Series
38981
Bunyi tayar kereta yang menggeser diperkarangan rumah membuatkan Alia melompat.
"Balik dah budak-budak ni dari honeymoon," ujar Alia dan berlari ke arah pintu rumahnya.
"Aira!" Laungnya apabila dia melihat Aira keluar dari perut kereta.
"Kak Lia!" Laung Aira kembali. Alia menghampiri Zafran yang membawa keluar barangan dari but.
"Eh banyaknya dik," tegur Alia apabila dia melihat barangan penuh dibahagian but. Zafran mengambil barangan disebelah kanan.
"Yang ni kita punya. Angah bawa masuk. Yang lima plastik besar ni, Aira yang punya. Sekarang ni adik nak tolong Aira angkat barang," balasnya. Terkejut Alia mendengarnya.
"Panggil Karl jap ngah. Minta dia tolong angkatkan barang ni sekali. Bukan lima plastik aje. Dekat tempat duduk belakang pun ada lagi lapan plastik," kata Zafran lagi. Alia termenung. Dia masih terpinga-pinga. Dia sungguh terkejut melihat barang yang Aira beli.
"Dik," panggil Nisa yang muncul didepan muka pintu.
"Ya kak," jawab Zafran. Nisa menghampiri mereka.
"Awalnya balik. Kenapa tak pergi la..." kata-katanya termati apabila dia melihat barangan yang banyak di bahagian tempat duduk penumpang belakang.
"Banyaknya. Rasanya Yaya bagi list untuk beli barang masakan nasi ayam dengan buttermilk aje kan?" Kata Nisa lagi. Zafran memuncungkan bibir kepada Aira yang sedang mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang. Alia menarik sedikit baju Nisa.
"Aira yang beli kak," bisik Alia. Nisa menghampiri Aira.
"Aira, kenapa beli banyak sangat barang ni?" Tanya Nisa.
"Oh ini? Aira saja beli. Aira nak bagi dekat keluarga akak lah. Sebab Aira decided Aira nak fly ke Canada next week," balasnya. Zafran terkejut mendengarnya.
"Aik? Kenapa nak pergi Canada pula?" Tanya Nisa lagi. Empat beg plastik sudah dijinjing oleh Aira.
"Saja nak ambil angin. Dah lama Aira tak pergi overseas. Last pun masa keluarga Aira hidup lagi. Lepas tu dah tiada pergi overseas," jelasnya dan masuk ke dalam rumah untuk menghantar barang-barang tersebut dan keluar kembali mengambil barang yang lain.
"Karl mana kak?" Tanya Zafran untuk melupakan pasal tadi.
"Dia keluar. Dia kata kawan ajak keluar," balas Nisa.
"Yaya masuk dulu. Nak hantar barang. Lenguh dah pegang banyak barang," pinta Alia dan masuk ke dalam rumah.
"Kenapa dengan Aira?" Tanya Nisa lagi. Zafran mengangkat bahu dan menghulurkan dua plastik kepada Nisa dan tiga plastik lagi untuk dia membawanya.
"Ada apa-apa ke jadi tadi?" Tanya Nisa lagi. Zafran menutup but dan memandang kakaknya.
"Adik tak tahu apa-apa wahai kakak ku," balasnya dan masuk ke dalam rumah. Kalau boleh topik dipantai tadi dia malas mahu buka. Andai kata Aira pergi ke Canada kerana hal tadi. Dia akan memujuk Aira sebaik mungkin untuk berbincang.
"Hello Karl, ada mana tu?" Tanya Zafran dihujung talian.
"Ada dengan kawan ni, kenapa?" Jawabnya.
"Nak bagitahu. Esok kita pergi balai sebab kita jadi saksi untuk Aira pasal kes malam tu," terang Zafran.
"Pihak polis call dia tadi," sambung Zafran lagi.
"Okay boleh aje. Pukul berapa?" Balas Haikal. Zafran cuba mengingati balik apa yang Aira katakan tadi.
"Alamak, tak ingat lah pula. Nanti adik tanya Aira balik. Kalau Karl dah balik nanti kita bincang balik," balasnya dan menamatkan talian mereka. Haikal menghelakan nafas yang berat seraya menyisip air coffee latte.
"Kenapa dengan aku ni?" Tanya dirinya. Dia masih tidak boleh lupa kata-kata Alia dan Nisa tadi. Adik ipar? Sanggupkah dia melihat Aira menjadi adik ipar dia? Haikal bangun dari bangku taman dan berjalan keliling tasik.
Dia mengambil angin untuk tenangkan fikirannya. Saat ini dia harus lupakan Aira. Dalam dia mengambil angin di tasik. Dia melanggar seorang wanita yang berambut panjang. Mengenakan seluar slack hitam separa lutut. Baju putih berlengan pendek.
"Sorry cik saya tak sengaja," kata Haikal tanpa melihat muka wanita itu. Wanita itu menyentuh bahunya.
"Zarif?" Tanya wanita itu. Haikal memandang wanita itu. Hairan bagaimana wanita tahu nama hadapannya. Setahu dia, yang berani memanggil nama itu ialah kawan sekolahnya, Jasmin.
"Ya saya," balas Haikal. Wanita itu nampak teruja.
"Haikal Zarif?" Tanya wanita itu lagi. Haikal memandang wanita itu.
"Just call me Haikal or Karl sahaja. Jangan panggil Zarif. Just don't like it," balas Haikal dengan wajah yang murung. Tidak suka betul dia mendengar nama itu dipanggil. Nama itu hanya arwah ibunya sahaja boleh menyebutnya serta ahli keluarganya yang lain.
"You tak pernah ubah lah Zarif," kata wanita itu lagi.
"Excuse me? Who are you? Cik ni siapa ya?" Tanya Haikal bertalu-talu. Wanita itu gelak.
"Guess who," kata wanita itu.
"Sorry saya tiada masa untuk berteka-teki," balas Haikal kasar dan berjalan meninggalkan wanita itu. Wanita itu mengejarnya.
"Okay. I Jasmin. Kawan sekolah you dulu," kata Jasmin. Oh, jadi dia lah.
"Oh," jawabnya sepatah. Dia tidak minat mahu melayan kawan sekolahnya dulu. Biar kenalan pun, tapi dia tidak berminat.
"Ingat lagi tak?" Tanya Jasmin. Haikal mengangukkan kepalanya bertanda dia masih ingat Jasmin dan masa lalu dia bersama Jasmin. Kenangan bersama Jasmin ditingkatan 5 lalu diingat kembali.
"Karl! Berhenti sekejap!," Panggil Jasmin yang sedang berlari mengejar Haikal dihadapan. Haikal memberhentikan langkahnya.
"Kenapa?" Tanya Haikal. Jasmin mengambil nafas dalam. Rasa semput dia mengejar Haikal. Jasmin menghulurkan sebuah tupperware kecil.
"Saya nak bagi biskut ni dekat awak. Ni saya buat tau. Jangan lupa rasa," jawabnya. Haikal tidak mengambilnya. Sebaliknya dia laju meninggalkan Jasmin dibelakang yang masih terpinga-pinga.
Jasmin mengejar kembali langkah Haikal dan memotong langkah Haikal lalu berdiri dihadapan Haikal. Jasmin menghembuskan nafas.
"Saya suka awak Karl. Dari form 1 lagi saya suka awak," beritahu Jasmin kepada Haikal. Haikal beriak biasa.
"Oh, iya ke," balasnya. Dia buntu mahu menjawab apa. Ini bukan kali pertama orang confess dekat dia. Sudah berpuluh-puluh orang jumpa dia mengatakan dia suka kepada Haikal. Tapi sorang pun dia tidak berminat. Selalunya dia selepas dia cakap 'oh, iya ke' dia akan mengatakan maaf dan menekankan bahawa yang dia sekarang taken.
"Maaf. Saya dah taken," jawab Haikal. Jasmin tergelak.
"Berapa puluh orang dah awak cakap awak ni dah taken? Tapi awak still single," balas Jasmin pula sambil gelak kecil. Haikal menghelakan nafasnya. Macam mana dia boleh tahu ni?
"Saya single, tapi saya tak interest dengan siapa-siapa. Bukan sombong, tapi saya memang tak interest dengan siapa-siapa termasuk awak," jelasnya. Merona merah muka Jasmin menahan malu apabila dibalas begitu dengan Haikal. Terasa jatuh maruahnya. Lagi dia terasa apabila Haikal tidak menerima biskut buatannya.
Selepas dari kejadian itu Jasmin berubah ke 360° darjah. Dari menjadi perempuan yang bertudung kepada perempuan tidak bertudung.
"Tengok dari cara you termenung ni memang seratus peratus you ingat I," tegur Jasmin apabila melihat Haikal khayal dengan dunianya. Haikal tersentak. Dia menundukkan kepalanya.
"You still handsome lah Karl. Still single ke macam mana? Or ada lagi perkataan 'taken' untuk orang yang confess kat you?" Sahaja Jasmin menekan perkataan taken itu. Gara-gara kejadian itu dia berubah sejauh ini. Walaupun dia tahu bukan salah Haikal tapi dia tetap mahu salahkan Haikal kerana tidak menerima perasaannya.
"Saya gerak dulu," balas Haikal dengan tidak penuh minat untuk berborak tentang topik itu. Jasmin mencebik dan mengejar langkah Haikal.
"Boleh tak stop kejar saya? Awak dari dulu kejar saya bila berjalan tinggal awak sorang-sorang. Saya tiada niat nak buat awak terasa ke apa. Tapi saya rimas. Saya pun tahu awak berubah macam ni sebab saya. Jadi saya minta maaf sebab buat awak macam ni. Tapi itu hak saya untuk terima hati awak atau tidak. So stop kejar saya," tegasnya. Jasmin terkejut. Dia terkejut apabila Haikal kata dia sudah tahu yang dirinya berubah gara-gara dia. Tapi kenapa tiada kata maaf dari dia selama ni? Jasmin hanya melihat Haikal dari jauh. Niat untuk meminta nombor Haikal dibatalkan. Kalau orang tak suka buat apa nak terhegeh-hegehkan? Tapi dia takkan berhenti sampai situ sahaja. Dia akan cuba lagi.
mybe bab 11 betul2 late update. Sebab saya nak study utk spm. Update bab 10 pun hbis rushing. Sebab saya nak tulis nota kt akhir bab. Smpai sini je saya boleh bgithu. Saya last paper 19/2. Lepas pada tu saya akan sambung bab 11. Minta maaf ya. Happy reading! ♡
Share this novel