BAB 4 : (HUKUMAN)

Romance Completed 5995

TELEFON bimbitku nyaring berbunyi di atas meja solek itu aku capai setelah usai aku menyisirkan rambut panjangku. Aku biarkan sahaja benda pipih itu tergeletak di atas meja tersebut apabila tertera nombor asing di skrinnya. Kali ketiga nombor yang sama menghubungiku dan dengan rasa yang agak curiga aku geserkan butang hijau untuk menyambung talian tersebut.

Salam yang dihulur aku jawab terlebih dahulu dan terus menanyakan siapalah gerangan yang menghubungi aku saat ini.

"Amboi, garangnya...sayalah Naail, saya dah sampai ni..hantarkan kereta awak seperti yang saya dijanjikan.."

"Ooh..awak, Naail..eh kejap, mana awak dapat nombor saya ni.." soalku kasar.

"Mana lagi, kalau bukan daripada Nur, sorry tau..cuma nak inform awak, kereta awak dah ada kat luar pagar ni.. cepatlah keluar, saya tunggu ni.."

"Tunggu kejap..saya nak beritahu mommy saya kejap..tunggu sampai saya datang.."

"Erm...cepat sikit, jangan sidai saya lama-lama kat luar ni, Ara.."

"Ya...saya tahulah..ok bye.."

Aku terus matikan talian. Setelah berpuas hati dengan penampilanku, aku mendapatkan Naail Nadhir yang tengah menunggu di luar kediaman ini.

"Bell, nak pergi mana tu..tahukan mommy tak suka anak dara mommy keluar malam-malam macam ni.." sergah mommy Aralynn di ruang tamu itu.

"Mommy...terkejut Bella, tiba-tiba mommy sergah macam ni.." aku urut dadaku yang berombak kencang.

"Sorry, nak pergi mana, dah malam kan..?" soal mommy Aralynn kasar. Sinis sahaja suaranya kedengaran.

"Mommy, depan tu je... ka..wan Bella just hantarkan semula kereta Bella, tadi ada.. masalah sikit" balasku takut-takut, terbata-bata kataku terlihat panahan mata mommy Aralynn yang tajam.

"Erm..tapi cepat sikit selesaikan masalah kereta tu..hai, kereta baru pun ada banyak masalah ke..?" mommy Aralynn geleng kepala. Dia menyoroti langkahku dengan sorotan sepasang matanya yang memincing.

Aku berlari-lari anak mendapatkan Naail Nadhir di luar pagar.

"Sorry, lambat..mommy saya banyak tanya tadi..by the way, thanks tolong hantarkan kesayangan saya ni.."

Aku lihat tubuh Naail kaku sedang berdiri bersandar di sisi keretaku. Terbuka sedikit mulutnya, dan pandangannya tidak berkerdip walaupun sesaat. Terpaku dengan pesona aku ni agaknya.

"Naail..ooo..Naail.." aku petik jariku tepat di hadapan wajahnya, membuat kan jejaka ini kembali ke alam nyata.

"Awak ok kan, Naail..?" soalku sambil menahan tawaku.

"Erm..mm..ok, ok.. saya balik dululah.. lama pula kawan saya tunggu tu..good night Ara, jangan lupa isi minyak petrol lagi nanti.."

"Naail, thanks..tak singgah dulu ke? saya buatkan coffee, sebagai ucapan terima kasih.."

"Eh, takpe..rasanya tak manis saya berlama-lamaan di sini..tak payah balas-balaslah, saya ikhlas...good night Ara, kirim salam saya pada mommy awak...saya minta diri dulu" Naail Nadhir senyum nipis. Kacaknya dia berbaju kurta tu. Baru lepas solat ke mamat ni!

Aku lambaikan tangan menghantar pemergian Naail bersama rakannya yang memandu Toyota Camry berwarna silver itu sehingga sudah tidak kelihatan lagi. Lantas, aku meneroboskan diri ke dalam kereta kesayanganku ini, lalu memarkirkannya semula di tempat parkir di halaman rumah mewah milik mommy Aralynn.

"Seronok nampak..sukalah kan dapat melayan jantan.." sinis kata-kata yang dilemparkan ibuku ini di muka pintu utama kediaman ini. Dia sudah bercekak pinggang.

"Mommy..mommy dah salah faham ni, dia tunang kawan Bella kat UKM..dia nak tolong je mommy, kebetulan dia ada kat tasik tu.."

"TASIK...! You pergi merayap pulak..?Kan i dah beritahu lepas finished your class, terus balik rumah.. You ni jadi apa hah..dah pandai melawan cakap i..you nak jadi macam Ayaz, kaki betina..hah!" terus tubuhku disebat dengan tali pinggang milik ibuku dengan tangannya sendiri sebaik sahaja dia menyeret aku masuk ke dalam rumahnya.

"Ampun mommy, tolonglah berhenti...sakit mommy..sakit...!" aku merayu pada ibuku itu supaya menghentikan perlakuan kejamnya itu.

Entah apa yang merasuk wanita itu sehinggakan dia bertindak sedemikian. Bagaikan dirasuk syaitan, ibuku tidak henti-henti membelasah aku sehingga lembik tubuhku dikerjakan olehnya. Rintihan dan pujuk rayuku sudah tidak dihiraukan olehnya. Mulutnya itu tidak henti-henti menghamburkan kata hinaan padaku. Dan yang buat aku tergadah, ibuku telah mengungkapkan satu rahsia besar yang selama ini disimpan kemas dari pengetahuanku.

"Kau ingat Bell, kau tu harus tahu bersyukur, bukannya nak conteng arang kat muka aku ni..kau tahu kan aku ni siapa..?"

"Bella tahu mommy, Bella merayu, tolong hentikan mommy.. jangan sakiti Bella begini, kenapa mommy benci sangat dengan Bella..? Apa salah Bella.. besar sangat ke kesalahan Bella sampai mommy nak hukum Bella macamni sekali..? Kalau susah-susah sangat, kenapa mommy tak bunuh je Bella..?" Aku hamburkan segala rasa kesakitanku yang selama ini terbuku di hati.

Air mataku sudah berhenti mengalir. Aku benar-benar kecewa dengan sikap ibuku itu. Cerlung bola mataku menikam wajah ibuku yang menyinga. Dengusannya semakin kasar. Berombak-ombak dadanya tanda amarahnya semakin membuak-buak. Tangannya sudah diangkat tinggi-tinggi langsung dilibasnya belakang tubuh ramping aku dengan tali pinggang hitam kulit tebal, berkepala besi itu sekuat-kuat hatinya.

"Aduh...sakit..sakit mommy, ampun mommy...Bella minta ampun.."rintihku sambil melutut di kakinya.


"Ooo...dah pandai melawan, rasakan..kau memang nak mati agaknya, kau ni memang tak sedar diuntung, kau tahu tak kau tu anak haram, kau tu menyusahkan aku..sebab kau aku dibuang keluarga..! Kau ni sama dengan si bangsat, Ayaz..jantan tak guna tu yang dah rosakkan hidup aku! Kecik-kecik, kau tak nak pulak mampus ..!" pekik mommy Aralynn bagaikan mahu bergegar rumah ini dengan suara petirnya itu.

Tali pinggang ditangannya itu dicampakkan ke lantai dengan kasar. Tubuhku yang sudah terbaring di lantai jubin granit hitam berkilat itu mula disepak teranjangnya tanpa belas kasihan. Memar setiap inci tubuhku, dengan darah yang sudah mencemari tepi bibirku yang pecah akibat disepak kasar dengan telapak tangan mommy Aralynn.

Nyawaku hampir melayang dikerjakan malam itu. Aku hanya mampu menahan segala kesakitan itu tanpa ada rasa ingin melawan sedikit pun. Aku terlalu kecewa dengan kebenaran tentang diri ini. Jijik dengan diriku sendiri! Jika nyawaku berakhir saat ini ditangan ibuku, aku sanggup hadapinya. Aku pasrah, aku reda!

Setelah puas menghamburkan segala amarahnya padaku, mommy Aralynn meninggalkan aku berseorangan di rumah besar ini. Segala lampu yang terpasang sudah dimatikan suisnya sebelum kakinya melangkah keluar meninggalkan aku yang masih terbaring lemah dan layu di lantai dingin ini dengan berlumuran darah. Pintu utama itu juga sudah berkunci. Tinggallah aku menahan perit kesakitan yang tidak terperi dalam kegelapan ini.

Sempat juga aku dalam keadaan yang sangat lemah ini sehingga tidak mampu lagi untuk bergerak, merayu dirinya itu supaya tidak meninggalkan aku berseorangan dalam keadaan diriku sebegini. Namun, sedikit pun tidak dihiraukan rayuanku itu. Malah, dicekaknya rambutku yang sudah terburai dan kusut masai itu, lalu direntapnya kasar, bagai mahu tercabut setiap helaian rambut ini dari kulit kepalanya. Mulut mommy Aralynn yang lancang itu, malah menghamburkan kata-kata berbaur ugutan.

"Kau, anak haram.. duduk diam-diam dalam rumah ni, kalau acu Aura balik dan tanya, jawab sahaja kau jatuh tangga.Faham! Kalau kau berani beritahu perkara sebenar, aku tanam kau hidup-hidup..!! Ini hukuman kau sebab melawan dan ingkar arahan aku!" Ditunjal-tunjal kepala aku dengan kasar dengan jari telunjuknya.

"To...long..to..long mommy, ja..ngan ting..galkan Bell...." rayuku dengan suara yang tersekat-sekat dalam seribu kepayahan.

Dengan kudrat yang masih tersisa, aku capai jejemarinya lalu aku genggam jejemari itu menghalang pemergiannya. Malah, dengan satu rentapan kasar berjaya meleraikan tautanku itu. Tanpa berlengah, mommy Aralynn berlalu meninggalkan aku tanpa berpaling lagi. Aku dengar suara enjin pacuan empat roda Ford Rangernya sudah mengaum di luar dan semakin sayup dan akhirnya sudah tidak kedengaran lagi dihalwa pendengaranku.

Sepeninggalan mommy Aralynn, aku cuba gagahkan diriku untuk bangkit. Namun, kesakitan yang sudah menjalar di setiap inci tubuh ini, aku benar-benar tidak mampu gerakkan tubuhku lagi walaupun hanya untuk menggerakkan jari-jemariku. Kepala yang mula berpinar membuatkan aku sudah tiada daya lagi untuk bertahan, akhirnya duniaku gelap-gelita di lantai yang dingin ini.

***

SANG suria yang terik menyimbahkan cahaya dari jendela yang terbuka membuatkan sepasang mataku perlahan-lahan meluas semula. Bau ubat yang menyengat dan latar belakang yang serba putih di ruangan bilik sederhana besar ini memberikan signal kepada otak tentang keberadaanku.

"Sedar dah..syukur takde apa yang memudaratkan.. acu terperanjat balik semalam, alih-alih jumpa kamu terbaring tak sedarkan diri di lantai ruang tamu..kamu kenapa..? nak kata perompak masuk, takde pulak barang hilang..!"


"Terima kasih selamatkan Bella, acu Aura kan..?"


"Ya, akulah ni..apa yang terjadi. Nasiblah tunang aku hantar balik semalam, dia tolong angkat kau, bawa kau ke tempat kerja aku ni.. nasib takde yang patah riuk tulang kau ni..kau kena belasah kat angah Aralynn ke..?" kasar bicaranya yang terkandung amarah yang meluap. Kepalan jemarinya yang kuat sehingga timbul urat-urat hijau di tangan mulus yang putih melepak itu membuatkan aku berasa sedikit gentar.


"Eh..tak-tak..Bella jatuh tangga.." aku cuba menafikan kebenarannya pada ibu saudara aku ini. Namun, senyuman sinis daripadanya sempat membunuh kekalutan aku itu.

"Dahlah, jangan cuba nak menafikan, aku ni doktor...aku tahu luka kau ni sebab apa..! Jangan takut, acu Aura takkan buka mulut, angah Aralynn tu memang psikosis. Dah lama dia dapatkan rawatan, tak makan ubatlah tu, sebab tulah gila semacam..."


"Mommy Aralynn sakit?" soalku yang tercegang setelah acu Aura katakan kakaknya itu psikosis.


"Rest dulu, nanti acu Aura cerita. Acu pun ada patient ni.. take a good rest.." Acu Aura kucup sisi kepalaku dengan penuh kasih sebelum berlalu dari bilik wad ini.

Aku mula bosan tinggal bersendirian di dalam wad ini. Kira-kira dah berapa hari aku ditahan di hospital ini agaknya. Kebetulan, ada seorang jururawat datang menghampiriku untuk membuat pemeriksaan ringkas ke atasku. Dikesempatan itu, aku menanyakan perihalku padanya.

"Erm..nurse, tanya sikit boleh.. dah berapa hari saya dekat sini.." aku senyum nipis.

"Oo..cik dah tiga hari admit..kenapa dah tak sabar nak discharge.. nanti saya tanyakan doktor.. Eh, panjang umur Dr Qayyum, saya baru nak panggil doktor.."

"Ada apa Nurul..? Patient ada masalah ke..?" soal Dr Qayyum agak cemas pada jururawat yang bernama Nurul yang berdiri di sampingnya itu.

"Eh, tak lah, Dr Qayyum yang terlebih cemas ni dah kenapa..? Erm.. saya minta diri dululah doktor, nak check patient yang lain pulak.." senyuman semanis gula jururawat Nurul berikan kepada kami berdua sebelum berlalu keluar dari bilik ini.

"Erm..mm.. how are feel today..? Ada rasa sakit mana-mana, loya, pening, muntah...?" soal doktor muda ni bagai peluru berpandu.

Aku geleng kepala, cuma aku tunjukkan belakang tubuhku padanya. Nasib doktor muda ini mengerti apa yang aku maksudkan.

"Boleh izinkan saya lihat luka tu, takut kalau ada infection.. sakit sangat ke..?" tutur Dr Qayyum dengan lemah lembut dan penuh kesopanan. Gugur jantung aku. Dahlah kacak macam Serkan Çayoğlu aktor Turkish idola aku tu.

Aku yang dihambat rasa malu yang agak menebal hanya merelakan doktor lelaki muda tinggi lampai dan tampan ini menjalankan tugasnya. Baru tangannya ingin membuka ikatan tali baju hospital yang tersarung ditubuhku, ada jeritan lantang yang terus membantutkan tingkahnya.
"Hey, Dr Qayyum...you nak buat apa kat niece i ni hah..!"

Dr Qayyum dan aku bertatapan sesama sendiri, terkejut dengan suara bak petir yang memanah.

Happy reading you all.. aduh..ciannya Arabella dapat ibu yg psikosis..sudi² follow, comment and donate. Support author ok..love you all. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience