BAB 35

Romance Series 38981

"Aira Zahra." Semakin laju jantung Aira mendengar nama penuhnya diseru. Matanya tidak beralih dari bebola mata Haikal. Begitu juga dengan Haikal.
"Saya sukakan awak," ucap Haikal. Aira tersedu buat kali kedua. Aira segera menutup mulutnya.
"Saya dah lama sukakan awak Zara. Dari hari pertama awak duduk rumah saya, saya suka dekat awak. Saya ikhlas cintakan awak Zara. Saya tak paksa awak untuk terima cinta saya. Cukup saya luahkan kepada awak. Demi Allah Aira Zahra. Saya cintakan awak seikhlas hati. Masa awak nak pergi Canada, hati saya tak tenteram. Saya takut kehilangan awak. Saya tak sanggup nak hilang awak. Saya tahu timing saya tak sesuai untuk confess. Tapi saya terlalu takut kehilangan awak sekali lagi Zara. Saya cintakan awak sepenuh hati saya," sambung Haikal. Aira masih mendiamkan diri.
"Saya takkan minta awak untuk terima saya. Cukup saya beritahu luahan hati saya ni aje Zara. Saya betul-betul cintakan awak. Saya cintakan awak kerana Allah. Saya sayangkan awak kerana Allah," sambung Haikal lagi. Aira tidak menjawab dan berlalu dari situ menuju ke Kak Alia yang berada dihadapan kedai gelang tadi. Sedunya masih belum hilang. Aira menuju ke kedai gelang tadi.
"Dah siap?" Tanya Aira.
"Dah. Nama untuk Aira dan Iqarl sudah siap," jawab tuan kedai itu.
"Berapa semua? Kira sekali dengan nama Iqarl tu sekali," kata Aira lagi.
"Rm10 saja." Aira menyeluk poket seluarnya. Mujurlah baki beli aiskrim tadi ada padanya. Sudahlah beg tangannya Haikal yang pegang sekarang ini. Aira mengambil satu gelang sahaja.
"Gelang yang ini, nanti tuan dia datang ambil. Kalau dia tanya dah bayar ke belum, awak cakap aje saya dah bayarkan sekali," pesan Aira. Tuan kedai itu menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih," ucap Aira dan berlalu dari situ menuju ke Alia.
"Aira nak beli aiskrim ni, Kak Lia nak tak?" Tanya Aira. Getaran suaranya ditahan. Alia menggeleng. Tidak tunggu lama, Aira terus berjalan meninggalkan Alia dibelakang. Haikal menghampiri Alia.
"Apa yang jadi? Aira cakap apa? Kenapa Aira macam takda mood aje?" Bertalu-talu soalan yang diberikan kepada Haikal. Haikal tidak membalas. Haikal menuju ke kedai gelang tadi. Tuan kedai tadi menghulurkan gelang yang ditinggalkan oleh Aira. Haikal mengerutkan kening.
"Kenapa nama Aira? Mana nama Iqarl?" Soal Haikal. Tuan kedai tersenyum.
"Yang nama Iqarl tu, perempuan yang order nama Aira tadi ambil. Lagi satu, dia dah bayarkan untuk dua-dua gelang ni," jawab tuan kedai itu.
"Oh ye ke? Terima kasih," ucap Haikal dan menuju ke Alia. Haikal menunjukkan gelang nama Aira kepada Alia.
"Orang tu cakap, gelang Karl tu Zara yang ambil," beritahu Haikal. Alia tersenyum. Dia sudah faham maksud itu.
"Pergi cari Aira. Baru tahu jawapannya. Takpa, angah tunggu dekat sini aje. Karl pergi cari Aira," suruh Alia. Dah macam kerang busuk Alia ni sengih. Haikal berlari disekitar untuk mencari Aira. Haikal melihat Aira duduk ditepi pantai sambil menikmati aiskrim ditangan. Haikal menghampiri Aira. Haikal melihat Aira sedang menggengam gelang Haikal.
"Hai," tegur Haikal. Aira menoleh. Haikal memberi senyuman manis seraya duduk disebelah Aira.
"Hai juga," balas Aira. Haikal menghulurkan beg tangan Aira kepada Aira.
"Nah pegang sendiri. Nanti nak beli apa-apa senang." Aira tidak mengambilnya.
"Karl peganglah. Malas pula nak bawa. Karl ajelah pegang. Takpa, Aira ikut aje Karl pergi mana," balas Aira. Haikal meletakkan beg tangan Aira diatas pasir pantai.
"Kenapa Zara ambil gelang Karl? Kenapa tak ambil gelang Zara aje?" Bertalu-talu soalan diberikan.
"Kan masa Karl confess tadi Aira terus pergi. Aira tak cakap apa-apa pun. Jadi gelang Karl ni lah jawapannya," jawab Aira. Haikal mengerutkan dahinya bertanda tidak faham. Dia tidak suka jalan berbelit ni.
"Tak faham. Maksudnya? Apa kena mengena jawapan Zara dengan gelang Karl?" Soal Haikal lagi. Aira tertawa kecil.
"Aira suka dekat Karl juga," jawab Aira. Membulat mata Haikal. Haikal menutup mulutnya dengan kedua tapak tangannya. Sungguh dia tidak percaya.
"Ya Allah, seriuslah? Zara jangan main-main tau." Aira cepat-cepat menggeleng.
"Aira tak main-main lah. Aira pun serius juga ni," balas Aira. Ingin sahaja Haikal memeluk Aira, tapi dia tahu batasan.
"Sejak bila Zara suka Karl?" Soal Haikal. Aira tersenyum malu. Kalau boleh biarlah rahsia sejak bila dia suka Karl ni.
"Sejak Aira duduk Canada. Iyalah, Karl aje yang selalu tanya khabar Aira. Birthday Aira pun Karl wish walaupun Karl sibuk tolong orang untuk kenduri kahwin Zaf tu," jawab Aira.
"Kiranya tak sia-sia lah Haikal kacau Zara kat Canada tu. Tapi kenapa Zara taknak bagitahu Karl aje yang Zara suka Karl?" Aira menghelakan nafas.
"Kan Aira pernah confess dekat Zaf. Tapi Zaf reject. Lepas dari tu Aira takut nak confess dekat orang. Kalau Aira minat, Aira akan simpan dalam hati aje. Aira takkan kejar orang tu. Sekarang bagi Aira, kalau orang tu datang balik bermakna dia jodoh Aira. Kalau tak dia bukan," jawab Aira panjang lebar. Haikal tersenyum malu. Tidak sangka pula Aira juga mempunyai perasaan terhadapnya.
"Terima kasih Zara," ucap Haikal. Aira tersenyum. Haikal mengeluarkan kotak kecil dari poket seluarnya.
"Ini aje Karl mampu bagi dekat Zara sebagai tanda." Haikal menghulurkan kotak tersebut kepada Aira. Terkedu Aira melihat ada sebentuk cincin yang dihiasi permata didalam kotak itu.
"Terima kasih Karl. Tak payah susah-susah nak beli cincin bagai. Aira taknak semua ni, cukup dengan hati Karl aje." Haikal tersenyum bahagia. Syukur Ya Allah.
"Terima kasih sangat-sangat Zara sebab terima Karl dalam hati Zara. Karl hargai apa yang Zara buat," ucap Haikal. Aira menunduk malu. Aira menyarungkan cincin pada jari manisnya.
"Selagi Aira pakai cincin ni, Aira milik Haikal." Senyuman tidak lekang dari bibir Haikal. Dia sungguh bahagia. Hai, tak tidur malam lah dia malam ni.
"But, make sure tiada siapa yang tahu. Kalau Kak Lia tanya pun just jawab Aira tak terima Karl tau," pesan Aira. Dia tidak mahu perkara ini dihebohkan. Haikal mengangguk setuju.

Sebaik sahaja tiba dirumah, Aira tersenyum pada Zafran yang menunggu dipintu rumah. Zafran membalas senyuman itu.
"Macam mana? Best tak?" Tanya Zafran sebaik sahaja Aira sudah masuk ke dalam rumah.
"So far so good. Not bad lah. Tadi pun kitaorang berjalan dekat Teluk Cempedak, Haikal kata dia nak bawa pergi berjalan. Lagipun dia tak buat apa-apa esok. Itu yang dia ajak," jawab Aira. Tidak berlenggah lama, Aira terus masuk ke dalam bilik. Aira menyandar pada pintu bilik. Cincin yang berada di jari manisnya dipegang. Bahagia sungguh dia rasa saat ini. Dia sendiri pun tidak tahu bagaimana dia boleh jatuh cinta pada Haikal a.k.a abang Zafran. Itulah kuasa Allah, tiada tandingan-Nya. Lenalah mimpi mereka berdua malam ini.
"Sayang pula nak tanggal. Tapi kalau tak tanggal nanti rosak macam mana," katanya sendirian seraya berjalan ke arah katil. Aira melabuhkan punggungnya diatas dada katil. Cincin dijarinya masih dibelek.
"Simpan lah. Esok pula pakai." Aira mengeluarkan kotak cincin tadi lalu memasukkan kembali cincin itu ke dalam kotak. Aira menyimpan kotak itu dilaci rak kecil sebelahnya.
"Harap Kak Lia tak nampak lah. Kalau nampak tu, mampus aku nak menjawab. Kalau dia jumpa pun aku cakap lah aku beli sendiri masa kat Canada ha." Aira mencapai tuala dan baju ganti untuk dipakai setelah mandi nanti. Maklumlah, bilik Alia ini tiada bilik air. Kena mandi dekat bilik air dapur. Aira keluar dari bilik dan menuju ke bilik air. Baru dia hendak masuk ke dalam bilik air, pintu bilik air dikuak dari dalam. Kelihatan Haikal yang baru keluar dari bilik air dengan rambutnya sedikit basah. Fuh, handsome gila. Haikal memberi senyuman kepada Aira seraya mengeringkan rambutnya memakai tuala kecil dilehernya.
"Nak mandi ke?" Tanya Haikal. Aira mengangguk. Tidak bertunggu lama, Haikal memberikan ruang kepada Aira untuk masuk ke dalam bilik air. Sempat lagi Aira memberi senyuman manis kepada Haikal sebelum menutup pintu. Haikal tertawa kecil. Comel betul! Haikal masuk ke dalam bilik lalu mencapai telefon diatas dada katilnya. Dia membuka kalendar untuk set tarikh harini ialah tarikh bahagia untuk dirinya. Tarikh dimana Aira menerimanya dalam hidup dia.
"Saya janji dengan awak Zara. Saya akan jaga awak. Saya takkan sakiti awak. Itu janji saya. Saya akan pastikan awak akan bahagia dengan saya setiap waktu. Saya akan halalkan awak suatu hari nanti Aira Zahra," ucap Haikal lalu melelapkan matanya.

Bab ni full dengan Haikal & Aira je ya. Saya akan pastikan novel ni akan menjadi cerita bahagia dan tenang untuk pembaca. Happy reading! ♡

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience