BAB 6 : (KETAKUTAN)

Romance Completed 5995

GEMURUH di hatiku semakin menjalar di segenap sendi tubuh pabila bersua muka dengan puan Aralynn semula. Tergamam diriku setelah berpapasan dengan ibuku di depan muka pintu utama kediamannya ini. Penampilannya yang kusut-masai itu mengundang pelbagai persoalan di benakku. Terus laju mulut ini menanyakan perihal dirinya itu.

"Mommy, kenapa ni..? Apa yang jadi pada mommy, kenapa teruk sangat keadaan mommy ni..?" soalku cemas. Aku hampiri tubuhnya yang sudah longlai itu untuk menghulurkan bantuan, namun lenganku kemas ditepisnya kasar.

"Tepilah, aku nak lalu ni..jangan masuk campur urusan aku, dah pergi sana..! Menyibuk betullah..!" jerkahnya padaku sampai terhinjut kedua-dua belah bahuku.

Hembusan angin yang dingin pagi itu membekukan segenap hatiku. Aku menatap kosong sosok ibuku yang berlalu pergi. Tanpa sedar air jernih sudah mengalir di tepian tubir kelopak mataku. Segera aku hapus sedikit kasar dengan hujung jemari, berlalu pergi mendapatkan keretaku dan terus menuju ke destinasiku.

"Bella, kau ok ke tak ni...? Dari tadi asyik termenung je.. apa yang kau fikirkan ni..?" soal Nur Bhaiyinah yang menghampiriku di taman pekarangan universiti ini.

"Erm..takde apalah Nur, aku ok je.. mana yang lain, kata nak practice kan.."

"Tu..hah, baru je sampai..eh, Bella luka kat tangan kau dah ok ke..?"

Aku angguk kepala menjawab persoalan Nur Bhaiyinah. Lalu aku menyinsingkan sedikit lengan baju t-shirtku yang panjang berwarna biru lembut. Parut panjang yang berbekas di lengan aku tunjuk pada Nur Bhaiyinah. Melopong mulut gadis itu seraya terbuntang matanya di sebalik kaca mata tebal yang tersangkut di batang hidungnya yang tirus.

"Ya, Allah..Bella, teruk juga luka kau ni ya, aku ingatkan sikit-sikit je..tapi betul ke kau jatuh tangga ni..?"

"Dahlah, Nur...drop this subject..kita ada tugas yang lebih penting" kataku sambil melirik pada Elhan yang sudah mengambil tempat di sebelahku.

Nur Bhaiyinah hanya senyum nipis. Kepalanya juga diangguk-angguk bagai burung belatuk. Kami berlima sudah berkumpul di dalam sebuah dewan yang digunakan oleh Fakulti Farmasi untuk tujuan pembelajaran. Buat masa ini, dewan tersebut dikosongkan untuk tujuan penyelengaraan. Prof Fatin sudah memberikan kebebasan kepada kami semua untuk menggunakan dewan itu sebagai tempat latihan kami.

Memandangkan cuaca tidak begitu mengizinkan kami untuk berlatih di taman buat masa ini berikutan hujan sedang turun dengan lebat, kami berlima mengambil keputusan untuk berlatih di sini. Mujur sebaik sahaja kami semua sampai, ada satu kumpulan yang baru sahaja selesai mengadakan latihan mereka.

"Good luck Alpha's team..kami team Beta pasti akan menang untuk persembahan malam gala itu nanti" kata Naim selaku ketua kumpulan tersebut.

"Jangan terlalu percaya diri sangat bro, tak salah berangan tinggi, tapi jangan sampai mendabik dada, sakit kalau jatuh tersungkur.." kata Hilal membalas kata Naim yang agak sinis itu.

Tindakan Naim yang berlalu pergi bersama rakan-rakannya itu melegakan hatiku, sempat Hilal dan Naim bertikam lidah apabila kedua-duanya saling tidak beralah. Mujur, Elhan mahu tampil meredakan keadaan yang tegang, namun sekilas pandanganku memperlihatkan Elhan mengepalkan jejemarinya menahan amarahnya yang membuak apabila Naim sengaja mengambil kesempatan ke atas diriku.

Naim sengaja menyenggol bahuku agak keras sehinggakan aku hampir sahaja mahu rebah akibat hilang keseimbangan. Kesempatan itu, Naim ambil untuk merangkul pinggang rampingku, namun pantas dihalang oleh Elhan yang terlebih dahulu menarik aku ke dalam dakapannya.

Aku yang masih terkejut dengan tindakan refleks daripada Elhan, hanya kaku dalam pelukan sebelah lengan kekar kiri lelaki itu. Apabila, kedengaran suara riuh-rendah dari beberapa rakan siswazah yang lain, aku segera cipta jarak dengan Elhan. Wajahku sudah membahang menahan malu, lalu aku paut lengan Nur Bhaiyinah seraya menundukkan pandanganku menekur lantai yang beralaskan karpet berwarna merah itu.

"Sudah, jangan kau layan sangat budak Naim yang mereng tu Hilal, Elhan, baik kita mulakan latihan sekarang.. masa dah suntuk sangat dah ni.." celah Durah yang dari tadi aku lihat matanya memincing ke arah Naim. Tajam sorotan irisnya itu pada Naim seperti mahu menelan jejaka itu hidup-hidup.

"Arghhh.., spoil mood aku je budak Naim ni, kalau ikut baran aku ni tadi, mahu lunyai si Naim tu aku kerjakan. Ada hati nak usik 'bunga indah yang paling berharga' di taman larangan Alpha ni..!" kata Hilal, lalu melepaskan keluhan kasar.

'Bunga indah yang paling berharga di taman larangan Alpha..?! Hilal maksudkan aku ke..?' hatiku berdetak kencang, saat Hilal lemparkan senyumannya padaku, cepat-cepat aku tundukkan pandangan. Bukannya tidak sudi, tetapi hatiku sudah terisi dengan sebaris nama indah seorang jejaka.

Aku gelengkan kepala seraya mengambil tempat bagi memulakan persembahan kami. Masing-masing sudah bersedia dengan semangat yang berkobar-kobar. Hampir empat jam berlalu, tidak kami rasakan akibat terlalu fokus dan sangat komited dengan peranan masing-masing bagi menjayakan misi untuk mencipta sebuah kemenangan.

"Alhamdulillah, akhirnya..kita berjaya laksanakan dengan cemerlang" kata Nur Bhaiyinah menguntum senyuman yang mekar.

"Semua ni berhasil sebab kita berikan kerjasama yang baik. Aku tak sangka Elhan dengan Bella ni ada chemistry relationship yang sangat baik.. tak salah aku pilih mereka ni sebagai hero dan heroin dalam teater kita.." sampuk Hilal pula. Panjang lebar dia meluahkan rasa hatinya.

Aku dan Elhan hanya saling berpandangan. Aku senyum pada Elhan, Elhan senyum kembali pada aku. Tiada bicara antara kami. Hanya sepasang mata mentafsirkan segala rasa yang terpendam di hati kami. Lagaknya seperti orang berkasih.

Namun, rasa itu aku semat kemas -kemas di dalam hatiku. Nak meluahkan, aku rasa biar Elhan sahaja yang mengungkapkannya terlebih dahulu. Aku tidak mahu dikatakan gadis tidak tahu malu. Seperti bak peribahasa Melayu bagai 'perigi mencari timba'. Buatnya Elhan tidak menyimpan apa-apa perasaan padaku mahu kecewa aku seumur hidup jika cinta aku hanya bertepuk sebelah tangan.

"Setahu aku malam gala tu hari Ahad ni kan..? Means, lagi tiga hari jelah kan..ada lagi masa untuk prepare costume untuk watak masing-masing.." Durah memecahkan lamunanku yang membuyar saat pandangan masih menatap wajah tampan milik Elhan. Menerawang fikiranku sehingga terbawa-bawa watak yang aku lakonkan dalam teater yang bakal dipersembahkan nanti.

"Bella... sudah-sudahlah tu, ada sesuatu ke kat muka Elhan tu, sejak tadi tak lepas kau tatap wajah anak teruna Mr Edward tu, kau syok kat Elhan ya.." Nur Bhaiyinah membisikkan kata-katanya itu di cuping telingaku.

Merona kemerahan wajah aku. Nur Bhaiyinah perasan rupanya yang aku tengah hanyut dibawa perasaan saat memandang Elhan. Aku tampar lembut lengan Nur Bhaiyinah menafikan tuduhannya itu. Hilal dan Durah sudah menjauh dari kami siap sedia untuk meninggalkan pekarangan universiti ini. Durah membonceng motosikal Hilal berikutan mereka berdua ini mempunyai pertalian darah. Durah merupakan sepupu pada Hilal. Bapa Hilal, encik Aidan merupakan abang kandung kepada encik Aiman, bapa Durah. Pertama kali melihat gambar encik Aidan bersama encik Aiman ini sewaktu Hilal dan Durah menunjukkan nya di telefon bimbit mereka, aku bagaikan terpaku. Wajah kedua-duanya bagai adik-beradik kembar seiras.

"Kami balik dulu..dah lewat sangat ni, karang tak pasal-pasal aku kena balun dengan bapak si Durah ni.." Hilal terus mengendalikan motosikalnya dengan tahap kelajuan yang sengaja dia tingkatkannya. Berkepul-kepul asap berterbangan di udara. Durah dan Hilal tersenyum manis sambil melambaikan tangannya ke arah kami berdua. Elhan, seperti biasalah, dia akan menghilang tanpa sebarang pamitan.

"Adoi Hilal ni, buat pencemaran udara betullah, tak service ke motosikal dia ni..!" rungut Nur Bhaiyinah yang sudah terbatuk-batuk mendapatkan sebuah kereta Honda City warna merah pekat yang sudah lama terparkir di bahu jalan itu.

Aku menghantar kepulangan Nur Bhaiyinah sebentar sehingga dia selamat menaiki kenderaan tersebut. Kelihatan ada seorang jejaka selesa bersandar di tepi kenderaannya itu menunggu si gadis berbadan sedikit gempal ini mendapatkannya. Dia tersenyum manis padaku sambil meneriakkan sebaris namaku.

"Ara... Arabella, am i right?! What a pleasant surprise! Tak sangka dapat jumpa lagi.." senyumannya memekar.

Aku hanya membalas sapaan Naail Nadhir dengan melemparkan segaris senyuman nipis padanya. Aku nampak perubahan pada wajah Nur Bhaiyinah dari ceria terus masam mencuka. Terlukakah dia dengan sikap encik tunangnya yang tidak menghiraukan kehadirannya itu di sisiku ini. Yang Naail Nadhir ni pun satu hal, Nur Bhaiyinah yang sebesar ini pun takkan dia tak nampak! Aku juga yang ditegurnya dahulu, manalah tak naik angin cik tunang kau tu!

Hempasan pintu kereta yang sedikit kuat itu menyentak Naail Nadhir yang sedari tadi asyik menghalakan pandangannya padaku. Berkerut seribu wajahnya dan terus dia meminta diri.

"Kot ya pun, perlahanlah sikit Nur, rosak pintu kereta abang. Ara.. Aail dengan Nur minta diri dulu ya..." jerit Naail Nadhir di dalam kereta itu. Aku masih kekalkan senyuman nipis sambil melambaikan tangan ke arah mereka berdua. Nur Bhaiyinah balas lambaian aku acuh tak acuh. Seperti dilakukan nya hanya dalam penuh keterpaksaan. Berbeza pula dengan Naail Nadhir yang kelihatan agak bersemangat. Cermin keretanya dinaikkan semula dan terus berlalu pergi.

Aku melangkahkan kaki untuk mendapatkan keretaku semula yang ku parkir di tempat biasa. Aku cuba hidupkan semula enjin keretaku namun masih lagi tidak membuahkan hasil. Sebentar kemudian, ketukan agak keras di cermin keretaku, sempat membuat aku sedikit terkejut. Lantas aku turunkan cermin keretaku dengan menekan satu butang. Aku dongakkan wajahku semula menatap gerangan yang berbuat demikian.

"Elhan... awak tak balik lagi.." Elhan tersenyum sinis sambil geleng kepala.

"Why, tak boleh start ke..rosak lagi!" Aku angguk kepala. 'Eh, kejap mana dia tahu kereta aku ni pernah rosak?' berkerut wajahku sejenak memikirkan hal itu.

"Apa lagi tu, jomlah saya hantar awak balik, tinggal je kereta tu kat sini, kunci elok-elok..cepatlah awak nak tidur sini ke..?"

'Amboi.. cubalah offer tu dengan cara berlemah-lembut sikit, garang giler mamat ni..tak ubah macam bapak dia.. dah kenapa pulak muka tu ketat semacam je.. patutnya aku yang rasa macamtu. Atau...dia ni cemburukan aku dengan Naail Nadhir tadi ke?'

"Bell, berhenti mengelamun tu boleh tak, ada yang saya tinggalkan awak kat sini nanti.. takkan saya nak dukung baru awak nak naik, ke awak tak sudi nak naik motosikal saya ni.." wajah yang sudah disarungkan topi keledar itu sengaja digarangkan. Kecut perut aku dibuatnya.

Aku geleng kepala laju-laju. Topi keledar yang dihulurkan aku pakai dengan sepantas yang boleh setelah mendengar salakan anjing liar yang bersahut-sahutan menjadikan suasana malam semakin menyeramkan. Mencanak bulu romaku dan terus aku panjat belakang motosikal berkuasa tinggi milik jejaka tampan ini.

Tanpa sedar sepasang lengan aku selamat mendarat di pinggang milik jejaka ini sambil aku berhasil merasakan ada beberapa ketulan kental menghiasi abdomen sempurna milik Elhan dengan jayanya. Sepasang mataku terpejam rapat pabila merasakan kehangatan tubuh Elhan yang mendamaikan gundah-gulana jiwaku. Berpadu rasa gelora gejolak nafsu yang semakin membara dalam ketakutan yang menggila dengan bunyi lolongan amat ngeri semakin gamat di malam suram ini.

'Bawalah aku pergi dari sini segera Elhan...' batinku menjerit bersama gigilan hebat di seluruh tubuhku.

Sentuhan lembut jejemari kasar itu sedikit sebanyak menghapuskan ketakutanku yang menggunung.
Ditepuk-tepuknya sedikit kekura lenganku yang sudah kemas bertautan di antara satu sama lain. Sedar dengan keadaan diriku yang sudah tidak terkawal, Elhan terus memecut laju jenteranya itu, segera meninggalkan kawasan yang semakin lama semakin mengerikan, tatkala aku terdengarkan hilaian suatu suara yang bisa merindingkan hatiku. Sumpah ini kali pertama dan kali terakhir aku akan berada di universiti ini pada waktu malam begini!

Assalamualaikum dan hai semua.. baru ada kesempatan mengupdate chapter baru..hope enjoyed it..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience