BAB 34 : (TERSISIH)

Romance Completed 5995

SEMUANYA telah selamat. Majlis aqiqah, tahlil dan doa selamat telah selesai dengan sempurna pada mata aku. Ramai yang hadir tanpa kami duga. Ternyata, ramai juga kenalan arwah daddy Ayaz di bumi kelahirannya ini. Aku lihat Elhan pun tidak kekok bergaul dengan kenalan arwah bapa mentuanya ini. Bersembang dan ketawa bersama mereka seolah-olah telah menjadi salah seorang daripada kariah mereka.

Lewat petang, majlis yang diadakan secara kecil-kecilan itu berakhir setelah tetamu beransur pulang. Memandangkan aku yang baru sahaja beransur-ansur pulih dari luka pembedahan, Elhan segera mengarahkan aku berehat. Badan yang sudah diselubungi rasa penat dan kelelahan mengendong sepasang bayi comel yang gebu dan montel secara bergiliran dengan Elhan ini membawa aku segera ke bilik tidur yang sudah berada di lantai bawah.

Elhan sendiri yang memilih untuk tetap berada di bilik bawah bagi memudah kan segala urusanku. Elhan tidak mahu aku terus turun naik tangga kerana dia sangat membimbangkan keadaanku yang agak terbatas. Katanya, bahaya jika aku terus-terusan menggunakan tangga dalam keadaanku yang terbatas pergerakkannya. Lagipun, wanita yang sedang berpantang sepertiku banyak pantang larangnya. Lebih-lebih lagi bibik Jorah yang menjaga, masak aku jadinya mengikut pantang larang orang Indonesia yang amat menitikberatkan penampilan diri. Tak hairanlah, wanita-wanita di sana cantik-cantik belaka walaupun sudah mempunyai anak ramai.

Ingatanku..? Masih samar-samar, namun sejak mengamalkan sedikit perubatan alternatif itu, aku mula menunjukkan sedikit perubahan. Sedikit demi sedikit memori masa silamku mula menerjah di benakku. Aku sudah mula mengenali insan yang rapat denganku, seperti acu Aura, mommy Araylnn dan bibik Jorah.

Arayumi..? masih belum ada memori tentang anak kecil ini di dalam fikiranku. Walaupun sering kali dia ingin mendekatiku, namun aku pula rasa tidak begitu selesa. Oleh sebab itu, dia lebih rapat dengan Elhan, mommy Aralynn dan bibik Jorah berbanding dengan diriku sendiri. Bagiku menguruskan kedua-dua bayi kecil ini juga aku sudah tidak mampu, ditambah pula dengan Arayumi yang terkenal dengan mulut seperti bertih jagung dan manja terlebih itu. Argh, tak sanggup aku!

"Papa...kenapa mommy macam tak suka je dengan Yumi..?" Yumi yang berada di dalam pangkuan Elhan itu meluahkan isi hatinya.

Kebetulan aku yang tengah mencari keberadaan suamiku itu, terus terbantut langkahku tatkala melintasi bilik Arayumi setelah mendengar anak kecil itu berbicara dengan bapanya. Aku hentikan niatku untuk terus melangkahkan kaki ke dalam bilik anak gadis kecil ini, sebaliknya aku jadi menguping bicara dua beranak itu di sebalik pintu bilik yang sedikit terdedah.

"Yumi rasa macam tu ke? Yumi tahukan mommy masih tak sihat..Yumi masih ada papa..papa sentiasa sayang Yumi.." Elhan memujuk sambil elus lembut rambut panjang Arayumi. Kucupan sayang dilabuhkan pada puncak kepala anak kecil itu.

"Terima kasih papa...tapi, mommy pun tak bagi Yumi rapat dengan babies, mommy selalu marah Yumi kalau Yumi tengok baby Eshal dengan baby Arisha tengah tidur.." Arayumi sudah bangun dari pangkuan bapanya.

Tangan kecilnya memegang kedua-dua belah pipi bapanya itu, masih lagi dalam sesi meluahkan rasa. Tindakannya itu tak ubah seperti diriku. Aku akan bertindak sebegitu jika mahukan seluruh tumpuan Elhan pada diriku. Muncung juga sudah seinci ke depan seperti keadaan Arayumi saat ini. Tanpa sedar aku tertawa sendiri. Cepat-cepat tangan menekup mulut apabila menyedari situasi sebenar diriku.

"Siapa tu..?" suara Elhan dan Arayumi bergabung.

Aku dah cuak, nak larikan diri memang dah tak sempat. Ah, tertangkap jua diriku dengan dua beranak ini. Aku sengih-sengih seperti kerang busuk kerana sudah mati akal untuk bertindak depan Elhan dan Arayumi. Elhan terus menuntun aku melangkah ke dalam bilik Arayumi. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di birai katil Arayumi, Elhan terus sembur aku bagai peluru berpandu.

"Hah, memandangkan sayang dah dengar perbualan kami tadi, apa kata sayang beri penjelasan pada anak sulung kita ni sendiri. Why? Kenapa buat anak kita ni macam tu? Sayang, dia anak pertama kita tahu tak? Dulu sayang sangat sayangkan dia, kenapa lahirnya twins sayang terus abaikan dia?" Elhan terus mencurahkan segalanya. Wajahnya juga agak keruh sambil kedua-dua belah lengannya sudah dilipat dibawa ke dada bidangnya.

"Sorry.. sayang masih tak kenal dia, tak dapat ingat siapa dia..Yu..mi, maafkan saya ok.." tergagap-gagap aku di depan mereka, lebih-lebih Elhan tayang muka garang macam seekor singa lapar.

"Bukan saya..tapi mommy, sayang ibu dia, sayang lahirkan dia..!" Elhan bentak aku. Wajahnya sudah bertukar warna dari putih pucat kepada merah bata. Aku tahu dia sedang marahkan aku.

Namun, Arayumi pantas memeluk tubuh Elhan lantas dia gelengkan kepala. Tangisannya pecah. Bergabung pula dengan aku, buat Elhan naik cuak, pening dengan ulah kami. Dipicit-picit kepalanya dengan jari-jemari panjang dan lurusnya itu. Keluhan kasar terlepas. Dirinya sudah jadi tidak tentu arah hendak memujuk yang mana dahulu di antara aku dan Arayumi.

Sudahnya, Elhan bawa Arayumi mendapatkan aku di katil milik anak kecil itu. Elhan sudah berbaring di posisi tengah. Aku bersama Arayumi mengapit dirinya itu. Aku di sebelah kiri, manakala Arayumi berbaring di sebelah kanan lelaki itu. Elhan peluk kami dengan kedua-dua lengan kekarnya secara serentak seerat yang mungkin.

Aku yang masih menangis, terhenti terus tangisanku, begitu juga keadaan Arayumi saat ini. Lantas aku kucup pipi kiri Elhan, Arayumi pula di sebelah kanan. Akal nakal terus terlintas di benakku untuk membalas kembali perbuatan Elhan padaku sebentar tadi. Terus aku hujani pipi Elhan dengan kucupanku. Arayumi yang melihat mengikut sahaja perlakuan aku saat ini. Lemas Elhan jadinya, menerima kucupan bertalu-talu daripada kami berdua. Suasana menjadi riuh-rendah dengan tawa kami bergabung serentak. Mengekek-ngekek tawa kami bertiga saat Elhan mengeletek pinggang kami. Lincah sahaja jejemarinya itu bermain di pinggang rampingku ini. Dah serupa bagai memetik tali sebuah gitar lagaknya.

"Amboi..tiga beranak ni, gelak tak ingat dunia, Bella.. Eshal dengan Arisha dah menangis tu..mommy rasa mereka tu nak menyusu lagi.." Puan Aralynn menegur di muka pintu. Nasib tak ada adegan yang tak sepatutnya dilihat oleh ibu kandungku saat ini. Di mana boleh menimbulkan salah faham di antara kami berempat.

"What?! Susu lagi...anak awak ni kan abang Elhan, kuat betullah menyusu.." Aku muncungkan bibir sambil merungut pada Elhan. Elhan pula yang aku persalahkan.

"Yumi nak tengok babies boleh tak mommy..." Arayumi tayang muka comel ingin memancing aku memberikan keizinan untuk dirinya. Arayumi mula muncungkan bibirnya kembali apabila melihat gelengan kepalaku.

"No, Yumi duduk dengan papa, jaga papa ok, nanti sudah je mommy susukan babies, mommy panggil.." Aku pantas berlalu mendapatkan semula anak kembarku, sempat aku elus kepala Arayumi sebelum meninggalkannya dengan Elhan semula di dalam biliknya itu.

Usai aku menyusukan Eshal dan Arisha secara bergilir-gilir, aku letakkan semula mereka di dalam katil bayi mereka. Aku tepuk-tepuk lembut punggung Arisha untuk memastikan tidurnya nyenyak semula. Eshal pula sudah lena apabila kekenyangan, persis Elhan. Melihat Eshal, sepertinya aku melihat diriku versi lelaki manakala Arisha pula lebih mirip kepada wajah milik Elhan.

Aku labuhkan ciumanku pada pipi montel kedua-dua anak kembarku ini. Dalam-dalam aku sedut haruman bau bayi daripada mereka berdua yang membawa aku kepada sebuah ketenangan yang tidak bertepian.
Sepertinya, aku pernah menghidu bau haruman yang sama suatu masa dahulu. Aku paksa otakku berfikir untuk mengingati semula detik itu. Puas aku memaksa sehingga terbit rasa sakit dan berdenyut-denyut kepalaku jadinya. Sekaligus, buat aku hampir pitam. Aku bawa diriku berbaring di atas katil. Tanpa kusedari, aku terlena juga akhirnya dalam menahan kesakitanku tadi.

***

"Mommy tipu, mommy tipu Yumi, kata boleh tengok babies lepas mommy susukan babies, tapi..." Arayumi yang sudah mengamuk terus berlari ke kolam mandi itu.

"Yumi....jangan, jangan lari ke situ..Yumi... Allah, Yumi...tolong mommy, Yumi....sakit!" tubuhku sudah tersembam jatuh di atas rumput karpet yang menghijau. Kepala sudah berlumuran darah pabila terhantuk di tiang lampu berukir itu.

"Mommy..... !!!! Bangun, mommy jangan mati...mommy, mommy..." Arayumi berlari mendapatkan tubuh aku yang masih terbaring lemah, digoncang-goncangnya tubuhku agak keras.

"Ya... Allah, Bella....Yumi!" teriak puan Aralynn keras.

Aku hanya mendengar samar-samar suara rengekkan Arayumi dan teriak daripada puan Aralynn. Kepala yang sudah berpinar membuatkan aku sudah tidak sedarkan diri lagi. Mataku terus terpejam rapat. Gelap segala pemandanganku.

***

Aku tersedar apabila terasa kepalaku dikecup lembut. Perlahan aku memanggung kepala sambil menggosok mata. Di mana aku ni ya? Wah, putih aje bilik ini. Seminit, dua minit, alamak! Kenapa aku tertidur lama pula ni! Terus tanganku menekup muka sambil mataku kedip-kedipkan pada Elhan yang sudah menayangkan senyuman manisnya padaku.

"Comelnya dia buat muka macam tu, sayang tahu tak sayang kat mana sekarang ni..?" Elhan menghulurkan lengan kekarnya untuk aku sambut. Lantas aku salam dan melabuhkan kucupanku pada kekura tangannya itu.

"Tahu, sayang kat hospital kan..abang datang seorang je ke..? Mana yang lain..? Yumi..?" aku menanyakan Elhan keberadan anak gadis kecilku itu. Rindu padanya sudah tidak tertanggung lagi.

"Kejap, sayang dah ingat semula ke..?" Sepasang mata indah Elhan kelihatan sudah berkaca-kaca saat aku mengangguk kepala.

Lantas Elhan meraih lenganku dan dibawanya ke ulas bibirnya. Dikucupnya jejemariku bertali arus. Air jernih yang mencemari wajahnya itu hanya dibiarkan sebegitu, lantas Elhan berdiri semula. Tubuhku didakapnya erat-erat. Air matanya terus berjuraian, sampai terhenjut-henjut bahunya menahan esakan yang berlagu sendu.

"Terima kasih Ya..Allah, Engkau telah makbulkan doa hamba-Mu yang kerdil ini..tiga hari sayang tak sedarkan diri buat nyawa abang hampir melayang..." Elhan berkata dalam sendunya, walaupun ucapan yang terbata-bata, namun aku masih lagi dapat memahaminya.

"What?! Tiga hari sayang tak bangun, patutlah rasa macam tidur lama sangat..dahlah, abang janganlah sedih macamni, dah macam tikus mondok tau tak..muncung ni dah boleh sangkut baju.."

"Tapi tak boleh lawan muncung sayang...menangis tau kak Jolie kita tengok!"

"Abang..kak Jolie mana pulak ni, abang curang belakang sayang ya.." aku tarik muka sambil jeling tajam pada Elhan.

"Ya..Allah ke situ pulak dia, Angelina Jolie laa..." Elhan terus pagut bibir aku yang dah kelihatan menggoda dirinya itu.

Tanpa sedar, kemunculan seorang doktor lelaki separuh baya membuatkan Elhan dan aku malu dengan perbuatan sendiri. Doktor lelaki itu hanya mengukir senyuman pada kami dan terus dia memperkenalkan dirinya. Baginya perlakuan kami sebentar tadi, tidak memberikan apa-apa makna, kerana di bumi Turki ini, keadaan romantis seperti itu sudah menjadi satu budaya dan tidak sesekali di pandang serong.

Setelah usai Dr Ismet memberikan serba ringkas penerangannya, aku senyum memanjang. Ah, tak sabarnya aku nak tunggu dua hari lagi. Kata Dr Ismet, aku dibenarkan pulang dalam tempoh itu. Dan semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Aku sudah disahkan bebas dari belenggu yang menghimpit jiwaku. Ingatanku sudah pulih seperti sedia kala.

Bersyukurnya aku, sehingga lebat aku menitiskan air mata dalam pelukan hangat Elhan. Habis baju kemeja t-shirt yang tersarung kemas di tubuh kekar itu basah dengan air mataku yang seakan tidak mahu berhenti lagi.

"Hey...sudahlah tu, dah bengkak mata ni, dari tadi asyik menangis. Naik risau pulak abang, kang abang pulak yang tidur atas katil tu.." Elhan dah tepuk-tepuk lembut katil hospitalku ini.

"A..bang...tak naklah cakap macam tu.." aku pukul manja dada bidang Elhan sebelum aku beralih memeluk pinggang suamiku itu erat-erat melepaskan segala kerinduanku pada jejaka tampan ini. Rasanya dah tak mahu berjauhan lagi dengan dirinya saat ini.

Agak lama kami kekal berkeadaan berpelukan di tepian tingkap kaca itu, melihat pemandangan di luar. Saat ini, hujan lebat turun membasahi bumi Istanbul, Turki. Kedinginanku terhapus dek hangatnya tubuh Elhan menyatu dengan tubuhku dalam dakapan penuh syahdu, sehangat api cintanya yang membara mendambakan seluruh jiwaku yang hanya mengukir indah sebaris namanya. Terpahat kemas di lubuk hatiku yang paling terdalam.

Tiada bicara antara kami, hanya senang melayan dan menerima perasaan penuh romantis itu yang sudah bertebaran dan menguntum mekar di segenap jiwa. Tenang dan rasa selamat diperlakukan Elhan seperti itu terhadap diriku ini. Terasa curahan kasih sayangnya sangat mendalam teristimewa buat diri ini.

"Babies...Eshal dengan Arisha..siapa yang jaga mereka..?" aku menyoal Elhan sebaik fikiranku melayang terfikirkan bayi kembarku itu.

"Mommy dengan bik Jorah kan ada..sayang ni buat abang terkejut jelah.."

"Susu...?"

"Sayang kumpullah, abang dah sediakan semuanya dalam beg tu..ke nak abang tolong..?" Elhan tayang wajah nakal. Sengaja dinaikkan lengan kekarnya menyentuh kawasan dadaku yang montok itu.

Aku lantas mencubit lengan kekarnya yang terdedah itu. Merah lengan putih itu dek cubitan aku sebentar tadi. Tulah, kenapa nakal sangat tak nak duduk diam, kan dah mendapat! Mengaduh Elhan menahan kesakitan itu.

"Abang jangan nak mengada lebih, sikit je sayang cubit tadi, tapi nak mengaduh macam dah nak tertanggal kulit tu.." aku cebik bibir mungilku.

"Hmm...nak manja pun tak boleh, abang nak pergi kafe ni, nak bawa hati yang dah terluka...nak cari nurse gojes tolong ubatkan luka hati abang ni.." Elhan sentuh dada kirinya.

"Abang, jangan macam-macam ok, tak pasal-pasal tercabut tangan abang tu kang.." aku memberikan amaran keras pada Elhan.


"Mak aii...garang betul...sayang tahukan, abang macam mana. Abang nak cari coffee, mata ni dah mengantuk. Sayang kumpullah susu tu..abang pergi kejap.." Elhan berlalu setelah mengucup dahiku.

Sepeninggalan Elhan, aku kumpulkan air susuku untuk bayi kembar kami. Mujur air susuku banyak seperti biasa. Patutlah terasa sakit di bahagian itu tiga hari lepas. Kasihan Eshal dan Arisha, kecil-kecil lagi sudah terpaksa berjauhan denganku. Tapi bila teringatkan Arayumi, air mataku mengalir dengan sendirinya.

"Arayumi...maafkan mommy sayang, sejak bayi lagi Yumi tak pernah mendapatkan kasih daripada mommy.."

Ya, sejak umur Arayumi sehari, hanya sekali..hanya sekali itu aku menyusukan Arayumi, mujur arwah Kak Bellina menyayangi Yumi seperti anak sendiri. Arayumi terpaksa berpisah denganku kerana keadaan aku pada masa itu tidak mengizinkan untuk Arayumi terus berada di sisiku. Acu Aura sendiri yang mengambil Arayumi daripadaku dan menyerahkan Arayumi pada Elhan untuk menggantikan anak arwah kak Bellina yang meninggal semasa dilahirkan akibat kemalangan yang menimpa dirinya bersama arwah mommy Aralynna dan mommy Aralynn suatu masa dulu.

"Maafkan mommy Yumi...mommy bukan sengaja sisihkan Yumi...keadaan mommy tak mengizinkan Yumi untuk bersama dengan mommy. Mommy buat semua ni untuk Yumi, mommy tak nak Yumi membesar di penjara bersama mommy sayang....Yumi, percayalah mommy sayang sangat kat Yumi.." aku kucup gambar Arayumi yang menghiasi latar belakang skrin telefon bimbit Elhan.

Sungguh, saat ini aku terlalu merindui anak gadis kecilku itu, buah cinta pertamaku bersama Elhan! Jika, aku punyai kuasa, sudah aku terbangkan diri ini untuk menemui ketiga-tiga mereka. Akan aku curahkan segala kasih sayangku secara sama rata sehingga ketiga-tiganya tidak akan rasa tersisih di antara satu sama lain.

"Erm..dah kenapa pula menangis ni, abang suruh kumpul susu, bukannya air mata..." Elhan dah geleng kepala. Dia mendapatkan aku semula. Lantas tubuhku didakapnya lembut.

"Rindu, sayang rindukan anak-anak kita..Yumi, Eshal dengan Arisha..."

"Ya, abang tahu...tak lama dua hari je lagi...sabar ya. Abang dah nak balik ni, lama rasanya tinggalkan mereka bertiga tu, kejap lagi time Eshal dengan Arisha menyusu... Alhamdulillah... dapatlah kembar kita rasa susu ibunya ni semula. Terima kasih sayang...abang pergi dulu ya..." Elhan kucup ubun-ubunku lembut, lama dia letakkan ulas bibirnya di situ sehingga menerbitkan rasa kurang enak menjentik hatiku.

Berdebar-debar jantungku saat kaki Elhan melangkah pergi meninggalkan aku berseorangan di bilik wad ini.
Aku mengeluh kasar membuang perasaan yang mengganggu fikiranku. Dalam hati, terus mendoakan Elhan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Semoga perjalanannya pulang ke rumah pada malam ini, sentiasa dipermudahkan. Ah, tidak sanggup lagi aku terpaksa berjauhan dengan suami yang kucintai sedalam lubuk hatiku yang tiada berpenghujung. Rindu! sungguh aku rindu....!

Done update..bab ni main emosi sikit..aduhaii siapkn tisu siap² ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience