"Kau," ucap Haikal. Mencerlung matanya memandang perempuan itu. Perempuan itu tersenyum sinis kepadanya.
"Saya Jasmin. Girlfriend Zaf," balas Jasmin. Mahu tercabut jantung Haikal saat ini. Merah padam mukanya. Dia berasa terlalu marah sekarang ini. Ini lah orang kata, tak dapat abang. Adik pun jadilah. Dia betul-betul mahu tengking Jasmin. Jasmin sudah melampau. Jasmin seperti mempermainkan adiknya.
"Karl, duduk makan sekali," ajak Nisa. Haikal memandang Nisa. Matanya sudah merah menahan marah. Penumbuknya dikempal.
"Korang makan lah dulu. Karl nak masuk bilik. Nak rehat," balasnya dengan nada serius. Alia perasan dengan perangai Haikal. Alia melihat mata Haikal sudah kemerahan, bahkan badan Haikal juga menggigil. Sempat juga Haikal memberi jelingan tajam kepada Jasmin sebelum masuk ke dalam bilik. Rambutnya diramas. Dia betul-betul sudah rimas dengan Jasmin. Ingatkan tak dapat dia, Jasmin tidak menganggu adiknya.
"Macam mana adik boleh interest dengan Jasmin? Kalau adik tahu dia macam mana. Nak lagi ke dia bercinta dengan perempuan macam tu? Memang lah salah aku sebab buat dia macam tu. Dia pun tak bodoh lah untuk ubah sampai macam tu. Jangan nak salahkan aku sebab aku reject dia. Yang lain aku reject elok aje perangai. Memang dia sengaja nak ubah sampai macam tu sekali," bebelnya sendirian. Walhal, Haikal sendiri pun tak tahu sebab sebenar Jasmin berubah sampai ke jalan itu. Yang dia tahu, Jasmin berubah kerana dia. Itu sahaja. Tilamnya ditumbum bertubi-tubi. Sakit hati. Geram. Marah. Semua bercampur baur saat ini. Sedih juga ada, apabila teringat Zafran akan dipermainkan. Sedih juga dengan Aira yang direject semata-mata perempuan itu.
Pintu bilik diketuk. Argh! Sudah lah dia panas hati. Ada sahaja mahu menganggunya.
"Siapa?" Tanya Haikal dengan nada serius. Mukanya pun dalam keadaan marah.
"Yaya ni," balas Alia. Haikal menuju ke arah pintu. Pintu dikuak dari dalam.
"Masuk lah. Cakap dekat dalam," ajak Haikal. Malas dia mahu menghadap perempuan itu diluar.
"Kenapa tak makan sekali?" Soal Alia apabila sudah masuk ke dalam bilik Haikal.
"Malas," jawabnya bersahaja. Alia duduk dibirai katil.
"Kenapa? Cerita lah dengan angah." Tangannya menepuk dada katil untuk mengajak Haikal duduk sekali disitu.
"Angah nak tahu tak? Perempuan yang adik bawa balik tu. Perempuan tu lah yang Karl pernah cerita haritu sehari sebelum Zara pergi Canada tu. Ada yang masa hari adik keluar berdua dengan Zara tu. Perempuan tu lah yang Karl cerita haritu. Dia pernah confess dekat Karl dulu. And ubah diri dia sampai macam tu sekali. Tak tahu lah mimpi apa pula pakai baju kurung. Haritu pakai seluar pendek ketat dengan baju lengan pendek ketat. Nampak segala body." Haikal mengeluh. Dia beristigfar.
"Dia ke?" Soal Alia. Terkejut juga dia mendengarnya. Dia tak sangka itu Jasmin yang dimaksudkan oleh Haikal. Haikal menganggukkan kepalanya.
"Kenapa elok aje pakaiannya?" Soal Alia lagi. Dia seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh Haikal tadi. Haikal mengeluh. Rambutnya diramas.
"Itu lah yang Karl cakap tadi. Tak tahu mimpi apa budak tu datang sini pakai baju kurung," beritahu Haikal.
"Adik tahu tak dia macam tu?" Soal Alia lagi.
"Mana lah Karl tahu. Tanya lah adik sendiri. Dah lah ngah. Angah pergi lah duduk kat luar tu. Layan bakal adik ipar tak jadi tu. Haikal nak tidur. Nak buat pahala tidur sebelum zuhur," halau Haikal, lembut.
"Taknak lah angah adik ipar macam tu. Biarlah muka lawa pun. Kalau dah macam tu memang tak lah angah restu. Angah dengan Karl dah tak restu. Ayah apa tah lagi. Lagi lah dia tak restu. Dia pun pesan awal dekat kita. Kalau nak cari pasangan cari yang elok," balas Alia dan berlalu keluar dari bilik Haikal. Haikal mengeluh kasar. Apa lagi plan kau ni Min? Soal hati kecilnya.
Aira mengerling jam dipergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan jam 7 pagi. Aira sudah pun packing barangannya. Jam 12.50 tengah hari dia akan check out. Perutnya berasa lapar. Dari semalam dia tidak makan apa-apa. Aira mencari makanan didalam begnya. Mana tahu dia ada selit mana-mana. Rezeki dia tidak perlu turun bawah membeli makanan. Argh! Tiada pula. Aira merebahkan dirinya didada katil.
"Lapar. Tapi malas nak turun cari makan. Ermm, makan kat airport Duha aje lah. Nanti dalam kapal terbang ada juga makanan," kata Aira sendirian sambil menepuk lembut perutnya yang sudah lapar. Telefonnya dicapai. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Aira melihat dibahagian 'status'. Nama Haikal tertera diskrin lalu ditekan.
'The real of, tak dapat abang. Dapat adik pun jadilah'
Aira mengerutkan keningnya. Kenapa dengan Haikal ni? Ada masalah ke apa? Ingin sahaja dia mahu menanya, tapi tidak selesa pula. Lagi pula, itu urusan peribadi mereka. Dalam masa yang sama, Aira juga malu mahu bermesej dengan Haikal. Dia tidak biasa dengan Haikal. Lain lah dengan Zafran dan dua orang kakaknya itu. Terlalu rapat! Rindu pula dengan keluarga Zafran itu.
TING !
Nama tertera diskrin Abang Haikal. Walaupun nama kenalannya dikenali sebagai Abang Haikal. Tapi Haikal sendiri tidak mahu Aira memanggilnya dia abang. Bukan Aira tidak mahu memanggil. Tapi Haikal yang menolak. Katanya family dia semua memanggil Karl. Pelik lah kalau Aira tidak memanggilnya Karl juga. Lagi pula, Haikal sudah anggap Aira seperti keluarga. Jadi tiada istilah abang apabila sudah menjadi ahli keluarganya. Hanya orang luar boleh panggil dia abang. Kalau orang terdekat, cukup dengan Karl atau Haikal.
Gerak dah ke? - Haikal.
Laju sahaja jari jemari Aira menaip.
Belum, pukul 12.50 baru check out. Dalam pukul 1.30 baru sampai airport. Saja nak gerak lewat harini. - Aira.
Tidak sampai 1 minit, mesej sudah dibalas. Laju betul!
Okay. Have a safe flight then. Dah makan belum ni? - Haikal.
Thank you! Belum lagi lah. Malas nak turun beli makanan. Makan dekat airport aje lah. - Aira.
Welcome! Eh, kenapa pula tak makan? Pergi lah makan. Masuk angin nanti susah. Sekarang sana pukul berapa? - Haikal.
Sekarang pukul 7. Awal lagi. Aira malas nak turun. Aira bukan tahu kat mana dewan makan ke. Restoran hotel ni ke. Malas lah Aira. Makan kat airport aje lah. Ala, berapa jam aje lagi. - Aira.
Zara, jangan bagi perut kosong. Zara tu nak fly ke Canada pula. Lama tu. Kalau makan kat airport jadi kelam kabut. Kalau tak tahu kat mana tempat makan tu. Tanya aje lah pekerja dekat situ. - Haikal.
Tengok lah macam mana. - Aira. Sengaja dia mahu bergurau dengan Haikal. Jarang sekali dia mahu berbual bersama Haikal. Bergurau lagi jauh. Ini lah masanya.
Zara, pergi makan. Dah jangan banyak cakap. Nanti bagitahu Kak Nisa dengan Kak Yaya baru tahu. Kena bebel 7 keturunan. Nak? - Haikal. Ada saja ideanya untuk kenakan Aira.
Iya lah, kejap lagi Aira turun pergi makan. Nanti Aira snap hantar kat Karl. Muka Aira tengah makan pun Aira hantar dekat Karl. - Aira. Aira tertawa kecil. Kelakar pula rasanya.
Okay. Good girl. - Haikal. Tersenyum bibirnya melihat mesej yang dihantar oleh Haikal tadi. Berbunga hatinya. Beza abang dengan adik. Adik select. Abang caring.
Aira mematikan telefonnya dan bergerak menuju ke arah balkoni biliknya. Udara Qatar disedut dan dihembus. Tenang rasa dirinya. Tersenyum sendiri Aira disitu. Untung dia dapat bilik tingkat 3. At least dia dapat melihat Panorama yang cantik pada waktu pagi. Walaupun ada juga sesetengah bangunan menghalang penglihatannya. Aira masuk kembali ke dalam biliknya. Sekejap sahaja dia mahu mengambil angin. Lagi pula dia tidak pakai tudung. Jadi sekejap sahaja boleh dia bersidai. Aira berbaring semula didada katil. Lagi 1 jam dia akan turun untuk mengambil sarapan selepas dibebelin dan diugut oleh Haikal. Sementara menunggu 1 jam berlalu, dia sambung tidur kembali. Dia perlu memastikan staminanya kuat untuk berjalan jauh hari ini. Semangat Aira!
done bab 18. Bab 19 soon. Thank you yang follow! Jangan lupa komen! Also 5 rate 5 bintang! Happy Reading !
Share this novel