BAB 37

Romance Series 38981

Zafran tersenyum puas melihat cincin yang dibelinya dikedai emas tadi. Tangan kanannya memegang stereng kereta, manakala tangan kirinya memegang kotak cincin.
"Aira saya nak minta maaf semua yang saya buat sebelum ni dekat awak. Saya tahu saya buta tak pandai menilai mata kaca dan mana permata. Dengan kesempatan ini, saya nak menebus balik kesilapan saya. Saya suka awak Aira," ujar Zafran sendirian. Kemudian kepalanya digelengkan.
"Macam panjang sangat aje ayat aku ni. Nanti Aira cakap apa pula. Aku pun dah minta maaf dengan dia sebelum ni. Okay, aku buat semula." Suaranya dibetulkan. Zafran mengeluarkan kotak cincin dari belakangnya.
"Saya suka awak." Suaranya disayukan, matanya juga diredupkan.
"Aku ni nak confess ke nak mengemis minta simpati? Semula!" Sudah kali ke 10 dia cuba masih lagi tidak jadi. Akhirnya dia pasrah, malas dimahu fikirkannya. Bila sampai rumah nanti pandai-pandai lah dia fikir. Selalunya idea last minit menjadi. Kereta Zafran laju meluncur meninggalkan kawasan kedai emas itu.

Tidak berkelip Aira memandang cincin pemberian Haikal bulan lepas. Hari ini sudah masuk sebulan mereka bersama tanpa pengetahuan keluarga, kecuali Encik Sha'ari. Kalau berhadapan dengan ahli keluarganya yang lain mesti Haikal dan Aira berpura-pura tidak rapat. Seperti biasa, Haikal akan menyebelahi Aira. Tetapi tidak dengan Aira. Apabila berhadapan dengan keluarga, mereka menjadi seperti dahulu. Nampak lah disitu yang Haikal masih mencuba untuk ambil hati Aira, walhal dia sudah mendapatnya tanpa pengetahuan yang lain. Aira tersenyum sendirian. Terngiang-ngiang didalam kepalanya kenangan Haikal bersama dia sebulan yang lalu. Pintu bilik dikuak membuatkan Aira tersentak. Cepat-cepat Aira masukkan cincin didalam poket bajunya.
"Ha buat apa tu?" Tegur Alia dimuka pintu. Aira membetulkan duduk.
"Tak buat apa pun," jawab Aira.
"Duduk lah sini kak." Aira menepuk-nepuk hujung tilam. Alia menghampiri.
"Aira, akak nak tanya something boleh?" Soal Alia. Aira mengangguk.
"Aira dengan Karl ada apa-apa ke?" Tanya Alia dengan harapan yang Aira akan menjawab pertanyaannya mengikut kata hatinya.
"Takda apa-apa. Cuma kawan aje. Kenapa?" Laju sahaja Aira menggeleng.
"Iya ke? Akak tengok semacam aje korang berdua ni." Aira menggeleng lagi.
"Mana ada apa-apa pun. Kitaorang kawan aje. Tak lebih dari itu. Kalau akak tengok kami rapat-rapat sebab Aira anggap Karl tu abang Aira. Iya lah, Aira kan dah lama duduk sini. Karl pun dah anggap Aira macam adik sendiri," jawab Aira panjang lebar. Sehabis mungkin dia memerah otaknya untuk memberi jawapan yang masuk akal.
"Hmm iyalah tu. Macam lah akak nak percaya." Sempat pula Alia menjeling Aira. Aira tergelak kecil.
"Macam ni lah, kalau Aira dengan Karl ada apa-apa Aira bagitahu akak cepat-cepat." Alia memandang Aira semacam. Boleh percaya ke tidak Aira ni. Aira memberi senyuman.
"Apa-apa aje lah Aira. Nanti keluar tau." Aira mengangguk. Alia berlalu keluar dari bilik.

Azman menyisip air lemon jus sementara menunggu Tan Sri Razak. Azman sudah menetap di Canada setelah perniagaannya berjaya. Manakala Tan Sri Razak pula hanya bercuti disini bersama keluarga. Minggu depan akan pulang ke Malaysia.
"Sorry buat kau menunggu," sapa Tan Sri Razak. Azman berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Azman menjemput Tan Sri Razak duduk.
"So, what's bring you to meet me?" Soal Tan Sri Razak sebagai pemula bicara.
"Saya nak bincang pasal Dato' Fazrul," jawab Azman dengan nada serius. Tan Sri Razak menyisip air lemon jus yang dibeli oleh Azman.
"Dato' Fazrul? You mean Fazrul yang kita belot tu? What's wrong?" Bertalu-talu soalan yang diberi kepada Azman.
"Anak dia ada jumpa saya 8 bulan yang lalu dekat taman area rumah saya tu. Saya nak balik Malaysia pun tak tahu bila. Itu yang saya nak jumpa Tan Sri bila dengar yang Tan Sri akan ke Canada untuk bercuti dengan family. Sorry ambil masa Tan Sri sikit," jawab Azman. Tangan Tan Sri Razak laju bergerak ke kiri dan ke kanan, bertanda tidak apa untuk jawapan maaf Azman tadi.
"No, it's okay. Teruskan." Azman menarik nafas dalam.
"Saya nak Tan Sri pulangkan balik hak mereka," beritahu Azman. Tan Sri Razak senyum sinis.
"Lepas apa aku dah buat kat diaorang, kau nak aku pulangkan pula hak diaorang? No way! Lagipun kita tak tahu hidup diaorang macam mana. Entah-entah lebih kaya dari kita. That's why anak dia boleh sampai ke Canada," bidas Tan Sri Razak.
"Anak dia beritahu saya yang family dia kena bunuh," beritahu Azman. Terkejut beruk Tan Sri Razak.
"Wait what?! Kena bunuh? But how? Siapa yang bunuh dia? Family? What do you mean by that huh?" Bertalu-talu soalan yang diberi sekali lagi kepada Azman.
"Anak dia beritahu saya yang Dato' Fazrul buat pinjaman dengan Ahlong untuk naikkan saham business lepas kita khianat dia. Disebabkan dia tak lepas nak bayar duit Ahlong, seluruh ahli keluarga dia kena bunuh. Yang tinggal sekarang ni seorang sahaja. Itu pun sebab malam tu dia pergi kedai. Kalau tak dia pun sama-sama dah arwah. Tergontang-ganting dia lepas family dia meninggal. Dia ada cerita dekat saya yang lepas family dia meninggal, dia tumpang tinggal kat rumah kawan dia. Nasib baik lah ada hamba yang baik hati macam tu. Kalau tak, tak tahu nasib dia macam mana. Silap-silap bawah jambatan dah dia duduk," jawab Azman panjang lebar. Melihat kesengsaraan hidup Aira, Tan Sri Rasak dihimpit dengan rasa bersalah.
"Now, dia ada dekat mana?" Soal Tan Sri Razak.
"Who? Anak Dato' Fazrul?" Tanya Azman meminta kepastian. Laju sahaja kepala Tan Sri Razak mengangguk.
"I don't know. Maybe dah balik Malaysia. Saya pun dah lama tak nampak dia. Dia pun tinggal kat area rumah saya tu aje. Masa saya jogging dengan Luq tu lah saya terserempak dengan anak Dato' Fazrul. Aira tak silap nama dia." Tan Sri Razak menangguk faham.
"Thanks for the information Azman. Aku akan cuba cari Aira kat Malaysia nanti." Tan Sri Razak bangun dari kerusi.
"Wait Tan Sri," panggil Azman. Dia baru teringat yang Aira ada cakap dengannya dia pindah ke Kuantan.
"Why? Anything else?" Soal Tan Sri Razak dan duduk kembali.
"Aira dah pindah ke Kuantan. Dia tak duduk dekat Kuala Lumpur lagi. Lepas Dato' Fazrul jatuh mereka terus pindah ke Kuantan. Nanti Tan Sri boleh check dia dekat sana. Saya boleh bantu Tan Sri sampai situ aje. Itu pun kebetulan dia beritahu saya. Saya harap Tan Sri dapat cari dia," jawab Azman seraya menghulurkan tangan untuk bersalaman setelah melihat Tan Sri Razak berdiri selepas kata-kata akhirnya. Tan Sri Razak menyambut tangan Azman dan berlalu dari situ.

done, sorry for the late update. Selamat berpuasa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience