BAB 42 :(KEKUATAN CINTAKU)

Romance Completed 5995

PARA tetamu memenuhi ruang tamu yang luas. Di luar juga kelihatan ramai yang telah mengambil tempat di bawah khemah. Malah ramai juga yang duduk di beranda yang sudah dilapik tikar memenuhi ruang. Selepas solat Maghrib berjemaah di masjid, para jemaah membanjiri rumah keluarga kak Pipah. Bacaan Surah Yasin dan diikuti tahlil bergema di ruang udara.

"CIK...cik..ooo..cik...lepaskanlah, saya nak bawa dulang ni ke luar.." suara husky yang gemersik itu merenggut pandanganku yang meratah seraut wajah tampannya.

"Oh..oops..sorry abang..abang Elhan?!" aku ternanar.Longgar lutut untuk kekal berdiri.

Jejaka tampan itu hanya tersenyum nipis sambil gelengkan kepalanya. Dia terus melangkah ke ruang tamu membawa dulang yang berisikan lauk-pauk tanpa menghiraukan aku yang masih menatakan pandanganku terhadapnya.

Tepukkan lembut di bahuku oleh Arayumi yang menyatakan Arisha dan Elhan sudah meminta makanan, terus sahaja aku mendapatkan sepasang kembar itu di bawah khemah.

"Makan betul-betul Eshal, Arisha.. nak lagi ke lauk ayam goreng ni.."

Mereka berdua menggelengkan kepala.
Selepas menghabiskan suapan terakhir, Eshal dan Arisha meminta izinku untuk menyertai kanak-kanak yang lain bermain di halaman rumah yang luas ini.

"Ok, sayang..Eshal jaga adik Arisha, jangan lasak-lasak sangat..kak Yumi mana..?" aku menyoal dua beradik itu keberadaan kakak sulungnya.

"Terima kasih, mommy..kak Yumi ada dengan acik Pipah tengah basuh pinggan kat belakang rumah.." jawab Eshal. Dia memimpin tangan adik kembarnya untuk segera mendapatkan rakan barunya yang sedang menunggu.

Aku terus melangkah ke belakang rumah sambil mengangkat pinggan kotor yang ditinggalkan atas meja di bawah khemah itu. Langkah kakiku terhenti apabila tanpa tak kuduga terserempak kembali dengan jejaka yang sangat seiras wajahnya persis arwah bekas suamiku, Elhan.

Dia hanya mengukirkan senyuman kepadaku, dan tanpa berlengah aku terus membawa langkahku kembali. Tidak sanggup lagi aku ingin menatap wajah itu lama-lama, aku takut jiwaku akan menjadi rapuh, dan tak semena -mena akan gugur juga air mataku nanti.

"Bella, kenapa ni macam nampak hantu je..pucat betul muka ni, kak Pipah tengok..dah makan ke belum ni?" soal kak Pipah yang tengah membilas pinggan mangkuk di sebuah besen besar.

"Belum lagi kak Pipah, kejap lagi lah..nak tolong kak Pipah dulu..takde apalah kak Pipah, cuma ternampak seorang lelaki ini serupa betul wajah dengan arwah abang Elhan.."

"Erm, kamu ni macam-macam lah, dah jangan difikir sangat pasal arwah tu..nanti kamu juga yang sakit..cepat kita sudahkan kerja ni, nanti boleh kita makan pulak.."

Setelah selesai kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk, kak Pipah membawa aku dan Arayumi ke dapur untuk menjamu selera. Baru ingin menikmati makan malam dengan hidangan lauk masakan kampung yang disajikan untuk majlis kenduri malam ini, aku dikejutkan dengan suara tangisan Arisha yang digendong oleh seorang lelaki persis arwah Elhan di ruangan dapur ini.

Kak Pipah di sebelahku sudah tergamam. Begitu juga dengan Arayumi. Terus terhenti untuk menyuap makan di mulut yang sudah terbuka.

"Papa Elhan...!!!" Arayumi terjerit.

Jeritan Arayumi yang sedikit bingit sempat membuatkan lelaki itu terperanjat. Berkerut seribu wajahnya apabila dari tadi kami mengelar dirinya sebagai Elhan.

"Saya bukan, Elhan lah..saya Eijaz..!
Ni, adik awak ni.. cik, lutut dia berdarah jatuh bermain kejar-kejar tadi". Tegasnya.

"Ya..Allah, Arisha..mana abang Elhan, kan mommy dah pesan..jangan lasak-lasak.." marahku pada Arisha yang masih digendong oleh jejaka tampan ini.

"Oh, anak..saya ingatkan budak comel ni, adik awak tadi..nak bawak klinik ke..luka ni macam teruk jugak ni.."

"Mommy sakit, papa Elhan...tolong Arisha...sakit.." lolong Arisha dalam tangisan yang semakin keras.

Arisha buat aku dah tak tentu arah. Puas aku memujuk tangisannya itu, namun masih tak mahu berhenti, sudahnya Eijaz mengendong tubuh Arisha mendapatkan keretaku. Aku pula sudah membuntuti langkah lebar Eijaz dan terus sahaja Eijaz membawa kami ke klinik berhampiran.

"Terima kasih encik Eijaz..tolong bawakan anak saya ke klinik.."

"So ok..saya hanya membantu..tak payahlah nak berencik-encik, panggil je Eijaz..dan cik ni apa namanya..?"

"Saya, Arabella..Eijaz Eilhan Edward kan..? Takkan tak kenal saya langsung, dan kenapa muka awak..."

Encik Eijaz pantas menyela bicaraku. Tak sempat aku nak habiskan ayat.

"Serupa dengan arwah adik saya...? Entahlah...saya pun tertanya-tanya, segala memori saya dah hilang sejak kemalangan tu..saya tak ingat apa-apa dah..boleh saya panggil awak, Ara.." ujar encik Eijaz yang memulakan pemanduannya.

Aku mengangguk. Patutlah dia tak kenal aku. Encik Eijaz ni dah hilang ingatan rupanya. Tapi kenapa wajah dia jadi seiras arwah abang Elhan. Ada lagi kah rahsia yang disembunyikan padaku tentang kedua-dua adik-beradik ini. Tak hairanlah aku, Arisha dari tadi tak sudah-sudah melekat je dengan encik Eijaz, dah macam seorang anak dengan seorang bapa pula lagaknya. Manja betul Arisha dengan encik Eijaz ni.

"Papa Elhan..jangan tinggalkan Arisha lagi ya..Arisha sayang papa Elhan tau..Arisha janji tak nakal.." luah Arisha pada encik Eijaz.

"Arisha...uncle ni bukan papa Elhan, tapi daddy Eijaz.."

"Tapi kenapa rupa daddy Eijaz macam papa Elhan, mommy tipu Arisha ya..ni papa Elhanlah, mommy.."

"Yalah...mana-manalah..tak kisahlah nak panggil Elhan ke Eijaz ke..yang penting kita tak terpisah lagi.." Encik Eijaz melebarkan senyumannya.

Senyuman itu yang sangatku rindu nak lihat. Cepat-cepat aku alihkan pandangan, aku takut terjadi sesuatu yang patut antara kami nanti. Dahlah aku rindukan Elhan sepenuh hatiku. Tak pernah aku tak terfikirkan Elhan walaupun sesaat.

Apa maknanya kata-kata encik Eijaz di akhir bicaranya itu. Ah, mungkin aku sahaja yang terlalu memikirkan tentang itu, padahal lelaki ini tak memaksudkan apa-apa makna. Tergeleng kepalaku mengusir fikiran yang menerawang.

"Awak tak apa-apa, Ara..sakit kepala ke?" soal encik Eijaz yang sudah memarkirkan keretaku di halaman rumah keluarga kak Pipah.

"Eh, takde apa-apalah, Eijaz..Ara angkat Arisha dulu..dah tidur pula budak bertuah ni.."

"Takpe, biar saya yang dukung bawa masuk dalam.." Eijaz menawarkan diri.

Baru sampai di depan pintu, kami diserang pelbagai persoalan sehingga tidak tahu nak menjawab yang mana terlebih dahulu. Cuma senyuman yang kami berikan kepada mereka yang menyoal. Setelah membaringkan Arisha di atas katil di dalam sebuah bilik yang sudah disediakan oleh kak Pipah, aku bawa diri ke dapur.

"Makanlah, Bella..dah lewat ni, tadi tak sempat nak makan..makanlah dengan Eijaz ni, dia pun belum makan tu.."

"Kak Pipah.." aku dah tak senang duduk apabila Eijaz sudah melabuhkan punggungnya di hadapanku.

Aku lihat kak Pipah dah tersengih -sengih di sebalik dinding yang memisahkan ruangan dapur dan ruang tamu kediaman ini. Mata sengaja aku buntangkan pada kak Pipah, namun Eijaz pula yang terasa.

"Ara tak selesa ke makan berdua dengan saya ni..takpelah saya makan dekat luar khemah sana.."

"Eh, tak..tak..duduklah kita makan sama-sama, kat luar khemah tu dah gelap Eijaz..biar Ara cedokkan nasi untuk Eijaz..cukup kan nasi banyak ni.."

"Erm..pandai Ara sukat, eh.. makanlah sekali..takkan pandang je, sedap tau lauk kampung macam ni..susah nak dapat.."

Aku hanya mengangguk. Memang sedap sangat gulai kuning udang bersama nanas, ada pula ikan masin dan ulam-ulaman bersama budu. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Melihat aku yang terkial-kial untuk mengopek kulit udang itu, Eijaz tanpa segan menghulurkan bantuan.

"Patutlah tak berusik nasi tu dari tadi. Ara memang tak pandai kopek kulit udang ya..kenapa tak beritahu, kalau tak tadi, saya dah tolong dah.."

"Sebab dulu, arwah abang Elhan yang buat ni untuk Ara.."

"Maaflah..tapi saya bukan Elhan, Ara..saya Eijaz, mungkin wajah saya dah serupa dengan arwah suami awak tu, tapi kami tetap orang yang berbeza. Makanlah..saya dah sudah.." Eijaz berlalu ke singki membasuh tangannya. Pinggannya juga dibasuh sekali walaupun aku menghalangnya.

"Eijaz...boleh tolong suapkan Ara tak?" aku dah meramas sesama jejemariku, lain yang aku fikirkan, lain pula yang aku tuturkan.

Laju langkah Eijaz mendapatkan aku semula di meja makan. Dia sudah duduk di sebelahku, dekat pula tu. Aku sudah buka mulut menantikan suapan daripada Eijaz yang menggunakan jejemarinya sendiri. Berkaca-kaca mataku saat ini menerima suapan daripada jejaka ini.

"Patutlah, Arisha manja sangat.. saya dah tahu, terturun daripada awak rupanya.." Eijaz tersenyum manis.

Kami tengah bersama-sama membasuh pinggan mangkuk kotor di singki. Sudah puas aku halang Eijaz, namun dia tetap berdegil. Setelah usai mengemas dapur, kami masuk ke dalam bilik masing-masing. Mujur, hanya tinggal kami berdua sahaja yang masih berjaga saat ini. Semua penghuni rumah ini sudah lena dibuai mimpi agaknya, maklumlah dah dekat pukul satu pagi rupanya.

"Amboi...makan bersuap-suap, basuh pinggan sama-sama..sweetnya.." tegur kak Pipah yang sudah terjaga. Mungkin lenanya terganggu saat aku rebahkan tubuhku di sebelahnya.

"Kak Pipah tak tidur lagi...?"

"Dah tadi, ingat nak ke bilik air, tapi terlihat pulak drama Korea antara kamu dengan Eijaz..langsung terbantut akak nak guna bilik air kat dapur tu..nasib ada satu bilik air lagi kat luar".

"Sorry kak Pipah, saya rindukan arwah kak..tak sangka pulak Eijaz tu dah sebijik mukanya dengan arwah.. mujur Eijaz dah hilang ingatan..kalau tak lagi teruk lagi drama Korea tadi, entah-entah terus tukar drama Mexico.." aku tertawa kecil.

"Aah..tak sanggup akak nak tengok, tak pasal-pasal dapat dosa..tapi kamu kena ingat, Eijaz tu bukannya Elhan kamu, mereka tetap orang yang berbeza..."

"Eh, sama pulak apa yang Eijaz cakap kat saya tadi..tahu kak Pipah, tapi apa kena-mengena Eijaz dengan keluarga ni.."

"Eijaz tu adik ipar adik ngah kak Pipah. Along Eijaz tu nikah dengan adik ngah kak Pipah, along Eijaz tu yang jaga Eijaz masa Eijaz accident dulu.."

"Ooo...macam tu..dahlah, kak Pipah mata ni dah mengantuk, kita tidurlah.."

***

Aku dah bersiap-siap untuk pulang semula ke rumah setelah hampir seminggu aku tinggalkan apartmen itu. Seronok bercuti di kampung kak Pipah yang sangat damai. Kediaman kampung yang agak berdekatan dengan kawasan pantai, membuatkan aku tidak melepaskan peluang untuk bercuti sambil meniliti kerja-kerjaku di sini. Mujur kemudahan internet tidak menjadi masalah di kawasan kediaman ini. Oleh sebab itu, kerja-kerja pejabat yang ingin aku selesaikan tidak menjadi suatu masalah besar di sini.

Eijaz pula, sudah pulang dua hari lepas mengikuti abang long Eimran bersama isterinya, Ermina Jameela..adik ngah kak Pipah. Teringat kembali saat aku bersama-sama kak Pipah dan anak-anak bersiar-siar di pantai berdekatan dengan kediaman keluarga kak Pipah. Tak sangka pula, Eijaz sudah berada di pantai ini mendahului kami anak-beranak.

"Eh, papa Elhan..lah, mommy.." Arisha sudah berlari mendapatkan Eijaz yang berdiri di gigi pantai.

"Arisha, jangan larilah..jatuh nanti.." teriakku pada Arisha yang sudah jauh meninggalkan Eshal dan Arayumi yang sedang mengejarnya dari belakang.

Eshal dan Arayumi berpandangan sama sendiri, malah menatakan pandangan mereka kepada aku, kak Pipah dan Eijaz silih ganti.

"Mommy...siapa ni mommy, kan papa dah lama meninggal.." soal Arayumi dan Eshal serentak. Wajah mereka berubah pucat akibat terkejut.

Arisha pula sudah selamat di dalam dukungan Eijaz yang menyerupai arwah Elhan. Aku pula sudah mengukirkan senyuman penuh makna.

"Siapa lagi yang Arisha rapat kalau bukan..."

"Daddy Eijaz...!!! Tapi kenapa muka serupa arwah papa Elhan..?" soal Eshal tak puas hati.

"Mommy takde jawapan, mungkin uncle Im dapat jawab persoalan kita nanti..balik ni mommy nak cari uncle Im , nak tanya kebenarannya.."

"Betul, mommy...uncle Im tu pun satu, misteri betul...suka sangat berahsia..." Arayumi menambah.

Dari tak rapat, terus jadi seperti belangkas. Mereka bertiga merebut perhatian Eijaz. Dan Eijaz sepertinya bijak mengendalikan tiga orang anak-anakku. Tidak pernah dia membezakan layanannya kepada ketiga-tiganya. Aku pula yang tak habis-habis digiat oleh kak Pipah.

"Tengok tu Bella, dah macam anak-beranak..seronok kak Pipah tengok..Bella tak nak cari pengganti arwah Elhan ke..?" soal kak Pipah sambil elus lembut lenganku.

"Entahlah kak Pipah..rasa macam abang Elhan je yang ada kat situ. Sejujurnya cinta Bella masih kuat untuk arwah, kak Pipah.."

"Nikah jelah...alang-alang muka pun dah serupa arwah, mereka bukan orang lain..adik-beradik, sikit sebanyak ada jugakan persamaan tu.., tak terfikir ke semua ni macam satu petanda..?"

Aku menata pandanganku pada mereka berempat yang sedang seronok bermain air pantai, sehingga habis basah pakaian masing-masing. Gelak tawa itu membuatkan hatiku kembali tenang dan berbunga keriangan. Sudah lama aku tak merasai kegembiraan ini.

Satu petanda...? Mungkin kak Pipah, mungkin...jika itu ditakdirkan Allah buat diri ini, kak Pipah.

"Mommy...jomlah mommy join sekali.. seronok tau, mommy.." Arayumi dah teriak memanggil aku yang duduk berteduh di sebatang pohon rendang bersama kak Pipah.

Gelengan kepalaku membuatkan Arayumi dan Eshal sudah mendapatkan aku di sini. Namun, bila terpandangkan lambaian Eijaz, terus sahaja kaki ini laju melangkah dan bersetuju dengan ajakkan Arayumi bersama Eshal. Aku cuba untuk membujuk kak Pipah menyertaiku, akan tetapi dia lebih selesa menjadi penonton di pohon rendang itu.

***

Wajah Elhan Ebrahim Edward aku tenung lama. Wajah itu putih bersih dan berseri-seri. Wajah yang sentiasa kurindukan. Wajah yang memberi kedamaian kepadaku. Dia masih berdiri berhadapan denganku. Membisu seribu bahasa.

"Abang!" aku memanggil penuh kelembutan.

Elhan Ebrahim Edward masih membisu.

"Abang, mengapa buat sayang begini? Sayang tidak mengerti pengorbanan abang..adakah berbuat begitu kepada abang Eijaz, abang rasa dah cukup buat sayang. Apa makna semua ni abang?"

Seketika, Elhan Ebrahim Edward bersuara.

"Bella, kesayanganku..bertenang. Abang tidak dapat bersama dengan Bella lagi. Abang bukannya tidak sayangkan, Bella tetapi abang tidak mampu melawan takdir. Bella juga tidak boleh menolak takdir. Abang sudah tiada!"

Aku tidak mampu menahan air mataku lagi. Aku terus berlari dalam pelukan Elhan Ebrahim Edward tetapi lelaki itu semakin menjauh.

"Bella.. sayangku, terimalah hakikat bahawa dunia kita berbeza. Kita tidak mungkin bersatu lagi biarpun air mata darah yang keluar dari mata sayang. Sayang, sempadan dunia kita terlalu jauh dan tak mungkin akan bertemu kembali. Sayang, bukalah hatimu untuk insan yang menyayangi sayang. Terimalah abang ngah Eijaz di dalam hidup sayang. Bukalah cinta sayang untuk Eijaz Eilhan Edward"

"Tapi abang..sayang keliru kenapa wajah abang ngah Eijaz serupa dengan wajah abang..?"

"Sayang..anggap itu takdir dan pengorbanan terakhir abang untukmu, sayang. Ingatlah itu bukti kekuatan cintaku padamu sayang, cinta abang tetap untuk sayang, selama-lamanya. Ingatlah segala kenangan kita bersama. Abang bahagia dengan kenangan itu."

Elhan Ebrahim Edward semakin hilang dari fikiran. Namun berganti pula dengan wajah Eijaz Eilhan Edward yang kelihatan menyeramkan. Wajah itu remuk dan berlumuran darah. Aku tersedar. Rupa-rupanya aku bermimpi. Habis lencun wajahku dibasahi air jernih yang direnjis oleh Arayumi.

"Mommy...bangun, mommy mengigau ya..? Dari tadi sebut nama arwah papa dengan daddy Eijaz.."

"Astaghfirullah...mommy mimpi Yumi, tadi dalam mimpi tu, mommy seperti dapat jawapan setiap persoalan mommy. Yumi, antara daddy Eijaz dengan uncle Im, Yumi nak siapa jadi papa Yumi..."

"Erm, susah juga ni..dua-dua baik, tapi kalau tanya Yumi, Yumi pilih daddy Eijaz, mommy. Memandangkan dia dah tak gatal macam dulu, perangai dia pun lebih terarah kepada arwah papa kan mommy...? Lagipun, wajah daddy Eijaz dah seiras dengan arwah papa..tapi, apa kata mommy buat solat sunat Istikharah..minta petunjuk Allah.."

Ada benarnya kata Arayumi itu. Segala-galanya akan berbalik pada Sang Maha Pencipta. Sekarang tinggal nak tanya pendapat anak lelakiku, Eshal..Arisha pula, awal-awal lagi, aku dah dapat jawapannya. Mestilah daddy Eijaznya yang menjadi pilihan utamanya.

***

Pagi itu, aku mendail nombor telefon milik Dr Naim Nazreen. Tidak menunggu terlalu lama, talian bersambung. Aku ajak Dr Naim Nazreen untuk keluar makan tengah hari denganku pada hari ini. Kebetulan, Dr Naim Nazreen juga ingin menemuiku. Ada perkara yang ingin dibincangkan bersama.

Restoran Singgang Budu menjadi pilihan kami ingin bertemu sekaligus menjamu selera tengah hari ini. Setelah memesan makanan dan minuman yang menjadi pilihan, kami teruskan bicara kami tanpa berlengah lagi.

"Im, aku rasa aku dah dapat jawapan tentang wajah abang ngah Eijaz yang dah bertukar jadi wajah abang Elhan tu..itu terjadi sebab permintaan terakhir arwah abang Elhan kan..?"

"Akhirnya, aku dah tak perlu jelaskan lagi pada kau, Bella..benar, muka abang ngah Eijaz agak teruk kecederaannya masa kemalangan tu dulu, Bella. Kebetulan, arwah dah tak dapat menerima transfusi darah, tubuhnya menolak darah yang dipindahkan ke tubuhnya. Keadaan sangat genting waktu tu. Ah, kalau boleh..aku dah tak nak ingat dah..." Dr Naim Nazreen melepaskan keluhan berat.

"Erm...terjawab juga segalanya. Oh ya, kau ada nak beritahu aku sesuatu kan..?" aku senyum nipis sambil menyisipkan sedikit jus epal hijau asam boi di dalam gelas kaca itu.

Dr Naim Nazreen menganggukkan kepala. Tanpa berlengah dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar slack berwarna hitam yang dipadankan dengan kemeja berwarna kuning cair. Dah sedondon pula dengan dress labuh yang tersarung di tubuh rampingku. Sepertinya, aku tahu apa isinya dalam kotak baldu berwarna biru gelap itu.

"Sudi tak kau jadi isteri aku, Bella.." Dr Naim Nazreen melamarku.

"Kau, main-main je kan, Im.." aku sengaja berdalih. Tapi aku tahu Dr Naim Nazreen bersungguh.

"Aku tak main-main, Bella..." Dr Naim Nazreen sudah menyarungkan sebentuk cincin berlian berjenama Tiffany & Co di jari manisku, tapi malangnya cincin itu terlalu besar untuk jari manis kiriku ini.

"Ops...Im, nampaknya cincin berlian ni bukan untuk aku, Im... mungkin ada orang yang lebih layak... dan aku juga tak dapat menerimanya, Im..maafkan aku, aku...aku dah ada pilihan aku sendiri Im.."

"Sorry, Bella...mungkin aku terlalu terburu-buru...aku tahu kau pilih siapa, Bella...mungkin kita hanya kekal sebagai sebatas rakan baik.."

"Im, janganlah sedih..aku minta maaf, tapi kalau kau benar-benar nak bernikah semula, apa kata aku cadangkan kau dengan kak Pipah..kak Pipah tu cantik juga, Im..."

"Pipah, your maid..?"

"Bukan maidlah, Im...aku anggap dia macam kakak aku dah..kalau kau tak keberatan..kak Pipah tu janda, tapi masih anak dara tau..!"

"Maksud kau apa ni, Bella..?"

"Dia tak pernah disentuh lagi, masih virgin...suami dia meninggal masa malam pertama mereka, tiada istilah malam pertama pun, sebab malam tu juga kak Pipah ditinggalkan suaminya, ada operasi..misi Lahad Datu..kat Sabah tu.."

"Maksud kau, arwah suami Pipah tu dulu, seorang anggota tentera.."

"Ya, pangkat Kapten tau...bukan calang-calang ok..."

"Kalau dia tak keberatan, aku ok je..dah lama juga aku menduda ni. Rasa kosong, Bella..kau pun dah nak nikah balik kan...?"

Aku angguk kepala. Merona merah wajahku saat Dr Naim Nazreen memperkatakan soal aku yang ingin naik pelamin untuk kali ketiga ini. Aku harapkan, buat yang ketiga kali ini..jodohku berkekalan sehingga nyawa menjemputku. Aku sudah nekad, aku akan terima lamaran kau, Eijaz Eilhan Edward..!

Done update...tggal satu lagi bab untuk jumpa kata tamat..enjoyed it..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience