BAB 9

Romance Series 38981

Suasana didalam kereta sepi. Hanya kedengaran bunyi radio yang menyanyikan lagu Cinta Hanya Buatan dari penyanyi Afieq Shazwan dan Muna Shahirah.
Sesekali kedengaran suara Zafran mengikut lirik lagu itu untuk memecahkan keheningan. Dia sudah bosan memandu dan tiada siapa mahu bercakap dengannya. Kalau ajak Aira berborak. Hmmm macam tadi lah. Tanya sepatah jawab sepatah. Sudah 30 minit dia bercakap seorang diri. Aira bukan tidak mahu berborak dengan Zafran. Ini lah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama Zafran. Tapi dia berasa amat malu sekarang ini. Nak taknak dia terpaksa mendiamkan diri.
"Aira malu dengan Zaf ke?" Tanya Zafran tiba-tiba. Aira menoleh. Dia cuba tahan daripada senyum. Tapi dia tidak dapat tahan dan tersenyum disitu.
"Ermm," balasnya. Zafran ketawa. Dah lama kenal pun masih malu. Walhal dirumahnya elok sahaja bertegur sapa kalau bertembung.
Zafran memakirkan kereta di tempat parkir kereta di pantai.
"Jom turun. Dah sampai dah tu," kata Zafran dan keluar dari perut kereta. Zafran lari anak pergi ke pintu Aira. Baru Aira hendak membuka pintu Zafran sudah membuka untuknya terlebih dahulu.
"Terima kasih," ucap Aira dan melangkah laju meninggalkan Zafran dibelakang. Zafran menggelengkan kepalanya.
"Aira! Tunggu Zaf!" Laung Zafran dibelakang. Aira pura-pura tidak mendengarnya dia laju berjalan. Zafran terkekeh dibelakang.

"Semoga honeymoon diaorang berjalan dengan lancar," ujar Alia sambil mengeliatkan badan. Nisa menganggukkan kepalanya bertanda setuju.
"Kalau lah Aira tu jadi adik ipar kita kan best," kata Alia lagi.
"Untuk siapa?" Tegur Haikal tiba-tiba yang baru sahaja keluar dari dapur sambil memegang cawan plastik yang berisi air putih. Alia mengerutkan kening.
"Maksudnya?" Tanya Alia pula. Haikal minum air sambil berdiri.
"Ye lah nak suruh Aira tu jadi adik ipar. Tapi untuk siapa?" Jelas Haikal dan mengambil tempat bersebelahan Nisa yang sedang melipat baju atas lantai.
"Untuk Zaf lah," balas Alia. Haikal memandang Nisa dan Alia.
"Untuk Zaf?" Tanya Haikal lagi. Alia menganggukkan kepalanya.
"Ye lah untuk siapa lagi? Takkan untuk Karl pula. Karl dengan dia beza tau umur dengan dia. Dalam 3 tahun macam tu. Haikal tu lebih tua dari dia. Memang lah jodoh tak kenal usia. Tapi Aira tu suka dekat adik," terang Alia. Haikal cuba beriak biasa.
"Oh, Aira suka adik? Adik pula macam mana? Suka dekat Aira juga ke? Kalau dah suka juga kenapa tak masuk minang aje terus? Diaorang pun dah lama kenalkan," Haikal memberi pendapat.
"Aira tu aje suka adik. Adik tak tahu lah suka ke tidak dekat Aira tu," sampuk Nisa. Alia mengangguk setuju.
"Kenapa tanya? Karl suka dekat Aira ke?" Soal Alia. Merah padam muka Haikal apabila disoal begitu.
"Takde lah. Karl tak suka Aira pun. Just nak bertanya. Macam angah cakap tadi lah. Karl dengan dia beza umur 3 tahun. Haikal ni pula tua dari dia," balas Haikal dan menghabiskan sisa air putihnya.
"Haikal okay aje kalau dia jadi adik ipar Karl. Karl pun suka aje kalau dia jadi adik ipar Karl. Dia pun baik. Sesuai lah untuk Zaf," sambung Haikal lagi dengan nada mendatar.
"Karl nak keluar jap, kawan ajak keluar. Katanya dah lama tak jumpa," bohong Haikal seraya berlalu dari situ. Alia dan Nisa berpandangan. Alia mengangkat bahu.
"Kenapa dengan Karl tu kak?" Tanya Alia. Nisa menghelakan nafas.
"Tak tahu lah Yaya. Susah nak cakap. Cara Karl cakap tadi pun macam tak puas hati," jelas Nisa.
"Dia suka Aira ke kak?" Tanya Alia lagi. Nisa mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Yaya tanya lah Karl sendiri nanti. Tunggu masa yang sesuai," jawab Nisa. Alia menganggukkan kepalanya.

Zafran dan Aira mengambil angin ditepi pantai dengan kasut dipegang pada tangan masing-masing. Mereka berjalan beriringan. Zafran disebelah kanan manakala Aira disebelah kiri berdekatan dengan air pantai. Sesekali kaki mereka terkena air pantai. Sejuk.
"Zaf, Aira sebenarnya nak bagitahu sesuatu," kata Aira untuk memecahkan suasana yang sepi dari tadi. Zafran memandang Aira.
"Apa tu?" Soal Zafran. Aira menghelakan nafasnya yang berat. Dia tidak tahu adakah ini masa yang sesuai untuk mengatakan perkara tersebut.
"Sebenarnya, Aira..." kata-kata Aira tersangkut. Dia berdebar untuk mengatakan itu. Zaf berhenti dihadapan Aira.
"Aira nak cakap apa?" Tanya Zafran. Aira tidak menjawab sebaliknya kaki dia laju melangkah ke hadapan. Zafran mengejar langkah Aira. Semakin dekat Zafran dengan Aira, semakin laju Aira jauhkan diri dari Zafran. Akhirnya Aira melarikan diri dari Zafran. Zafran mengejarnya. Saat Zafran mahu menangkapnya dia menjerit sekuat hati. Zafran melepaskan tawa.
Setelah mereka penat berlari, mereka duduk dihadapan pantai.
"Aira nak air?" Tanya Zafran. Aira menganggukkan kepalanya. Zafran bangun dan pergi membeli air untuk mereka digerai berdekatan dengan pantai.
Aira mengeluarkan telefonnya dari handbag. Dia membuka aplikasi WhatsApp dan mencari nama Kak Lia.

Kak Lia, patut tak Aira confess dekat Zaf? - Aira.

Tidak lama kemudian, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Kalau Aira rasa tu okay, Aira buat aje lah. - Alia.
Tapi Aira takut lah. Takut dia marah Aira. - Aira.
Kak Lia kenal Zaf tu macam mana. Dia takkan marah dekat Aira. Percayalah. - Alia.

Aira mematikan perbualan mereka apabila Zafran menghampiri.
"Ni air untuk Aira," hulur Zafran air kepala untuk Aira. Aira menyambutnya.
"Terima kasih," ucap Aira.
"Sama-sama," balas Zafran seraya menyisip air kelapanya. Aira mengambil nafas dalam.
"Aira." "Zaf," kata mereka serentak.
"Takpe awak cakap dulu," kata Zafran.
Aira mengelengkan kepala.
"Zaf dulu," kata Aira pula. Zafran meletakkan airnya diatas pasir pantai.
"Tadi, yang masa sebelum kita berlari tu. Aira nak cakap apa ya?" Soal Zafran. Aira terkejut mendengarnya.
"Errr...sebenarnya tu," kata-kata Aira bagaikan terputus untuk memberitahu hal yang sebenar. Zafran menyisip air kelapanya untuk menunggu keterangan dari Aira.
"Aira suka Zaf?" Duga Zafran. Aira memandang Zafran. Macam mana..??
"Lama senyap tu. Ya lah tu," katanya lagi. Aira menundukkan kepalanya.
"Actually Aira suka Zaf dah lama. Dari sebelum Aira duduk rumah Zaf lagi. Cuma lepas duduk rumah Zaf. Aira lebih banyak suka dekat Zaf," terang Aira. Zafran menganggukkan kepalanya.
"Macam tu," balasnya. Aira memandang Zafran.
"Zaf tak marah ke?" Soal Aira. Zafran gelak kecil.
"Takde lah. Zaf tak marah pun. Cumanya Zaf pun nak bagitahu dekat Aira something," jawab Zafran pula. Aira mendengar dengan hati yang gembira. Dalam otaknya dia bayang yang Zafran menerima dirinya. Semoga pelamin angannya tidak musnah begitu saja.
"Zaf sebenarnya suka dekat sorang ni. Zaf dengan dia pun on relay sekarang ni. Dah nak dekat 3 bulan kami bersama," jelas Zafran. Jantung Aira bagaikan ingin tercabut apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zafran.
"Zaf bukan taknak terima Aira. Tapi selama kita kenal. Zaf cuma anggap Aira kawan Zaf aje. Tak lebih dari tu," sambung Zafran lagi. Hati Aira sekarang ini bagaikan dicarik-carik. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mungkin dia tersilap langkah untuk memberitahu Zafran perasaannya hari ini.
"Oh ye ke? Faham. Takpe, Aira okey aje. Itu kan pilihan Zaf untuk memilih siapa yang Zaf suka. Macam Aira, Aira suka dekat Zaf. Takpe itu lah lumrah manusia hahaha," balasnya dengan ketawa yang dibuat-buat. Airmata yang ingin keluar segera ditahan.
"Aira, Zaf minta maaf sebab terlukakan hati Aira," kata Zafran. Aira menggelengkan kepalanya.
"Takde apa lah. Aira okey aje. At least Aira dah tahu perasaan Zaf untuk Aira macam mana," balas Aira pula. Dia sedaya upaya untuk mengriakkan dirinya seperti keadaan biasa.
"Jom lah kita gerak. Jap lagi nak beli barang masakan lagi," ajak Aira dan segera bangun dari situ. Zafran mengejar langkah Aira. Dia mahu memujuk tapi dia tidak tahu mahu lakukan bagaimana.
Mereka berdua menuju ke arah tempat parking kereta. Belum sempat Zafran mahu membuka pintu untuk Aira. Aira terlebih dahulu membuka pintu untuk dirinya. Zafran mengeluh perlahan dan berjalan ke arah pintu pemandu.
Telefon Aira berbunyi menandakan ada yang menelefonnya.
"Hello, ni siapa ya?" Tanya Aira dihujung talian.
"Ni anggota polis yang telah menangkap 3 orang penjahat semalam," jawabnya. Aira memandang Zafran. Tapi Zafran tidak memandangnya.
"Ni Cik Aira Zahra ke?" Soal anggota polis itu.
"Ya, saya Aira Zahra," balasnya.
"Kami nak minta Cik Aira untuk datang ke balai esok untuk memberi keterangan bagi kes Encik Alex, Encik Afiq dan Cik Qistina. Saya minta kerjasama dari Cik Aira," kata pegawai polis itu.
"Baik, esok saya datang," balas Aira.
"Kalau boleh bawa kawan Cik yang ada dengan Cik sekali semalam," kata pegawai polis itu lagi. Aira berhenti sejenak. Takkan dia nak abaikan Zaf dan bawa Haikal sahaja? Apa kata Zaf nanti?
"Baik, saya bawa mereka nanti," balas Aira dan mematikan talian. Aira memandang Zafran sekilas yang sedang memandu itu.
"Esok ikut saya pergi balai. Pegawai polis suruh saya datang bagi keterangan," kata Aira. Zafran memandang Aira.
"Kenapa nak bawa saya?" Soal Zafran polos.
"Dia minta dengan saya untuk bawa Zaf dengan Haikal untuk jadi saksi, selain dari saya," jawab Aira.
"Oh, baik," balas Zafran.

Suasana didalam kereta menjadi sunyi kembali sehingga tiba di pasaraya.
"Jom turun," ajak Zafran. Dia tetap melayan Aira seperti selalu. Walaupun ada konflik yang berlaku antara mereka berdua tadi.
"Bagi saya senarai barang untuk beli buttermilk," minta Aira. Zafran menggeleng.
"Kita cari sama-sama ya," balas Zafran lembut dan keluar dari perut kereta. Aira merengus. Geram. Tapi dia harus bersabar.
Pintu keretanya dibuka dari luar. Aira keluar dari perut kereta.
"Zaf, tak perlu lah buka pintu kereta lagi," kata Aira. Zafran mengerutkan kening.
"Kan Zaf dah cakap nak layan Aira macam princess," balas Zafran. Aira menghelakan nafas yang berat.
Baru dia hendak membalas, Zafran memotongnya terlebih dahulu.
"Jangan sebab tadi Aira taknak layan Zaf. Zaf taknak kita bermasa muka ke apa. Buat macam biasa aje okay? Zaf taknak sebab tu, Zaf hilang Aira."
Aira mencebik dan berlalu masuk ke dalam pasar raya. Aira mengambil troli. Zafran menghampiri Aira. Troli yang berada ditangan Aira berpindah tangan pergi kepada Zafran. Aira berjalan laju meninggalkan Zafran yang terpinga-pinga.
"Aira nak beli apa-apa ke?" Tanya Zafran. Aira menggeleng. Zafran berhenti dibahagian peti sejuk yang mempunyai sayuran yang agak segar. Aira berjalan menuju rak susu. Dia mengambil susu cair dan hulurkannya pada Zafran.
"Terima kasih," ucapnya. Aira berlalu tanpa menjawabnya. Zafran geleng perlahan. Perempuan susah nak baca.

Setelah beberapa minit memilih barang untuk memasak nasi ayam dan buttermilk. Aira dan Zafran pergi ke kaunter untuk membuat bayaran.
Habis sahaja membuat bayaran, Aira memandang barangan yang dipegang oleh Zafran.
"Nak tolong bawa," minta Aira ketika dia melihat Zafran struggle dengan diri sendiri untuk membawa barangan itu semua. Dia malas mahu menggunakan troli. Nanti jadi dua kerja pula. Nak kena hantar lagi. Jadi lambat masanya nanti.
"Nah tolong bawa tisu ni. Ringan sikit," balas Zafran seraya menghulurkan tisu kotak yg mempunyai 4 kotak itu kepada Aira. Walaupun tiada dalam senarai. Tapi dia membelinya untuk kegunaan dirumah.
Senyuman tidak lengkang dari bibir Zafran. Hampir cair lagi hati Aira gara-gara Zafran. Jangan Aira! Don't you dare!

Setelah memasuki barangan ke dalam but kereta Aira berdiri dipintu penumpang. Baru Zafran hendak membuka untuknya, Aira menahan.
"Tunggu sekejap boleh? Saya nak beli barang sikit," kata Aira dan berlari anak menuju pasar raya tadi. Aira mengambil troli lain dan mengisi barang-barang kemahuan dia. Dia agak stress. Jadi dia mahu shopping. Takpe anak orang kaya. Makan 7 keturunan takkan habis duitnya. Aira mengambil air bliss berperisa strawberry 6 botol. Segala jenis ramen diambil satu. Biskut kering satu tin diambil. Cheese untuk membuat cheesekut diambil. Segala jenis makanan laut diambil. Segala jenis coklat disitu diambil. Sayur-sayur disitu diambil tanpa melihat rosak atau tidak. Boleh dikatakan, apa yang dia ambil. Dia tidak melihat kualiti mahu pun harga pada barangan. Begitu juga dengan buah-buahan diambil tanpa melihat. Penuh trolinya dengan makanan dan minuman yang diambil.
Aira menuju ke kaunter dan membayar semua barangan yang diambil. Hampir sahaja mencecah not rm700. Fuh!
Aira kembali ke kereta dengan membawa troli. Tidak mampu dia untuk membawa barang sebanyak itu. Aira membuka but kereta. Dia memasukkan 5 plastik besar ke dalam but. Selebihnya dia meletakkan plastik dibahagian penduduk penumpang belakang.
"Aira, banyaknya beli," tegur Zafran apabila Aira sudah mengambil tempat disebelah pemandu.
"Banyak? Tiada lah sikit aje tu," balas Aira riang. Selepas shopping dia rasa lega. Separuh tekanannya sudah hilang. Nanti dia akan sambung shopping lagi.
Zafran tidak mahu berkata apa, takut nanti mood Aira berubah balik. Zafran menekan minyak dan berlalu dari situ.
"Zaf, Aira pasang lagu Korean okay aje kan?" Tanya Aira. Zafran kejap memandang Aira.
"Ikut suka Aira lah. Nak pasang bluetooth pun okay," jawab Zafran. Aira mengangguk seraya mengeluarkan telefonnya dari handbag dan memasang bluetooth diradio kereta itu.
Aira memasang lagu Saturday Drip dari kumpulan NCT DREAM. Lagu itu tidak mempunyai kerohanian. Melainkan lagu itu penuh dengan bahagian rap. Dari awal permulaan lagu sehingga habis lagu itu. Dipenuhi rap sahaja.
Sesekali Aira cuba menyanyi part chorus. Zafran tekun mendengar lagu itu. Walaupun tidak kena dengan seleranya. Tapi tak apa-apa dia akan dengar sahaja.
"Aira suka ya lagu macam ni?" Tanya Zafran. Aira mengangguk.
"Walaupun lagu ni penuh dengan rap. Tapi lagu ni best gila. Ini adalah lagu favourite saya. Memang terpaling top lah! Lagi satu, penyanyi diaorang tu handsome. Lagi-lagi Mark Lee," sengaja dia menekan perkataan handsome dan Mark Lee.
"Kadang-kadang kalau saya tengok content diaorang. Mark tu senyum aje. Alahai meleyot," sambung Aira sambil menepuk tangan. Cadangnya mahu menyakitkan hati Zafran. Sebaliknya dia yang terkena. Bosan! Akhirnya suasana didalam kereta menjadi sepi. Hanya lagu NCT DREAM sahaja dimainkan.

OKE DONE!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience