8 bulan kemudian...
Pejam celik pejam celik sudah setahun Aira telah menetap di Canada. Kini, dia sudah sampai ke Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur. Sejak Zafran tidak jadi kahwin dengan Jasmin, seluruh keluarga Zafran tidak bertanya khabar pada dia. Termasuk Haikal. Dia berfikir juga, apa salah dia. Selalunya ada juga mesej yang dia terima dari Haikal. Malas dia mahu berfikir, nanti dia akan pulang ke rumah itu juga. Aira berjalan menuju ke luar pintu KLIA seraya melambai kepada kawannya yang sudah menunggunya.
"Lama tak jumpa kau Aira. Akhirnya kau selamat sampai ke Malaysia," kata Sarah seraya memeluk Aira. Aira membalas pelukan Sarah.
"Baru setahun, bukan selamanya. Alah kau sedih-sedih pula. Ni, aku ada belikan buah tangan untuk kau. Mesti kau suka. Aku yakin seratus peratus," balas Aira seraya menghulurkan beg kertas kecil kepada Sarah. Sarah menyambutnya.
"Aku buka eh?" Aira menghalangnya.
"Buka kat rumah lah. Aku risau pula kalau hadiah aku pilih tu tak sesuai," ujar Aira. Sarah mencebik.
"Kata yakin seratus peratus yang aku akan suka hadiah ni, alih-alih kau sendiri yang risau. Cakap tak serupa bikin betul," bidas Sarah. Aira tertawa.
"Confident tu kena ada babe." Sarah mencebik.
"Confident konon. Meluat aku. Werk." Sarah membuat muka ingin muntah. Aira menampar perlahan bahu Sarah sambil tertawa.
"Dah jom, aku hantar balik Kuantan terus." Ajak Sarah. Terkejut Aira mendengarnya.
"Biar betul? Aku jet lag tak habis lagi ni. Lagi satu, kau mesti penat, semalam dah datang sini pastu hari ni kau nak balik dah? Hang duk rushing ni pasai pa?" Sarah menarik pergelangan tangan Aira untuk berjalan ke arah keretanya. Beg bagasi Aira dimasukkan ke dalam bonet.
"Aku rindu laki aku. Sebab tu aku duk kalut," balas Aira. Aira menjeling manja.
"Untunglah orang ada suami dah. Dah lah kahwin tak ajak aku." Aira berpura-pura membuat suara merajuk.
"Kau tak payah nak merajuk sangat dengan aku eh Aira. Aku dah ajak, kau tu duduk kat Canada lama sangat. Nak salahkan aku konon," bidas Sarah seraya masuk ke dalam perut kereta. Aira mengikuti langkah Sarah.
"Bergurau sikit aje. Itu pun nak koyak," balas Aira. Sarah mencubit manja peha Aira.
"Mana ada aku koyak. Dah kau tidur. Kau cakap kau jet lag lagi kan? Kau tidur aje. Nanti dah sampai aku gerak." Sarah menekan minyak dan meninggalkan KLIA.
"Kalau kau dah cakap macam tu. Aku ikut aje. Kalau kau penat nak drive kau cakap lah. Aku boleh aje gantikan," balas Aira.
"Aku penat lah. Kau drive lah," gurau Sarah. Membulat mata Aira.
"Baru suku jalan kau drive dah penat. Kalau aku tahu, malas aku pelawakan diri aku ni untuk bantu kau. Dah lah, aku nak tidur. Merajuk aku dengan kau macam ni." Aira memusingkan badannya membelakangi Sarah. Sarah tertawa riang.
"Cakap kat aku koyak. Kau pun sama aje dengan aku. Lima kali lima aje," bidas Sarah. Aira tidak membalas. Dia membuangkan pandangan ke luar tingkap. Dia berdebar untuk berjumpa dengan keluarga Zafran. Iyalah, selepas kejadian Zafran itu, mana ada keluarganya hubungi dia dah. Semoga tiada apa lah setelah dia tiba di Kuantan.
Nisa melihat kalendar di dinding rumahnya. 7 Mac hari ini. Tiba-tiba dahinya dikerutkan. Dia seperti teringat hari ini hari apa. Tapi dia lupa. Alia yang sedang menonton televisyen ditegur.
"Hari ni hari apa Ya?" Alia melihat skrin telefonnya.
"Hari selasa. Kenapa kak?" Alia menoleh pada Nisa.
"Bukan. Maksud akak hari ni ada apa-apa berlaku ke? Hari special ke?" Tanya Nisa lagi. Alia mengangkat bahu.
"Tiada rasanya. Hari ni pun bukannya kita buat makan-makan pun. Nak kata hari arwah ibu meninggal, tak juga. Sebab ibu meninggal 9 Julai. Lagi 4 bulan nak masuk Julai tu. So nothing special today," balas Alia seraya menonton kembali cerita yang ditayang ditelevisyen. Nisa mengambil telefon dari poket seluarnya. Dia membuka kalendar ditelefonnya. Mana tahu dia ada tulis sesuatu disitu. Nisa mengerutkan keningnya apabila tiada apa-apa yang ditulis didalam kalendarnya pada hari ini.
"Akak rasa ada sesuatu lah ni. Cuma kita aje yang lupa. Cuba Yaya ingat balik." Nisa mengambil tempat bersebelahan Alia.
"Akak rasa tak sedap hati ni. Sekarang pula dah pukul 10 malam. Akak rasa kita macam ada tetamu malam ni. Cuba Yaya ingat balik siapa dia," sambung Nisa lagi.
"Kak, Yaya betul-betul tak faham apa yang akak maksudkan ni. Cuba tanya Karl dengan adik. Mana tahu diaorang tahu juga pasal benda ni." Pelik sungguh dia dengan Nisa. Tak pernah-pernah macam ni. Nisa berjalan ke arah Haikal dan Zafran yang duduk dikerusi kayu berhadapan dengan pintu keluar.
"Karl. Dik. Kita ada tetamu ke malam ni?" Tanya Nisa. Zafran dan Haikal memandang ke arah Nisa serentak.
"Tiada lah pula," jawab Zafran. Haikal hanya mendiamkan diri.
"Akak rasa siapa yang datang malam ni?" Soal Haikal pula. Nisa mengeluh.
"Tak tahu lah pula. Kalau akak tahu tiada lah akak tanya korang," jawab Nisa.
"Hari ni Aira balik Malaysia. 3 hari lepas dah cukup setahun dia duduk Canada. Tapi Karl tak tahu lah dia balik sini terus or stay kat sana lagi," balas Haikal. Terkejut Zafran mendengarnya. Dia sendiri juga sudah lupa pasal itu.
"Aira balik? Patut lah hati akak ni rasa tak sedap aje. Rupanya Aira nak balik," ujar Nisa, riang. Nisa memandang Haikal.
"Senyap-senyap aje eh dia buat kerja. Siap kira lagi tu yang Aira dah cukup tempoh setahun duduk dekat sana," usik Nisa. Merah padam muka Haikal menahan malu. Walaupun dia tidak bertanya khabar tentang Aira, tapi dia tetap mengira hari untuk Aira pulang ke Malaysia.
Tidak lama kemudian, kedengaran suara enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah mereka.
"Siapa pula yang datang malam-malam ni? Aira ke? Kalau Aira mesti dia beritahu dulu," kata Nisa sendirian. Haikal membuka pintu rumahnya. Kelihatan kereta Honda memakir cantik dihadapan rumahnya.
"Siapa Karl?" Tanya Nisa. Haikal mengangkat bahu.
"Tunggu kejap, akak nak pakai tudung dulu," kata Nisa dan memakai tudung yang tersangkut dibelakang pintu biliknya.
"Siapa datang?" Tanya Alia apabila melihat Nisa keluar dari bilik dengan memakai tudung.
"Tak tahu lah. Ni akak nak pergi tengok," jawab Nisa seraya berjalan ke pintu rumahnya. Nisa tersenyum apabila melihat Sarah keluar dari perut kereta.
"Assalamualaikum kak Nisa," ucap Sarah dan menghulur tangan untuk bersalam dengan Nisa.
"Waalaikumusalam. Kenapa datang malam-malam macam ni? Jom masuk dulu," pelawa Nisa. Sarah menolak dengan baik.
"Eh takpe kak. Sarah nak hantar Aira aje ni," beritahu Sarah. Terkejut Nisa mendengarnya. Haikal yang berada dibelakang Nisa juga terkejut.
"Siapa dia?" Soal Nisa untuk memastikan yang dia tidak salah dengar. Sarah tertawa kecil.
"Aira Zahra. Dia dah balik harini. Dia sampai Malaysia pukul 5 petang tadi. Sarah terus hantar dia ke sini. Maaf menganggu malam-malam macam ni," beritahu Sarah. Tersenyum Nisa mendengar kata-kata Sarah tadi.
"Mana dia?" Soal Nisa seraya memandang ke arah kereta Sarah.
"Ada dalam kereta tu. Dia tengah tidur. Dia jet lag hahaha," jawab Sarah sambil tertawa. Nisa menghampiri kereta Sarah dan membuka pintu kereta bersebelahan pemandu.
"Ya Allah Aira." Nisa terus memeluk Aira yang masih tidur itu. Aira tersedar dari tidur. Terkebil-kebil dia memandang Nisa yang memeluknya.
"Aira dah balik. Ya Allah rindunya akak dekat Aira," kata Nisa seraya merenggangkan pelukan. Muka Aira disentuh. Aira sedar dari mamainya.
"Kak Nisa," ucapnya. Nisa memeluk kembali Aira. Kali ini, Aira membalas pelukan Nisa.
"Aira rindu akak," sambung Aira lagi. Airmata Aira gugur. Sungguh dia merindukan Nisa sekeluarga.
"Aira," tegur Zafran. Aira merenggangkan pelukan mereka dan memandang ke arah Zafran. Zafran tersenyum. Aira membalas kembali.
"Welcome home Zara," celah Haikal. Aira tertawa kecil.
"Honestly, saya sangat merindui panggilan itu hahaha." Haikal memberi senyuman kepada Aira. Aira membalasnya.
"Dah jom masuk. Takkan nak tidur kat sini pula. Pukul 10 dah ni," ajak Nisa. Sarah membuka bonet keretanya. Zafran dan Haikal mengambil beg bagasi Aira setelah ditunjukkan oleh Sarah.
"Terima kasih Sarah, hantarkan aku. Sorry susahkan kau," ucap Aira seraya menghulurkan tangan untuk bersalam. Sarah menyambut. Sarah mengerutkan kening apabila ada sesuatu didalam tangan Aira yang berpindah kepada tangan dia. Sarah melihat ada duit not RM100 diberi oleh Aira. Sarah ingin memulangkan balik tetapi ditolak oleh Aira.
"Ambil lah, rezeki kau. Aku tahu kau ikhlas tolong aku. Aku pun ikhlas tolong kau. Sama-sama ikhlas. Kau ambil aje tu. Sikit aje aku bagi tu. Nanti lebihan aku transfer kat kau," ujar Aira. Cepat-cepat Sarah menggeleng.
"Kau jangan nak mengada. Aku pun tolong kau sikit aje," balas Sarah.
"Mana ada sikit. Kau drive 4 jam kut. Aku dah suruh kau tukar dengan aku taknak," balas Aira pula.
"Aku dah gerak kau. Kau tu tidur mati, aku singgah R&R pun kau tak sedar. Salahkan aku pula. Dah, kau tak payah mengada Aira nak transfer. Nanti aku hantar kau ke Canada balik baru kau tahu." Aira tertawa.
"Baiklah tuan puteri. Patik menurut perintah." Sarah mencebik. Ada aje Aira ingin mengenakan dia.
"Saya gerak dulu ye kak," ujar Sarah dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Nisa menyambut.
"Terima kasih Sarah hantar Aira balik dengan selamat," ucap Nisa seraya memeluk Sarah. Sarah membalas pelukan tersebut.
"Sama-sama. No hal lah," balas Sarah seraya masuk ke dalam perut kereta. Kereta Sarah laju meninggalkan perkarangan rumah sehingga hilang dari pandangan mereka. Nisa memeluk bahu Aira.
"Jom masuk," ajak Nisa dan berjalan beriringan Aira untuk masuk ke dalam rumah.
"Ya, ni ada orang datang," panggil Nisa. Alia menoleh. Tersenyum lebar dia apabila melihat Aira yang membuka lengannya untuk berpelukan dengan Alia. Alia berlari anak mendapatkan Aira dan memeluk Aira seeratnya.
"Kak Yaya rindu Aira. Aira sihat? Dah makan? Flight macam mana? Okey tak?" Bertalu-talu soalan yang dilontarkan untuk Aira. Aira tertawa.
"Sihat, Alhamdulillah. Kak Lia macam mana? Sihat tak tu?" Soal Aira kembali. Alia tersipu-sipu malu.
"Kak Yaya kamu tu dah ada boyfriend. Sebab tu jadi macam tu. Next week tunang. Elok lah Aira dah balik. Macam-macam lah nanti dia buat dengan kamu tu Aira," beritahu Nisa. Terkejut Aira mendengarnya.
"Tahniah Kak Lia! Ha, Kak Lia dah nak jalan. Kak Nisa bila lagi?" Soal Aira.
"Akak hormat adik-adik. Sebab tu akak tak cari calon lagi. Akak nak tengok adik-adik akak kahwin dulu," jawab Nisa. Aira tertawa. Macam lah dia nak percaya.
"Aira mesti penatkan? Aira pergi lah tidur. Kita jumpa esok pula," celah Haikal. Zafran mengangguk setuju.
"Betul tu, mesti Aira penat. Rehat lah dulu," kata Zafran pula. Haikal memandang sinis kepada Zafran.
"Betul juga tu. Jom Aira tidur," ajak Alia seraya menarik tangan Aira masuk ke dalam biliknya. Nisa mengambil beg bagasi Aira dari Haikal dan Zafran, lalu menghantarnya ke bilik Alia.
"Tidur awal. Jangan mengarut pula," pesan Nisa. Macam lah dia tak tahu perangai Alia kalau Aira ada bersama. Pernah dia pesan macam ni, tiba-tiba lalu depan bilik pukul 3 pagi masih tergelak-gelak. Tak selamat betul Aira tidur sebilik dengan Alia. Terpengaruh rakan sebaya betul!
"Baik kak," jawab Alia dan Aira serentak.
Alamakk. Aira dah balik. Zafran macam nak ambil hati Aira balik je tuu. Zafran macam nak berlawan dengan Haikal je tuu. Happy Reading! Kalau bab 32 lewat sikit maaf ye.
Share this novel