BAB 2 ( MINGGU ORIENTASI )

Romance Completed 5995

KINI bermulalah minggu orientasi di universiti ini yang mengambil masa dua minggu untuk diselesaikan. Nak kata bersemangat tidaklah juga, sekadar memenuhi jadual dan program yang telah ditetapkan oleh pihak kampus pengajian yang menjadi pilihanku ini. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk aku kumpulkan seberapa ramai kenalan memandangkan aku pelajar baharu di sini.

Namun, nasib masih jua tidak menyebelahi aku. Aku belum diizinkan untuk bertemu dengan yang sekepala denganku, melainkan Nur Bhaiyinah. Entah mengapa ramai yang menghindar untuk menjalinkan tali persahabatan denganku. Aku ni pelik sangat ke..? Atau penampilanku yang agak kekampungan. Tak setanding dengan mereka yang kononnya 'up to date' lah sangat. Bukan cakap besarlah..kalau kat Istanbul rasanya, fesyen mereka ni jauh sangat dah ketinggalan. Aku pun sudah muak nak sarungkan pakaian itu kat tubuh langsing aku ni...!

"Amboi, cantiknya dia..sopan betul pakai baju kurung..cuma satu je yang kurang.." tegur Bhaiyinah dengan senyuman mekarnya.

"Apa dia...?" soalku sambil angkat kening.

"Kalau berhijab tentu macam Neelofa, artis Malaysia yang paling cantik, sopan..ciri-ciri wanita Muslimah semua ada kat dia, my idola" senyuman itu merekah sehingga mahu tertutup kedua belah matanya yang sepet.

"...Erm..ada picture tak..?"

Nur Bhaiyinah dengan penuh bangganya menayangkanlah gambar artis pujaannya yang dia maksudkan. Terbelalak sepasang mataku, mujur tak terkeluar dari soketnya.

'Aduhai..Nur Bhaiyinah ni dah kenapa, cermin mata dia ni dah kurang power ke? Aku dengan Neelofa ni bagai langit dengan bumi!' Gerutuku yang bergema dalam hati.

"Dahlah Nur, aku laparlah jom pergi cafe, semua orang dah berkumpul kat sana.." aku cari alasan untuk segera menghentikan perbuatan Nur Bhaiyinah yang tidak henti-henti memperlihatkan aku gambar idolanya itu. Sebal! Seperti dia sedang memerli aku dengan cara halus. Sentap juga aku beb!

"Jom..nanti lambat-lambat, habis pula makanan.." Nur Bhaiyinah tarik lengan aku, laju membawa langkah ke arah kafeteria yang terletak di hujung sana.

Seperti yang telah aku jangkakan sejak awal-awal tadi, telah ramai yang beratur menunggu giliran untuk membuat pesanan makanan. Sampai giliran aku dengan Nur Bhaiyinah hanya tinggal sebiji buah epal merah dan sepinggan nasi goreng. Aku hanya mampu melempiaskan ketidakpuasan hatiku dengan mengepal kedua-dua belah tangan. Berbakul-bakul aku sumpah seranah pengusaha kantin itu yang hanya bergema di dalam hati, lalu mengatur langkah ke sebuah meja yang kebetulan hanya meja itu yang tinggal untuk aku dengan Nur Bhaiyinah labuhkan punggung kami.

"Cukup ke makan epal tu je, nak sikit tak, kita kongsi.." pelawa Nur Bhaiyinah yang baru sahaja usai membaca doa makan.

"Kau makanlah Nur, aku ok jer.. dah biasa dah.. lagipun aku tengah diet" dalihku padahal perut aku terasa agak pedih sebab tak berisi sejak pagi tadi. Hanya segelas susu suam yang aku sempat jamah pagi tadi sebab aku bangun lewat.

"Betul ni..kalau macam tu aku makan ya.." ujar Nur Bhaiyinah yang mula menyuapkan makanan itu dengan penuh berselera ke dalam mulutnya.

Aku alihkan pandanganku menata ke arah belakang. Tak sanggup nak hadap Nur Bhaiyinah menjamu seleranya yang sempat membuatkan aku terliur. Berpaling seketika dari menghadap Nur Bhaiyinah yang nampak bernafsu menghabiskan makanannya. Dia ni kalau bab makan memang nombor satu. Sedap ke tak dia letak tepi janji perutnya yang dua kali ganda dari aku ni kenyang.

Irisku membulat apabila terpandang satu figura seorang jejaka yang baru sahaja melalui pintu kaca itu. Salah satu pintu utama yang perlu dilalui oleh para pengunjungnya untuk bertandang ke dalam permis ini. Auranya yang begitu kuat membuatkan aku seolah-olah berasakan waktu terhenti saat ini. Tiba-tiba, aku merasakan ada angin sepoi-sepoi mula bertiup kencang membelai rambutnya yang sedikit berantakan itu memperlihatkan kekacakkannya yang berada di tahap maksimum itu. Aku yakin, dia berjaya memacu adrenalin buat sesiapa yang memandangnya.

"Amboi...teleng kepala kau dok 'usha' mamat tu ya, Bella!" teguran Nur Bhaiyinah membuatkan aku terus berpaling menghadapnya kembali.

"Siapa tu..? Ops..." cepat-cepat aku tundukan wajah apabila melihat ada senyuman nipis menghiasi wajah kacak itu saat dia menata pandangannya kepadaku.

"Erm.. tak payahlah nak malu-malu, mamat poyo tu, Elhan.. anak sir Edward, 'profesor Hitler' subjek Kimia. Elhan ni misteri orangnya, tapi ramai je yang crush dengan dia ni..dahlah jom. Lepas ni kelas Prof Fatin, aku tak nak lewat.. best giler kelas Prof Fatin ni, rugi tau kalau skip.." omel Nur Bhaiyinah yang dah memulakan langkahnya meninggalkan kafeteria ini.

Sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke dalam dewan sederhana besar ini, degupan jantungku makin laju apabila Prof Fatin memperkenalkan aku sebagai pelajar baharu di dalam kelasnya itu. Nak dijadikan cerita, boleh pula hanya tinggal satu ruang kosong di sebelah Elhan dan aku dah teruja untuk labuhkan punggungku di situ.

Dahlah masa sesi aku memperkenalkan diri tadi, bertalu-talu pula soalan yang diajukan pada aku. Ramai pula yang sibuk nak tahu pasal diri ini. Aku jawab acuh tak acuh, sesekali aku curi-curi pandang pada Elhan.Tak sangka aku Elhan ni memang poyo orangnya, ingatkan dia yang paling berminat nak tahu pasal aku, adalah satu atau dua soalan daripadanya. Namun sampai sudah, mulutnya terkunci. Saat aku nak labuhkan punggung di kerusi kosong sebelah Elhan, aku lihat dia macam tak selesa.

Aku lihat tangannya mula membuka zip beg galasnya. Dia mengeluarkan sekeping topeng muka di dalamnya, lantas dia mengenakan benda tersebut di wajahnya. Sebelum itu, sempat aku lihat dia menutup lubang hidung mancungnya itu dengan telapak tangannya.

'Dia ni dah kenapa..?' Gerutuku dalam hati. Dia buat aku serba-salah.

"Nur, aku ni busuk sangat ke..? Mamat ni dah kenapa, tadi ok je tak pakai mask, dan.. dan aku duduk sebelah dia..tetiba je nak gantung benda tu..?" bisikku pada Nur Bhaiyinah yang duduknya di barisan hadapan, selang sebaris dariku itu.

"Erm..mm, jangan salah sangka, Bella.. Elhan tu memang macam tu..dia ni aku rasa ada alahan lah dengan perfume.. kau tu bukannya busuk tapi terlajak wangi.." balas Nur Bhaiyinah kembali.

Aku hidu bau badanku sekali lagi dengan menarik hujung lengan baju kurungku. Aku yang dah hilang keyakinan diri dengan ulah jejaka ini tadi, mula bersemangat kembali pabila mendengar penjelasan daripada Nur Bhaiyinah. Aku ketuk perlahan kepalaku dengan sebatang pen di tangan. Tersenyum sendiri aku jadinya, sempat tersalah sangka dengan dirinya itu. Aku halakan pandangan semula pada Prof Fatin yang sedang mengajar di hadapan. Aku buat-buat tak nampak mamat poyo di sebelahku ini yang sudah fokus dengan penerangan yang diberikan Prof Fatin yang mengajar subjek Molekul Biologi.

"Baiklah kelas, sempena penutupan minggu orientasi bagi sesi pembelajaran tahun 2023 ini, saya selaku guru panitia persembahan pentas arahkan kamu semua buat satu persembahan teater mengenai subjek 'DARAH'. Buat research sebaik mungkin dan guna kreativiti pemikiran kamu semua dalam olahan penceritaan. Yang penting mesti selitkan pengajaran dan input yang berguna..jangan merapu nak buat cerita Drakula pula.." terang Prof Fatin yang mengubah suasana menjadi agak riuh dengan gelak tawa para pelajar di dewan Anggerik ini.

"Prof..dalam satu kumpulan berapa orang..?" soal seorang pelajar lelaki yang mula menunjukkan keterujaan.

"Well, memandangkan kamu semua ada dua puluh orang, kita bahagi kepada empat kumpulan.. dalam setiap kumpulan ada lima orang dan saya yang akan tentukan dan berikan nama setiap kumpulan kamu.." terang Prof Fatin dengan tegas.

Profesor Fatin mula menyebutkan nama-nama pelajarnya untuk setiap kumpulan yang sudah diberikan nama. Aku satu kumpulan dengan Nur Bhaiyinah, Elhan, Durah, dan seorang lagi pelajar lelaki, Hilal. Kumpulan kami diberi nama kumpulan Alpha. Justeru itu, aku suka akan nama kumpulan aku itu. Aku lihat Elhan tidak beriak apa-apa. Hanya Hilal, Durah dan Nur Bhaiyinah yang terlebih semangat dan mula berdiskusi tentang tugasan itu.

"Baiklah kelas... saya bagi tempoh seminggu untuk kamu semua siapkan tugasan..kita akan persembahan karya empat kumpulan ini di malam gala nanti...kelas kita tamat di sini, thank you class.." ucap Prof Fatin sambil tersenyum nipis.


"Oh, ya...by the way, sebelum terlupa.. saya akan gagalkan kamu semua for first exam jika salah seorang daripada kamu tidak memberikan kerjasama...ok, thank you class..." Prof Fatin tersenyum sinis dan pandangannya terarah pada Elhan yang membuatkan dahi aku berkerut seribu. Suasana bertukar riuh-rendah dengan suara protes para pelajar. Namun tiada sesiapa yang berani tampil untuk membantah.

Tamat kelas kami pada hari ini tepat pukul 2 petang itu, Hilal mengajak aku, Nur Bhaiyinah, Durah dan Elhan untuk diskusi tugasan Prof Fatin.

"Woi, tunggulah..nak bincang kat mana ni..kat library ke? Tak bising ke nanti.." soal Hilal yang baru keluar dari surau setelah menunaikan perintah Allah yang satu itu. Ada Elhan di sebelahnya.


"Kita discuss bukannya berperang.." Durah menyuarakan pendapatnya yang disokong oleh Nur Bhaiyinah.

"Tak sesuai..apa kata kat taman.." aku dan Elhan sama-sama bersuara. Aku pandang dia, dia pandang aku.

"Erm..this is a good idea..apalagi geng..jomlah, kitakan kumpulan Alpha, so jangan malukan nama kumpulan sendiri ok..!" Hilal dah melangkah laju membawa kaki ke arah taman yang terdapat di universiti itu.

Kami berempat mula mengikuti langkah Hilal yang sudah berada di hadapan. Dan sebulat suara kami melantik dia sebagai ketua kumpulan. Terlebih dahulu sempat jugalah kami memperkenalkan diri secara ringkas terhadap satu sama lain. Cuma Elhan yang agak tidak berapa ramah dengan kami. Aku juga seperti dirinya itu. Kami berdua lebih banyak berdiam diri dan lebih senang menjadi pendengar. Sesekali, aku dan Elhan akan menyampuk jika bercanggah pendapat.

Akhirnya, belum ada satu pun kata putus antara kami berlima. Masing -masing ada idea tersendiri dan memaparkan ego tahap dewa. Hilal pula sudah mati akal bila aku dan Elhan bertekak untuk mengangkat idea masing-masing menjadi persembahan kumpulan kami. Nur Bhaiyinah bersama Durah sempat kecut perut apabila aku bertelagah dengan Elhan sampai mahu bertumbuk.

"Woi, kau sedar diri sikit.. kau tu perempuan..jangan nak berlagak nak jadi jantan..aku fikir kau ni comel je.. kalau tak dah lama aku cium-cium kau ni.. Eiish.. perempuan ni, nak tunjuk bagus pulak" jerkah Elhan di celahan gigi. Terketap-ketap giginya menahan amarah.


"Elhan, awak jangan sangka perempuan ni lemah ya.. kalau awak nak rasa macam mana muka 'elok' awak tu lebam-lebam, meh sini..aku gayang kau cukup-cukup..!" Aku dah menyingsingkan lengan baju kurungku.

"Hek eleh.. kau tu sedar dirilah ketot..nak sangat ke aku kiss kau ni hah..!" Elhan mula mengiat diriku. Wajahnya ditundukkan merapat pada wajahku.

"Woi, dahlah..kita nak bincanglah.. Ada juga aku nikahkan korang berdua ni kang...masa dah suntuklah, janganlah main-main.." Hilal cuba leraikan perbalahan aku bersama Elhan.

Entah apa yang merasuk, aku terus dapatkan Elhan yang berdiri di sebelah Hilal. Aku rangkul batang lehernya dengan kedua belah lenganku.
'Tak adalah tinggi mana mamat ni, berlagak je lebih!'

Lantas aku mengucup bibir basah kemerah-merahan milik jejaka itu. Pada mulanya dia seperti kekejungan dengan tindakan berani aku itu, namun Elhan mula membalasnya dan terhenti pabila ada sorakkan gemuruh dari Hilal dan Durah. Nur Bhaiyinah pula sudah beristighfar sambil menutup kedua belah matanya.

"Bella...Elhan..!!!! Korang buat apa ni, takkan ni pun termasuk dalam scene teater kamu semua...Ingat sikit, ni dekat Malaysia bukannya overseas..all of you, follow me into my room now!" Tengking Prof Fatin yang kebetulan melalui kami berlima di situ.


"Prof Fatin....!!!" teriak lima kepala yang kelihatan pucat lesi dijerkah secara tiba-tiba oleh tenaga pengajar merangkap menjaga hal ehwal para mahasiswa dan mahasiswi di universiti ini.

Jemput baca semua...hope enjoyed it..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience