Kereta Alia sudah diparking di rumahnya. Alia dan Aira keluar dari perut kereta seraya membawa keluar semua barangan yang dibeli. Alia berlari anak masuk ke dalam rumah. Tidak sabar dia mahu mencuba barangan yang dibeli oleh Aira tadi.
"Wow! Banyaknya shopping," tegur Haikal yang sedang menonton televisyen.
"Siap ada Dior lagi. Borosnya Yaya ni," tegur Nisa pula sambil menggelengkan kepalanya.
"Bukan Yaya lah yang beli. Aira yang beli. Yaya taknak, dia beli. Kalau dia beli untuk Yaya aje tiada apa lah, ini tak. Satu keluarga dia belikan. Tak percaya tengok dalam kereta," jawab Alia. Nisa terkejut mendengarnya. Satu keluarga? Bermakna setiap kedai yang Alia tengok tadi, Aira beli lah?
"Adik, tolong Aira ambil barang dalam kereta. Angah kamu ni ambil barang dia aje. Yang lain dia tinggal," arah Nisa pada Zafran yang leka bermain game di ruangtamu. Zafran menganggukkan kepalanya dan mematikan telefonnya dan terus menuju ke kereta untuk menolong Aira.
"Meh sini saya angkat tu," ujar Zafran yang muncul dari belakang Aira.
"Eh takpe, saya boleh bawa," balas Aira pula dan mengeluarkan lagi satu beg kertas. Penuh tangannya memegang beg-beg kertas itu. Zafran cuba mengambil dari Aira, cepat-cepat Aira lari masuk ke dalam rumah. Tanpa menunggu lagi, Zafran menutup pintu kereta dan menyusul langkah Aira masuk ke rumah.
"Assalamualaikum," Aira memberi salam dan berjalan menuju ke ruangtamu.
"Waalaikumusalam, eh kenapa bawa barang banyak-banyak ni? Bukan ke Kak Nisa suruh Zaf bawakan tadi?" soal Nisa apabila dia melihat Aira masuk ke rumah dengan tangannya dipenuhi barangan.
"Jangan salahkan adik. Adik dah berusaha untuk ambil barang dekat tangan dia. Dia elak dari adik, adik tak tahu," jawab Zafran sambil mengangkat bahunya bertanda tidak tahu.
"Betul lah apa yang Zaf cakap tu. Aira taknak dia tolong Aira. Tapi Zaf tolong lah Aira tadi," jawab Aira pula,
"Dia tolong apa?" Tanya Nisa.
"Tolong tutup pintu," jawab Aira selamba dan gelak. Nisa yang mendengarnya juga gelak. Aduhai, ada sahaja dua orang ni.
"Nah untuk Zaf," Aira menghulurkan beg kertas Dior dan HM kepada Zafran. Zafran mengambilnya.
"Terima kasih Aira," ucap Zafran dan membuka beg kertas Dior.
"Sama-sama," balas Aira. Aira mendekati Nisa dan memberi kepada Nisa pula.
"Ni untuk akak, special case sikit hehe," kata Aira.
"Terima kasih Aira, susahkan Aira pula kena beli semua ni untuk kami semua," ujar Nisa dengan nada serba salah.
"Sama-sama, tak susah pun Aira mem..." kata-katanya tersangkut apabila Zafran memotong katanya, "Aira memang suka susahkan diri dia. Tengok ni kak, dia belikan baju dekat adik nak dekat harga RM500. Jam pula nak dekat RM800. RM1200 duit dia habis untuk adik. Kalau adik dah rm1200 habis, akak dengan angah yang special case tu tak tahu berapa ribu habis."
Nisa terkejut mendengarnya, dia juga melihat barangan yang dibeli oleh Aira. Seutas gelang emas, seutas rantai, sepasang kasut, baju blouse biru lembut dan kain skirt biru lembut. Dia meneliti harga tersebut. Hampir mencecah rm5000 untuk dirinya sahaja. Kalau campur dengan Alia, memang RM10000 ke atas sudah habis duitnya keluar.
"Aira. Ya Allah kenapa membazir sangat ni? Tak payah beli untuk kitaorang pun takpe. Ya Allah habis duit awak ni Aira," bebel Nisa. Dia bukan bebel saja-saja. Ini untuk kebaikannya juga untuk menggunakan duit itu di masa depannya.
Aira tersenyum dan memeluk Kak Nisa.
"Takde apa lah kak. Aira bagi semua tu ikhlas. Jangan risau, Aira ikhlas. Jangan risaukan pasal Aira," kata Aira seraya merenggangkan pelukannya.
Hampir sahaja menitis airmata Nisa.
"Lain kali jangan buat macam itu dah. Akak taknak dah tau. Jangan bagi dah," pesan Nisa kepada Aira. Takut betul dia kalau Aira belikannya sesuatu lagi. Kalau baju ke apa dia tak kisah. Dia risau dia belikan kereta untuk keluarganya. Naya!
"Nah, tolong bagi kat Karl dengan pakcik," kata Aira seraya menghulurkan beg kertas yang berada ditangannya kepada Nisa.
Haikal yang mendengar namanya disebut, terus menoleh. Dia buat tidak endah sahaja dan sambung menonton televisyen.
"Akak boleh terima yang pakcik aje. Yang Haikal, Aira bagi lah sendiri okey? Haikal ada kat situ je. Yang pakcik akak simpankan," ujar Nisa dan mengambil barangan yang dibeli untuk ayahnya sahaja.
Aira mendekati Haikal, dia menghulurkan beg-beg kertas itu dengan senyuman.
"Nah Karl," tegur Aira. Haikal yang leka menonton tidak sedar akan kehadiran Aira itu. Dia menoleh kepada Aira dan menerimanya dengan senyuman.
"Terima kasih Zara," ucap Haikal dan sambung kembali menonton televisyen.
"Sama-sama," balas Aira dan berlalu dari situ untuk menuju ke bilik. Dia harus berehat setelah seharian berjalan dengan Alia.
Aira merebahkan kepalanya diatas katil. Dia melihat kipas berpusing di syiling. Matanya sudah mahu pejam sedikit demi sedikit. Akhirnya dia lelap dibuai mimpi. Hari yang indah.
"Kenapa you macam gubra eh jumpa betina tu tadi?" Soal Aina Farhana apabila mereka tiba di kelab malam.
"Betina mana pula you ni?" Soal Alex kembali. Aina Farhana membuat muka meluat.
"You jangan buat lupa lah. Betina yang langgar I tadi tu lah. Siapa lagi?!" Marah Aina Farhana. Alex mengingat kembali. Oh, perempuan tu.
"Apa yang I gubra? I okay je. Sebab tadi time tu I tengah pening kepala. Itu yang I halang you all dari bergaduh. Tak malu ke orang tengok nanti?" Bohong Alex. Sungguh dia gubra bertemu dengan Aira tadi. Dia takut yang Aira akan ingat dia dan report dia pada polis. Memang masak dia duduk dalam penjara. Jangan kata penjara, mungkin ke tali gantung terus.
"Ye lah. I ingatkan tu ex-girlfriend you," balas Aina Farhana pula. Alex menggelengkan kepala dan tangan kirinya menepuk lembut bahu Aina Farhana. Tangan kanannya mengenggam cawan kaca kecil yang berisi arak.
"Girlfriend? I tak pernah ada girlfriend. You aje girlfriend I dunia akhirat tau," balas Alex riang. Dia tidak mahu Aina Farhana tahu bahawa dia membunuh keluarga Aira Zahra.
Aina Farhana tersenyum mendengarnya dan memeluk lelaki itu. Alex menghelakan nafas lega. Nasib tak kantoi.
happy reading! hope you all dapat bagi 5 bintang. #slowupdate
Share this novel