BAB 29 : (TERTUKAR TANPA SENGAJA)

Romance Completed 5995

SELAMA tiga hari menghabiskan masa bersama Elhan di rumah agam pemberian arwah daddy Ayaz ini, Elhan ajak aku semula pulang ke rumahnya. Puas dia memujuk, akhirnya aku beralah. Sebenarnya, bukan aku tidak sudi untuk kembali ke rumah itu lagi, aku cuma tidak tahu bagaimana cara hendak berhadapan dengan ibu kandungku itu nanti.

"Jangan risau sayang, semuanya akan baik-baik saja..." pujuk Elhan dengan tenang.

Bagaimana Elhan boleh setenang begini, padahal dirinya juga tertipu dengan pembohongan mommy Aralynn yang menyamar sebagai puan Aralynna, kakak kembarnya itu?! Elhan ni dah mati rasa atau dia buat-buat hilang ingatan, atau yang bersamaku saat ni Ellias bukannya Elhan. No..no, aku pasti dia ni Elhan, suami aku..!

"Sayang...abang cakap dengan dia ni, boleh pulak dia mengelamun.." Elhan merengus, hujung hidung mancungku dicuitnya dengan hujung jari telunjuk panjang dan tirusnya.

Aku terkesiap, habis semua lamunanku terbang bersama angin lalu.Perasaan aku bercampur baur. Tak tahu nak zahirkan perasaan ini melalui kata-kata. Sebentar, aku mula berbicara setelah lama mendiamkan diri.

"Abang, kita patah balik..sayang tak sedia lagi.."aduku pada Elhan yang sedang memandu. Lengan kekar kirinya itu aku paut kemas.

Elhan memberikan isyarat ke kiri terlebih dahulu, sebelum dia memberhentikan pemanduannya di bahu jalan. Elhan tatap wajahku yang keresahan. Lantas dibawanya tubuhku merapat ke dada bidangnya. Rambut panjangku dielusnya lembut seraya melabuhkan ciumannya di sisi kepalaku, sebelum melarat sehingga kami sempat menunaikan tuntutan batin yang sudah bergelora.

Tak pernah terlintas di fikiranku untuk melakukan 'itu' di sini. Namun, sudah tidak dapat aku menghalang diri yang sudah tergoda dengan ketampanan Elhan pada hari ini. Elhan bijak mengeksploitasi ke atas diriku yang sejak dua tiga hari ini sangat bernafsu dengan dirinya itu.

Kalau beginilah gayanya, berkemungkinan Arayumi pasti mendapat temannya tidak lama lagi. Fikirkan itu, buat aku senyum sendiri.

"Well, dah boleh senyum pun... thanks sayang, best jugakan sesekali tukar suasana macamni, ada cabaran sikit.." Elhan senyum meleret sambil memperkemaskan kembali rambutnya yang berantakan.

"Nasib masih pagi..dan kawasan ni sunyi sikit, kalau tak...erm..abang ni nakal sangat.." aku rapikan kembali dress paras lututku ini. Rambut panjangku sudah kuikat ala ekor kuda.

"Eh, salahkan abang pulak, dia yang...dahlah, kita balik ya..balik rumah abang, and boleh sambung lagi.." Elhan mengekek ketawa.

"Abang...Ish, tak senonoh..!!!" aku cubit pinggang Elhan saking geram dengan tawanya yang makin galak.

***

Setelah memandu selama hampir satu setengah jam, kami tiba di rumah milik Elhan semula. Elhan mengejutkan aku yang sempat terlena akibat kepenatan 'beradu tenaga' dengan dirinya beberapa jam tadi.

"Sayang, bangun..kita dah sampai ni, nak abang dukung ke..?" soal Elhan sambil elus pipiku. Aduh jangan goda aku wahai suamiku yang kacak!

"Erm...nak, tapi malu dengan Yumi, mommy and bik Jorah..sayang jalan sendiri je.." aku kucup pipi Elhan sekilas, namun Elhan kucup bibir aku sehingga membangkitkan semula keinginanku untuk bersama dengannya.

"Sabar sikit sayang, malam nanti kita sambung..." Elhan kucup dahiku lembut. Merona merah wajahnya yang putih pucat itu. Malu-malu kucing lah kononnya!

Tergeleng kepala Elhan melihat aku yang masih terhuyung-hayang membawa langkahku untuk masuk ke rumah itu.

"Sayang, watch out..! Ish, dia ni kan.." Elhan pantas menarik lenganku kembali, sedikit sahaja lagi aku selamat masuk ke dalam kolam mandi itu jika Elhan tidak menyelar lenganku.

Di hujung sana kedengaran tawa Arayumi mengekek mentertawakan aku. Lantas, mataku yang sempat terpejam, celik dan segar semula.

"Mommy... sampai hati mommy tinggalkan Yumi, mommy tak sayang Yumi ke..? Tapi, lawaklah tadi, mommy macam zombie..!" Arayumi sambung tawa sebaik sahaja dia melepaskan pelukannya terhadapku. Beralih pula pada Elhan.

"Abang, sayang naik bilik dulu..nak mandi..." aku bisik pada Elhan.

Elhan kuntum senyum. Keberadaan mommy Aralynn dan bibik Jorah ditanyakan pada anak kecilnya itu. Bagasi kecilku dan beg pakaiannya sudah dibimbit bersama menuju ke bilik sebaik sahaja mendapatkan jawapan daripada Arayumi.

"Sayang, dah siap ke..? Kenapa tak tunggu abang.." Elhan peluk pinggang aku dari belakang, bahuku dikucup sayang.

"Abang jangan nak mula ok, sayang dah penat sangat, abang janji malam nanti kan?" aku tampar manja lengan Elhan yang dah mula merayap di tubuhku.

"Yelah...abang nak mandi juga, tolong tengokkan Yumi kat bawah tu, bik Jorah tengah masak, mommy Lynn kat belakang, tengah belek pokok bunga orkid dia.." Elhan layangkan 'flying kiss' untuk aku sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam kamar mandi itu.

Aku tersenyum senang. Bahagia mengecapi diriku, rasanya hati ini berbunga-bunga sahaja dari tadi. Kalau beginilah rasa indahnya cinta lelaki bernama Elhan, aku sanggup jatuh cinta berkali-kali dengannya!

"Sayang turun dulu ya, abang.." aku jerit sedikit sebab Elhan dah ada dalam kamar mandi itu.

Aku bernyanyi-nyanyi kecil saat menuruni anak tangga untuk mendapatkan Arayumi yang berada di ruang tamu itu. Apalagi aktiviti Arayumi kalau tak mewarna dan melukis. Rasanya bakat ni diperoleh daripada Elhan agaknya, Elhan memang suka melukis. Aku ingat lagi dia ada buat lukisan wajah aku sewaktu masih belajar di universiti dulu. Cantik sungguh! Dia sempat buat aku kagum dan asbab potret itu juga aku terima cinta lelaki ini dulu.

Aku ingat lagi, masa tu kelas profesor Edward. Aku tahu, kelas profesor Edward ni agak bosan dengan teknik pengajarannya yang sangatlah keras dan mendatar. Nak gelak ketawa dalam kelas ni, memang kau macam gali lubang kubur sendiri. Jadi untuk hilangkan kebosanan dan tekanan, Elhan melakar gambar aku tanpa seorang pun menyedarinya.

Pandai juga dia aturkan situasi, tak tertangkap langsung. Yang peliknya, dia boleh menjawab soalan profesor Edward dengan baik saat bapanya itu ajukan soalan pada dirinya. Kiranya, Elhan ni multi tasking jugalah orangnya. Tapi kenapa saat aku ganggu kerjanya, dia macam tak boleh terima pula?

"Mommy...mommy fikir apa tu..sampai dahi tu kerut-kerut..? Cantik tak mommy..?" Arayumi tunjuk lukisannya pada aku. Melopong aku dibuatnya.

"Cantiknya Yumi, ni papa kan?" aku soal anak kecil ini, sukar untuk mempercayai lukisannya sebaik ini, tak padan dengan umurnya yang masih muda. Berbakat sungguh!

"Yelah, pandainya mommy...ok sini Yumi terangkan..ni papa, yang sebelah papa ni mommy, yang comel ni Yumi dan yang papa tengah dukung ni adik Yumi.." petah kata-katanya memperinci kan lukisannya pada aku.

"Adik Yumi..? Yumi, nak adik ke..? Yang ni boy ke girl?" aku kerut dahi, tapi bibir terlukis sebuah senyuman.

"Boy lah mommy, kan handsome tu macam papa..Yumi nak adik tau mommy..bosanlah asyik main dengan bunny je..bunny tu bukan boleh cakap pun!" adu Arayumi sambil peluk patung arnabnya.

"Erm..kalau macam tu tanya papa, papa kan bijak dalam hal ni..dulu papa belajar kat universiti.." jelas aku pada anak kecilku ini.

"Betul ke mommy, ok nanti Yumi tanya..mana papa, mommy?"

"Tengah mandi kat atas...jom kita jumpa nanny Lynn dekat belakang nak, tengok flower..." aku senyum lagi.

Arayumi dah melompat keriangan. Dia memang sukakan bunga. Lebih-lebih lagi kalau bunga ros kuning, sama seperti diri aku yang terlalu taksub dengan bunga itu. Setelah mengemaskan buku-buku dan alat tulisnya yang berselerakan di atas lantai jubin granit hitam itu, aku menuntun Arayumi ke belakang rumah mendapatkan puan Aralynn di sana.

Salamku hulurkan terlebih dahulu pada ibu kandungku ini. Nampak dia sedikit terkejut dengan sapaanku. Salamku bersambut sebentar kemudian. Arayumi pula sudah naik pelik melihat neneknya ini sudah boleh berdiri dan berjalan dengan sendirinya tanpa menggunakan kerusi roda lagi. Becok mulut kecilnya menanyakan keadaan neneknya yang sudah sihat itu.

"Nanny...nanny Lynna dah sihat ke..? Tak pakai wheelchair lagi..?" lancar bibir kecil Arayumi menyoal puan Aralynn.

"Tak lagi sayang, nanny ni bukan nanny Lynna, nama nanny..nanny Lynn.
Maaf selama ni nanny Lynn dah tipu semua orang.." puan Aralynn memberikan penjelasan, sambil tangannya ligat membelek pokok bunga orkidnya yang berbunga lebat.

"Nanny Lynn..? tapi kenapa muka nanny Lynn sama dengan nanny Lynna?" Arayumi menyoal lagi. Tangan kecilnya juga sibuk membelai bunga orkid spesis Cattelya Orchids yang ditanam oleh puan Aralynn.

"Kami twins sayang, nanny Lynna sebenarnya dah lama meninggal, nanny Lynn yang selamat dalam kemalangan tu...kami tertukar tanpa sengaja.." ujar puan Aralynn lagi.

"Kemalangan kena langgar kereta nak seberang jalan masa nak hantar kak Bellina bersalin..? Mommy Lynn pun ada ke masa tu..?" soalku yang mencantas kata-kata puan Aralynn sebentar tadi.

"Ya, sayang..i, ibu Aralynna dan Bellina ada pada hari kejadian. Kami berdua yang menghantar Bellina ke hospital, masa tu kebetulan Elhan ada kerja luar. Lagipun...Elhan.." terhenti perbuatan puan Aralynn yang tengah menggembur tanah dalam pasu bunga itu.

"Elhan, apa mommy Lynn?"

"Elhan tak pernah pun anggap arwah Bellina seperti isteri, dia memang tak ambil tahu langsung pasal Bellina..selepas dia tahu Bellina mengandungkan anak teman lelakinya.. dia rasa Bellina mempergunakan dirinya untuk tutup malu keluarga.."

Aku terpempan. Terduduk tubuhku jadinya di sebuah bangku panjang yang ada di taman mini ciptaan ibu kandungku ini. Patutlah Elhan jadi begitu, dia trauma rupanya. Tertekan dengan keadaan yang membelit dirinya.

"Tapi kenapa mommy boleh berada dengan family ni, bukan ke mommy tinggal bersama Mr Edward, papa Elhan..?"

"Kami dah bercerai...i dah tak tahan dengan Edward, dia selalu dera i.. I sendiri yang penjarakan bekas suami i tu..Dia buat i ni tak ubah macam seekor tikus makmal..I ingat dia dah berubah, namun lagi bertambah teruk..sekarang dia tengah terima rawatan di hospital sakit jiwa sebab Edward disahkan mengalami gangguan mental..." cerita puan Aralynn panjang lebar.

"Kesiannya mommy, tapi mommy pun mengalami masalah yang sama kan?" takut-takut aku menyoal.

"Ya, sayang...tapi i dah sihat sepenuhnya bila jumpa dengan arwah ibu Aralynna, kakak kembar i dan juga arwah kakak you, Bellina.. i tertekan sebab terlalu rindukan mereka berdua, dan terpukul dengan kecurangan arwah Ayaz, daddy you tu.." air mata yang mula merembes diseka kasar oleh puan Aralynn dengan bahagian hujung tangan baju blouse yang membaluti dirinya itu.

"Mommy tahu, daddy Ayaz dah meninggal...? siapa yang beritahu?" soalku semula.

"Elhan, dengan acu Aura you tu.. Aura yang banyak pulihkan semangat i semula, i bersyukur sempat berjumpa semula dengan kakak dan anak kandung i, walaupun pertemuan kami tidaklah terlalu lama, i rasa dua tahun tu cukup bermakna...dan sekarang, i dah dapat jumpa you semula.. i minta maaf Bella, atas apa yang i lakukan pada you dulu.." tangan lembut puan Aralynn mengelus lenganku sebelum jejemarinya menggenggam erat jari-jemariku.

Aku gelengkan kepala, seraya tubuh ibu kandungku ini aku peluk erat. Puan Aralynn sudah banyak berubah, dia sudah tidak segarang dulu. Penuh dengan kelembutan dan senyuman sering terukir di bibir nipisnya. Puan Aralynn masih kekal cantik macam dulu-dulu. Pandai betul dia jaga penampilannya.

"Mommy, kita lupakan jelah, sekarang kita buka lembaran baru, apa kata kita pindah rumah Bella..rumah tu hadiah daripada arwah daddy Ayaz, dan ada satu amanat daripada arwah daddy untuk Bella laksanakan pada mommy.."

"Apa dia..tapi i macam dah seronok pula tinggal kat sini..nanti tanya dulu pada Elhan, dia kan suami Bella..tak baik membelakangkan dia..." nasihat puan Aralynn padaku.

Aku kuntum senyum sebelum kepala aku anggukkan kembali. Seterusnya, aku tolong puan Aralynn membuat kerja-kerja mengalihkan pasu bunga itu dan menyusunnya kembali mengikut arahan yang diberikan oleh ibuku ini. Arayumi juga tidak ketinggalan membantu. Seronok dia dapat belajar benda baru.

***

Setelah usai makan malam, kami anak- beranak berkumpul di ruang tamu sambil menonton televisyen dan berselang-seli dengan berbual-bual kosong. Bibik Jorah pula awal-awal lagi telah menyediakan kami seteko air teh tanpa gula bersama sedikit cemilan. Drama Turki kesukaan puan Aralynn menjadi tontonan kami pada malam ini.

Arayumi pula sudah tertidur di pangkuan Elhan, letih sangatlah tu tolong nanny Lynn dia berkebun petang tadi. Elhan membelai rambut panjang Arayumi sambil menepuk-nepuk lembut pundak anaknya itu. Lena betul Arayumi tidur di pangkuan bapanya itu. Aku pula naik cemburu melihat kemesraan Arayumi dengan Elhan.

"Erm..i nak minta maaf dengan you all semuanya tentang pembohongan ini.. Elhan, bik Jorah, Bella dan cucu comel i ni, Yumi..maafkan i..." puan Aralynn membuka bicara setelah tamat sahaja drama kesukaannya itu ditayangkan di layar televisyen berskrin besar itu.

"Kami dah lama maafkan mama, cuma yelah, terkejut..pandai juga mama berlakon..kami memang tak sangka betul..yang bersama kami ni, mama Aralynn, bukan ibu Aralynna..tapi apa alasan mama buat macam tu..?" soal Elhan untuk mendapatkan kepastian.

"Of course lah, sebab arwah Bellina, you kan tak pedulikan dia, Elhan. Diri i yang dianggap ibu Aralynna ni lah tempat dia luahkan segalanya..bila dia dapat tahu kebenaran, yang i ni bukan ibu Aralynna dia, Arayumi bukan anak kandung dia..dia down sangat. Sebab tu, dia terjun kolam mandi tu, walaupun dia tahu dia tak tahu berenang, dia nak sangat you selamatkan dia masa tu... tapi, you...." kata-kata puan Aralynn berbaur kesal bercampur sedikit amarah.

"Cukup, mama...Elhan menyesal sangat tinggalkan arwah masa tu, Elhan minta maaf mama, sayang.. maafkan abang.." Elhan kucup tangan puan Aralynn dan beralih padaku kemudiannya. Beria-ia dia memohon keampunan dari kami berdua. Air mata lelakinya tumpah mencemari wajah kacaknya itu. Dia baru sahaja turun dari bilik tidur anak perempuannya itu.

"Sudahlah, jangan sedih-sedih lagi, udah ajal puan Bellinanya begitu.. sekarang kita terima aja ketentuan Allah..apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..." bibik Jorah pula menyampuk.

"Yelah, bik...pergilah masuk tidur bik, nampak penat sangat dah tu..yang ni biar saya kemas..." arah aku pada bibik Jorah.

"Terima kasih ya puan Bella, bibik masuk tidur duluan ya, puan besar Aralynn, tuan Elhan sama puan Bella, selamat malam..." ucap bibik Jorah sambil membawa langkah ke bilik tidurnya yang berdekatan dengan ruang dapur.

"Ya, bik...selamat malam, mommy pun pergilah tidur, biar Bella je yang kemas semua ni.." aku sudah mengangkat sebuah dulang yang sudah berisi piring-piring dan cawan -cawan kotor yang kami gunakan tadi. Namun, tangan kekar Elhan sudah terlebih dahulu menghulurkan bantuan.

Aku tersenyum manis, puan Aralynn juga sudah berlalu ke dalam bilik tidurnya. Tinggallah aku berduaan dengan Elhan di dapur ini. Elhan masih setia menunggu aku habiskan kerja-kerja mencuci piring dan cawan yang kami gunakan tadi. Dia juga tidak kekok membantu meringankan tugasanku itu. Berbunga-bunga hatiku saat ini. Elhan malam ni sangat-sangat berbeza dengan malam-malam sebelumnya.

Setelah usai kerja mencuci, Elhan menuntun aku melangkah ke bilik tidur kami, namun aku suruh dia dukung aku. Tak sangka pula aku, Elhan ringan tulang nak cempung tubuh aku ni, macam angkat segumpal kapas dia buatnya aku. Aik, ringan sangat ke aku ni..? Macam senang sangat je Elhan dukung aku.

"Sinilah...kenapa jauh sangat, takut ke..?" Elhan dah tarik lengan aku, buat aku terus melekat pada dada bidangnya yang sudah terdedah.

"Kenapa abang tak pakai baju, panas sangat ke..?" soal aku dah mula cuak.

"Erm...faham-faham jelah ya.." Elhan sudah tarik selimut dan tutup suis lampu tidur di meja kecil di sebelahnya.

"Abang.....!!!!" terjerit aku dengan tindakan pantas suamiku ini.

'Hai...betul-betul Elhan tuntut dari aku, ingatkan dia dah lupa..?!' bisikku dalam hati.

Terjerit-jerit aku di bawah selimut ini akibat kenakalan Elhan. Mujur bilik ini kalis bunyi, kalau tak terpaksalah aku tebalkan muka pagi esok!

Done update..trmalah seadanya..bab ni kita sweet lebih sikit...Yumi nak adik kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience