PAGI itu aku dijemput oleh Dr Qayyum membuatkan diri ini, sekaligus ternanar. Bagaimana pula bapa saudaraku yang jauh beribu batu di Malaysia sana boleh pula muncul di hadapanku saat ini. Pelbagai persoalan menerjah di mindaku, namun pantas sahaja Dr Qayyum mencantasnya pabila terpandang wajahku yang berubah keruh.
"Kita balik dulu, nanti kita bincang di rumah.." Dr Qayyum senyum segaris, namun wajah itu tampak kusut.
Aku akur dan tiada lagi bicara antara aku dan Dr Qayyum sehinggalah kami selamat tiba di rumah sewa kediaman suamiku itu. Semuanya telah berkumpul di ruang tamu menunggu ketibaanku. Aku jadi bertambah pelik saat menata satu persatu wajah insan-insan kesayanganku yang nampak kelelahan, muram dan mendung. Tiada lagi kedengaran riuh-rendah di antara mereka selain kesunyian dan kesuraman yang menyelubungi suasana, bagaikan aku sedang berada di sebuah upacara kematian sahaja lagaknya.
Puan Aralynn segera mendapatkan aku dan erat-erat tubuhku didakap. Dengan linangan air matanya yang semakin lebat jatuh membasahi pipi, sekaligus membuatkan aku jadi semakin keliru dengan keadaan ibuku itu. Mengapa dia berkeadaan sedemikian rupa bila terpandangkan wajahku?! Aku yang penuh dengan tanda tanya sedang berdiri di pinggir sofa tunggal ruang tamu itu.
"Duduk dulu Bella, maafkan mommy kerana terbawa emosi.." puan Aralynn segera mengesat lelehan air matanya yang masih bersisa.
"Mana anak-anak, Bella.. mommy? What's going on..kenapa semua nampak sedih je..? Mana abang Elhan?" bagai peluru berpandu aku menyoal ibu kandung itu. Wajahnya terus berubah saat aku menyebut nama suamiku.
Puan Aralynn menghela nafas berat. Lenganku dielus lembut, sebelum bebola matanya terus lekat pandang seraut wajah kebingunganku. Perlahan- lahan puan Aralynn atur bicaranya.
"Bella, apa yang mommy cuba sampaikan ni, harap Bella bertenang ya, anak-anak ada dalam bilik tu..tengah tidur. Tapi.. kalau tentang Elhan.. mommy takde jawapan, sayang.." puan Aralynn genggam jejemariku. Kepalanya digeleng laju.
"Hah, apa maksud mommy ni..cakap mommy, jangan buat Bella tertanya -tanya macam ni, acu Aura, bik Jorah..abang Elhan mana..?" aku dah tak senang duduk, satu persatu aku beralih arah menata pandanganku kepada mereka bertiga untuk menemukan jawapan.
"Hey...jangan macam ni Bella, sabar..kita doakan semoga Elhan selamat..satu hari nanti dia akan balik juga ke sini, menemui kamu dan anak-anak" acu Aura pula memujuk, namun, semakin bertambah celaru aku jadinya.
Sebentar kemudian, bibik Jorah yang sudah mundar-mandir itu menyampuk. Pening kepala aku dibuatnya melihat bibik Jorah seperti kucing nak beranak itu.
"Aah..bibik bisa mati kok, kalau terus berdiam begini. Puan Bella, biarlah bibik terus terang aja, tuan Elhannya kabur dibawa lari sama orang di rumah sakit tempoh hari..!" Bibik Jorah membongkar rahsia yang cuba disembunyikan daripada pengetahuanku. Takut-takut dia cuba memberitahu kebenaran itu apabila mata helang acu Aura bersama puan Aralynn sudah bergabung.
Aku terpempan. Hampir melayang separuh nyawaku saat itu. Puas aku gelengkan kepalaku untuk mengusir segala kenyataan yang disampaikan oleh bibik Jorah sebentar tadi. Terus aku menerkam tubuh tua bibik Jorah. Kedua-dua belah lengannya aku genggam dengan erat. Lengan itu aku goncang sekuat hatiku.
"Bik...!!! Apa yang bik Jorah cuba sampaikan ni, apa benar semua ni bik?
Abang Elhan hilang dilarikan orang di hospital..? Apa yang berlaku pada abang Elhan sebenarnya..? Abang Elhan kena culik masa nak balik dari hospital malam tu ke..?" Aku bagai orang gila terus-terusan mengasak tiga wanita di hadapanku. Namun kepala yang sudah memberat dan berdenyut hebat saat ini membuatkan aku sudah terjelepok di atas permaidani berbulu tebal yang terhampar di ruang tamu itu.
"Ya...Allah, Bella..abang tolong bawakan Bella berehat di dalam bilik.." acu Aura mengarahkan suaminya yang baru muncul di muka pintu utama kediaman ini, mengangkat tubuhku yang sudah terkulai layu di atas permaidani itu.
***
Setelah tersedar dari lena yang agak panjang, keberadaan Elhan aku cari terlebih dahulu. Puas aku memanggil nama Elhan di serata ruang bilik tidur itu, namun Elhan tidak pernah muncul di hadapanku. Cuma tubuh genit Arayumi yang bergerak-gerak apabila terdengar suaraku yang mengganggu lenanya itu. Dia menemani tidurku di atas katil bersaiz besar ini. Sebentar kemudian, tangisan Eshal bersama Arisha yang agak nyaring itu menyentak lamunanku yang tengah asyik menata pandanganku terhadap Arayumi yang masih lagi nyenyak lenanya. Tidak terganggu langsung tidur Arayumi dengan tangisan adik kembarnya itu, mungkin dirinya itu sudah terbiasa mendengarkan tangisan adik-adiknya itu.
Segera aku dapatkan anak kembarku di katil berkembar bayinya itu. Aku angkat dahulu Eshal, si abang yang agak keras tangisannya berbanding dengan adik perempuannya, si Arisha. Kemunculan puan Aralynn di muka pintu itu membuatkan aku segera mengarahkan ibu kandungku itu mengangkat Arisha pabila tangisannya mula kuat dari tadi.
Segera puan Aralynn mendapatkan cucu bongsunya itu, lalu ditepuk -tepuknya lembut punggung Arisha untuk meredakan tangisannya yang semakin menjadi-jadi. Usai sahaja menyusukan Eshal, aku beralih pula pada Arisha. Hilang sebentar fikiranku tentang Elhan setelah sibuk menguruskan anak-anak kembarku itu.
"Mommy, terima kasih bantu Bella uruskan Eshal dengan Arisha.." Aku tersenyum nipis kepada puan Aralynn.
"Tak payah nak ucap terima kasih, mereka bukannya orang lain, cucu-cucu mommy juga.." puan Aralynn elus kepalaku sebentar, lalu beralih pula pada si kecil montel Arisha.
Ditepuk-tepuknya perlahan punggung Arisha sebelum meletakkan semula di katil bayinya. Lampin pakai buang yang dipakai Arisha yang sudah penuh itu disalin oleh puan Aralynn terlebih dahulu sebelum menidurkan kembali Arisha di dalam katil bayinya. Selang beberapa minit pula, giliran Eshal pula untuk dibersihkan. Alang-alang waktu sudah hampir menjelang petang, puan Aralynn mengambil kesempatan untuk memandikan bayi kembarku.
Aku diajar oleh puan Aralynn cara memandikan bayi kembarku itu. Pada mulanya, aku agak kekok dan terkial-kial untuk melakukannya, namun setelah beberapa kali mengulanginya, aku semakin mahir untuk berbuat demikian. Kesibukan aku menguruskan anak kembarku itu, sedikit sebanyak menghalang diriku yang terlalu sesak memikirkan perihal Elhan.
***
"Sudahlah tu, Bella...tak baik termenung begini terus, Bella ada tanggung jawab yang berat untuk dipikul.." pujuk puan Aralynn di gazebo petang itu.
"Entahlah mommy, Bella dah buntu dengan kehilangan abang Elhan, pihak polis juga dah tutup kes..dah setahun abang Elhan hilang tanpa sebarang khabar berita.." Aku lepaskan keluhan kasar. Aku sambung termenung kembali.
"Erm..jadi ke nak pindah ke rumah kamu, rumah pemberian arwah daddy Ayaz yang dekat Şişli tu.." puan Aralynn menyoal, air kopi yang masih berasap di cawan kacanya itu disisipkan sedikit ke mulutnya.
"Jadi mommy, esok rasanya kita pindahlah ke sana. Sebab, rumah ni tuan rumah tu nak ambil kembali.." aku melepaskan keluhan kasar, sambung menata pandanganku di ruang laman yang menghijau.
Arayumi yang tengah leka bermain di sana bersama adik kembarnya sambil ditemani bibik Jorah. Aku minta diri pada puan Aralynn untuk berlalu mendapatkan mereka berempat di sana. Setelah mendapatkan keizinan daripada puan Aralynn, aku melangkah kan kaki ke arah mereka. Seronok jadinya aku melihat telatah Arayumi yang sedang mengajak adik kembarnya bermain bersama dengannya.
"Yumi, adik Eshal dengan Arisha kecil lagi...macam mana adik-adik nak bermain dengan Yumi.." aku berbicara dengan Arayumi yang kelihatan petah bercerita tentang anak patungnya itu kepada adik kembarnya.
"Eh, mommy...Yumi cuma berbual- bual jelah, bukan Yumi ajak adik-adik bermain anak patung ni pun.Yumi tahu mommy yang adik-adik comel Yumi ni kecil lagi.." Arayumi koyak senyum pabila melihat Arisha tertawa dengan usikkan kakak sulungnya itu.
"Yumi, esok kita pindah rumah baru ya, kita tak tinggal sini lagi..kita tinggal rumah mommy yang baru.." aku memberitahu Arayumi tentang niatku itu.
Arayumi seperti terkejut mendengar kan bicaraku sebentar tadi. Wajahnya yang ceria sudah berubah mendung.
"Nanti kalau papa balik sini, macam mana mommy...tentu papa sedih kita dah takde lagi kat sini..." Arayumi cuba berdalih mencipta alasan.
"Takpe sayang, mommy beritahulah nanti kat papa yang kita pindah rumah baru.." aku cuba berkompromi dengan Arayumi. Lega aku jadinya pabila Arayumi memberikan kata putus yang berpihak kepadaku.
"Erm..kalau macam tu, Yumi setuju.. janji tau mommy beritahu papa yang kita dah pindah..!" Arayumi memberikan peringatan terhadapku. Jari telunjuknya sudah digoyang-goyangkan di hadapan wajahku yang sudah duduk bertinggung bagi menyamakan diriku dengan ketinggiannya itu.
***
Setelah dua jam perjalanan menempuh bandar Şişli, akhirnya kami sampai di rumah mewah pemberian arwah daddy Ayaz padaku sempena hadiah pernikahanku dengan Elhan, kira-kira lapan tahun yang lepas. Pejam celik, pejam celik, tak sangka aku dah jadi isteri kepada Elhan sudah masuk tahun kelapan.
Aku yang sedikit keletihan membawa diriku berehat di sofa ruang tamu setelah membuat kerja-kerja pemasangan katil berkembar milik Eshal dan juga Arisha. Teringat kembali saat Elhan mengajarkan aku untuk memasang katil bayi ini. Mujur tidaklah sesukar mana untuk memasang semula katil bayi itu. Setelah usai, Eshal dengan Arisha yang berada di dalam gendongan puan Aralynn bersama bibik Jorah tadi ditidurkan semula di dalam katil berkembar bayi itu.
"Bella, betul ke Bella nak bekerja di syarikat perhotelan tu semula..? puan Aralynn bertanya untuk mendapatkan kepastian. Punggungnya sudah dilabuhkan pada sofa berangkai tiga itu.
Tersentak aku jadinya setelah terlelap kira-kira lima minit yang lepas. Terus segar kedua-dua belah bebola mataku. Aku tanya semula soalan yang ditanyakan oleh puan Aralynn sebentar tadi kepadaku.
"Sorry mommy, apa dia tadi, Bella dah terlelaplah mommy..."
"Laa..tidur ke? sorry juga mommy tak perasan langsung..mommy tanya Bella nak masuk office balik ke?" puan Aralynn mengulangi semula pertanyaannya. Kedua-dua belah tangan dilipat dan dibawa ke dadanya.
"Ya, mommy...ada urusan yang Bella perlu uruskan sebelum Bella nak mommy bersama kak Farihye yang uruskan syarikat warisan arwah daddy Ayaz kat sini nanti..." aku koyak senyum. Pandangan menatap wajah ayu puan Aralynn.
"What?! Kamu nak pergi mana pulak, kenapa nak mommy pula yang uruskan syarikat arwah daddy you tu..?" puan Aralynn agak terkejut menerima berita yang aku sampaikan sebentar tadi.
"Ni..semuanya adalah salah satu wasiat arwah daddy Ayaz, kejap Bella ambilkan surat terakhir arwah daddy Ayaz untuk mommy, sorry tau mommy, Bella dah baca surat tu..." aku berlalu ke dalam bilik tidurku sebentar mengambil surat terakhir arwah daddy Ayaz untuk ibuku itu.
Sebentar kemudian, aku mendapatkan kembali puan Aralynn yang masih menanti di sofa ruang tamu itu. Aku serahkan sampul berwarna biru laut itu kepada puan Aralynn. Lambat-lambat puan Aralynn mengambil sampul surat yang berada di dalam pegangan tanganku. Aku tinggalkan puan Aralynn berseorangan di situ yang mula membaca isi kandungan surat dari tulisan tangan arwah suaminya itu.
Tidak sanggup diri ini untuk melihat deraian air mata milik puan Aralynn jatuh berderaian yang membasahi pipinya. Aku biarkan ibu kandungku itu melayan perasaannya saat itu. Terus aku melangkah ke dapur, mendapatkan bibik Jorah yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk makan malam kami anak-beranak.
"Bik, masak apa malam ni..?" soalku pada bibik Jorah yang kelihatan tidak menang tangan menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
"Bik masak nasi goreng aja ya, puan Bella..udah capek kok..bahan masakan juga tidak cukup.." terang bibik Jorah.
"Apa-apalah, bik...nanti kita pergi beli ya, ingatkan nak makan di luar sahaja, bibik dah nak masak..saya tolong ya, bik Jorah..cepat siap boleh berehat..."
"Lumayan juga puan Bella, bibik juga udah ngak larat lagi, rasanya mahu berehat aja saat ini, bermain dengan cucu bibik di kampung.." luah bibik Jorah sambil lepaskan keluhannya.
"Bibik mahu pulang ke kampung, betul ke dah tak mahu bekerja lagi dengan Bella di sini. Yelah, bik..saya faham, umur bibik juga sudah cecah tujuh puluh tahun..time macam nilah kan nak berehat, bermain dengan cucu cicit..kalau bibik mahu berhenti beritahu saya awal-awal ya bik..nanti senang saya nak uruskan semuanya.." panjang lebar bicaraku pada bibik Jorah yang mahu menamatkan perkhidmatannya itu.
"Terima kasih ya, puan Bella kerana udah memahami keadaan bibik..ya bik udah tua, ngak larat untuk buat segala kerjaan rumah ini lagi...ya, baiklah.. nanti bik Jorah beritahu puan Bella semula..." bibik Jorah tersenyum nipis padaku.
Tangan tuanya masih ligat menyediakan bahan-bahan untuk membuat nasi goreng cina buat Arayumi, Eshal bersama Arisha, manakala untuk aku, puan Aralynn dan dirinya itu, nasi goreng kampung menjadi pilihan. Aku kagum dengan pembantu rumah milik Elhan ini, walaupun umurnya sudah meniti senja namun, bibik Jorah masih kuat untuk membuat kerja-kerja rumah. Meskipun tidak lagi selincah dahulu, namun kerja-kerjanya masih berkualiti seperti dulu. Tidak pernah dia memandang enteng pekerjaannya itu, semuanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hatinya. Jadi keberatan untuk aku lepaskan pembantu rumah sebaik bibik Jorah itu.
Setelah usai menghidangkan makanan itu di atas meja, bibik Jorah memanggil puan Aralynn ke meja makan. Aku pula mendapatkan anak-anakku di dalam bilik tidurku. Apabila semuanya sudah mengambil tempat di meja makan itu, kami menjamu selera setelah usai membaca doa terlebih dahulu. Tampak berselera Arayumi bersama Eshal dan Arisha menjamu nasi goreng daripada air tangan bibik Jorah itu.
"Bella, makanlah...Eshal dengan Arisha dah selesai makan dah tu..bik nanti tolong bersihkan Eshal dengan Arisha ya, bawa mereka masuk dalam bilik puan Bella..." puan Aralynn mengarahkan bibik Jorah yang sudah selesai menjamah makanannya.
Setelah bibik Jorah berlalu, puan Aralynn berbicara semula.
"Bella, kenapa ni..? Apa lagi yang Bella fikirkan, Elhan..?" puan Aralynn elus lembut lenganku.
"Takde sesaat pun Bella terlupa nak fikirkan tentang abang Elhan, mommy.. tapi, sekarang Bella terfikiran tentang bik Jorah, bik Jorah nak berhenti mommy, katanya tak larat lagi..anaknya juga suruh bibik Jorah berehat di kampung.." ujarku pada puan Aralynn.
"Erm...pasal bik Jorah rupanya, memang patut pun bik Jorah tu berehat dah...umur pun dah banyak, Bella.. kamu tak kesian kan dia ke..?" puan Aralynn kerut dahinya.
"Bukan macam tu mommy, Bella cuma keberatan nak lepaskan pemergian bik Jorah, dah lama dia dengan kita..dah macam sebahagian dari keluarga dah...takut juga kalau ambil yang baru, tak sebaik bik Jorah nanti..."
"Kalau macam tu tak payah cari pembantu rumah baru, buat sendiri semuanya...kamu pun bukannya terbeban sangat kerja di pejabat tu.. bos besar kan..?" puan Aralynn senyum simpul. Air jus oren di dalam gelas kaca itu diteguk sehingga ke titisan akhir.
Aku hanya senyum nipis pada ibu kandungku itu. Aku sudahkan makanku pada malam itu. Ternyata rasa air tangan bibik Jorah agak berlainan pada malam ini. Rasanya sangat istimewa dari hari-hari sebelumnya. Tidak pernah-pernah aku menambah pinggan makanku, tapi kali ini aku tewas, nasi goreng kampung yang dimasak oleh bibik Jorah malam ini sungguh lazat, sekaligus mengugah seleraku.
Aku masuk semula ke dalam bilik tidur setelah mengemas dapur. Aku yang menawarkan diriku untuk berbuat demikian, setelah melihat keadaan bibik Jorah yang sudah keletihan. Setelah memastikan Arayumi, Eshal dan Arisha benar-benar lena, aku bawa diriku ke balkoni untuk mengambil angin malam sebentar bagi menjernihkan segala fikiran yang menyesakkan dadaku.
Aku bawa pandanganku menata dada langit. Kelihatan tiada satu pun butir bintang yang menghiasi dada langit pada malam ini. Kelam dan gelap. Suram seperti mana suramnya hatiku saat ini. Ya...Allah, aku mohon kepada- Mu, berikanlah petunjuk kepada diri untuk mengetahui tentang keberadaan suamiku saat ini. Aku terlalu rindu padanya. Sungguh aku rindu, abang Elhan..di manakah kau, sayang..?!
Done update..sorry lambat..! Terimalah seadanya..
Share this novel