HARI-HARI yang menyapa diri, aku lalui dengan semangat azam yang baharu. Tidak lagi menoleh ke belakang, berikutan tanggung jawab yang harus aku pikul demi meneruskan legasi arwah daddy Ayaz.
Hanya tinggal aku sebagai pewaris tunggalnya yang sangat diandalkan untuk terus mengembangkan lagi syarikat yang diusahakan selama hampir tiga dekad lamanya hasil dari warisan turun-temurun keluarga arwah daddy Ayaz.
Kini, sudah masuk tahun pertama aku meneruskan lagi perjalanan warisan yang ditinggalkan arwah daddy Ayaz kepadaku. Dengan bantuan Zill Qayyim, aku belajar selok-belok tentang menguruskan perusahaan hotel yang di terajui oleh arwah daddy Ayaz sejak dia berumur awal dua puluh tahun lagi. Tidak aku menjangkakan Zill Qayyim sangat mahir dalam bidang perniagaan juga selain dari dunia perguaman yang sudah sebati dengan jiwa jejaka tinggi lampai ini.
"Jom lunch...my boss wife, kerja tu takkan pernah selesai..." tegur Zill Qayyim di muka pintu. Sejak bila dia berdiri di situ pun aku tak perasan.
"Sorry, lately banyak sangat projek nak kena handle, tak menang tangan.. jomlah perut ni pun dah berkeroncong.." aku padamkan suis komputer riba dan terus mencapai beg tangan kulitku, lalu mendapatkan Zill Qayyim di muka pintu itu.
Segak sungguh dia hari ini mengenakan kot berwarna biru tua itu sedondon dengan dress labuh paras lutut yang tersarung di tubuh kecil molekku ini. Rambut panjang lurusku, aku biarkan lepas bebas. Aku menatap wajah Zill Qayyim yang menguntum senyum manisnya di muka pintu itu sambil lengan kekarnya sudah memeluk kejap pinggangku.
"Kenapa pandang sayang macam tu.. tahulah sayang ni handsome.." Zill Qayyim menguntum senyum. Memang tampan pun!
"Ishh, pandang salah, tak pandang salah.. ni nak betulkan tie sayang ni..senget, honey taulah sayang tu handsome..sebab tu tak jemu nak pandang lama-lama.." aku cubit pipi Zill Qayyim saking geram dengannya.
"Honey, don't make me angry..boleh tak jari tu jangan suka menyepit macam crab..sakit tau tak! Dah jom kita pergi makan.." ajak Zill Qayyim sambil menata pandangannya pada seutas jam tangan yang terlilit di pergelangan tangannya itu.
Aku hanya tersenyum manis, lalu aku labuhkan sebuah kucupan di pipi Zill Qayyim yang kucubit tadi sebaik sahaja diri ini sudah melabuhkan punggung di kerusi hadapan sebelah pemandu itu. Zill Qayyim koyak senyuman, bibirku dipagutnya sekilas. Tak sempat aku nak elak. Tanpa berlengah terus meluncur laju kereta mewah yang digendarai oleh Zill Qayyim membelah jalan raya. Restoran mewah yang agak eksklusif itu menjadi pilihannya pada tengah hari ini untuk menjamu seleranya bersamaku tanpa sebarang gangguan.
"Sayang nak ajak honey makan ke nak berdating...? Why..ada something special ke hari ni..?" ujarku sambil tersenyum manis.
"Lupalah tu, your's birthday hari nilah honey... sayang nak celebrate malam nanti, sekarang ni kita isi perut dulu.."
"Surely...sayang, honey betul-betul lupa..lagipun dah lama sangat tak sambut...lastly, erm..forget it..makanlah sejuk nanti tak sedap.." aku cuba berdalih. Takkan nak beritahu kali terakhir aku sambut hari lahir aku adalah bersama dengan Elhan. Tak pasal-pasal habis melayang meja ni dikerjakan oleh Zill Qayyim nanti.
Hubungan aku dengan suamiku ini baru sahaja dalam fasa menerima di antara satu sama lain. Kami sudah sepakat akan menerima seadanya pasangan dan tidak akan menyoalkan tentang kisah silam masing-masing lagi. Kata Zill Qayyim, dia akan menerima apa jua keadaanku kerana tidak ada yang 'sempurna' selagi kita bernama manusia. Sebagai manusia biasa, kita adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak pernah lari membuat dosa dan kesilapan. Oleh sebab itu, Zill Qayyim bersikeras untuk mempertahankan ikatan suci yang sudah termeterai di antara kami berdua.
"Hai, suka sangatlah diri tu termenung..apa lagi nak difikirkan, makanan tu pun tak berjamah lagi.. kalau sayang tak suap, mesti tak makan.." omel Zill Qayyim yang menatapku tepat.
"Sorry, but thanks...buat semua ni untuk honey..honey dah takde kata macam mana nak berterima kasih dengan sayang.." aku mengeluh kasar, sambil aku elus pipi Zill Qayyim sekilas.
"Honey...i don't need your thanks, just terima sayang sepenuh hati honey, itu sudah cukup buat sayang.Buka hati honey untuk sayang, please..." jemariku yang berada di pipinya itu segera digenggam erat.
"Kenapa sayang cintakan honey macam ni sekali, sayang ni tak ubah seperti 'mawar pudar warna' sayang, apalah yang nak dibanggakan sangat.." wajahku mula keruh dan mendung.
"Don't say it like that...sayang takde hujah yang cukup kukuh untuk jelaskan, tapi percayalah.. sayang benar-benar cintakan honey, bagi sayang, honey sangat istimewa..honey nyawa sayang..sayang sanggup korbankan segalanya buat honey.. masih tak cukup kuat lagi ke cinta sayang pada honey...?" Zill Qayyim ungkap segala isi hatinya. Lembut, cukup lembut, namun cukup untuk menguris hatiku.
Aku geleng kepala. Air mataku jatuh membasahi pipi, sungguh mulia hatimu Zill Qayyim, tapi mengapa sedikit pun aku tak merasai dalamnya cintamu itu buat diriku..? Argghh...cinta memang gila..! Mahu juga aku menjerit tatkala ini. Tak sudah-sudah bayangan Elhan menghantuiku. Sedalam manakah cinta lelaki itu padaku? Mengapa terlalu sukar untuk aku padamkan sebaris nama indah itu!
Makan tengah hari kami rosak dengan air mataku yang tidak berhenti mengalir. Lantas, Zill Qayyim membawa aku ke sebuah tasik yang tidak jauh letaknya dari syarikat sebelum balik semula ke pejabat kami.
***
'Ya..Allah...bantulah hamba-Mu yang kerdil ini...jika kau hadirkan insan bernama Zill Qayyim yang akan memimpinku ke syurga-Mu kelak, maka hadirkan rasa cinta dan kasihku pada dirinya, Ya..Allah. Dan maka, jauhkanlah dia jika di takdirkan sebaliknya.
Ya... Allah aku mohon berikanlah petunjuk buat diri ini yang semakin keliru dan ragu-ragu...aku mohon, Ya..Allah, sesungguh-Nya kepada-Mu aku memohon dan meminta pertolongan..Amin'.
Aku raup wajahku sebaik sahaja aku usai menunaikan solat Asar di dalam bilik kerjaku. Air jernih yang masih bersisa aku hapus perlahan dengan telapak tanganku. Pantas aku lipat semula kain telekung dan sejadah yang baru aku gunakan tadi. Aku sangkutkan di tempat penyakut yang terdapat di penjuru sebelah kiri ruangan bilik kerjaku yang agak luas ini.
Aku lirikkan pandangan pada jam tangan di pergelangan tangan. Sudah lewat jam lima tiga puluh minit petang. Bergegas aku mengemaskan fail-fail yang berselerakan di atas meja kerjaku. Setelah memastikan segalanya sudah kembali kemas dan teratur, aku tunggu ketibaan Zill Qayyim di dalam ruangan ini di sofa kulit berbentuk L itu.
"Honey..jom, kita dah lewat ni..sorry sayang ada kerja sikit nak di settlekan tadi.." Zill Qayyim hulurkan lengannya.
"Takpe, honey boleh tunggu...ok, jom.." aku taut jejemariku dengan Zill Qayyim, beriringan meninggalkan ruang pejabat yang masih lagi belum surut dengan para karyawan yang kelihatan membongkokkan sedikit badannya apabila melihat aku dan Zill Qayyim.
Aku hanya mengukirkan senyuman nipis membalas perbuatan tersebut. Tidak mahu diri ini dianggap ketua yang bongkak dan sombong. Tanpa mereka semua, masakan aku dapat mencapai kejayaan sebegini rupa. Berkat usaha dan kerjasama yang baik dari pihak atasan bersama para karyawan bawahanku, kini syarikat yang dikelola oleh warisan arwah daddy Ayaz setelah beberapa generasi ini sudah mulai berkembang pesat mencipta namanya sendiri, bukan sahaja di dalam negara ini, malah sudah dikenali oleh beberapa buah syarikat gah dari luar negara. Tidak ketinggalan turut tersebar luas di Malaysia juga. Malaysia? Entah bila lagi aku akan jejakkan kaki ke situ!
***
Zill Qayyim memandu ke sebuah hotel yang agak jauh dari kediaman kami. Hampir dua jam memandu, kami tiba di sebuah hotel yang cukup gah reka seni binanya dan hotel ini juga adalah di bawah naungan dari syarikat induk yang sama-sama aku bangunkan dengan dirinya itu.
"Hotel Radisson Blu & Spa..? Sayang ni hotel yang sayang terajui setelah ada beberapa krisis sebab pecah amanah tu kan..?" soalku tidak percaya, hotel yang dulunya hampir gulung tikar itu maju semula disebabkan lelaki ini.
"Ya, honey... dahlah lupakan je pasal tu, apa kata kita masuk sekarang, banyak lagi surprise untuk honey kat dalam tu..." Zill Qayyim hulurkan tangan, lantas aku sambut dengan malu-malu.
Aku ukir senyuman sambil mengikuti langkah Zill Qayyim yang diatur ke atas bumbung hotel yang setinggi lebih dari puluhan tingkat itu. Ada sebuah meja lengkap untuk acara 'candle light dinner' itu yang sudah dihias cantik dengan kuntuman bunga ros kuning dan merah. Aku terpempan dengan semua yang ada di situ. Tangan naik menutup mulut yang sudah terbuka luas, hilang segala kosa kata aku tatkala melihat segala persiapan yang sudah disediakan oleh Zill Qayyim pada malam ini.
"Duduk honey... kita makan dulu. Nanti kita sambung berbual.." Zill Qayyim tarik kerusi untuk aku.
"Terima kasih buat semua ni untuk honey...I'm speecheless..kenapa susah-susah, sayang...honey..honey rasa nak menangis.." luahku setelah mencicipi hidangan Wagyu Steak with Mushroom Sauce yang menjadi pilihan Zill Qayyim pada malam ini.
"Janganlah macamni... please, don't ruin my mood, honey..just enjoyed the moment. Life is short, time is fast, honey.. no replay, no rewind..sayang nak cipta memori indah dengan honey malam ni..." ucap Zill Qayyim sambil menggenggam jejemariku erat, dielusnya lembut, sebelum kekura lenganku dikucupnya mesra.
Setelah usai menjamah makanan, Zill Qayyim bawa aku di tengah-tengah ruangan itu. Terdapat kek hari lahirku di atas meja bulat itu. Sekali lagi aku terpana dibuat lelaki ini. Kek coklat yang berbentuk hati itu tertulis sebarisan indah namaku dan ada beberapa batang lilin yang sedang menyala segera aku padamkan dengan sekali tiupan. Zill Qayyim mengambil potongan kecil daripada tanganku lalu disuapkannya ke dalam mulutku yang terbuka kecil. Perkara yang sama diulang pada dirinya itu setelah aku suapkan potongan kecil kek itu ke dalam mulutnya terlebih dahulu.
"Terima kasih sayang...honey.." kataku tergendala tatkala aku hamburkan tangisanku di dada bidang lelaki ini. Sebak, aku benar-benar rasa sebak, sehingga terasa sesak untuk bernafas. Sudah tidak dapat lagi diri ini untuk menahan segala rasa yang bercampur-baur.
"Hey, sudahlah tu.. sepatutnya honey gembira, kenapa pulak nak sedih-sedih..nanti habis make-up honey ni rosak...comot nanti, jangan salahkan sayang..." Zill Qayyim hapus air mataku lembut, seraya dia merangkul pinggang rampingku.
"Shut up... please hug me like this..jangan lepaskan selagi honey tak suruh.." gumamku perlahan sambil lengan kekar Zill Qayyim kutampar manja.
"Ok, but promise me...don't cry anymore..sayang tak kuat nak lihat honey bersedih macamni, macam mati laki pulak...!" Zill Qayyum menunduk sambil mengucup dahiku lembut. Belakang tubuhku dielusnya berulang kali.
"Sayang...!" aku terjerit, lantas lenganku memukul manja dada bidang Zill Qayyim. Tergeleng-geleng kepalaku berulang kali seraya tangisanku terus berhenti.
Zill Qayyim tertawa kecil. Masih kekal memelukku erat seperti mana yang kupinta daripadanya. Hangat tubuhnya itu membuatkan aku berasa damai dan selamat. Selesa sungguh diperlakukan sebegitu. Berkasih-kasihan di malam hari yang indah diterangi cahaya ribuan bintang yang bergemerlapan di dada langit. Senang dengan suasana sunyi tanpa sebarang bicara di antara kami. Bersama-sama melayani perasaan masing-masing, terhanyut dibuai dengan belaian lembut si jejaka seperti dia sedang mengalirkan seluruh kasihnya padaku tanpa bertepian.
Akan tetapi..., mengapa diriku terlalu sukar untuk menempatkan dirinya itu di ruang hatiku. Apakah hatiku sudah penuh terisi dengan sebarisan indah nama Elhan, sehingga tiada sedikit ruang pun untuk Zill Qayyim yang lebih berhak ke atas diri ini. Mengapa harus jadi begini? Benarkah aku terlalu obses dengan jejaka bernama Elhan? Apakah aku terlalu tamak..? Atau aku tidak menyedari yang diriku ini ibarat 'melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi' jika aku terus-terusan mengejar cinta Elhan yang sudah pun terputus di tengah jalan.
"Honey... kita masuk ke dalam ya, tak elok berembun terlalu lama. Sayang pun dah menggigil ni..sejuk.." adunya manja. Kepalanya segera dilentokkan ke atas bahuku.
"Sorry... ok, honey pun dah mengantuk ni, tentu dah lewat kan..Ya.. Allah, dah dua pagi..lamanya kita di sini.. kenapa sayang biarkan.." marahku pada Zill Qayyim, terus sahaja pelukan itu terlerai.
"Honey... honey yang kata, jangan lepaskan selagi honey tak...." wajah Zill Qayyim sudah berkerut. Comel pulak dia buat begitu.
"Ish... dahlah, kita kena balik sekarang, dah terlalu lewat ni sayang, esok kita ada meeting penting dengan legasi dari Dubai.." laju aku cantas kata-kata Zill Qayyim, bila teringatkan tentang mesyuarat penting itu.
"Ya.. Allah, macam mana boleh lupa pulak ni, jomlah...sorry, sayang betul-betul lupa pasal meeting tu..."
Zill Qayyim memimpin lenganku, lalu jejemariku ditautnya erat. Segera melangkah agak laju sehingga terhujung-hayang langkahku yang bersepatu tinggi, agak runcing dan halus itu. Nasib tak patah tumit stiletto yang setinggi lima inci itu. Sebaik sahaja aku sudah selamat memasuki perut kereta mewah jenis sport berwarna hitamnya itu, terus sahaja Zill Qayyim menekan pedal minyak dengan sedikit keras, lalu meluncur laju jentera itu membelah jalan raya di awal pagi itu.
Pemanduan Zill Qayyim yang agak tergesa-gesa itu membuatkan aku agak kecut perut yang duduk di sebelahnya, namun mata yang semakin memberat membuatkan aku terlena juga akhirnya.
Perjalanan yang agak panjang ini juga membuatkan Zill Qayyim yang memandu, terlihat agak keletihan. Diburukkan lagi dengan dirinya yang kelihatan sudah diselubungi rasa mengantuk. Beberapa kali aku lihat dia menguap menghadap kantuk matanya itu, namun dia masih memandu dalam keadaan yang baik. Pemanduannya dikekalkan dengan kelajuan yang sederhana apabila masuk sepuluh kilometer terakhir sebelum sampai semula di kediaman kami. Mujur minuman berasaskan kopi yang dibelinya di kios pandu lalu itu agak membantu dirinya menghapuskan rasa kantuk yang seakan menguasai dirinya itu.
"Honey..bangun kita dah sampai ni..cepatlah honey, sayang dah penat ni.." Zill Qayyim menepuk lembut pipiku. Samar-samar aku dengar suaranya itu.
"Erm...mmm.." aku mengumam, namun mata masih sukar untuk dibuka.
***
Awal pagi itu aku tersedar semula pabila dikejutkan dengan jeritan nyaring jam loceng di meja kecil yang terletak di sisi katil. Kepala yang masih memberat, aku picit perlahan. Lengan kekar Zill Qayyim yang melingkari pinggangku, segera aku alihkan. Mujurlah, dia yang menyedari ada sentuhan kecil daripadaku segera di alihkan tangannya itu pabila dibawa tubuhnya mengiring membelakangi diriku.
Melihat ada beberapa helaian pakaianku dan milik Zill Qayyim yang berselerakkan di atas permaidani berbulu tebal ini, membuatkan mulutku melopong, terbeliak sepasang mataku melihat keadaan diri di bawah selimut yang masih kemas membaluti diriku. Lantas aku menjerit lantang, sehingga mengejutkan Zill Qayyim yang masih lena di sampingku.
"Honey....why..?" soal Zill Qayyim cemas. Lengannya segera aku tepis kasar pabila dia ingin mendakap tubuhku ini.
"Jangan dekat, kau buat apa kat aku malam tadi, Zill Qayyim...?!" keras aku menyoalnya. Amarahku membuak sehingga berair dan memerah anak mataku. Panggilan juga sudah berubah, tiada lagi panggilan mesra itu aku gunakan untuk dirinya itu.
"Hey... honey ni kenapa, apa salah sayang...?" soal Zill Qayyim sambil melilitkan pinggangnya dengan sehelai tuala mandi.
"Huh, kau sedar ke tak ni Zill Qayyim...kau dah rogol aku, kau tahu tak...!!!!" aku jerit bagaikan tersampuk setan.
Zill Qayyim cuba merapat, namun aku segera menjarakkan diri. Tangisanku mula berlagu, membuatkan Zill Qayyim terngadah. Diraupnya wajahnya itu agak kasar.
"Aku minta maaf...aku gagal kawal diri, namun...aku kecewa Ara, sanggup kau sembunyikan perkara yang sangat besar ini pada aku. Aku tahu Ara, kau tak pernah menganggap aku sebagai suami, patutlah selama ini, kau selalu mengelak jika aku menuntut hak aku..kau sebenarnya 'mawar pudar warna' kan, Ara?! Siapa lelaki yang meragut perawanmu, Ara...? Jawab soalan aku!" Zill Qayyim mula menyerang dengan persoalannya. Bergema suaranya keras di segenap ruangan yang luas ini. Terjongket kedua-dua belah bahuku saking terkejut dengan suaranya yang tiba-tiba memetir.
"Ya, Zill Qayyim...aku 'mawar pudar warna..' tapi kau tak layak nak hina aku begini. Jika lepas ni kau jijik nak sentuh aku, baik kau lepaskan aku sekarang!" balasku dengan linangan air mata. Aku masih tergamam dibentak kasar oleh Zill Qayyim begitu.
"Ara...Ya..Allah, aku tak hina kau bahkan sedikit pun tak rasa jijik, aku tanya Ara, siapa? Siapa jantan tak guna tu..!" Tangan kekar itu mengoncang hebat kedua belah lenganku.
Aku masih berdiam diri. Hanya tangisan keras bersama erangan kuat yang terbit di bibir. Bergetar seluruh tubuhku yang dibaluti selimut tebal itu. Melihat itu, Zill Qayyim terus mendakap tubuhku erat di dalam dakapannya.
'Ya...Allah, mengapa kau terlalu baik Zill Qayyim, sedikit pun kau tidak membenci malah masih menerima keadaanku dengan baik..berdosanya aku pada dirimu, maafkan aku, Zill Qayyim...maafkan aku!'
Done update...terimalah seadanya..
Share this novel