BAB 9 : (TELEGRAM)

Romance Completed 5995

LAMPU-LAMPU kristal yang berwarna-warni menyala di tengah ruang. Tetamu-tetamu yang hadir pada malam ini kebanyakannya bersastus kan latar belakang orang kenamaan dan Dif-dif kerhormat dari bandar terkenal. Hampir kesemua tetamu mengenakan pakaian yang bergemerlapan. Segala perhiasan yang bergayutan di leher ataupun gelang dan cincin yang dipakai memancar berkilauan. Pesta ulangtahun hari jadi anak kenalan ibuku di malam itu benar-benar meriah.

Aku dari tadi memaut lengan ibuku dengan erat kerana terasa diri ini begitu kerdil jika dibandingkan dengan para tetamu jemputan yang bertandang. Aku kerling sebentar tubuh ibuku yang berdiri di sisiku. Tidak hairanlah dia berdandan sakan pada malam ini.

Malam ini, mommy Aralynn mengenakan gaun panjang gabungan warna krim dan juga putih. Dia tak ubah seperti bidadari yang baru turun dari kayangan. Rambutnya disanggul dengan dihiasi bunga mawar yang tersisip di telinga. Rantai mutiara melingkari lehernya yang jinjang dan berkulit mulus. Tubuhnya yang tinggi lampai dan persis seperti seorang model itu cukup untuk menggetarkan perasaan setiap lelaki yang memandang. Kecantikan yang terpancar dari wajahnya mengundang hasrat untuk dipuja. Puan Aralynn ibarat bunga yang kembang mekar di kalangan para jemputan itu.

Seketika itu, ada seorang lelaki bertubuh tegap dan tinggi lampai berjalan menghampiri kami. Semakin dekat langkahnya itu, semakin berdebar detak jantungku. Aura jejaka yang sangat berkarisma itu sempat membuatkan aku sedikit gementar. Aku meminta kebenaran untuk mengundurkan diri dari ibuku untuk mengambil minuman di hujung meja sana. Sengaja mencari alasan untuk terus mengelak untuk berhadapan dengan 'profesor hitler' yang agak menggerunkan ini. Auranya bisa membunuh.

Kelihatan ada seorang wanita seusia ibuku sedang sibuk menyambut tetamu sambil menguruskan hidangan yang akan disediakan untuk para jemputan mereka. Aku sisipkan sedikit air koktail buah-buahan sitrus yang sudah terhidang dengan sedikit hiasan di dalam cawan kaca berkaki halus itu.

Kakiku bawa melangkah berdiri di tepian kolam renang yang membiru airnya kerana biasan kepingan kecil jubin-jubin mozek berwarna biru tua itu. Tanpa sedar, tubuhku bergerak perlahan mengikut rentak muzik jazz yang sedang berkumandang, menikmati irama lembut dan mengasyikan itu.

"Hai cantik...kita menari sayang?" ajak seorang jejaka yang amat aku kenali.

"Woi, kau Hilal...apa kau buat kat sini hah.." sergahku sedikit terkejut.

"Birthday party member kamceng aku, takkan aku tak datang..tak sangka kau pun dijemput sekali.." ujar Hilal yang menjongketkan sebelah keningnya.

"Apalah kau ni Hilal.. special guest si Bella ni.. tadi kata nak menari, jomlah.." sampuk Durah pula.

"Eh, kejap...malam ni birthday party siapa?" soalku agak lantang. Namun cepat-cepat aku kawal nada bicaraku setelah ada mata-mata yang memandang ke arah kami bertiga.

"Elhan, Mr Poyo..." jawab Hilal dan Durah serentak.

"What..?!" aku yang baru hendak menelan air yang kuteguk barusan tadi terkeluar menyembur ke wajah Hilal. Habis basah muka jejaka itu dari ulahku yang tidak sengaja. Pantas aku memohon kemaafan dari jejaka yang segak mengenakan suit serba hitam itu. Aku tayang muka comel, sambil melekapkan kedua-dua belah telapak tangan yang kubawa merapat ke dadaku.

Aku keluarkan beberapa helaian tisu di tas tanganku. Pantas lenganku naik untuk mengelap wajah jejaka di hadapanku ini. Namun, lebih pantas lenganku di tahan oleh sebelah lengan sasa milik seorang lelaki. Dari haruman wangian jenama mewah Dior Homme Sport yang merambat di tubuh tinggi lampainya membolehkan aku mengagak gerangan si jejaka. Lelaran lengannya itu terhadap lenganku sempat membuatkan aku terdorong ke tubuhnya. Pandangan kami menyatu buat seketika, namun pantas aku mengundurkan kaki ke belakang beberapa tapak bagi mencipta jarak dengannya setelah Hilal mula berbicara.

"Elhan... kenapa ada kat sini, bukan ke kau nak diraikan sebentar lagi..?" soal Hilal sambil tangannya sendiri yang mengelap sisa air koktail yang mencemari wajahnya itu. Durah tampil terkocoh-kocoh membantu sepupunya itu. Mujur tisu yang digunakannya itu tisu basah, sedikit-sebanyak membantu menghilangkan rasa lekitan dari air manis yang mencemari wajah berona sawo matang dan berkumis nipis itu.

Elhan tidak menjawab soalan Hilal, bahkan sepasang matanya membulat memanah tajam ke arah wajahku. Entah apa yang ditiliknya pada muka aku ini.

"Woi.. aku tanya ni kan, jawablah..?" ulang Hilal sedikit keras. Irama yang semakin rancak itu membuatkan suara Hilal tengelam timbul.

Di tengah-tengah keramaian pesta itu, suasana semakin rancak pabila sebiji kek coklat selebar separuh meja khas itu dibawa keluar oleh seorang penyaji makanan. Sebaris nama indah milik Elhan dilaungkan dengan penuh bersemangat membuatkan pandangan para tetamu tertumpu ke arah sekujur tubuh tinggi lampai jejaka ini.

Elhan merapikan penampilannya yang mengenakan sepasang tuxedo di tubuh bak atletnya itu. Dia tersenyum manis padaku sebelum melangkah dengan penuh berkarisma ke sebuah meja beralaskan kain beropol berwarna biru gelap berdekatan dengan sebuah pentas dan kolam renang unik yang kelihatan reka bentuknya seperti nombor lapan. Elhan melirik pandangannya kepadaku memberikan isyarat supaya aku tetap kekal berdiri di sampingnya.

Sebentar kemudian, lagu selamat ulang tahun berkumandang di majlis keraian ini dari petikan piano dan gesekan biola oleh dua pemain muzik yang bertahap profesional yang diterbangkan khas dari negara Eropah. Elhan meniup sejumlah batang lilin yang terdapat di sekeliling kek tersebut. Kelihatan wajahnya begitu comel seakan-akan kanak-kanak berusia sepuluh tahun lagaknya. Kedua-dua belah pipinya menjadi kembung saat menahan nafas sebelum dilepaskan secara sedikit kasar untuk memadamkan nyalaan lilin-lilin yang melingkari kek berbentuk segiempat tepat itu.

Fikiranku mula menerawang jauh dalam lamunanku yang membuyar. Aku tengah membayangkan sambutan hari lahir sepasang anak kembarku bersama Elhan. Elhan berdiri di samping anak lelaki kami dan aku berdiri di sebelah anak perempuanku yang berusia sepuluh tahun. Saat kedua-duanya untuk meniup lilin kek hari jadinya itu, persis sekali wajah mereka dengan wajah Elhan saat ini. Aku tersenyum sendiri bila memikirkan lamunanku itu.

Bunyi petikan jari yang tepat di wajahku sekaligus menyentak lamunanku sebentar tadi. Suapan kek dari Elhan aku sambut dengan membuka sedikit mulutku. Aku ulang kembali perlakuan yang sama dilakukan Elhan terhadapku. Tindakan berani Elhan yang mencium pipiku, membuatkan rata-rata tetamu berbisik semasa sendiri. Aku terkesima dengan tindakan pantas itu, lantas menundukkan pandanganku. Merona kemerahan wajahku menahan malu.

Dentingan bunyi sudu yang diketuk berkali-kali di gelas kaca itu kembali menghentikan suara-suara para tetamu yang tengah bergosip sesama sendiri. Pandangan rata-rata para tetamu sudah tertumpu pada profesor Edward yang sudah berdiri di atas pentas mini itu. Ada puan Aralynn yang tersipu malu menemani dirinya di situ.

"Attention...attention please... Erm, mm..." Profesor Edward berdehem kecil sebelum melanjutkan bicaranya.

"Baiklah..tanpa membuang masa berdirinya saya di sini selaku tuan rumah dan orang yang bertanggung jawab mengadakan majlis pada malam yang berbahagia ini, dengan rendah hati, sukacitanya saya ingin mengumumkan, bahawasanya saya akan menamatkan kembali zaman duda dengan wanita pilihan hati saya, iaitu puan Aralynn Yong binti Amin Yong Abdullah, seorang Asisten Komisioner Polis (ACP) yang kita segani.." Profesor Edward berjeda sebentar apabila menerima tepukan gemuruh dari para tetamu yang hadir. Tangan kekarnya itu sudah merangkul pinggang ramping ibuku. Senyuman kedua-duanya mekar menghiasi wajah.

Suasana menjadi riuh sebentar apabila rata-rata para tetamu yang hadir bersorak gembira menerima berita itu dengan senang hati. Aku lihat Elhan merangkul kemas tubuh bapanya selepas menyalami dan mengucup kekura lengan bapanya dengan penuh hormat. Kepalanya ditunduk sedikit pada ibuku tanda menghormati wanita itu. Dia tersenyum gembira. Lebar senyumannya terukir di wajah tampannya itu. Tidak tahukah dia, wanita cantik yang berdiri di sisi bapanya itu adalah ibuku?

Aku hanya tertunduk menekur rerumput yang menghijau di halaman kediaman mewah milik profesor Edward. Rasa gembira bertukar menjadi suram di hatiku saat ini. Berita yang begitu mengejutkan itu, membuatkan aku terpempan di sebelah Elhan. Namun, melihat Elhan yang berbahagia, aku cuba memaniskan wajah.

Mikrofon di tangan Profesor Edward mula bertukar tangan. Secara spontan Elhan menanyakan tarikh keramat pengakhiran zaman duda bapanya itu.

"Baiklah...dengan ini saya ingin umumkan tarikh pilihan bersama dengan bakal isteri saya yang cantik jelita ini.. agak-agaknya bila ya...?" Profesor Edward cuba berseloroh, tapi mengapa aku merasakan lutut aku mula rasa longgar untuk kekal berdiri. Aku paut lengan Elhan dengan kemas dan erat. Wajahku mula berubah pucat. Merenik manik-manik jernih membasahi liang-liang roma di wajahku.

Kepalaku yang memberat membuatkan mataku mula berpinar-pinar. Sebelah tangan naik memicit-micit sisi kepala, namun kepalaku semakin berdenyut hebat. Akhirnya, aku merasakan tubuhku sudah selamat berada di dalam cempungan lengan kekar milik Elhan.

"Bella...!!! Edward, anak i...!!!" jerit mommy Aralynn yang sudah membontoti langkah Elhan masuk ke dalam rumah. Majlis berakhir saat itu juga.

***
Sebentar kemudian, perlahan-lahan aku buka mataku semula. Aku lihat sekeliling ruang luas ini. Wajah Elhan dan puan Aralynn yang kelihatan cemas memenuhi korneaku.

"Bella, dah sedar...you ni kenapa..?" soal mommy Aralynn risau.

"Don't worry mama Lynn.. Bella cuma masuk angin. Perutnya kosong, barangkali belum makan lagi.." jawab Elhan penuh hormat pada ibuku ini.

"Ish, you ni kan..buat malu jelah!" lengan mommy Aralynn mengelus lembut sisi kepalaku membuatkan aku tunduk kepala menekur selimut tebal yang menyelimuti tubuhku. Hujung jari-jemari aku kuis antara satu sama lain.

"Mommy, Bella nak balik.." gumamku perlahan.

"Bella, makan dulu..aku ada bawakan kau makanan tu..lepas tu kalau kau nak balik aku takkan halang.." bisik Elhan perlahan namun masih dapat didengari oleh ibuku.

"Erm..Elhan kenal ke dengan anak mama ni..?" soal mommy Aralynn sedikit terkejut.

Elhan mengangguk perlahan, sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dan mommy Aralynn di dalam bilik yang sangat luas ini. Rasanya lebih dua kali ganda luasnya dari bilik tidur aku.

'Mama...?! Mengapa mommy Aralynn menggelarkan dirinya sebegitu pada Elhan?' aku bermonolog sambil aku lihat ada dulang berisikan makanan dan segelas minuman kesukaan aku di meja yang berhampiran dengan sebuah katil bersaiz besar ini.

Terus laju langkahku mendapatkan meja tersebut, mommy Aralynn mengiringiku dari belakang. Lima minit kemudian, selesai aku mengosongkan gelas kaca yang berisi penuh dengan minuman coklat panas. Makanan itu kubiarkan sahaja tanpa disentuh sedikit pun.

"I'm.. done mommy, jomlah kita balik sekarang..Bella nak berehat dekat rumah.."

"Kenapa tak makan, nanti pengsan lagi.." mommy Aralynn geleng kepala.

Aku geleng kepala, lalu melangkah keluar dari bilik ini, namun baru sampai di muka pintu, Elhan sudah berdiri di hadapanku.

"Dah makan..?" soalnya singkat, sambil kerutkan kening tebal hitam pekat kepunyaannya sehingga mahu bertautan kedua-duanya.

Aku gelengkan kepala perlahan-lahan. Namun, lenganku dipaut dan Elhan menariknya sedikit kuat sehingga berjaya buat aku mengikut langkah kakinya. Dibukanya penutup makanan itu, lalu disudukan sup cendawan itu ke bibirku. Nak tak nak, terpaksa aku membuka mulutku menerima suapan daripadanya.

Mommy Aralynn hanya memerhati. Sebelum meninggalkan aku berduaan dengan Elhan, sempat dia menitipkan pesanan buat aku dan Elhan, supaya mencarinya di tempat parkir kereta setelah usai makan. Kami hanya mengiakan kata-kata puan Aralynn dengan anggukan kepala dan segaris senyuman.

***

Pagi yang hening itu membawa langkah aku ke halaman kediaman ini. Aku bawa langkah sepasang kaki ini menuju ke sebuah gazebo kayu jati yang dicat warna hitam yang berdiri megah menghiasi laman rumah mewah ini. Aku labuhkan sebentar punggungku di situ sambil menghirup udara segar. Pandangan aku halakan di air yang membiru di kolam mandi itu. Pohon-pohon yang menghijau dan masih basah dicemari embun pagi kelihatan segar-bugar. Ungunya Seri Pagi yang menjalar kelihatan mengembang mekar menghiasi tiang gazebo ini. Indahnya ciptaan-Mu, Ya..Rabbi.

Seketika aku mengucapkan syukur dengan nikmat kurniaan Yang Maha Esa, masih mengizinkan aku yang kerdil ini mengecapi keindahan di pagi ini. Masih mengizinkan seluruh pancainderaku berfungsi dalam keadaan yang baik untuk merasai betapa indahnya suasana di pagi hari.

Masih teringatkan secebis kenangan di majlis sambutan hari lahir Elhan, yang sudah berlalu beberapa hari yang lepas.
Dalam sekerlipan aku dan dia akan mempunyai pertalian keluarga tak lama lagi. Aku tidak menjangka yang ibuku sebenarnya pernah menjadi janda kepada prof Edward suatu ketika dahulu yang hanya bertahan selama dua tahun usia pernikahan mereka.

Patutlah Elhan memanggilnya dengan gelaran 'mama'. Terjawab sudah segala persoalanku tentang hal itu yang kerap berlegar di dalam kepala ini sehingga menyebabkan aku diserang migrain yang agak teruk sampai pengsan aku pada malam itu.

"Laaa... kat sini rupanya anak gadis mommy ni, puas mommy panggil patutlah tak bersahut.."

"Sorry, mommy... Bella ambil udara pagi, nak release tension..baru siapkan my tesis for second semester. Pejam celik dah setahun kat UKM.." aku senyum nipis.

"Nah, tengok telegram ni baru je mommy dapat awal subuh tadi.." huluran iPhone jenama Apple dari tangan mommy Aralynn aku sambut dengan sedikit cemas.

Aku buka hantaran itu yang datangnya dari Istanbul, Turki. Menggeletar seluruh tubuhku sebaik sahaja usai aku membaca berita perkhabaran tentang daddy Ayaz yang mengalami kemalangan jalan raya yang agak teruk pada lewat malam tadi, sebaik sahaja dia baru balik dari majlis keraian rumah mentuanya.

"You.. kenapa ni, Bella?" soal mommy Aralynn yang melihat aku sudah terjelopok di atas rumput karpet yang menghijau di halaman rumah itu. Sudah basah wajahku dengan deraian air mata yang tumpah bagai empangan pecah.

"Mommy...daddy Ayaz...daddy Ayaz tengah kritikal di hospital.. he had a worst accident in last night, mommy! Bella nak balik Istanbul, now!" mengogoi aku di situ sehingga terjongket-jongket kedua-dua belah bahu menahan esakkan yang menggila.

"Ok..ok..just calm down..mommy izinkan..tak nak nangis macam ni lagi..semuanya akan baik-baik sahaja. Kita doakan yang terbaik buat Ayaz.." mommy Aralynn merangkul aku dalam pelukannya.Tangannya lembut mengelus tubuhku. Saat ini, barulah aku rasa selamat dan benar-benar nyaman berada di dalam pelukan wanita ini. Puan Aralynn benar-benar sudah berubah!

Done update...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience