Jam menunjukkan 6.30 pagi dan Aira sudah pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Aira beratur dikaunter beli tiket dan kaunter untuk membawa bagasi ke dalam kapal terbang.
"Nak ke mana?" Soal lelaki itu yang merupakan pekerja kaunter tiket dan bahagian tempat isi bagasi.
"Qatar," jawabnya. Lelaki itu tersenyum.
"Wah, Qatar. Jauhnya. Melancong ke?" Kata lelaki itu lagi. Peramah betul!
"Eh tak lah. Saya nak pergi Canada," beritahu Aira. Lelaki itu mengerutkan keningnya.
"Kenapa tak naik kapal yang terus sampai ke Canada?" Soal lelaki itu.
"Taknak lah saya. Kebas saya dalam tu hahaha," gurau Aira.
"Eh by the way saya nak Business Class," kata Aira lagi.
"Lain kali bagitahu awal noh, saya hampir terprint tiket yang Economy Class," balas lelaki itu. Aira tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Seorang aje ke? Family mana? Ke cik sambung belajar kat luar negara?" Bertalu-talu soalan yang diberi.
"Kalau nak cerita pasal family ni. Sebenarnya saya sensitif bab-bab keluarga ni," jawab Aira.
"Takpe saya faham. Biasalah tu, gaduh dengan family. Nanti berbaik juga," balas lelaki itu pula.
"Bukan macam tu. Actually keluarga saya kena bunuh masa saya umur 17," beritahu Aira. Terkejut beruk lelaki itu dibuatnya.
"Your whole family?" Aira menganggukkan kepalanya. Lagi lah terkejut lelaki itu.
"How?"
"Macam yang saya cakap tadi lah. Saya sensitif bab-bab keluarga ni," balas Aira pula.
"Sorry sebab saya bertanya. Meh bagasi cik. Letak atas ni," kata lelaki itu dan menarik bagasi milik Aira untuk diletakkan diatas mesin bergerak bagasi.
"Eh tiada apa. No hal lah. Kalau orang tanya pasal family. Memang saya akan cakap macam tu aje. Lebih-lebih saya takkan beritahu," terang Aira. Serba salah pula lelaki itu.
"Sorry again," ucap lelaki itu. Aira tertawa kecil.
"No, it's okay," balas Aira. Lelaki itu menyerahkan tiket Aira. Aira menyambut dengan baik seraya memberikan senyuman kepada lelaki itu. Lelaki itu tidak lah muda tidak lah tua. Mungkin dalam 30-an macam tu. Sempat pula dia berdisikusi dalam hatinya.
TING !
Telefon Aira berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aira membiarkan sahaja telefonnya berbunyi. Nanti sahaja lah dia baca. Dia malas mahu membaca ketika berjalan. Nanti terlanggar orang susah pula.
TING !
Sekali lagi telefonnya berbunyi. Dia menghelakan nafas dan mencari tempat duduk terdekat. Semua tiada. Ada, tapi semua sudah dimiliki oleh orang ramai. Sudahnya dimenyandar pada tiang di KLIA itu. Oh, dari PA arwah ayahnya rupanya.
Saya dah sampai dirumah. Kereta cik pun dah terparking dirumah saya. - Alif.
Selamat sampai ya cik. - Alif.
Laju sahaja jari jemari Aira bermain dia atas keyboard iphonenya.
Alright! Thanks Pakcik Alif. Nanti saya bawakan buah tangan dari sana ya! - Aira.
Kakinya mulai berjalan perlahan-lahan tanpa melihat hadapan. Tidak lama itu kakinya menjadi laju berjalan. Seperti yang dikatakan oleh Aira, memang dia akan terlanggar dengan sesuatu kalau berjalan tengok phone. Teruk betul!
BUP!
Membulat mata Aira apabila melihat baju putih lelaki itu kotor dengan air kopi milik lelaki itu. Kalau orang biasa yang dia langgar tiada apa lah juga. Ini pilot! Mampus aku!
"Sorry Encik. Saya tak sengaja. Saya mengaku salah saya. Yang saya berjalan tak pandang depan. Saya betul-betul tak sengaja," pinta Aira. Lelaki itu mendengus geram. Nasib balik dia mahu pulang ke rumah. Kalau mahu pergi kerja? Tak pasal-pasal flight ditangguhkan kerana dia mahu tukar baju.
"It's okay," ucap lelaki itu serius dan berjalan meninggalkan Aira disitu.
"Kau lah ni Aira. Dah tahu perangai jenis macam tu. Yang tak off phone tu kenapa?" Rengus Aira seraya mengetuk kepalanya sendiri.
"Ah sakit," ringainya. Aira mematikan telefonnya seraya meletakkan phonenya di dalam mood senyap. Aman dunia!
"Kenapa kau datang sini?" Tegur Alex. Menyampah pula dia melihat Malik disitu. Semua gara-gara Malik. Dia tidak mahu kotorkan tangannya sendiri. Alih-alih tangan Alex yang kotor. Kalau dia tahu begini akan terjadi, dia sendiri akan paksa Malik ikut sekali. Walaupun itu boss dia.
"Aku nak melawat kau lah. Tanya lagi soalan bodoh macam tu." Kasar sahaja suaranya. Tiada riak serba salah atau apa.
"Aku dengar kau kena gantung sebab tu aku datang sini nak jumpa kau untuk kali terakhir," beritahunya. Sesekali dengar juga Malik berdecit.
"Sial! Tak guna betul perempuan tu. Liat betul dia nak mati," marahnya. Mencerlung matanya memandang Alex yang membuat muka toya.
"Tak payah lah nak cari dia dah untuk bunuh dia. Buat penat kau aje. Macam kau cakap lah, dia tu liat nak mati. Kita yang hidup ni. Fikir tentang diri sendiri. Jangan nak fikir bila orang tu nak mati. Fikir diri sendiri dulu. Sebab aku dengan Afiq nak buat perbicaraan dekat mahkamah nanti. So, nama kau akan disebut. Sekian," ucap Alex panjang lebar dan meninggalkan Malik disitu. Malik mengetuk meja itu sekuat hati.
"Tak guna kau Alex," katanya perlahan dan berlalu dari situ. Malas dia mahu berlama disitu. Nanti dia pula kena tangkap. Niatnya mahu melawat Alex dengan ikhlas memang tidak. Niatnya hanya untuk memerli Alex. Lagi pula, dia melawat Alex kerana orang atasannya suruh. Kalau tidak, tak ingin dia nak melawat. Ingin perli Alex. Alih-alih dia yang termakan umpan sendiri. Stress!
"Alex," panggil Afiq. Alex yang termenung itu menoleh kepada Afiq.
"Asal?" Tanya Alex. Afiq mendekatkan dirinya kepada Alex.
"Betul ke kau nak sebut nama Malik waktu perbicaraan tu? Kau pun tahu kan kalau kita sebut nama Malik. Kita ibarat macam menempah maut. Mati dekat tangan dia," jelas Afiq. Alex berdecit.
"Aku ni Fiq. Bukan mati dekat tangan dia. Aku ni mati kat tali gantung. Aku nak risau tiada guna. Akhirnya aku akan mati," balas Alex pula.
"Kau senang lah cakap. Aku ni macam mana? Kau dah mati aku yang hidup ni macam mana? Baik aku join kau je ke tali gantung dari kena bunuh macam tu. Kau ingat dia tu ke tali gantung ke weh? Dia tu tak pernah kotorkan tangan sendiri. Tangan anak buah dia aje yang kotor. Paling-paling pun hukuman dia sama macam aku. Nak bebas cepat dia bayarlah denda tu. Ingat Alex dia tu berduit. Dia keluar masuk penjara pun tiada guna. Sebab orang atasan akan tanggung dia. Aku ni? Silap-silap keluar penjara dia sambut aku dengan kereta Mercedes-benz depan balai ni. Lepas tu apa? Aku baru nak hidup senang dah kena bunuh. Buat penat aje aku duduk dalam ni bertahun-tahun. Alih-alih aku kena bunuh juga." Panjang lebar Afiq terangkan kepada Alex supaya memahami situasi dia. Alex mengeluh kasar. Betul juga apa yang dikatakan oleh kawannya itu.
"Nanti lah aku fikir balik. Dah berambus, aku nak tidur," halau Alex seraya baring diatas lantai beralaskan lengannya sahaja. Matanya dipejamkan. Dia berharap suatu hari nanti Malik akan terima balasan yang sama seperti dia rasakan saat ini. Jangan kata Malik sahaja. Kuncu-kuncunya juga dia berharap akan ke tali gantung sama seperti dirinya.
oke done. Sorry tadi tak jadi. Lupa nak tambah ayat tadi. Sorry yaaa. Happy Reading ! Thanks yang follow saya !
Share this novel