"Sial! Macam mana kau boleh terlepas dia?!" Tengking bos lelaki itu. Cawan yang berada ditangannya dicampak ke lantai. Berkecai cawan kecil yang berisi arak ke atas lantai. Lelaki itu hanya mendiamkan dia sambil menundukkan pandangannya. Tak sanggup dia mahu memandang bos dia.
"Maaf bos, semalam Alex dah sebaik mungkin cari perempuan tu. Tapi takde," kata Afiq yang merupakan kawan sekerja Alex yang bersama dengannya semalam. Bosnya menghela nafas berat. Dia meneguk sebotol lagi arak. Jahanam! Kalau perempuan tu terlepas dia akan berada dalam bahaya. Botol arak yang digenggamnya dicampak ke dinding pula apabila dia mendengar telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefon. Tertera nama Zhong. Dia mendengus kasar. Ini sorang lagi, orang tengah serabut masa ini lah mahu menelefonnya. Panggilan dijawab.
"Apa kes ni Malik? Macam mana anak buah lu ni buat kerja?" Soal Zhong dihujung talian. Malik mendegus kasar lagi.
"Aku pun tak tahu lah macam mana Alex ni boleh terlepas pandang. Semak kepala aku ni," balas Malik. Sudah lah Aira Zahra itu tebusannya. Hilang pula.
"Alex? Budak lu yang paling tak bagus buat kerja tu? Budak itu? Lu suruh budak tu pergi buat kerja tu? Lu ni sudah gila kah apa Malik? Lu memang minta maut lah Malik. Gua berani kerat tangan lah Malik kalau lu tu akan dapat balasan dari Taiko yang lu terlepaskan budak tu. Lu tau kan? Sebelum bapak dia tu mati dia ada mari jumpa Taiko. Dia cagar dia punya anak kasi jual sama kita untuk lunaskan hutang dia. Bapak jenis apa lah macam tu. Pandai berhutang tapi bayarnya kasi anak perempuannya. Sekarang lu pula sudah hilang dia. Gua fikir ini malam kita boleh enjoy tapi sebab budak lu semua ni hancur," bebel Zhong panjang lebar. Malik meramaskan rambutnya. Rimas! Belum sempat Zhong mahu bercakap lagi, talian ditamatkan. Serabut! Semak!
"Hei Alex, aku hantar kau suruh buat kerja dengan elok. Aku suruh kau bunuh yang lain, ambil dia je. Yang lain kau dah bunuh, tapi perempuan tu mana? Mana aku tanya!" pekik Malik dan melayangkan penumbuknya pada muka Alex. Afiq cuba tenangkan bosnya. Tapi tidak menjadi. Sebaliknya dia pun makan penumbuk bosnya. Malik malas nak hadap muka anak buahnya. Sakit hati! Bebal! Tak boleh diharap!
Alex hanya menghantar bosnya ke luar dengan anak matanya. Dalam hatinya, dia menyimpan dendam kepada Aira Zahra. Kau tunggu lah perempuan, aku akan cari kau sampai dapat!
Suasana pagi dirumah Aira Zahra sangat riuh-rendah. Mana taknya, semua ahli keluarganya terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah. Aira Zahra menghampiri ibunya. Dia cuba tahan tangisannya. Dia taknak tangisannya akan menyebabkan dia lemah. Dia taknak. Tangan ibunya digenggam. Tangan kanannya mengusap lembut pipi ibunya yang sudah kerasa kaku. Sekarang ibu dah tenang. Aira yang hidup ni akan teruskan kehidupan Aira sehingga berjaya dan dapat dirikan rumah tangga yang bahagia, kata hati kecilnya. Sejak kematian ahli keluarganya dia sudah tidak banyak bercakap. Yang penting sahaja dia akan jawab. Selainnya, dia akan cakap seorang dengan hatinya sendiri. Menjerit atau apa, dia akan buat semuanya dalam hati.
"Aira banyakkan bersabar ya."
Itulah ayat yang selalu dikatakan orang yang menziarahi ahli keluarganya. Dia sudah puas bersabar dengan dugaan yang diuji. Dia juga berlawan dengan diri sendiri untuk tidak menangis, walaupun hatinya sudah menangis, menjerit dan meraung terlebih dahulu. Aira bangun dan menuju ke bilik ibunya untuk menyediakan kain yang bersih untuk memandikan jenazah ibunya. Kain diserahkan kepada kawan arwah ibunya Makcik Salmah. Kain itu disambut baik oleh Puan Salmah.
"Dugaan awak banyak kali ni Aira. Aira kena kuat ya nak. Ini takdir. Aira kena terima dengan ikhlas. Aira kena redha pemergian ahli keluarga Aira ni," kata Puan Salmah seraya menepuk lembut bahu Aira dan meninggalkan Aira disitu.
Usai sahaja permandian jenazah dan perkafanan, ahli keluarga yang meninggal dunia dibawa ke kubur menaiki van jenazah. Aira mengambil tempat dibahagian depan bersebelahan jenazah arwah ibunya. Jenazah adik beradiknya yang lain dibawa menaiki van yang lain untuk pergi ke tanah perkuburan Islam.
Sampai sahaja disana, Aira turun dari van jenazah dan mengambil tempat disebelah lubang liang lahad. Hatinya menjadi sebak tiba-tiba. Akhirnya airmata yang ditahan gugur jua. Jenazah ibunya diangkat keluar dari van dan diikuti juga dengan jenazah yang lainnya.
Keranda ibunya dibuka, ahli tukang kubur mengangkat jenazah ibunya dan meletakkan secara perlahan diatas tanah.
Airmata Aira berderas laju dan nafasnya menjadi tidak terkawal. Semput. Suara yang ditahan akhirnya terkeluar jua. Teresak-esak Aira menangis. Dia cuba untuk mengawal tangisannya tapi tidak boleh. Kakinya tidak dapat berdiri dengan baik dan Aira jatuh diatas tanah. Tangisannya menjadi kuat. Kejadian semalam terimbau kembali. Aira memukul dirinya sendiri kerana tidak dapat berbuat apa untuk selamatkan ahli keluarganya.
"Umi jangan tinggalkan Aira!" Jeritnya sekuat hati. Puan Salmah tergopoh-gopoh mendapatkan Aira. Puan Salmah menepuk lembut belakang Aira untuk memujuknya.
"Istighfar banyak-banyak Aira. Aira kena kuat. Jangan lemah," pesan Puan Salmah. Aira cuba istighfar. Tangisannya sudah reda tapi tidak lama apabila dia melihat adik-beradiknya yang lain menyusul. Semakin kuat tangisannya. Tersedu-sedan Aira menangis.
"Aira jangan menangis lagi kesian kat umi," kata Nisa seraya memeluk Aira. Aira membalas pelukkan Nisa. Hanya keluarga Zafran harapan terakhirnya sekarang. Aira tarik nafas sedalamnya untuk tenangkan dirinya. Walaupun sukar, dia tetap mencuba. Arwah ibunya pernah pesan kepadanya, andai suatu hari nanti dirinya sudah tiada dibumi ini, jangan pernah menangis atau meratapinya. Selepas ibunya berpesan begitu, dia perlu bersedia untuk menghadapinya, seperti sekarang. Umi Aira minta maaf sebab gagal untuk tak menangis, jerit hatinya.
Usai pengembumian Aira duduk dihadapan kubur ahli keluarganya. Termenung. Matanya sudah merah membengkak akibat tahan menangis dan hamburkan tangisannya tadi.
"Aira jom balik," ajak Zafran. Aira menganggukkan kepalanya. Aira berdiri dan berjalan beriringan Zafran. Kejap badannya pusing ke arah belakang. Matanya sayu melihat kubur ahli keluarganya. Aira membuka pintu kereta milik Zafran dan masuk kedalamnya.
Sepanjang perjalanan Aira mendiamkan diri. Apabila ditanya, dia hanyak menganggukkan kepala dan menggelengkan kepala sahaja.
"Pakcik hantar kat rumah Aira je, nanti Aira pergi rumah pakcik jalan kaki je. Aira nak packing bag." Kata Aira, lembut.
"Takpe lah, pakcik tunggu kamu. Nanti Kak Nisa teman kamu kat dalam," balas Encik Sha'ari. Aira menganggukkan kepalanya. Kalau itu jawapannya dia ikutkan sahaja.
Sampai dihadapan rumah Aira, Aira masuk ke dalam rumahnya ditemani Nisa.
"Eh Aira, kenapa pisau ni ada kat sini?" Tegur Nisa. Aira memandang tepat pada pisau tersebut. Menderau darahnya. Tidak lama kemudian, mereka mendengar barang dari tingkat atas jatuh dengan kuat. Mereka berpandangan sesama mereka. Aira menjerit dengan kuat secara tiba-tiba. Kemalangan yang berlaku semalam terimbau kembali. Nisa dapatkan Aira.
"Aira senyap Aira, jangan bising," kata Nisa, cemas. Tangan Nisa sedikit menggigil tatkala dia mendengar suara tapak kaki seperti turun ke bawah. Nisa menutup matanya serapat mungkin seraya memeluk Aira dengan kuat.
"Jangan risau akak ada dengan Aira," bisik Nisa. Walaupun dia juga ketakutan dia juga perlu lindungi Aira.
"Kak!" Panggil Zafran. Nisa menoleh. Zafran mendapatkan kakaknya. Zafran memeluk kakaknya apabila dia melihat muka kakaknya yang agak cemas. Nafas tidak dapat dikawal. Pelukan direnggangkan.
"Kenapa kak? Tadi adik dengar ada orang menjerit," tanya Zafran sedikit cemas. Nisa tidak menjawab soalan adiknya. Dia biarkan begitu saja. Dia sungguh takut sekarang. Zafran pandang tepat belakang kakaknya.
"Kenapa diaorang menjerit tadi makcik sal?" Tanya Zafran kepada Puan Salmah. Nisa menoleh ke belakang.
"Itu lah yang makcik turun nak tengok siapa menjerit. Seram sejuk juga lah acik bila ada orang menjerit," balas Puan Salmah. Aira masih menundukkan mukanya walaupun dah tahu siapa orang yang berada rumahnya tadi.
"Makcik Sal rupanya. Saya ingatkan pencuri. Takut saya tadi, sebab ada pisau kat ruangtamu atas lantai pula tu" beritahu Nisa.
"Adik kamu ni tadi suruh acik kemas barang Aira dan buang apa yang patut. Dia taknak Aira ingat lagi benda tu lagi," balas Puan Salmah. Nisa memandang adiknya. Baru hendak membuka mulut, ada tangan yang memeluknya secara tiba-tiba. Nisa memandang Aira. Dia menepuk lembut bahu Aira.
"Aira acik dah kemas barang kamu. Nanti bawa lah pergi rumah Zaf. Makcik minta diri dulu. Makcik buang pisau tu," tegur Puan Salmah. Aira menganggukkan kepalanya seraya mengucapkan terima kasih. Puan Salmah membalas dengan senyuman dan keluar dari rumah itu.
"Jom naik atas ambil beg Aira lepastu kita balik," beritahu Nisa. Aira merenggangkan pelukkannya dari Nisa.
"Takpe, biar saya je yang ambil," kata Zafran dan berlalu pergi ke tingkat atas.
Tidak lama kemudian, Zafran turun meniti anak tangga sambil menolak largage Aira.
"Jom," ajak Zafran. Nisa dan Aira menurut.
Zafran masukkan largage Aira dalam bonet kereta. Matanya memerhati Aira yang termenung di depan pintu rumahnya. Dia simpati dengan nasib yang ditimpa Aira. Dia pun sudah kehilangan ibu seperti Aira. Cuma keadaan ibunya dan ibu Aira meninggal caranya lain. Ibu Zafran meninggal kerana menghidap kanser paru-paru tahap 4. Itu pun Zafran sudah sedih. Apatah lagi Aira yang nampak ibunya dibunuh hidup-hidup dan ahli keluarganya juga terlibat sama.
Bunyi kunci berlaga menyedarkan Zafran yang mengelamun. Zafran menutup bonet kereta dan masuk ke dalam perut kereta.
Aira memerhati rumahnya buat kali terakhir, dia tidak akan datang kembali untuk masa sekarang. Dia perlukan masa untuk ubat dirinya yang sudah trauma. Selamat tinggal.
bab 3 dah publish kt wattpad !
Share this novel