BAB 38 : (BELI JIWA)

Romance Completed 6051

AKU masih tercegat di hadapan pintu 'ladies' di Paya Bunga Square ini sambil menanti encik Eijaz yang masih belum keluar. Lama sungguh dia ni kat dalam toilet lelaki tu, tolong cleaner bersihkan tandas tu agaknya. Memang perangai si ketua aku ni kalau masuk ke dalam bilik air, selagi tak terpacak rambutnya itu, berjam-jamlah dia di dalam tu. Kedua-dua belah tangan sudah terasa kebas kerana menjinjing beberapa beg kertas serta bungkusan yang baru dibeli oleh aku dan encik Eijaz.

Arayumi, Eshal dan Arisha telah lama menanti kami di restoran McDonald's bersama kak Pipah, orang gaji baru aku.

Kami berdua terus menuju ke arah McDonald's sejurus selepas encik Eijaz keluar dengan menayang muka macho tanpa rasa bersalah. Sementelah perut pun sudah berbunyi.

"Lamanya mommy pergi ladies, sakit perut ya.." Arayumi menyoal, tapi aku juihkan bibir ke arah encik Eijaz yang sudah tersengih-sengih. Arayumi tertawa lepas. Sebaik melihat aku buntangkan mata terus tawa Arayumi terhenti.

"Dah habis makan ke..? Sorry, daddy Eijaz lambat, susah betul nak buat rambut macam ni, by the way..daddy Eijaz handsome kan macam selalu.." encik Eijaz angkat-angkat keningnya.

"Daddy Eijaz memang handsome lah, tak kisahlah macam mana pun.." Ashira menyampuk dengan mulutnya penuh di sumbat kentang goreng itu.

"Dik Ashira, masa makan jangan bercakaplah.." tegur Eshal yang baru menyudahkan makannya.

"Nak tambah lagi ke, Yumi..kak Pipah, awak sendiri, Bella.." Arayumi bersama kak Pipah geleng kepala.

"Hah, cukuplah ni..semua dah kenyang kan?" soalku kepada mereka berempat. Semuanya angguk kepala.

"Ish, awak ni Bella..makan betul -betullah, sini saya tolong lapkan.."

"Takpe uncle Eijaz, Eshal boleh buat untuk mommy.." Eshal terus mengelap lelehan sos mayonis di tepi bibirku. Tidak sedikit pun dia membuka ruang untuk Eijaz mendekati aku. Sepasang mata bulatnya menikam wajah kacak encik Eijaz dengan renungan yang tajam. Terbantut perlakuan encik Eijaz yang ingin bermesra denganku.

Sepanjang aku kenalkan encik Eijaz pada anak-anakku, hanya Eshal keberatan menerima encik Eijaz dalam hidupnya. Menurutnya, Elhan lebih selayaknya mendampingi dirinya berbanding Eijaz. Eshal masih memasang harapan yang sangat tinggi menantikan kepulangan Elhan di sisinya walaupun entah berapa lama lagi harus menunggu. Berbanding pula dengan Arayumi dan si bongsu, Arisha. Bagi mereka kehadiran encik Eijaz di sisi tak ubah sebagai pengubat rindu mereka kepada insan yang bergelar 'bapa'. Encik Eijaz tempat mereka bermanja dan sekaligus mendapatkan secebis kasih sayang seorang ayah.

Yang aku pelik, encik Eijaz sepertinya senang menerima kehadiran anak-anak gadisku itu. Dan tidak aku menjangka, dia sedang bertungkus-lumus ingin menambat hati satu-satunya anak lelakiku yang keras hati itu. Bermacam-macam cara dilakukan encik Eijaz untuk mengambil hati Eshal, namun, Eshal seperti tidak termakan dengan umpanan encik Eijaz itu. Sepertinya dia dapat membaca niat sebenar yang encik Eijaz sedang ingin membeli jiwanya.

Selepas usai menjamu selera, kami semua mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Namun, encik Eijaz mengambil kesempatan untuk membawa kami bersiar-siar di Pusat Sains dan Kreativiti, Terengganu. Anak- anakku sudah teruja apabila mengetahui encik Eijaz akan membawa mereka ke Planetarium. Mungkin darah saintis yang mengalir di tubuh badan mereka, membuatkan mereka bertiga begitu seronok meneroka pelbagai alatan sains yang interaktif dan berbentuk dalam konsep permainan itu.

Pengunjung yang bertandang ke Planetarium ini, dapat menyaksikan sendiri simulasi dan dokumentari mengenai angkasa dalam bentuk 3D yang dipancarkan pada 'Dome' (Kubah). Mereka juga dapat merasai pengalaman menjelajah ke angkasa lepas yang dipenuhi bintang-bintang, planet, meteor dan pelbagai lagi. Keterujaan Arisha semakin membuak-buak apabila terlihat senyuman lebarnya yang terukir di wajah comelnya, walaupun tubuhnya sendiri sudah agak keletihan mengikuti langkah lincah si kakak dan si abang kembarnya.

Aku juga tidak melepaskan peluang untuk menerokai dunia sains yang sudah lama aku tinggalkan. Terlayar kembali kenangan itu di mindaku saat aku terpandangkan sejenis alatan sains yang sering aku gunakan dulu bersama geng zaman universitiku. Sedang leka aku melihat dan membaca segala butiran fakta sains itu yang ditemani encik Eijaz di sisi, aku dikejutkan oleh suara Arayumi yang berteriak keras memanggil sebaris nama adik bongsunya itu.

Tersentak aku dibuatnya, lantas berlari aku dapatkan Arayumi yang tidak jauh dari kedudukanku.

"Mommy, adik Arisha..adik Arisha tiba-tiba jatuh pengsan mommy.." Arayumi sudah hampir menangis apabila Arisha tidak memberikan sebarang tindak balas.

"Kenapa ni..? Berikan laluan, saya seorang doktor..tolong berikan ruang, jangan sesak berkumpul begini, tolong berikan kerjasama.." tenang suara itu dan terus dia memberikan rawatan awal pada Arisha.

"Macam mana doktor, anak saya baik-baik sahaja kan..?" soalku pada doktor lelaki itu.

Sebaik dia mendongakkan wajahnya, aku tertegun bersama-sama dengan dirinya. Pucat lesi wajah doktor itu pabila menatakan pandangannya kepadaku.

"Naim...Dr Naim Nazreen..?!!!"
"Bella... Arabella..?!!!"
Serentak kami memanggil nama lawan masing-masing. Encik Eijaz yang berada di sampingku agak terkejut. Begitu juga dengan Arayumi, Eshal dan kak Pipah.

"Kita kena bawa juga anak perempuan awak ni ke hospital, Bella.. dia ada masalah apa-apa ke..?" soal Dr Naim yang sedang memeriksa denyutan nadi Arisha di pergelangan tangan kecilnya itu.

"She is a Thalassemia patient.." jawabku ringkas.

"Oh, i see.. now follow us to Salam Specialist Hospital.."

"Wait... kau ni adik Naim kan, anak mak lang Nayla..? Akulah abang ngah, Eijaz..abang sepupu kau, sama dengan abang lang Elhan, anak mak long Natrah.." Encik Eijaz memperkenalkan diri. Berpelukan sebentar bersama Dr Naim. Namun, hatiku yang sudah libang libu terasa mencengkam dada saat encik Eijaz menyebut sebaris nama Elhan.

"Ya..Allah, abang ngah..lamanya tak jumpa, kita sambung nanti di hospital ya..saya kena rawat anak rakan saya ni dulu. Kami satu universiti dulu, sama dengan abang lang Elhan.."

"Yelah, abang ngah ikut dari belakang dengan yang lain-lain.."

"Eshal nak ikut mommy naik ambulance, Eshal tak boleh tinggalkan adik Arisha.." Eshal sudah menangis untuk mendapatkan adik kembarnya itu yang sudah berada di dalam perut ambulan.

"Ok, Eshal ikut mommy, yang lain ikut daddy Eijaz...kita jumpa di Salam Specialist Hospital nanti. Encik Eijaz saya titipkan Arayumi dan kak Pipah sebentar" encik Eijaz segera tundukan kepalanya berulang kali tanda setuju.

Aku terus menaiki ambulan bersama Eshal untuk menemani Arisha bersama seorang jururawat yang dari tadi memantau keadaan Arisha. Dr Naim pula sudah mengambil tempatnya di sebelahku. Tanpa berlengah lagi, Arisha terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kira-kira dua puluh minit kemudian kami sampai di hospital swasta tempat Dr Naim bertugas. Arisha terus diberikan rawatan segera. Aku dan Eshal pula diarahkan menunggu di luar bilik rawatan kecemasan itu. Hampir satu jam kami menunggu, kemunculan Dr Naim Nazreen sebentar tadi membuatkan aku berasa lega semula.

Dr Naim membawa aku, Eshal, Arayumi, encik Eijaz dan kak Pipah ke kafeteria hospital untuk membasahkan tekak sekaligus membicarakan keadaan Arisha. Kebetulan, hari ini adalah hari cuti kerja Dr Naim, sebab itulah dia kelihatan agak santai dari kebiasaan -nya.

"Dr Naim, macam mana keadaan Arisha...?" soal encik Eijaz yang sejak dari tadi kelihatan tidak senang duduk, merisaukan keadaan si bongsu.

"Alhamdulillah, Arisha hanya kepenatan, sel darah merahnya masih dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan pemindahan darah buat masa ini. Jangan risau, Arisha dalam keadaan yang baik. Sekarang pihak kami bantu dengan bekalan ubat. Kami akan pantau dari masa ke semasa, jika keadaan Arisha yang membutuhkan transfusi darah, pihak kami akan inform dengan kadar segera.." terang Dr Naim Nazreen panjang lebar. Dia menyedut sedikit rakus Americano Coffee Iced yang dipesannya sebentar tadi. Kehausan doktor lelaki ini rupanya.

"Syukur...Alhamdulillah, lega saya dengar Arisha tak ada apa-apa yang membimbangkan..berapa lama dia kena tahan dalam wad itu..." soalku pada Dr Naim. Aku bimbang jika Eshal pula akan merindukan adik kembarnya itu, mana mereka berdua pernah berpisah terlalu lama.

"Bergantung tahap kandungan sel darah merah di badannya. Jika masih stabil, esok dah boleh discharge.. namun jika disebaliknya, mungkin ambil masa dua ke tiga hari..." Dr Naim menerangkan keadaan Arisha serba ringkas.

"Eh, kejap..Arisha ni anak abang lang Elhan kan? Dan korang berdua..." Dr Naim Nazreen kelihatan pelik dengan keakraban aku bersama encik Eijaz, abang sepupunya itu.

"Betullah tu, kami ni hanya sebatas majikan dan rakan sekerja, Dr Naim. By the way, encik Eijaz ni bos saya dekat Paya Bunga Hotel Sdn. Bhd..Dr Naim, ada berita tentang abang Elhan..?" soalku pada Dr Naim.

Namun, Dr Naim dah tersedak, tercekik air kopi ais yang baru melalui anak tekaknya. Nasib sempat menelan cecair hitam pekat itu, kalau tak wajah Arayumi menjadi sasaran si jejaka meluahkan segala yang terkumpul di rongga mulutnya. Tangan Arayumi naik mengelus lembut belakang tubuh doktor tampan ini yang masih terbatuk-batuk. Merah padma wajah- nya yang putih bersih itu menahan perit di tenggorokannya. Bergerak-gerak biji halkumnya saat lembut telapak tangan Arayumi mengelus belakang tubuhnya itu yang berlapikkan kemeja lengan panjang berwarna ungu gelap itu. Sedondon pula warna bajunya dengan blouse lengan panjang yang tersarung di tubuh tinggi lampai Arayumi.

"Kenapa ni adik Im, tanya je pasal alang Elhan, kau gelabah semacam..tak pasal-pasal pulak sampai tercekik air liur sendiri..kau tahu sesuatu ke pasal alang Elhan hah?!" soal encik Eijaz pula.

Aku pula dah tak senang duduk, macam cacing kepanasan aku di atas kerusi besi ini. Adakah alang Elhan yang dimaksudkan oleh encik Eijaz orang yang sama dengan abang Elhan, suamiku itu? Seingat aku, Dr Naim dengan abang Elhan juga ada pertalian darah di antara mereka. Mereka berdua juga merupakan sepupu rapat. Jika firasatku benar, encik Eijaz adik-beradik dengan abang Elhan? Encik Eijaz abang kandung abang Elhan, suami aku..?! Tidak, katakan ini tidak benar sama sekali...!

"Dr Naim, katakan yang sebenarnya.. ceritakanlah apa yang awak tahu pasal suami saya, tolonglah..saya merayu pada awak, Dr Naim..dah lama saya berjauhan dengan abang Elhan..hampir sedekad lamanya kami berpisah.." aku mula mengongoi di dalam dakapan kak Pipah. Deraian air mataku yang membanjiri wajah tidak aku pedulikan lagi.

Terkejut Dr Naim melihat kesedihanku itu. Namun, masih tiada bicara dari Dr Naim buat aku hilang kesabaran. Terus sahaja aku meluru ke arah jejaka yang duduk di hadapanku ini, kolar baju kemejanya sudah aku cengkam kuat dengan tenaga yang masih bersisa.

"Tolong Naim...aku syak kau mengetahui segalanya pasal Elhan. Dan apa hak kau nak sorok kebenarannya pada aku hah...Kau masih menaruh hati pada aku ke, Naim...?!!!!!" Aku jerkah Dr Naim dengan agak lantang. Sudah hilang kewarasanku menanti doktor kacak ini membuka mulutnya.

Semua mata sudah memandang ke arahku saat ini. Ternanar encik Eijaz melihat tindakan aku yang agak kasar pada adik sepupunya itu. Terus dia leraikan cengkaman kuat aku pada Dr Naim yang sudah kelemasan mencari udara untuk terus bernafas.

"Sudah, Bella...awak tak malu ke, semua yang ada di sini dah memandang ke arah kita, Bella..jangan buat kecoh kat sini..behave, sini hospital, bukannya rumah awak.. mungkin adik sepupu saya ni tak tahu menahu kehilangan suami awak tu..! Jangan desak dia lagi. Kita balik sekarang, awak dah penat ni..." pujuk encik Eijaz yang menjernihkan semula keadaan yang tegang antara aku dan Dr Naim sebentar tadi.

Aku merengus kasar, baru dua langkah mahu meninggalkan mereka, tubuhku rasa seperti melayang. Namun, pantas sepasang lengan kekar encik Eijaz menyauk pinggangku dan aku sudah selamat berada di dalam cempungan lelaki itu.

Dr Naim yang melihat, segera mengarahkan encik Eijaz membawa aku ke dalam bilik rawatan setelah tubuhku sudah terkulai layu. Mataku hampir terpejam rapat. Hanya kedengaran sayup-sayup suara yang memanggil sebaris namaku. Duniaku gelap-gelita, sehinggakan tiada lagi cahaya yang sudi membiaskan cahaya untuk diriku. Sepasang mata bundarku sudah tertutup rapat. Dan tiada lagi kedengaran hiruk-pikuk yang menampar gegendang telinga ini. Senyap-sunyi saat ini.

***

Kepulan asap putih itu membuatkan aku membuka mataku semula. Ada satu figura yang sedang duduk membelakangi diriku di atas kerusi roda itu menyapa pandangan kabur sepasang mata bundarku. Aku gosok-gosok lembut kedua-dua belah mataku untuk melihat lebih jelas. Perlahan-lahan langkah kuatur untuk menghampiri dirinya itu seolah-olah sedang menantikan kehadiranku.

Namun, semakin langkah ini mendekat, semakin terasa begitu jauh untuk aku mendapatkannya, sehingga tubuhku sudah dibaluti dengan rasa kelelahan yang menggunung. Lencun tubuhku dibasahi keringat, sehingga tiada lagi dayaku untuk mengerakkan lagi langkah yang kuatur. Pincang jadinya sehingga aku telah terjelepok di atas rumput karpet menghijau yang terhampar luas.

Aku menangis teresak-esak kerana gagal menghampiri figura itu. Aku salahkan diriku sendiri atas kegagalanku itu. Tidak lama kemudian, satu huluran lengan kekar di hadapanku membuatkan aku tanpa berfikir panjang menyambutnya. Sekali lagi aku dikecewakan kerana bukanlah bantuan yang kuterima melainkan dia semakin menjauhkan diriku dengan figura yang setia menanti aku mendapatkannya di atas kerusi rodanya itu.

Aku meronta-ronta sambil merayu supaya 'dia' melepaskan diriku daripada cengkamannya yang agak kemas di pergelangan lenganku. Aku lihat wajahnya itu tidak ubah persis Dr Naim yang sudah menyeringai. Sakan dia mentertawakanku yang kelihatan sangat menakutkan. Usahaku berhasil juga akhirnya, pabila lelaki itu dengan rela hati melepaskan aku pergi. Tanpa berlengah, terus aku paksa diri ini melangkah untuk mendapatkan lelaki yang tengah menunggu aku di atas kerusi rodanya sejak dari tadi.

Baru sampai di pertengahan jalan, bertembung pula aku dengan encik Eijaz. Entah dari mana pula munculnya dia, sekaligus menghalang diriku untuk segera bertemu dengan lelaki yang masih setia menanti kehadiranku.

'Argh..masa tengah gawat ni pula ramai je yang nak muncul...' bisik hatiku.

Aku gelengkan kepalaku sambil memejam mata. Berkali-kali aku ulang perlakuan itu dan apabila aku buka mataku semula, aku sedang berada di dalam kepungan dua orang lelaki yang baru muncul dan menghalang langkah kakiku untuk mendapatkan jejaka yang tidak pernah beranjak di kerusi roda itu. Tetap kaku dan masih sama keadaannya seperti mula-mula tadi.

Suara garau dan gemersik tawa yang berpadu di antara dua jejaka itu membuatkan aku dihurung ketakutan yang menggila. Sudah mahu terkeluar anak tekak aku menjerit supaya mereka segera menghentikan tawa yang kedengaran agak menggerunkan dan sangat menjengkelkan halwa pendengaranku. Namun, semakin lama semakin galak pula suara tawa itu berkumandang.

Aku naik seram dan semakin sakit kepala dibuatnya pabila duniaku kini seakan sedang berputar dengan begitu hebat. Silih berganti wajah kedua-dua mereka dengan mempamerkan rupa yang jelik, sempat membuatkan aku sudah mahu hampir pengsan. Lutut semakin terasa longgar untuk kekal berdiri, sempat buat aku jatuh terduduk juga akhirnya.

Aku jerit sekuat hatiku memanggil sebaris nama Elhan. Hanya itu yang mampu aku lakukan saat ini. Aku cuba untuk membuka mataku semula, namun mengapa kurasakan semakin sukar untuk berbuat demikian. Sepertinya kelopak mata aku sudah digam dengan menggunakan sejenis gam yang sangat kuat lekatannya.

"Bella...Arabella, bangun...sedar semula sayang, sayang mengigau teruk ni.." suara garau itu kedengaran jelas di corong telingaku.

Bacaan ayat-ayat suci kalam Allah juga sedang bergema di ruangan ini. Segera mata aku terbuka luas dalam keadaan yang tersentak. Suara merdu yang mengalunkan bacaan surah Yassin itu aku cari dengan sorotan mataku yang melilau menata di sekeliling ruang.

"Alhamdulillah, sedar juga dia..sejak dari tadi mengigau sakan, entah apalah yang dituturkan.." tangan lembut penuh kasih kak Pipah mengusap ubun -ubunku yang basah dek peluh.

"Saya dekat mana ni kak Pipah?" aku menyoal pembantu rumahku itu.

'Ya..Allah, aku bermimpi rupanya..' gumamku dalam hati.

Kelihatan bilik ini begitu asing dengan kediamanku di Icon Residence. Bilikku berlatar warna biru laut manakala bilik ini pula warna hijau epal melatari ruang yang agak luas ini.

"Bella ada dekat rumah Dr Naim.. anak-anak Bella, dengan encik Eijaz pun ada sama.." ujar kak Pipah sambil membantu aku untuk bangun dari katil itu.

"Kak Pipah..tadi saya ada dengar orang baca surah Yassin, siapa yang.."

"Bukan...bukan seperti yang Bella fikirkan, marilah kak Pipah pimpin, kita ke bilik sebelah.." deras acik Pipah memintas kata-kataku.

Mataku terus terbelalak pabila diri sudah berada di daun pintu bilik itu. Semuanya sudah berkumpul dan ada sekujur tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil bersaiz besar itu. Perlahan-lahan aku melangkahkan kaki untuk mendapatkannya. Semakin aku menghampirinya, semakin terketar lututku untuk meneruskan langkah kakiku. Akhirnya, terus aku labuhkan punggungku di birai katil itu.

"A...a..abang Elhan...?!"

"Sa..sa..yang..?!"

Done update...trmalah seadanya..sorry klu lmbt, author x berapa sihat..selesema terukkk...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience