Tapi tetap salah Karl. Ya, tahu Haikal tak suka bercouple apa semua ni. Tapi Haikal kena ingat itu aje. Yang sebab Haikal, Jasmin ubah ke jalan itu. Adik pula, dah tahu dia macam tu kenapa masih nak suka? Punya lah banyak perempuan dalam dunia ni, Jasmin juga dipilihnya. Aira yang minat dekat adik dah bertahun tak dipandangnya. Sudahnya dia pergi ke Canada untuk ubati diri sendiri. Nasib baik dia tak ambil jalan yang sama macam Jasmin. Kalau tak? Apa yang adik nak buat? Nak kahwin paksa? Kita ni hidup realiti dik bukan dalam dunia khayalan atau novel. Fikir lah dik fikir. Adik nak taknak, kena terima keputusan keluarga. Jangan lupa pesan ibu dik. Yang ibu nak adik kahwin dengan perempuan yang mempunyai akhlak yang bagus. Sedar benda tu dik. Jangan hidup dengan dunia sendiri. Seratus peratus keluarga takkan terima Jasmin masuk dalam keluarga ni. Tapi buat masa sekarang, adik teruskan aje hubungan adik dengan Jasmin. Akak buat macam ni supaya Haikal tebus balik salah dia dekat Jasmin. Ni keputusan akak. Ikut keputusan keluarga dik. Haikal pun. Ikut cakap akak kalau nak settle dengan cara baik. Haikal minta maaf dengan cara baik dekat Jasmin dan kalau Jasmin nak buat dengan cara dia tu lagi. Terserah kepada dia. Hak dia. And akak nak Haikal tegur dia elok-elok sebelum pergi. Jumpa aje bila-bila pun. Adik pun sama. Akak bagi masa lagi untuk berhubung dengan dia. Lepastu bincang elok-elok untuk putuskan hubungan tu. Dengar cakap akak. Jangan nak degil," bebel Nisa panjang lebar. Dia tidak berniat untuk melakukan semua itu. Bila situasi sudah menjadi begini. Ini sahaja jalan yang terbaik untuk mereka sekeluarga dan untuk Jasmin juga. Nisa berlalu dari situ. Haikal dan Zafran mengeluh. Tak pasal-pasal kena marah.
"Fikir lah elok-elok," ujar Alia dan masuk ke dalam bilik. Begitu juga dengan Haikal. Hanya Zafran tinggal disitu. Pening kepalanya saat ini! Ya Allah bantulah hamba Mu ini!

what's happen next?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience