BAB 3

Romance Series 38981

3 tahun kemudian...

"Aira dah siap ke belum? Kak Yaya kamu ni dah penat dah tunggu awak kat luar ni, nak cair dah makeup dia tunggu kamu ni," panggil Nisa yang sedang menonton televisyen bersama adik keduanya Nurul Alia.
     "Kejap kak Lia tengah lilit tudung ni," laung Aira didalam bilik. Nisa tergelak melihat muncung adik keduanya apabila mendengar jawapan Aira. Memang itu lah alasan Aira kalau lewat. Masalah tudung betul budak tu.
Tidak lama kemudian, pintu bilik dikuak dari dalam. Maka terpamerlah muka Aira yang menggenakan blouse biru cair lengan panjang, skirt biru cair labuh dan menggenakan tudung warna biru pekat. Perfect!
Alia menghampiri Aira. Dia membuka beg makeupnya dan mengeluarkan barangan makeupnya. Belum sempat Alia mencantap bedak ke pipi Aira, Aira sudah menolak terlebih dahulu. Dia tidak suka kepada makeup. Kalau nak tengok dia makeup pun, tunggu dia kahwin dulu. Kalau tak, no makeup!
      "Alaa Aira makeup lah sikit," rengek Alia. Aira menggelengkan kepalanya dan ambil tempat sebelah Kak Nisa.
      "Kata nak cepat tadi Yaya, ni Aira dah keluar taknak pula cepat. Nanti terlepas movie korang akak tak tahu," kata Nisa sambil menyuapkan popcorn ke dalam mulut. Alia mencebik. Alia menyimpan kembali barang makeupnya.
      "Jom Aira," ajak Alia dan berlalu keluar dari rumahnya. Aira bangun dan menyalam Nisa terlebih dahulu dan mengikut langkah Alia keluar dari rumah.
Masuk sahaja dalam kereta Alia memandang Aira.
      "Kahwin? Lambat lagi lah kak Lia nak tengok awak makeup Aira. Awak tu umur dah 23 tapi taknak cari boyfriend lagi. Kak Nisa bagitahu kak Lia yang awak minat sorang tu. Siapa dia? Sebab awak cakap rahsia. Kak Lia kata sebab lelaki tu lah awak still single. Siapa tu ye? Curious!" kata Alia. Aira senyum sipu.
        "Kak Lia nak tahu ke?" Soal Aira. Alia menganggukkan kepalanya sambil kelipkan matanya. Terpaling comel lah tu. Aira tergelak. Aduhai comel betul buat muka macam tu. Baru dia hendak membuka mulut, motorsikal milik Zafran masuk ke perkarangan rumah. Aira menyimpul senyuman. Alia memandang hairan pada Aira.
        "Zafran?" Suara Alia mengalihkan pandangan Aira yang sedari tadi melihat Zafran.
        "Hmm? Apa dia kak? Sorry tak dengar" soal Aira balik. Mana lah nak dengar kalau mata tertumpu kat Zafran aje.
        "Aira suka Zafran?" soal Alia kembali. Menderau darah Aira. Merah padam muka tahan malu.
        "Ye lah tu," usik Alia. Aira menganggukkan kepalanya. Alia tergelak kecil, rupanya selama ni adiknya yang tutup pintu hati Aira untuk terima lelaki lain.
       "Official ke?" soal Alia lagi.
       "Eh tak. Kawan aje," balas Aira tertunduk malu. Alia menepuk bahu Aira. Aduhai kelakar betul. Ingatkan siapa lah. Adik dia je. Hampeh betul.
       "Ye ke kawan? Macam belangkas dah akak tengok," kata Alia lagi seraya mencuit pinggang Aira.
       "Betul kawan aje, tak couple pun. Sebab Zaf tak suka couple ni," jawab Aira.
       "Ha siapa dia yang couple ni?!" Soal Zafran yang tiba-tiba muncul dari pintu kereta belakang. Alia dan Aira berpandangan. Haa sudah! Naya!
       "Eh lah adik ni, tiba-tiba je muncul. Salam tak bagi, pakai terjah je," marah Alia. Padahal nak cover malu takut terkantoi. Zafran senyum.
       "Tadi adik dah masuk rumah, tanya kakak korang nak pergi mana. Kakak kata korang nak pergi tengok wayang tengok cerita bollywood. Adik pun keluar balik nak ambil barang kat raga motor lepastu masuk rumah balik. Tengok korang still tak bergerak, tu yang terjah. Alang-alang tu nak join the club hahaha," balas Zafran, ceria. Alia hanya gelak buat-buat. Zafran mencebik bibir. Matanya terhala kepada Aira.
        "Haa baru ingat, apa dia yang couple tadi? Siapa yang nak couple? Aira atau angah?" Bertalu-talu soalan yang diberikan kepada mereka berdua. Alia menggelengkan kepala. Semua mata terhala kepada Aira.
         "Takkan lah Aira pula. Aira Zaf punya. Kan Aira?" kata Zafran lagi. Aira memandang Alia. Alia mengangkat bahu. Aira membalas dengan senyuman. Berbunga juga lah hati ini. Hai, Zafran Hazim kenapa lah kau pandai curi hati aku. Lemah hati aku ni.
         "Dah keluar orang nak pergi tengok wayang ni. Sibuk je! Ini hari girls only eh. Boy takde. Boy pergi masak kat dapur dengan kakak. Jangan lupa ajak Karl tu. Abang kesayangan adik," ujar Alia. Zafran mencebik bibir dan keluar dari perut kereta.
         "Merajuk lah tu, apa lagi," kata Alia. Aira tergelak kecil. Comel aje. Kereta memecut laju keluar dari perkarangan rumah.

Aina Farhana memaut lengan Alex yang sedang berjalan membuat bayaran dikaunter. Selesai membuat bayaran mereka keluar dari panggung wayang tersebut dan seorang wanita berbadan kecil melanggar Aina Farhana.
         "You ni buta ke apa? Jalan pakai mata ke hidung?" Pekik Farhana seraya memandang wanita tersebut dari atas hingga bawah.
         "Sorry cik saya tak perasan. Ya saya buta sebab jalan pakai hidung," balas wanita itu. Aina Farhana menjenggilkan matanya.
         "What? You ni nak minta maaf ke nak perli?" Tengking Farhana. Hak elah, bukannya aku ni pekak nak kena tengking. Mujur ada boyfriend dia, kalau tak dah lama kena budak ni dengan aku. Dia yang jalan tak tengok kiri kanan. Sibuk peluk tangan boyfriend dia.
         "Saya minta maaf sekali lagi ya cik," balas wanita itu lagi. Malas dia mahu berdebat dengan orang begini. Buang masa sahaja.
Aina Farhana mencebik. Baru dia hendak berbunyi Alex sudah menarik tangannya berlalu pergi.
         "You ni kenapa tarik-tarik I? Tak nampak ke I tengah marah kat perempuan perasan bagus tu?" Marah Aina Farhana. Alex menarik nafas dalam. Husnuzon, tengah period ni. Emo semacam aje.
         "Buat apa You nak gaduh dengan dia kalau dah tahu dia tu perasan bagus," balas Alex bersahaja dan berlalu meninggalkan Aina Farhana. Dia juga terkejut apa yang dilihat tadi. Jangan gelabah Alex!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience