BAB 23 : (MERAJUK)

Romance Completed 5995

SENTUHAN dingin jejemari Elhan awal pagi itu mengejutkan diriku. Entah bila pula, tubuhku diangkat semula oleh Elhan yang sudah berbaring semula di atas katil ini betul-betul rapat bersebelahan denganku.

'Seingat aku, bukan ke aku tidur di sampingnya di sofa berwarna krim berbentuk L itu dalam keadaan duduk malam tadi?' aku berfikiran sendiri.

"Kenapa.. terkejut? Abang tak sampai hati nak biarkan sayang tidur macam tu..abang angkat sayang awal pagi tadi..kuat juga sayang peluk pinggang abang...sejuk ke..yelah hujan kan malam tadi?" Elhan senyum meleret.

"Abang dah makan...? Maaf, Bella biarkan abang tidur dalam kelaparan.." lain yang ditanya, lain pula jawapan yang aku berikan.

"Sayang juga kat abang, tapi kenapa takut kalau abang nak 'lebih-lebih' dengan sayang.., dulu kemain lagi" Elhan soalku kembali. Ada kekesalan dalam nadanya.

"Dahlah..Bella nak mandi..kejap lagi nak Subuh..takut terlambat.." aku tolak tubuh Elhan yang mula mahu menindih tubuhku. Aku beralasan untuk menolak lagi keinginan suamiku itu.

Setelah selesai membersihkan diri, dan lengkap berpakaian terus aku sarung tubuhku dengan kain telekung. Tahulah Elhan aku tidak mahu disentuh olehnya lagi. Aku bentangkan sejadah sementara menunggu Elhan bersiap sedia untuk mengimamkan solat Subuh kami pada pagi itu. Usai solat, aku terus menyalami dan mengucup huluran tangan Elhan, dan cepat-cepat aku bangun semula, tidak sempat lelaki itu ingin melabuhkan kucupannya di dahiku. Aku pantas mengelakkan diri.

"Abang, Bella nak turun tolong bik Jorah sediakan sarapan.." aku maklumkan pada Elhan terlebih dahulu sebelum aku melangkah keluar dari bilik ini.

Elhan hanya memerhatikan tingkahku. Punggungnya dihenyak kasar di atas katil empuk itu. Aku lihat dia meraup wajahnya agak kasar, namun aku tetap juga melanjutkan langkahku tanpa hentinya sehingga aku sampai ke ruangan dapur. Sempat aku buat bibik Jorah terkejut pada pagi itu.

"Waduh... jangan kagetkan bik Jorah begini puan Bella, copot jantung bibik..." bibik Jorah sudah mengurut dadanya. Aku tertawa kecil.

"Maaf bik..saya tak sengaja..bik Jorah masak apa pagi ni..boleh saya tolong..bosanlah bik, sambil tu boleh belajar.."

"Oh...mahu belajar..tuan Elhan ngak marah kok..nanti dimarahin bibik, bagaimana?" bibik Jorah tayang muka serba-salah.

"Taklah bik, tuan Elhan takkan marah, lagi suka adalah..isteri dia nak masakkan makanan untuk dia..dulu arwah kak Bellina pasti pandai masakkan bik..?" soalku mahu mengetahui serba sedikit tentang kakak kembarku itu.

Bibik Jorah tersenyum mekar lalu anggukkan kepala. Tahulah aku, arwah kak Bellina memang pandai memasak berdasarkan senyuman bik Jorah itu. Sebentar kemudian, tangan tua bibik Jorah ligat mengeluarkan bahan-bahan untuk menyediakan nasi lemak pada pagi itu. Semua bahan sudah tersusun di table top seramik itu. Ada beberapa butir telur, timun, bawang besar, cili kering dan macam-macam lagi bahan yang kebanyakkannya aku tak kenal dan tak pernah ketahui. Becok mulutku menanyakan bahan-bahan itu pada pembantu rumah Elhan ini. Mujur dia tak bosan melayan kerenah aku.

Di hujung sana sudah kedengaran ada suara-suara kecil yang sedang berbisik sesama sendiri. Elhan sedang menegah Arayumi yang mengekek mentertawakan aku. Begitu juga dengan Elhan. Tawanya yang ditahan-tahan dari tadi terburai juga. Ketawakan akulah tu, takkan bibik Jorah pula. Aku yang terasa hati terus membawa diriku keluar mengikuti pintu belakang dapur.

"Mommy Ara merajuklah papa.. papalah ni, gelakkan mommy Ara tadi..Tapi kelakarlah, mommy Ara yang dah besar panjang ni pun tak kenal mana satu garam mana satu gula.." Arayumi bersuara lantang.

"Takpe, biar papa pujuk..Arayumi duduk dengan nek bik Jorah kejap ya..jangan nakal ok.." aku jeling tajam pada Elhan.

Elhan mendapatkan aku yang sudah berada di tepi kolam mandi itu. Wajahnya memucat seperti mayat. Sememangnya kulit Elhan memang sedia pucat, bertambah-tambah pucatnya.

"Sayang...jangan duduk kat situ.. tolong jauhkan diri dari swimming pool tu, please..!" teriak Elhan dengan suara tersekat-sekat.

Aku yang terkejut dengan sergahan itu, segera berlari mendapatkan Elhan yang sudah mahu pengsan. Tubuhnya sudah melutut di atas rumput karpet yang menghijau itu, segera aku rangkul dia dalam pelukanku. Langsung hilang rajukku terbang melayang.

"Abang...abang ok kan..? Baiklah, Bella takkan pergi situ lagi..kenapa abang takut sangat..sampai berpeluh-peluh macam ni sekali..?" soalku cemas.

"Sshh... peluk abang, sayang..peluk kuat-kuat...jangan lepas selagi abang tak beritahu.." pinta Elhan sungguh-sungguh.

Aku akur, belakang tubuh Elhan aku elus perlahan-lahan. Degupan jantungnya yang begitu laju dapat kudengar dengan jelas. Aku tahu dia di dalam ketakutan, mungkin juga sedang diserang panik yang agak melampau. Seluruh tubuhnya menggigil hebat. Mujur, dia tidak sampai pengsan di sini.

"Abang..jangan takut ya, Bella ada dengan abang, keep breathing... slow-slowly, ikut Bella ok..feel better now?" aku tatap wajah Elhan tanpa berkalih sedikit pun.

Elhan angguk kepala. Aku hapuskan manik-manik jernih yang mencemari wajah pucatnya itu dengan ibu jariku. Aku peluk kembali tubuhnya itu kerana dia menginginkannya kembali. Lama juga kami berkeadaan seperti itu, sehinggalah Elhan sendiri yang meleraikannya.

"Sorry, abang susahkan sayang..dan buat sayang jadi takut.."

"So, ok..tapi kenapa abang jadi teruk sangat macam ni kalau Bella berada dekat kolam mandi tu..?" telunjukku lurus menghala ke kolam mandi yang membiru airnya itu kerana biasan jubin lantai marmar yang berwarna biru muda itu. Bentuk kolamnya yang seakan-akan nombor lapan itu kelihatan sangat unik.

"Ada cerita disebaliknya yang membuatkan abang trauma sampai ke hari ini. Nantilah abang cerita..abang masuk dulu nak mandi, habis basah baju kurta abang dengan peluh, nak teman abang tak, kita mandi sama -sama. Sayang pun dah bau masam kena peluh abang ni" Elhan mula senyum-senyum sambil menarik tanganku untuk berdiri semula. Terbuntang matanya bila aku angguk kepala. Meleret senyumannya, aku pula sudah tersipu malu.

***

Usai berpakaian, kami beriringan menuju ke dapur semula. Arayumi sudah mendapatkan aku, sempat dia bisikkan sesuatu denganku kerana aku tinggalkan dia lama dengan bibik Jorah tadi. Terbuntang mataku, sebelum mengukirkan senyuman semula. Semua ni terjadi disebabkan gara-gara Elhan, pantang beri muka, pasti dia takkan lepaskan sedikit pun peluang itu. Orang lelaki ni memang macamni kot perangainya!

"Sayang, makan..kenapa ditenung je nasi tu..nak abang suapkan juga ke..?" soal Elhan yang tengah menyuapkan nasi lemak itu ke mulut Arayumi.

"Takpe, Bella boleh makan sendiri, bik Jorah mana..? Dia tak makan sekali.." pandanganku melilau mencari keberadaan bibik Jorah.

"Bik Jorah ada dekat tingkat atas tu, tengah layan ibu Lynna lah tu agaknya, kejap lagi abang nak jumpa ibu Lynna, sayang nak ikut tak..?"

"Takpelah, ibu Lynna tak sukakan Bella, dia tak boleh pun tengok muka Bella ni, tak nak lah keruhkan keadaan.. berilah dia masa, mungkin masih terkesan dengan pemergian arwah kak Bellina.." kataku lirih, aku sisipkan sedikit jus oren di pegangan tangan.

"Ok, faham... tolong jaga Arayumi, nanti siapkan Arayumi sekali, petang ni abang nak bawa sayang ke suatu tempat.." Elhan menghabiskan suapan terakhirnya dan terus berlalu ke tingkat atas menempatkan puan Aralynna.

***

Seperti yang dijanjikan, Elhan membawa aku ke sebuah tasik yang sangat cantik petang itu. Di kelilingi pohon-pohon yang menghijau dan kekuning-kuningan memperlihatkan indahnya ciptaan Yang Maha Esa.

Arayumi ditinggalkan di bawah jagaan bibik Jorah kerana sudah tertidur setelah kepenatan bermain kejar-kejaran denganku di halaman kediaman Elhan tadi. Walaupun sudah beberapa kali ditegur oleh Elhan, namun aku dan Arayumi tidak mengendahkan sedikit pun. Seronok pula aku melayan kerenah anak kecil itu yang tertawa riang. Sudahnya, Elhan sama-sama menyertai kami bermain kejar-kejaran itu, sebelum membawa aku ke sini tadi.

"Abang...cantiknya kat sini, abang pernah datang sini dengan arwah kak Bellina..?" soalku padanya. Elhan pantas geleng kepala.

"This is my favourite place..kat sini abang luahkan segala rasa yang abang pendamkan. Dekat sini juga abang cari ilham.." Elhan senyum kelat.

"Macam kecewa je bunyinya..but i think you make a right choice..kat sini boleh jerit sesuka hati and cari inspirasi..rasa tenang kan? Boleh tak abang sambung balik cerita yang tertangguh semalam.." pintaku yang sudah melabuhkan punggungku di atas rumput yang menghijau itu.

"Sinilah...kenapa jauh sangat, duduk sebelah abang..abang rindu sangat dengan sayang..tiga tahun kita terpisah sayang.. sempat abang ingat sayang dah tinggalkan abang. Sayang tak rindu kat abang ke?" soal Elhan yang sudah menghulurkan lengan kekar kirinya. Aku sambut huluran itu dengan pantas.

Aku tatap wajah Elhan lekat. Tak berkedip walaupun sesaat. Andai kau tahu betapa rindunya aku padamu, Elhan. Tapi aku tak mampu, Elhan..aku tak mampu untuk lukakan lagi hatimu yang tulus mencintaiku.

"Sayang rindukan abang kan..?" ulang Elhan lagi.

"Ya, Bella rindu..rindu sangat -sangat. Betul ke abang fikir Bella dah mati..? Oklah, jangan tukar topik, cerita cepat..pasal arwah kak Bellina, pasal Bella yang tertangguh tu.."

"Erm... jangan cakap pasal tu lagi sayang, abang dah tak sanggup nak berjauhan lagi dah. Sini, abang peluk sikit..sayang nak dengar yang mana satu dulu.."

"Ish..main-mainlah abang ni, cepatlah..kalau tak Bella terjun tasik tu nanti.." aku dah menepis lengan Elhan, berura-ura untuk bangun.

"Don't...big no..abang takkan pernah izinkan..ya..ya..abang cerita.." hidung mancungku ditarik manja.

***

Elhan terus buka mulut menceritakan tentang aku tiga tahun lepas. Sepanjang penceritaannya, aku dengar penuh tekun dan minat. Sedikit pun aku tidak mencelah bicaranya. Menurut cerita Elhan, selepas balik dari Turki kami sambung balik pengajian kami macam biasa. Hubungan kami masih dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakan sekampus.

Kebetulan, balik sahaja dari Turki kami terus mengharungi peperiksaan akhir semester pertama. Hampir dua minggu lepas tamatnya peperiksaan itu, cuti akhir semester pula bermula. Aku dan Elhan ambil keputusan untuk pergi bercuti, sekaligus menyambung 'honeymoon' kami.

Namun, masa nak pergi bercuti tu, aku pula mendapatkan perkhabaran tentang arwah daddy Ayaz yang sakit tenat di Turki. Terus aku batalkan percutian yang aku rancang bersama Elhan dan mengambil keputusan membawa diriku terbang ke Turki. Aku mahu Elhan menemani diriku namun dia pula ada urusan yang hendak diselesaikan. Dan, bermulalah episod perpisahanku dengan suamiku ini dan peristiwa kelam itu mula menghantui hidupku. Aku dipenjarakan di atas pertuduhan membunuh arwah daddy Ayaz. Sungguh, aku betul-betul tidak menjangkakan takdir hidupku tertulis sebegini rupa!

"Arghhhhhhh....." aku lepaskan segalanya di hadapan tasik semulajadi yang agak lebar itu. Mujur pengunjung masih tidak terlalu ramai di sini.


"Lega dah..?" soal Elhan semula. Aku senyum manis pada Elhan.


"Abang...macam mana pulak dengan Arayumi..? Arayumi memang betul ke anak kita..abang betul-betul pasti...?" soalku menginginkan kepastian daripada lelaki ini.

"Abang pasti sayang ibu kandung Arayumi, tapi..."


"Tapi...tapi...apa..? Kejap abang, Bella dapat panggilan..nak jawab call kejap.." Elhan mengangguk memberikan aku ruang. Pelukannya di pinggang rampingku segera dileraikannya.

Aku menjauhkan sedikit diriku daripada Elhan seraya menjawab panggilan yang masuk di telefon bimbitku. Butang hijau itu pantas aku geser dan tanpa berlengah aku tanyakan gerangan yang membuat panggilan di hujung talian yang bersambung. Setelah beberapa minit berbual aku segera mendapatkan Elhan yang sedang membuang pandangannya ke tasik itu.

"Kenapa cemas semacam je ni? Everthing ok..?" soal Elhan sedikit cemas.


"No, abang...kita kena pergi ke hospital sekarang, abang Zill...abang Zill tenat..." kataku terbata-bata. Aku sudah tidak tentu arah. Air mata sudah membasahi wajahku.


"Sabar sayang....ok, kita ke hospital sekarang.." Elhan terus tarik lenganku ke dalam kereta dan tanpa berlengah lagi, dia pantas memecut keretanya itu menuju ke hospital yang menempatkan Zill Qayyim.

***

Aku terus membawa diriku ke lobi hospital berkenaan sebaik sahaja Elhan selesai memarkirkan keretanya. Melebar langkahku menuju ke kaunter pertanyaaan itu, sedikit sahaja lagi diri ini hampir berlanggar dengan katil pesakit yang ditolak oleh dua orang jururawat itu kerana tidak berhati-hati. Elhan yang ada di belakangku hanya mampu gelengkan kepala. Keberadaan Zill Qayyim terus aku soal pada jururawat yang bertugas. Kami terus menuju ke tingkat tiga untuk mendapatkan Zill Qayyim seperti yang diberitahu oleh jururawat yang sedang bertugas di kaunter tersebut. Elhan aku suruh dia pulang duluan, kerana sudah agak lama kami tinggalkan Arayumi di bawah jagaan bibik Jorah. Risau juga kalau Arayumi sampai mengamuk dan merengek disebabkan ketiadaanku dan Elhan nanti sampai menyusahkan bibik Jorah pula.

"Abang balik dulu ya, takut pula Arayumi mengamuk..nanti kalau ada apa-apa, Bella call abang.."

"Yelah...take care, apa-apa call abang...jangan pandai-pandai bertindak sendiri.." Elhan kucup dahiku setelah usai aku salam dan kucup kekura tangannya itu. Aku hantar pemergian Elhan dengan sorotan pandanganku yang mula kabur dek air mata yang mula merembes di kelopak mata.

***

Sudah tiga jam berlalu, aku masih lagi setia menunggu di luar bilik unit rawatan rapi itu. Belum ada kebenaran untuk aku melawat Zill Qayyim di dalam bilik tersebut. Dari tadi beberapa orang doktor silih berganti memasuki ruangan itu membuatkan aku sudah tidak senang duduk. Masing-masing mempamerkan wajah yang sempat mencemaskan diriku.

Tidak henti mulutku terkumat-kamit memanjatkan doa untuk kesejahteraan Zill Qayyim semula. Akhirnya, aku dihampiri oleh seorang doktor wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu, menanyakan waris kepada Zill Qayyim. Pantas aku anggukkan kepala pada doktor wanita itu.

Aku lepaskan satu keluhan halus dari bibirku. Lega semula hatiku, apabila doktor wanita itu memaklumkan keadaan Zill Qayyim sudah mula stabil. Zill Qayyim berjaya melepasi masa-masa sukarnya sebentar tadi. Berita kegembiraan itu aku kongsikan bersama Elhan. Aku kirimkan mesej pesanan ringkas melalui aplikasi What Apps milik Elhan. Tidak lama kemudian, telefon bimbitku berdering dan pantas aku geserkan butang hijau itu apabila terpandang nama Elhan terpapar di skrin telefon bimbitku.

Aku maklumkan pada Elhan keadaan Zill Qayyim sudah mula membaik dan menunjukkan tanda-tanda positif untuk sedar semula. Zill Qayyim berjaya mengharungi saat-saat kritikalnya sebentar tadi. Elhan memaklumkan kepadaku yang dia akan segera ke hospital sebentar lagi bersama Arayumi. Sempat dia memberitahuku Arayumi sudah merengek mengingin kan aku.

Aku minta Elhan memujuknya sebentar dan memaklumkan keberadaanku di sini adalah untuk 'uncle daddy' nya itu. Dengan harapan, Arayumi tidak lagi membuat onar. Aku titipkan pesanan buat Elhan supaya kekal berhati-hati dalam pemanduannya. Talian pantas aku matikan kerana doktor wanita itu sudah memberikan kebenaran untukku melawat Zill Qayyim di dalam bilik itu. Sempat doktor itu titipan sedikit pesanan supaya jangan terlalu lama berada di sini dan jangan sesekali mengganggu pesakitnya itu.

Aku tundukkan kepala tanda faham setiap arahannya itu. Perlahan-lahan aku melangkah sambil menggunakan pakaian khas ketika melawat Zill Qayyim. Penutup muka bersama pakaian khas berwarna biru itu sudah tersarung di tubuhku dengan bantuan seorang jururawat yang bertugas.

Perlahan-lahan aku mendapatkan sekujur tubuh Zill Qayyim yang berselirat dengan segala wayar di tubuhnya yang semakin susut. Dia masih tidak sedarkan diri dan dibantu dengan topeng oksigen itu untuk bernafas. Gugur air mataku deras mencemari wajahku, aku tahan esakkanku supaya tidak kedengaran.

Aku renung seraut wajah Zill Qayyim yang kelihatan tenang dan sedikit pucat di pembaringannya itu. Kelopak matanya yang tertutup rapat memperlihatkan bulu matanya yang lentik dan lebat. Aku jadi tertawa sendiri bila teringatkan kata-kata lucu Zill Qayyim seketika dulu menceritakan pasal bulu matanya itu. Katanya, dia mendapatkan bulu matanya itu disebabkan masa ibunya mengandungkan dia, ibunya selalu dekat-dekatan dengan seekor kuda. Mungkin ter'kenan' kuda tu agaknya. Walaupun jenakanya itu seakan menjengkelkan, namun dia berjaya membuatkan hatiku sedikit terhibur.

Aku hapuskan air mataku yang masih bersisa. Punggung yang sudah aku labuhkan di atas kerusi itu aku tolak semula untuk segera berdiri. Cuping telinga Zill Qayyim aku hampiri dan aku bisikkan kata-kata semangat untuk dirinya. Aku memintanya untuk terus bertahan sementara aku dan Elhan akan menunaikan impiannya itu. Aku labuhkan kucupanku di dahinya sebelum membawa langkahku ke pintu untuk keluar dari bilik ini. Sempat juga aku menyatakan rasa sayangku pada dirinya yang sudah aku anggap sebagai seorang abang kepada diriku.

Aku kesat pantas air mataku yang mula tumpah pabila susuk tubuh Elhan bersama Arayumi sudah mendapatkanku sebaik sahaja pintu bilik ini tertutup semula.

"Bagaimana keadaan abang Zill, sayang..dia baik-baik aje kan?"

"Alhamdulillah.. much better, tapi dia belum sedar lagi..abang masuklah tengok sendiri. Arayumi biar Bella jaga.."

"Ok..tunggu abang kejap.." Arayumi diserahkan ke dalam dukunganku.

Sementara menunggu Elhan melawat Zill Qayyim di dalam bilik itu, aku bawa Arayumi ke kafe hospital. Aku pesan dua minuman coklat sejuk untuk diriku dan juga Arayumi. Becok mulut Arayumi menanyakan keadaan daddy unclenya itu padaku. Namun, aku yang tidak beberapa ingin melayan, kerana keletihan dan fikiran yang sudah melayang, sudahnya membuatkan Arayumi merajuk denganku.

Arayumi adukan perkara itu pada Elhan sebaik sahaja kami sudah berada di dalam perut kereta. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Arayumi mengomel mengadukan tingkah aku pada bapanya itu sehingga sakit kepalaku dibuatnya oleh anak kecilku ini, sehinggakan tidak sedar aku sudah terlena di tempat duduk belakang kereta itu bersama dengkuran kecil.

Done update...hope enjoyed..merajuk la pulak...si comel tu..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience