Haikal Zarif yang sedang menyadar dikerusi memandang adik bongsunya yang sedari tadi tersenyum seperti kerang busuk disebelahnya.
"Happy betul tu, dari tadi tak berhenti senyum," tegur Haikal. Zafran tersenyum sipu malu apabila ditegur begitu.
"Angah ni, share gambar Aira tengah makan kek. Habis comot muka dia," balas Zafran sambil gelak kecil. Haikal melihat sekali imbas. Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata Zafran yang akhir. Comot.
"Adik suka Zara ke?" Soal Haikal. Zafran terkejut dengan soalan yang diberikan oleh abangnya.
"For now, adik taknak bagitahu lagi sebab adik pun tak tahu dengan hati sendiri. Problem sikit hahaha," jawab Zafran bersahaja dan bermain video game, Mobile Legends. Haikal menggelengkan kepalanya. Pening dengan karenah adik sendiri. Abang pun tak faham dengan perangai adik sendiri.
"Adik ada kelas ke esok pagi?" Tanya Nisa yang baru muncul dari dapur.
Zafran menggeleng.
"Esok adik boleh lah kan teman akak?" Tanya Nisa lagi. Zafran mengerutkan dahi. Dia berhenti bermain game.
"Pergi mana kak? Sebab esok adik dah janji dengan Aira nak keluar dengan dia esok. Lately ni dia ada cerita kat adik yang dia asyik teringat dekat keluarga dia. Adik ajak dia pergi pantai esok. Healing orang kata," jawab Zafran dan sambung bermain video game. Nisa tersenyum. Haikal memandang kakaknya semacam. Asal nama Aira semua senyum. So weird!
"Okey lah macam tu," balas Nisa dan berlalu dengan senyuman. Mahu tak seronok? Dia baru nak rancang bawa Aira dan adik dia keluar sama-sama. Tapi adiknya dulu sudah memotong rancangannya. Tidak perlu dia bersusah payah untuk merancang. Haii jodohlah korang berdua.
Nisa mencapai telefonnya dan membaca sekali lagi mesej yang dihantar oleh Alia.
Kak, Aira suka adik. - Alia.
Macam mana Yaya tahu? - Nisa.
Aira lerr cerita tadi dekat Angah. - Alia
Nisa menggulung senyuman. Dia okey sahaja kalau Aira jadi adik ipar dia, sudahlah baik hati, pemurah dan segalanya ada dekat Aira lah. Selama Aira menumpang dirumah mereka tidak pernah Aira tidak belanja mereka makan. Walaupun keluarga Nisa menolak tapi Aira tetap belanja. Kalau boleh mereka tidak mahu Aira keluarkan duit, kerana itu satu-satunya duit yang dia ada untuk dia menampung hidupnya sendiri. Walaupun duitnya tidak habis untuk 7 keturunan kerana arwah ayahnya dahulu bagi kepadanya setiap bulan tapi dia tetap berbelanja untuk keluarga mereka. Aira ialah anak orang kaya tidak berkira dan tidak kisah berkawan dengan orang miskin. Bagi Aira, semua manusia layak diberi layanan yang sama tidak kira bangsa atau keturunan yang kaya atau miskin. Aira juga tidak suka pernampilannya terlalu mewah. Cukup biasa saja. Itu lah yang Nisa banggakan sehingga sekarang.
Aira berjalan beriringi Alia menuju ke tempat parking kereta. Penuh tangan mereka berdua dengan beg kertas besar. Mana taknya. Apa yang Alia tengok Aira beli. Alia tengok kedai Dior pun, Aira beli jam untuk satu keluarganya. Sudahnya Alia jalan menunduk. Kalau dia pandang lantai taklah Aira beli.
Mereka memasuki barangan mereka ke dalam but kereta dan masuk ke dalam perut kereta. Alia hidupkan enjin kereta seraya memakai tali pinggang keselamatan. Safety first!
Kereta meluncur laju keluar dari tempat parking dan menuju ke rumah.
"Terima kasih tau Aira belanja kami semua barang-barang tu. Serba salah Kak Lia sebab pakai duit Aira," kata Alia untuk memecahkan suasana setelah sekian lama diam. Aira menoleh ke arah pemandu, "eh tiada apa lah, sikit je tu. Keluarga akak lebih banyak bantu Aira tahu," balas Aira kembali dengan senyuman. Alia membalas dengan senyuman. Tiada kata apa-apa laginya. Aira masih teringat dengan kejadian itu, kalau bukan keluarga Zafran yang menolongnya. Siapa lagi akan menolongnnya? Sungguh, dia memang terhutang budi dengan keluarga Alia. Dia tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih. Dia mampu balas dari wang ringgit sahaja, atau membelikan mereka hadiah. Aira tak pernah kisah duit dia keluar berapa banyak pun. Dia tahu Allah akan balas balik yang terbaik untuknya. Alhamdulillah, dia bersyukur dengan rezeki yang dia ada sekarang. Terima kasih dekat arwah ayahnya yang setiap bulan masukkan duit ke dalam banknya sehingga mencecah rm100 juta. Dia tidak pernah menggunakan duit itu semasa ayahnya masukkan ke dalam banknya. Dia hanya menyimpan, sebab dia tidak tahu masa depannya bagaimana. Kalau baik Alhamdulillah, tapi dirinya sudah menjadi seperti ini. Ini lah kesempatannya untuk mengguna duit itu. Mahupun begitu, dia menggunakan duit itu hanya untuk kecemasan sahaja. Kalau yang lain, dia akan guna duit gaji kerjanya sahaja. Itu lah Aira.
Share this novel