BAB 36

Romance Series 38981

Pagi itu Aira dan Haikal membuat sarapan bersama didapur. Mereka bangun seawal jam 5 pagi demi memasak bersama-sama dan luangkan sedikit waktu untuk mereka bersama. Menu untuk mereka sarapan ialah Nasi Lemak. Walaupun Haikal jarang memasak, tapi dia lebih hebat dari Aira. Semua Haikal buat. Aira cuma basuh nasi dan buang kepala ikan bilis. Yang lain semua Haikal buat. Maklumlah orang sayang kekasih hati. Kalau disuruh terjun bangunan mahu diikutnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Haikal menyuruh Aira solat terlebih dahulu kerana dia mahu menjaga sambal yang diatas dapur api. Selepas Aira selesai solat, Haikal pula solat dan Aira ambil alih kerja Haikal untuk kacau sambal diatas dapur gas. Begitu lah mereka sehingga salah seorang penghuni rumah itu bangun selain dari mereka berdua ini.
Pintu bilik Encik Sha'ari dibuka dari dalam.
"Wanginya bau. Sampai ke dalam bilik. Apa yang meriah sangat ni," tegurnya. Memang selalu Encik Sha'ari akan bangun awal dari penghuni rumah ini, kerana dia perlu berkerja. Hari ni dia kalah kerana pasangan ini bangun terlalu awal untuk memasak.
"Masak nasi lemak hari ni," balas Aira yang sedang membawa mangkuk yang berisi nasi ke meja makan. Encik Sha'ari mengambil tempat dibahagian tengah seperti biasa.
"Jom makan sekali. Yang lain tu biar aje, kalau rasa diaorang nak makan nanti dia keluar. Kalau rasa taknak lagi biarkan aje diaorang tidur," kata Encik Sha'ari. Aira hanya mengangguk setuju. Begitu juga dengan Haikal. Haikal mengambil tempat disebelah Encik Sha'ari. Aira pula mengambil tempat dihadapan Haikal bersebelah Encik Sha'ari juga. Sempat pula mereka bermain mata. Haikal tersenyum. Aira membalas senyuman Haikal. Main balas senyuman nampak! Aira tergelak kecil. Haikal pula tertunduk senyum. Encik Sha'ari memandang mereka kehairanan. Tapi dia tidak peduli. Lauk ayam goreng dan telur rebus diambil.
"Korang berdua ni bercinta ke?" Soal Encik Sha'ari tiba-tiba. Haikal dan Aira berpandangan. Encik Sha'ari masih fokus dengan makanan dia. Biasalah bapak-bapak. Mana nak ambil serius tentang perkara begini.
"Takda. Kitaorang tak bercinta pun," jawab Haikal, bohong. Encik Sha'ari gelak kecil.
"Karl, ayah ni seorang ayah tau. Ayah tahu apa yang anak ayah buat. Walaupun ayah tak nampak tapi firasat ayah kuat. Nanti kalau kamu dah jadi ayah, kamu akan faham maksud ayah. Jadi tak perlulah kamu nak menipu ayah," balas Encik Sha'ari. Aira menunduk malu. Baru semalam dia suruh Haikal rahsia dari keluarga mereka. Akhirnya terbongkar. Kalau terbongkar dekat Nisa takpa, ini dekat Encik Sha'ari terus yang dapat. Berpeluh-peluh muka Haikal mencari idea.
"Bila berlangsung?" Tanya Encik Sha'ari lagi. Haikal mengerutkan kening.
"Apa yang berlangsung?" Tanya Haikal pula. Nasi yang melekat ditangan diketuk-ketuk diatas pinggan.
"Bila nak kahwin?" Tanya Encik Sha'ari lagi untuk memahamikan maksudnya tadi. Hampir tersembur nasi didalam mulut Aira.
"Apalah ayah ni, kitaorang baru aje kenal. Takkan nak kahwin terus. Bidan terjun terus tu," jawab Haikal.
"Benda baik jangan dilengahkan. Boleh cepat habis episode cerita kamu ni. Dulu kamu hilang dia sebab adik. Tu episode 1, episode 2 kamu pula yang Jasmin masuk bilik kamu. Episode kamu ni banyak sangat yang masalah, bila nak endingnya," balas Encik Sha'ari. Aira tergelak kecil apabila Encik Sha'ari mengatakan semua episode Haikal menderita. Sampai macam tu sekali.
"Jap lagi pergi keluar beli cincin. Kita meminang Aira dulu. Aira ada mak saudara atau ayah saudara lagi kan?" Aira mengangguk perlahan.
"Nanti kita gerak pergi rumah mereka. Kita masuk minang Aira dulu. Karl sendiri cakap bidan terjun kalau kahwin terus." Sempat lagi Encik Sha'ari memerli anaknya. Haikal mengangguk setuju.

Maaf tau lewat, sbb phone saya problem. Maaf sebab update sikit je. Bab seterusnya maybe akan lambat. Ini pun saya type pakai tab kakak saya. Tapi kakak saya ada kerja dia pula, dia nak pakai. Maaf ye, kalau dia dah habis kerja saya pakai balik. Dia cakap 10.3 dah habis kerja dia tu. Saya akan cuba yg trbaik utk update bab seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience