"Hello Qis?" panggil Aira ditalian. Qistina yang sedang mengelamun itu kembali kepada dirinya yang asal.
"Oh ya, sorry. Okay macam ni. Actually aku call kau ni nak ajak kau berjumpa," katanya dengan nada lembut. Lembut? Terpaksa aje tu.
"Berjumpa? Nak buat apa?" Soal Aira. Qistina membuat muka meluat. Banyak tanya lah. Ikut aje tak boleh ke?
"Aku nak jumpa kau, nak minta maaf. Aku banyak salah dengan kau. Lagi-lagi kes Fareez tu," balasnya pula dengan nada sedih.
"Eh takde apa lah. Aku okay aje. Benda tu pun dah lama. Aku tak simpan dalam hati pun. Aku pun dah maafkan kau," ujar Aira lembut.
Qistina memicit dahinya. Fikir Qistina fikir!
"Ermmm, aku still rasa bersalah dengan kau. Aku nak jumpa dengan kau malam ni juga," balas Qistina pula dengan nada memujuk. Tadi menangis. Sekarang pujuk pula. Aira menghelakan nafas berat.
"Esok tak boleh ke? Sebab dah lewat ni," beritahu Aira. Aduh! Payah lah dengan Aira ni! Pekik Qistina didalam hati. Qistina mengetuk kepalanya supaya berfikir. Tidak lama itu, dia mendapat satu idea.
Qistina membuat suara seperti mahu menangis.
"Actually esok aku kena fly ke Jepun. Sebab ayah aku kena pindah ke sana pula. So nak balik Malaysia ni susah pula," bohongnya. Confirm Aira setuju dengan idea palsu aku. Bisik hati kecilnya. Seperti yang dibayangkan Aira terpedaya dengan kata-kata Qistina. Yes!
"Nanti kau datang kat taman ni tau. Aku tunggu kau kat situ," kata Qistina dan menghantar lokasi untuk mereka berjumpa. Aira mematikan talian dan bersiap untuk berjumpa dengan Qistina dilokasi yang telah dihantar oleh Qistina.
Aira keluar dari bilik dan berjalan menuju pada Haikal. Haikal melihat Aira.
"Zara nak pergi mana?" Soal Haikal. Aira mengetapkan giginya.
"Boleh tak kalau Haikal hantarkan Aira dekat location ni? Sebab kawan Aira ajak jumpa malam ni. Dia kata esok dia nak fly ke Jepun sebab ayah dia kena transfer ke sana," jelas Aira. Haikal berdiri dan mengambil kunci kereta.
"Maaf susahkan Haikal malam-malam macam ni. Kalau Aira pandai bawa kereta Aira tak susahkan Haikal. Maaf tau," beritahunya. Aira memang tidak pandai memandu kereta. Dia cepat panik kalau kereta tiba-tiba mati ditengah jalan atau minyak berkurang. Dia tidak tahu mahu buat apa kalau itu terjadi. Dia pun membuat keputusan untuk naik grab sahaja kalau mahu ke mana-mana.
"Takde apa lah. Kalau Zara pandai bawa kereta pun. Haikal akan tetap hantar. Bahaya Zara sorang-sorang. Perempuan pula tu. Kalau bukan Haikal, Zafran pun boleh," jelas Haikal dan berjalan menuju pintu rumah.
"Karl, adik ikut," kata Zafran tiba-tiba. Haikal mengangguk setuju. Zafran dan Aira mengikut belakang Haikal untuk menuju ke kereta. Zafran mengambil tempat dibahagian depan sebelah pemandu. Manakala Aira mengambil tempat dibahagian belakang.
Kereta memecut laju keluar dari perkarangan rumah.
Seorang lelaki muda yang sedang menghisap rokok ditaman menepuk bahu Qistina.
"Kau kalau tipu aku siap kau," kata lelaki itu. Qistina merampas rokok lelaki itu dan memasukkan ke dalam mulutnya. Sesekali asap rokok keluar dari mulutnya.
"Dia datang tu. Dia setuju dengan aku nak datang. Sabar lah sikit," balas Qistina pula. Lelaki itu menghelakan nafas.
"Dah nak masuk setengah jam aku dekat sini tunggu dia," marah lelaki itu. Qistina mencebik. Baru dia hendak menjawab telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
Aku dah sampai. Kau kat mana? - Aira.
Qistina tersenyum. Qistina berdiri dan menghalakan telefonnya kepada lelaki itu. Senyuman terukir dibibir lelaki itu.
"Bagus, kau buat kerja dengan baik. Ikut plan asal. Nanti aku dengan boss aku datang," kata lelaki itu dan meninggalkan Qistina disitu.
Haikal memakirkan kereta ditepi taman permainan itu. Dia melihat tiada siapa disitu. Sunyi. Tiada kanak-kanak atau orang yang berada disitu.
"Terima kasih," ucap Aira seraya membuka pintu kereta.
"Jap Zara," Haikal menahannya. Haikal melihat sekeliling kawasan taman itu. Dia melihat ada dua orang lelaki dikawasan belakang taman itu.
"Zara, kalau Haikal ikut sekali boleh tak? Zafran pun ikut sekali," kata Haikal. Aira menggelengkan kepala. Dia teringat kata-kata Qistina sebelum mematikan talian mereka tadi.
"Kau sorang aje. Jangan bawa orang lain. Aku tak selesa nak bercakap bila ada orang lain."
Haikal memandang Zafran. Zafran mengangkatkan bahu.
"Takpe, Aira pergi sendiri. Dia sendiri aje tu. Haikal dengan Zaf tengok Aira dari dalam kereta aje lah," kata Aira dan keluar dari perut kereta. Haikal memandang Aira sehingga berjumpa dengan Qistina.
Qistina mendepangkan tangannya untuk memeluk Aira. Aira membalas pelukannya tadi.
"Terima kasih sebab datang," ucap Qistina seraya memaniskan muka.
"Sama-sama," balas Aira. Qistina mengintai kereta Aira yang menyala itu.
"Kau datang dengan siapa?" Tanya Qistina dan memegang tangan Aira untuk mengikut dia berjalan ke pondok.
"Aku datang sorang lah. Aku nampak macam sunyi je taman ni. Sebab tu aku buka aje kereta aku tu. Terang sikit taman ni," bohong Aira. Qistina mengangguk. Sampai sahaja dipondok, Qistina memegang erat tangan Aira. Airmata yang tidak mahu keluar dipaksakan keluar.
"Aira, aku minta maaf tau sebab aku dah banyak buat salah dengan kau. Aku tuduh kau curi Fareez. Padahal dia yang nak dekat kau. Puas hati aku bila kau reject dia. Terima kasih tau. Aku terhutang budi sangat dengan kau," ujar Qistina dengan suara habis lembut.
"Aku maafkan kau. Dah jangan sedih-sedih. Esok nak fly ke Jepun dah kan? Ini aku ada hadiah untuk kau," balas Aira seraya menghulurkan beg kertas kepada Qistina. Qistina sambut dengan muka lesu. Padahal dalam hati gembira bukan main apabila dia melihat beg kertas itu berjenama Louis Vuittion. Merasa juga barangan orang kaya. Tapi demi lakonan dia sanggup berpura-pura tidak gembira.
"Kau ni susah-susah aje. Serba salah aku. Aku yang banyak buat salah. Kau yang bagi aku hadiah. Sepatutnya aku yang bagi kau hadiah. Bukan kau yang bagi aku," terang Qistina. Aira menepuk lembut tangan Qistina.
"Takde apa lah. Sikit aje ni," ujar Aira pula. Qistina memeluk Aira. Ketika dia memeluk Aira itu, dia memberi isyarat kepada dua orang lelaki tersebut. Dua orang lelaki tadi mula bergerak menghampiri mereka.
Qistina meleraikan pelukan mereka. Dia berdiri. Begitu juga dengan Aira. Saat lelaki itu hampir menghampiri mereka, Qistina memeluk Aira lagi.
"Aku minta maaf sebab buat kau macam ni," bisik Qistina ditelinga Aira. Aira mengerutkan kening. Hairan.
"Kenapa ni?" Tanya Aira dan meleraikan pelukan mereka.
"Bukan aku yang nak jumpa kau. Tapi diaorang," kata Qistina sambil menunjukkan orang dibelakang Aira. Aira menoleh.
"Ni siapa?" Tanya Aira kepada Qistina. Qistina menghampiri dua lelaki tersebut.
"Yang ini Afiq. Sebelah dia ni pula Alex," Qistina memperkenalkan dua orang lelaki itu. Aira hanya membuat muka polos.
"Kenapa ye awak nak jumpa dengan saya?" Soal Aira. Alex tidak menjawab. Sebaliknya dia menghampiri Aira dengan begitu dekat. Apabila Aira menjauhkan diri daripada dirinya. Dia menarik pinggang Aira supaya dekat dengannya. Alex membelai lembut pipi Aira seperti yang dilakukan pada hari kejadian ibu ayah Aira dibunuh.
"Kau lupa aku?" Bisik Alex rapat ditelinga Aira. Aira mulai menggigil satu badan. Dia takut diserang begitu.
"Aku lah orang yang ada dekat rumah kau masa tu. Akhirnya aku jumpa kau," kata Alex dengan bibirnya disenyum senget.
Aira cuba mengingat kembali kejadian itu. Dia memandang Alex.
"Kau dah ingat aku?" Tanya Alex lagi. Aira menggigil ketakutan. Aira cuba keluar dari pelukan Alex tapi tidak berjaya.
"Lepaskan aku!" Jerit Aira sekuat hati.
"Mana Aira ni Karl?" Tanya Zafran yang dari tadi menunggu kepulangan Aira. Haikal melihat sekeliling.
"Tak tahu. Tadi Karl nampak kawan Zara tu tarik Zara ke tempat lain," jawab Haikal. Zafran menggigit kukunya. Risau. Zafran memandang Haikal.
"Jom turun cari dia," cadang Zafran. Haikal mengangguk setuju dan mematikan kereta.
Haikal dan Zafran berlari anak mencari Aira dikawasan itu. Tapi tiada. Mereka mencuba lagi mencari Aira. Masih lagi tiada.
"Kat mana Aira ni Karl?" Tanya Zafran seraya meramaskan rambutnya. Kusut!
"Aira mana Karl?" Marah Zafran. Haikal memandang Zafran.
"Karl pun tak tahu kat mana Zara!" Marah Haikal balik. Dia cuba menelefon Aira tapi tidak dapat. Telefon Aira dimatikan.
Tidak lama kemudian, suara jeritan kedengaran.
"Bukan tu suara Zara?" Haikal menduga. Zafran angguk dan berlari ke suara jeritan itu. Mereka berdua berhenti dibelakang pondok tersebut. Mereka melihat Aira sedang cuba melepaskan diri dari Alex.
"Lepaskan aku!" Jerit Aira lagi. Dia cuba meminta tolong tapi mulutnya dikunci rapat oleh tangan Alex.
"Afiq, hulurkan aku tali tadi," arah Alex. Ketika mereka mencuba mengikat pergelangan tangan dan kaki Aira, Haikal dan Zafran menghampiri mereka.
"Lepaskan dia!" Tengking Haikal sekuat hati. Aira menoleh ke belakang. Dia menarik nafas lega.
"Kau siapa ha?!" Tengking Alex pula. Haikal mengepal penumbuknya.
"Aku abang dia!" Jawab Haikal. Alex terkejut mendengarnya. Abang? Bukan dia sudah bunuh kesemua ahli keluarga Aira? Yang terlepas hanya Aira.
"Kau tak payah nak menipu aku! Aku dah check malam tu yang...."
"Alex, jangan cakap apa-apa," potong Afiq. Alex cuba reaksi biasa. Hampir sahaja dia mahu membocorkan rahsianya sendiri. Walhal Qistina sendiri tidak tahu pasal hal itu. Yang tahu hanya tiga orang, iaitu Aira, Alex dan Afiq.
"Cakap lah yang apa?!"Tengking Zafran pula. Alex naik berang. Pantang sungguh dia kalau orang tengking dia ini.
"Diaorang berdua yang bunuh keluarga Aira!" Jerit Aira sekuat hati sambil menangis. Alex memandang Aira. Dia menghampiri Aira seraya membuatkan Aira berdiri. Sebaik sahaja Aira berdiri, dia menampar muka Aira sekuat hati. Tidak sampai situ sahaja, dia menendang Aira sekuat hati.
"Ni makan dia! Kenapa kau bagitahu diaorang ha?!" Tengking Alex sekuat hati. Melihat keadaan itu, Haikal menghampiri Alex dan menumbuk Alex sekuat hati.
"Kau jangan nak jadi dayus! Kau kalau nak bertumbuk. Kau tumbuk dengan aku aje. Jangan nak libatkan Zara dalam hal ni. Berkecai muka kau aku tumbuk nanti!" Marah Haikal. Afiq menghampiri Haikal dan mencengkam baju Haikal. Haikal memandangnya dengan pandangan yang tajam. Dia menggenggam sekuat hati tangan Afiq dan membuatkan tangan Afiq melepaskan cengkaman dari bajunya.
"Kau jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu. Kau tak layak nak sentuh aku," kata Haikal dengan nada serius. Alex cuba untuk bangun. Belum sempat dia mahu bangun Zafran menyepak kepala Alex sekuat hati. Alex terbaring kembali diatas lantai. Dengan kesempatan yang ada Qistina melarikan diri. Zafran mengejarnya dan dapat menangkapnya.
"Ni makan dia! Kau jangan pernah sentuh Zara! Zara bukan patung untuk kau sepak dan tampar dia!" Tengking Haikal.
Apabila Haikal mahu mencengkam baju Alex, Afiq mencengkam baju Haikal sekali lagi. Penumbuk Afiq tepat mengenai muka Haikal. Bibirnya berdarah sedikit. Zafran yang sedang sibuk mengikat Qistina ditiang elektrik menghampiri Haikal.
"Okay tak Karl?" Tanya Zafran dengan nada cemas. Haikal menganggukkan kepalanya. Zafran menoleh kebelakang dan menumbuk Afiq sekuat hati.
"Kau jangan sentuh abang aku atau Zara! Kau faham tak?!" Marah Zafran. Nafasnya turun naik dengan laju. Aira yang berada dibelakang Haikal menangis sekuat hati. Dia tidak sangka akan menjadi seperti ini.
Alex cuba berdiri. Mukanya lebam. Bibirnya berdarah teruk. Manakala Afiq pula bibirnya sahaja yang berdarah. Tapi tidak teruk mana.
Alex mengeluarkan pisau. Alex mengacahkan pisau itu kepada Haikal dan Zafran.
"Aku akan bunuh kau malam ni!" Jerit Alex sekuat hati. Belum sempat Alex menuju ke mereka. Zafran menendang tangan Alex yang mengenggam pisau itu. Pisau jatuh ke lantai.
"Tak guna!" Pekik Alex. Haikal memberinya satu lagi tumbukan. Alex pengsan di atas lantai. Afiq mengoncang tubuh Alex sekuat hati. Tiada respon.
Zafran dan Haikal menghampiri Aira.
"Aira okay?" Tanya Haikal prihatin. Aira memandang muka Haikal seraya menganggukkan kepalanya.
Afiq yang berada dibelakang mereka berdua, cuba mencapai pisau yang tercampak tadi.
Setelah dia mencapai pisau itu, dia mengenggam sekuat hati dan cuba untuk menikam Haikal.
"Haikal!" Jerit Aira sekuat hati. Haikal menoleh ke belakang dan dia melihat Afiq sedang cuba untuk menikamnya. Dengan pantas dia mengelakkan dirinya. Dia berpusing diatas lantai. Haikal berdiri dan menedang kaki Afiq untuk membuatnya hilang keseimbangan. Dia menendang tangan Afiq yang mengenggam pisau tadi. Sekali lagi, pisau tercampak.
"Berani kau nak bunuh aku! Sebelum kau bunuh aku, aku akan bunuh kau dulu!" Marah Haikal dengan badan menggigil. Zafran cuba menahan Haikal dari menumbuk. Dia tahu kalau dibiarkannya lagi, dia akan tepati kata-kata dia tadi. Sebelum terlambat baik dia selamatkan keadaan.
"Sabar Karl. Kita dah call polis. Diaorang dalam perjalanan," kata Zafran.
Tidak lama kemudian, mereka mendengar kereta polis menghampiri kawasan taman itu.
"Panjang umur," ucap Zafran. Pihak polis keluar dari perut kereta dan berlari ke tempat kejadian.
"Yang pengsan, lepas tu sebelah dia tu. Satu lagi yang dekat tiang tu. Itu penjahatnya. Kami cuma mangsa keadaan. Ini kawan saya selepas jumpa dengan pembunuh keluarganya," terang Zafran kepada seorang pegawai polis.
"Baik Encik. Terima kasih kerana memberitahu," balas pegawai polis itu tadi dan berlalu untuk menangkap penjahat itu.
"Zara jom balik," ajak Haikal. Aira menundukkan kepalanya. Haikal menghampiri.
"Kita balik dulu jom. Tenangkan fikiran. Esok Zara nak pergi keluar dengan Zafran pula esok," ajak Haikal lagi. Aira mengangkat kepalanya dan mengangguk perlahan.
Aira cuba untuk berdiri, tapi entah kenapa kakinya tidak dapat seimbangkan badannya. Akhirnya Aira terjatuh didalam pelukan Haikal.
"Sorry Karl. Aira tak sengaja. Tak tahu kenapa kaki Aira tak boleh nak imbang," ujar Aira seraya melepaskan dirinya dari pelukan Haikal. Haikal tergamam.
"Aira tak dapat nak berdiri dengan betul sebab Aira menggigilkan? Sebab tu kaki tak boleh nak imbang dengan betul," kata Zafran pula. Aira memikirkan kata-kata Zafran tadi. Ada betulnya juga. Tadi masa dia nak bangun, seluruh badannya menggigil.
"Aira jalan perlahan-lahan. Haikal dengan Zaf ada dengan Aira," ujar Haikal pula.
Aira mengangguk dan berjalan menuju ke kereta sambil diiringi oleh Haikal dan Zafran.
Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Aira kembali menangis. Tragedi hitam yang berlaku dirumahnya setiap saat berlegar didalam otaknya.
Haikal dan Zafran hanya mendiamkan diri. Biarkan Aira menangis dulu. Haikal menghidupkan enjin dan memecut laju meninggalkan kawasan taman tersebut.
OKE NAH! BAB NI PANJANG SIKIT HEHE. SEBAB TAK TAHU NAK BERHENTI KAT MANA HAHAHA. HAPPY READING ! BAGI 5 STARS PUN DAH OKE FOR ME. THANK YOU !
Share this novel