Kedengaran suara Qistina menjerit di penjara. Dia mengetuk besi penjara itu sekuat hati. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan anggota polis itu. Apa? 5 tahun bulan hukuman dia kerana bersubahat? Qistina mendongkol perasaan geram. Ingin sahaja dia membunuh Alex. Ya, kerana Alex dia jadi begini.
"Boleh diam tak Qis? Kau ni bising lah," tegur Alex seraya membuat muka meluat. Kalau dia meluat tengok Qistina. Qistina lebih meluat.
"Sebab kau tahu tak?!" Marah Qistina. Nampak urat hijaunya didahi.
"Macam aku cakap. Kau boleh aje nak tolak. Kau join sekali kenapa? Pantang nampak orang berduit. Jadi jangan nak salahkan orang. Macam orang yang kat lorong tu. Jual diri, lepas dah mengandung buat aduan polis kata dia dirogol tanpa rela. Padahal dia juga setuju nak buat benda tu sebab dibayar. Kalau dah jadi mata duitan tu memang tak boleh nak buat apa dah," perli Alex panjang lebar supaya perempuan ni sedar sikit. Qistina memandang tajam pada muka Alex. Sedikit pun Alex tidak takut kepada Qistina.
"Kau pun satu, aku dah cakap. Jangan nak taruh harapan sangat yang Aira akan tolong kau Padan lah muka, perangai tak semenggah nak suruh orang selamatkan dia. Meluat aku," sambung Alex lagi dan berbaring diatas lantai. Mencerlung mata Qistina memandang Alex.
"Kau kena bersyukur 5 tahun je hukuman kau. Aku ni pula kena gantung. At least kau keluar ada Afiq, aku? Aku keluar dari penjara ni dah masuk alam lain," sambung Alex lagi. Hati Qistina sangat sakit sekarang ini. Tapi dia malas mahu bergaduh lebih. Lagi pula dia duduk dalam satu penjara yang sama. Semua gara-gara Aira. Kalau bukan sebab Aira nak panjangkan tempoh hukuman ni. Mesti dia dah keluar. Tak guna lah kau ni Aira! Pekik hati Qistina.
Suasana didalam kereta sunyi sepi. Hanya lagu diradio dimainkan. Itu pun lagu broken. Ish tak suka lah broken ni. Bukan taste Aira Zahra mahu mendengar lagu broken ini. Kalau dia dengar lagu broken pun, tunggu masa dia betul-betul broken dan nak menangis. Sekarang bukan masanya. Hatinya sakit.
"Aira," panggil Zafran yang berada duduk disebelah tempat pemandu dibahagian hadapan. Aira tidak mengendahkan Zafran, namun panggilan Zafran terhadapnya dijawab juga.
"Kenapa?"Aira menghelakan nafas yang berat.
"Aira fly ke Canada pukul berapa?" Tanya Zafran lagi. Haikal yang sedang memandu terkejut mendengarnya. Canada?
"Kenapa Aira nak pergi Canada?" Soal Haikal dengan muka tanda tanya. Pelik Aira mendengar soalan dari mulut Haikal. Setahu dia, semua orang sudah tahu yang dia akan fly ke Canada lusa ni. Walhal, Encik Shahrol juga tahu tentang itu.
"Aira nak fly ke Canada lusa ni. Katanya nak ambil angin sebab dah lama tak ke luar negara," jelas Zafran. Aira menganggukkan kepalanya bertanda setuju.
"Aira fly pukul 10 pagi macam tu. Nanti sampai sana pukul 2 petang. Tapi bukan sampai dalam masa sehari lah. Paling-paling pun ambil masa dalam sehari macam tu untuk sampai ke Canada. Esok Aira gerak ke Kuala Lumpur. Esok lepas zuhur Aira bertolak dah," terang Aira. Sungguh, memang berat hatinya untuk tinggal Malaysia. Tapi kerana dia ditolak, dia terpaksa mengambil masa untuk ubat hatinya sendiri. Kalau dia berada disini pun. Buat apa? Hatinya juga akan sakit memikirkan bahawa Zafran sudah ada teman wanita. Bukan tidak terima Qada' dan Qadar, dia terima dengan seikhlas hati. Tapi cuma dengan cara ini sahaja mampu pulihkan hatinya yang terluka.
"Berapa hari Zara stay sana?" Tanya Haikal. Dia memerhati Aira dari cermin belakang sahaja.
"1 tahun macam tu," jawabnya. Zafran menoleh ke belakang melihat Aira. Bulat matanya memandang Aira.
"Lamanya Aira. Zaf tahu tu salah Zaf tapi jangan lah lama sangat." Panik pula Zafran apabila mendengar kawannya mahu tinggal di Canada selama 1 tahun. Haikal mengerutkan dahinya.Kenapa pula Zafran kata tu salah dia? Ketinggalan kereta api betul Haikal ni.
"Aira pergi sana bukan sebab Zaf. Memang Aira nak pergi lah," balas Aira. Lagi lah Haikal pening dengan situasi ni.
"Takkan lah tiba-tiba aje? Aira pula buat keputusan tu lepas dapat tahu benda tu kan? Jangan tipu Zaf." Geram pula Zafran melihat Aira begini. Perempuan ni so complicated lah! Susah nak jujur!
"Kebetulan aje tu, and boleh dikatakan sebagai pakej," balas Aira bersahaja.
"Betul lah apa yang Zaf kata. Memang Aira nak ubatkan hati Aira kat sana. Memang semua sebab Zaf," balas Zafran pula. Malas dia mahu membahas tentang ini. Bukannya hati Zafran kembali untuk dia pun. Stress!
"Korang ni ada masalah ke?" Soal Haikal yang sedari tadi menjadi pemerhati.
"Takde," jawab Zafran laju. Aira membuangkan pandangannya ke luar tingkap. Malas mahu menjawab.
"Kalau takde, takkan lah adik cakap yang Zara pergi Canada sebab adik," perli Haikal. Malas Zafran mahu melayan abangnya dia membuang pandangannya ke luar tingkap dan memejam matanya. Complicated betul perempuan ni! Bebel hati Zafran.
sorry post sikit kali ni haha. Sebab macam tak kena kalau sambung sampai habis. So next part korang berharap macam mana? Happy reading !
Share this novel