JAWAPAN yang aku nantikan pada Elhan, akhirnya membuatkan aku mengalah. Elhan sengaja buat aku begitu kerana aku tahu atas kekurangan dirinya itu, dia ambil keputusan untuk menjauhkan diri daripadaku dan sekaligus memberikan ruang kepada abang kandungnya menjalinkan semula hubungan yang terputus di pertengahan jalan.
"Aku ceraikan kau Arabella Alexandria Yong binti Ayaz Abdullah dengan talak satu!" Elhan melafazkan talak itu ke atasku dengan tenang dan lancar.
Tumpah air mataku sederas empangan pecah. Sedalam ini sahajakah cintanya buat aku? Elhan Ebrahim Edward, aku tak sangka kau selemah ini!
Aku terus melangkah meninggalkan pekarangan Mahkamah Syariah Kuala Terengganu itu tanpa menoleh lagi ke belakang. Sudah puas aku merayu, memujuk jejaka pujaan hatiku yang pertama kalinya berjaya mengetuk pintu hatiku. Dia lelaki pertama yang mengajar aku apa ertinya CINTA.
Aku pasrah, jika setakat ini jodoh aku bersama Elhan Ebrahim Edward yang sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz. Aku tidak mahu menyalahkan takdir lagi. Aku harus lebih terbuka, berjuang untuk masa depan anak-anakku. Terutamanya buat si bongsu yang sedang berjuang dengan penyakit yang dihadapi jelas-jelas dari gen yang dibawa oleh Elhan sendiri. Elhan juga menderita sebagai pesakit Talasemia. Patutlah, wajahnya pucat semacam, sama seperti Arisha. Aku tidak menyalahkan Elhan atas apa yang terjadi pada Arisha. Mungkin ini takdir anak bongsuku itu.
Sejak kecil, dia kehilangan kasih sayang seorang bapa, tapi aku masih bersyukur Allah menggantikannya dengan seorang yang lebih baik. Kehadiran encik Eijaz, sedikit sebanyak menghapuskan rasa kehilangan itu. Hubungan aku dengan encik Eijaz masih sebatas majikan dan pekerja. Nak bercinta? Ini bukan masa yang tepat...luka yang diberikan oleh Elhan masih segar berdarah.
"Hai...menung lagi..? Termenung dengan adik Bella memang tak boleh berpisah kan? Nasib performance masih tak ke laut!" omel encik Eijaz.
"Abang Eijaz kalau tak mengusik Bella tak sah kan..? Macammana tahu Bella kat sini.." aku beranjak sedikit memberikan ruang untuk jejaka tinggi lampai ini melabuhkan punggungnya.
"Instinct... adik Bella suka tengok pantai kan, samalah dengan Ina.." wajahku ditatap tepat.
"Who's Ina, your girlfriend hah..?" aku cuba tersenyum, namun aku lebih selesa menundukkan wajah sebelum menata pandanganku pada pantai yang indah terbentang.
"Abang Eijaz sebenarnya dah lama nak beritahu rahsia ni, ingatkan Bella boleh teka, tapi..slow juga macam alang Elhan.." Encik Eijaz merengus.
"Boleh tak jangan kaitkan Bella dengan adik alang abang Eijaz tu lagi..Bella baru nak move on..by the way, siapa Ina? Ada kena-mengena dengan Bella pula ke..?" aku ulang pertanyaanku semula.
Encik Eijaz tidak terus menjawab. Dia menghela nafas berat. Bawa langkahnya menyelusuri gigi pantai. Aku membuntutinya dari belakang. Tiba-tiba, encik Eijaz menghentikan langkahnya. Tersembam wajahku di belakang tubuh jejaka tinggi lampai ini. Mujur masih berlapik. Tapi aku tak boleh nak kekal bertenang bila terhidu haruman perfume milik lelaki ini. Dekat sangat baunya dengan bauan wangian perfume milik Elhan. Mahu sahaja aku suruh mamat ni tukar bauan minyak wanginya. Tapi apa hak aku nakkan dia berbuat demikian?
"Menung lagi..tak habis-habis. Apa yang seronok sangat buat macam tu..? Dah macam penyakit pula abang Eijaz tengok" berkerut dahi lelaki ini sehingga menampakkan sisi garangnya.
"Sorry, Bella tak sengaja..abang Eijazlah tiba-tiba berhenti..nasib tak patah hidung mancung Bella ni.." aku gosok-gosok hujung hidungku.
"Dah dia suka berangan..kalau abang Eijaz biarkan mungkin dah lemas dalam pantai ni agaknya.." encik Eijaz ukir senyum.
"Ala..kita pandai berenanglah.. hampir-hampir masuk sukan Olympic tau, jangan tak percaya.." aku angkat-angkat kedua-dua belah kening ku.
Encik Eijaz pula sudah mengetuk -ngetuk hujung bibir bawahnya dengan jari telunjuknya. Lagaknya seperti orang tengah berfikir.
"Tak percaya, sudahlah..." aku mencebik bibir mungilku. Sedia melangkah untuk pergi menjauh dari lelaki ini.
Encik Eijaz kejar langkahku dengan melebarkan langkah sepasang kakinya. Takdelah sesukar mana dia ingin mengejarku kembali dengan ketinggian yang hampir enam kaki ini. Alih-alih aku juga yang ketinggalan semula di belakangnya.
"Bukan tak percaya, tapi sukar sikit nak terima kenyataan tu, sebab Ina tak pandai berenang.."
"Kejap, Ina...Arabellina Azra Slyvia Yong...arwah kak Bellina..i'm right?"
Encik Eijaz angguk kepala. Sekaligus buat aku terpempan. Apa hubungan encik Eijaz dengan arwah kak Bellina? Patutlah selama ni, encik Eijaz mengetahui sedikit sebanyak tentang diriku. Aku dengan arwah kak Bellina ni sebenarnya mempunyai kesukaan yang hampir sama. Tiada banyak perbezaan yang ketara antara kami. Puan Aralynn sendiri yang ceritakan pada aku serba sedikit tentang arwah kakak kembarku itu suatu masa dahulu.
Dan aku tak menafikan yang arwah kak Bellina terjatuh cinta pada Elhan saat pertama kali bersua muka. Senang benar dia melupakan encik Eijaz, cinta pertamanya ini.
"Abang Eijaz first love arwah..?" soal aku inginkan kepastian.
"Ya, abang Eijaz jatuh hati sejak first time jumpa lagi. Masa tu arwah dengan rakan baiknya tengah pilih bunga. Abang Eijaz jatuh suka dengan kelembutan arwah, bicaranya juga sangat sopan..lembut je orangnya, macam adik Bella..tapi jangan buat dia marah, kalah kot singa dalam hutan tu garangnya..." encik Eijaz ungkapkan rahsia yang selama ini aku tertanya-tanya jawapannya.
Bicara encik Eijaz terhenti di situ. Sepasang irisnya yang bulat menikam wajahku. Tertunduk aku dibuatnya lelaki ini. Sudah hampir tidak berjarak aku dengan bekas abang iparku ini apabila dia semakin menghapuskan jarak. Tubuhku ditariknya ke dalam dakapannya secara mendadak itu sempat membuatkan jantung aku berlari kencang.
"Adik Bella tak apa-apa...haram jadah betullah, woi.. mabuk ke..hah?! tengking encik Eijaz memarahi pemandu kereta yang memandu secara membabi buta itu.
"Dahlah abang ngah Eijaz, salah Bella juga..tak pandang kiri kanan..by the way, garang juga abang ngah Eijaz ni..Erm, dah tak nak lepaskan, Bella ke..nak jadikan Bella ni bantal guling abang ngah Eijaz pulak?"
"Apa salahnya...adik Bella pun dah habis iddah kan, alang Elhan sendiri yang suruh abang ngah Eijaz gantikan tempat dia..Ops...!" encik Eijaz berdeham.
"Apa..abang ngah cakap tadi, Bella tak dengar, boleh ulang lagi sekali.."
Kebetulan masa encik Eijaz meluahkan kata akhirnya itu, aku dah masuk ke dalam keretaku. Bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Anak-anak sudah lama menunggu kepulanganku.
"Takpelah, adik Bella drive safely, dah lewat dah ni..sampaikan salam abang ngah Eijaz pada anak-anak. Hujung bulan ni kita pergi bercuti. Abang ngah Eijaz belanja.."
Aku angguk kepala. Ibu jari aku angkat tinggi-tinggi, sambil ukir senyuman manis buat jejaka tampan ini. Tidak lama kemudian, aku memulakan pemanduanku apabila enjin kereta sudah aku hidupkan beberapa minit tadi. Aku lambaikan tangan pada abang ngah Eijaz tanda pengunduran diriku. Dia mengukirkan senyuman semanis gula buat aku dan naik juga tangannya untuk membalas kembali lambaianku.
***
Setelah usai menunaikan solat Isyak aku bawa diriku berdiri di balkoni. Anak- anak telah masuk tidur memandangkan esok masih lagi hari persekolahan bagi mereka yang tinggal di zon A. Sedang leka menghitung cahaya yang berkerlipan nun jauh di dada langit aku dikejutkan dengan kemunculan Arayumi di sisiku.
"Apa yang mommy tengok tu?" Bibir Arayumi singgah di pipiku.
Aku tersentak. "Yumi, terkejut mommy, kenapa tak tidur lagi?" Aku tepuk lengan anak gadisku ini. Persoalannya aku balas dengan menyoalkan dirinya kembali.
"Yalah.. mommy asyik sangat merenung bulan bintang kat atas tu. Mommy nampak wajah papa ke kat atas tu..?" usik Arayumi yang sudah meningkat remaja. Tak sangka anak sulung aku ni dah nak masuk enam belas tahun hujung bulan ni.
"Janganlah cakap macam tu, mommy dah malas nak fikir pasal papa. Bukannya mommy benci, tapi mommy kesal, papa cepat sangat berputus asa.. Haritu jumpa papa, apa je yang korang buat..?" aku mula mencungkil sedikit sebanyak tentang Elhan dari Arayumi.
"Yumi dah agak dah, korang berdua ni kan sebenarnya ego. Kata je dah move on, nak buat hal masing-masing. Tapi.. merindu sesama sendiri. Seksa jiwa. Mommy nak berbaik semula tak dengan papa..?" soal Arayumi buat aku terpana.
Aku tarik lengan Arayumi membawanya ke arah katilku. Sejuk pula berdiri lama-lama di luar ini. Kami dah duduk bersandar di kepala katil sambil menyelimuti sebahagian tubuh kami separas pinggang.
"Betul ke ada peluang tu? Papa dah ubah pendirian dia.."
"Papa tak kata apa-apa, cuma Yumi dengan Eshal yang nak mommy kembali hidup bersama dengan papa..kita jaga papa sama-sama.."
"Arisha...? Dia tak nak tengok mommy bersama dengan papa..?"
"Mommy tahukan jawapannya. Arisha kan lebih rapat dengan daddy Eijaz.. rasa macam adik Arisha tu bukan anak papa pulak, tapi anak daddy Eijaz! Yumi tak sukalah daddy Eijaz tu, macam sesuatulah dia tu, mommy. Dia macam tak ikhlas sayangkan kita semua. Macam ada agenda tersembunyi! Mommy tak rasa ke yang daddy Eijaz tu, gatal..!"
"Gatal..?! Memang dia tu gatal sikit, tak macam papa kan?" aku tahan gelak. Arayumi merasakan perasaan yang sama denganku rupanya tentang abang ngah Eijaz.
"Mommy ok kan kalau kami tolong mommy berbaik semula dengan papa..?"
"Jawapan tu ada pada papa, Yumi.. mommy tak boleh buat apa-apa pun.."
Arayumi elus lembut lenganku. Kemudian beralih pula melekapkan kedua-dua belah telapak tangannya di kedua-dua belah pipiku.
"Mommy..don't give up..kita berusaha sama-sama..kita buat papa jatuh cinta balik dengan mommy..kalau papa tolak juga, atleast..kita dah cuba right?"
Aku angguk kepalaku. Air mata yang ingin menitis, aku tahan sedaya upayaku. Namun, berderaian juga akhirnya. Aku dakap tubuh Arayumi erat-erat. Sesungguhnya, aku terlalu merindukan bekas suamiku itu.
"Insya Allah, Yumi...kita sama-sama berdoa, semoga Allah lembutkan hati papa untuk terima mommy kembali dalam hidupnya..tidurlah dah lewat ni..esok sekolah tau.."
"Yumi sentiasa doakan mommy dan papa, tapi kan mommy...hari tu, Yumi nampak papa macam tak sihat..muka papa pucat sangat.."
"What..?! Uncle Naim tak buat apa-apa ke..?"
Yumi angkat kedua-dua belah bahunya dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya semula yang berhadapan dengan bilikku. Tanganku dikucupnya dan mengucapkan ucapan selamat malam kepadaku. Aku kucup ubun -ubun Arayumi penuh kasih sebelum mengucapkan kembali ucapan yang sama buat anak gadis suntiku ini.
Aku duduk di birai katil terlebih dahulu. Mata bundarku segar kembali jadinya pabila Arayumi memberitahu tentang keadaan Elhan. Risau? Memang separuh mati aku merisaukan keadaan Elhan saat ini. Dah tak tentu arah aku jadinya di dalam bilik ini. Telefon bimbit yang berada di meja solek terus aku capai.
Melihat waktu yang terpamer di skrin benda pipih ini buat aku membatalkan semula niatku untuk menghubungi Dr Naim. Dah satu pagi, takkan aku nak ganggu Dr Naim waktu-waktu begini. Entah apa yang sedang dilakukannya. Buatnya dia sedang lena dibuai mimpi, tak pasal-pasal aku dituduh mengganggu masa rehatnya pula.
"Ya... Allah, selamatkan bekas suamiku dari sebarang kesakitan yang berpanjangan. Jaga dia untukku, Ya..Allah. Aku mohon pada-Mu, sesungguh-Nya, Engkau sebaik-baik perancang.. Amin"
Sungguh-sungguh aku doakan kesejahteraan buat mantan suamiku itu usai menunaikan solat sunat Tahajud di dini hari. Tenang semula hatiku yang gundah-gulana sejak dari tadi asyik memikirkan tentang bekas suamiku itu. Aku masih sayang pada dirinya dan masih berharap yang dia akan terima aku semula suatu hari nanti.
Bunyi jam loceng yang nyaring di atas meja sisi katil menyentak lenaku. Tak sedar aku tertidur di atas sejadah malam tadi. Tubuh yang masih berbalut kain telekung aku tanggalkan sebentar. Baru pukul lima pagi. Hanya dua jam aku memejamkan mataku. Terus aku bersihkan diri dan membawa diriku ke dapur. Kak Pipah sudah berada di ruangan itu sibuk mengeluarkan bahan-bahan mentah dalam peti sejuk.
"Kak Pipah, nak buat apa pagi ni..?"
"Ok tak ni, merah je mata tu..tak dapat tidur ke..? Macam dulu tu..rehat jelah, biar kak Pipah yang sediakan, untuk budak-budak sekali..kak Pipah buat nasi goreng je pagi ni.."
"Bolehlah kak Pipah..kejap lagi saya tolong gorengkan telur mata..nak bancuh kopi jap.. hilangkan rasa mengantuk ni"
Aku lihat kak Pipah gelengkan kepala. Aku pula tayangkan senyuman. Aku tahu kak Pipah risaukan aku, namun tak senang pulak hati aku ni kalau tak menolong. Macam aku terlalu membebankan kak Pipah menguruskan semua tentang hal-hal di rumah ini.
Selesai juga aku dan kak Pipah menyediakan sarapan untuk pagi ini. Masih berbaki lima belas minit sebelum masuknya waktu solat Subuh, aku bawa diriku berehat sebentar di meja bar itu sambil berbual-bual kosong dengan kak Pipah.
"Kak.. sebenarnya dah lama saya nak tanya dengan kak Pipah tentang ni, tapi asyik tertangguh je.." aku merenung ke dalam mata kak Pipah.
"Apa dia.."
"Kak Pipah pandang-pandang saya dengan hero tampan tiga orang tu, dah kenapa?"
"Yang masa kita kat umah Dr Naim tu..? Entahlah, Bella..akak rasa tiga-tiga tu nakkan Bella jadi milik diorang..tapi tulah kan...tak kan terjadilah apa yang terlintas kat kepala akak masa tu, sebab kamu masih bergelar isteri pada Elhan. Sekarang ni kamu dah single, antara mereka bertiga tu mana jadi
pilihan kamu..? Ke masih menantikan duda kamu ubah fikiran.."
"Ya, Allah..kak Pipah sampai ke situ pulak yang di fikirnya..kalau saya ni lelaki kak, lainlah cerita..Tiga-tiga tu saya buat bini, kalau mereka tu pulak perempuan.." aku senyum penuh makna.
"Haah..betul juga tu..tapi tulah, tak sangka betul kak Pipah yang Elhan ceraikan kamu. Akak rasa Elhan tu cuma nak kamu bahagia Bella, dia tak nak bebankan kamu..yalah, dia dah tak mampu nak berikan kamu nafkah zahir mahu pun batin..dia tak nak dera kamu dengan kekurangan dirinya tu..kak Pipah rasa dia begitu sayangkan kamu..sebab tu dia lepaskan kamu, tak pada orang lain pun, abang dia juga kan?" omel kak Pipah panjang lebar.
"Kak Pipah tak rasa ke, Elhan buat saya macam barang permainan dia, senang-senang dia nak atur hidup Bella. Bella tak kisah keadaan Elhan teruk macam mana sekalipun kak Pipah, janji dia dengan Bella..!"
"Sekarang memang kata tak kisah, nanti mungkin ungkit-mengukit antara kamu berdua akan terjadi juga.. sebab hal-hal nafkah ni kan tanggungjawab seorang suami, Bella...tanggungjawab seorang suami ni berat Bella, Elhan takut agaknya dan mungkin dia dah fikirkan yang dia memang tak mampu nak pikul beban kewajiban ke atas kamu dan anak-anaknya, sebab tu dia lepaskan kamu, walaupun dia sendiri tak rela.." terang dan nasihat seiring diberikan oleh kak Pipah padaku sedikit sebanyak menjentik hatiku.
"Terima kasih kak Pipah, Bella akan belajar menerima keputusan abang Elhan itu. Tapi cara kak Pipah bercakap ni, macam kak Pipah pernah alami je, atau abang Elhan sendiri yang luahkan pada kak Pipah..." soal aku lagi. Panjang pula bicara aku jadinya dengan kak Pipah pagi ni. Macam dah bersidang forum Perdana Hal Ehwal Islam pulak.
"Ala...kalau Elhan tak cerita pun, kak Pipah dah rasa dan lalui dah apa yang sedang Bella lalui ni. Lupa ke kak Pipah ni kan janda letop...macam kamu juga".
"Amboi kak Pipah, tak mahu kalah...yalah, kak Pipah ni cantik apa..? Pilihlah kak Pipah antara Dr Naim dengan CEO Eijaz akak pilih yang mana?" aku dah mula tertawa, sambil nyanyikan sebaris lagu dangdut yang tengah viral saat ini. Siap bergelek lagi. Kalau si tiga bersaudara tu melihat tentu-tentu aku menerima pinangan serentak. Agak-agak pinangan daripada siapa yang menjadi pilihanku?
"Dah...agak-agak sikit, dah nak azan Subuh ni, pergi siap-siap kita solat berjemaah..anak-anak dah bangun ke belum tu..?" kak Pipah dah berteriak di dapur sementara aku di meja makan masih bergelek sakan sambil menyediakan bekal makanan untuk tiga anak kesayanganku ini.
Kecerianku pagi itu membuatkan anak-anakku menata pandangan pelik terhadapku. Lantas, Eshal bersuara memecahkan suasana yang agak terganggu dengan suaraku yang berpadu dengan lagu yang berkumandang di corong radio di dalam keretaku ini. Kebetulan sungguh lagu dangdut Perawan Atau Janda nyanyian Cita Citata sedang diputarkan.
"Amboi cerianya mommy pagi ni, siap nyanyi-nyanyi lagi..papa nak pinang mommy balik ya..?" Eshal bersuara di belakang.
"Taklah abang Eshal...tapi kalau abang Eshal nak, tolong mommy dengan kak Yumi pujuk papa.."
"Adik Arisha, terkecuali.. sebab adik Arisha sayang daddy Eijaz..." Arisha bersuara di tempat duduk hadapan di sebelahku.
"Kau ni kan...?" Arayumi dan Eshal dah buntangkan matanya pada adik bongsunya ini.
"Dah, jangan gaduh...time to study ok..kita dah sampai school, belajar rajin-rajin..dengar cakap cikgu.." pesanku pada tiga orang anakku.
Selepas mereka bertiga menyalami dan mengucup tanganku, dan melepasi pagar masuk di dalam persekitaran sekolah swasta itu, aku teruskan pemanduanku untuk ke pejabat dengan azam yang baru. Aku dah tak nak sedih- sedih dah...Selamat tinggal kesedihanku, aku mahu bina hidupku yang baru! Ya, itu azam aku di tahun baru ini!
Done update, terimalah seadanya..siikit lg nk hujung² dah..
Share this novel