BAB 7 : (DEMAM)

Romance Completed 5995

MALAM yang semakin larut, kelam dan gelap di pekarangan kediaman mommy Aralynn menambahkan lagi rasa takut yang sudah mencengkam jiwa.

"Bella, dah sampai ni, awak tak nak turun ke..?" soal Elhan yang sudah memusingkan sebahagian tubuhnya menghadapku.

Enjin motosikalnya baru sahaja dimatikan. Hanya lampu hadapannya sahaja dibiarkan terpasang. Melihat aku yang masih diam tidak berkutik di belakangnya membuatkan dia sambung bicaranya dengan agak keras nadanya. Sengaja dia tinggikan suaranya sambil melepaskan topi keledar yang tersangkut di kepala.

"Bella.. seronok sangat ke dapat peluk saya ni..awak nak ambil kesempatan ya..!" sinis tuduhannya yang di lemparkan padaku. Terus terlerai pelukan di pinggangnya itu.

"Awak jangan nak perasanlah Elhan, saya cuma takut..Hah! awak dengar tak apa yang saya dengar.." seraya aku peluk semula tubuh jejaka ini.

"Hey.. awak ni dah kenapa, Bella ni cuma caller ringtone sayalah, lepaslah saya nak jawab call ni.."

"....Hah!" aku dah berpeluk tubuh. Topi keledar masih melekap kemas di atas kepala. Hanya membiarkan sebelah kanan tangan Elhan menarik pelindung muka topi tersebut ke atas. Terkial-kial jari-jemariku untuk menanggalkan tali pengikatnya, akhirnya aku biarkan sahaja. Aku sambung peluk tubuhku semula apabila rasa dingin seakan-akan mengigit-gigit seluruh tubuhku.

Aku biarkan sebentar Elhan menjawab panggilan itu. Aku masih lagi setia duduk di atas motosikal berkuasa tingginya ini. Entah kenapa punggung ini terlalu berat untuk aku angkat dari tempat duduk itu. Mungkin dah selesa agaknya.

"Awak tak nak turun ke, dah lewat ni..saya nak balik, daddy saya dah bising ni..atau..." Elhan buat muka gatal.

"Ye..saya nak turunlah ni..tapi saya nak pinjam bahu awak kejap, boleh.."

Elhan menghampiriku dan tidak semena-mena diangkatnya tubuhku bagai mendukung anak kecil. Mentang-mentanglah tubuh aku ni kurus, senang benar lengan kekarnya itu menampung berat tubuhku ini.

"Thanks.. hati-hati memandu ya, Elhan..saya masuk sekarang.." ucapku malu-malu dan terus memutarkan kunci di dalam lubang padlock sederhana besar di pagar kecil rumah mewah itu.

"Bella, kejap.. helmet saya.." keras suara Elhan di balik topi keledar yang sudah disarungkan ke kepalanya semula.

Sepasang tanganku terus terangkat ke atas meraba-raba kepala yang terasa berat. Lantas, kaki kubawa melangkah menghampiri Elhan yang sudah bertengek semula di motosikalnya itu. Pantas sepasang lengan kekarnya membukakan tali pengikat dan melepaskan topi keledar yang masih tersangkut di atas kepalaku.

Maka terurailah rambutku yang lurus dan panjang itu disebabkan ikatannya telah terlepas. Entah bila pula tali pengikatnya terputus. Aku lihat sepasang mata Elhan tidak berkerlip menata pandangannya di wajahku dalam kesuraman cahaya bulan yang menerangi kegelapan malam. Sudah tertunduk malu aku jadinya, menekur jalan tar berwarna hitam pekat itu. Aku simpan senyumku. Jantungku berdebar hebat, hampir mahu gugur dari tangkainya.

"Bella, masuklah..dah lewat sangat ni, saya minta diri dulu.." Elhan mengundur diri.

"Elhan... terima kasih banyak -banyak, sudi hantar saya balik. Eh kejap.. macam mana awak tahu rumah saya kat sini..?"

"Awak lupa ke, saya pernah datang dengan Nadhir, hantarkan kereta awak tempoh hari..dah lah Bella, lebih baik awak masuk sekarang, rumah awak tu gelap je, saya risau.."

Aku anggukkan kepala, aku lambaikan tanganku pada Elhan yang sudah bersiap sedia untuk beredar dari pekarangan rumah mommy Aralynn ini. Setelah kelibat Elhan semakin menjauh, dengan pantas aku buka pintu utama rumah mewah ini. Betul kata Elhan, memang gelap-gelita suasana di dalam rumah ini, seraya aku tekan satu suis yang terletak di dinding berhampiran dengan pintu utama ini yang berada di sebelah kiri.

Tidak lama kemudian, ruang kediaman ini terang-benderang jadinya. Alangkah terkejutnya aku, apabila terlihat satu figura sedang duduk bersantai di sofa tunggal di ruang tamu dalam gelap sebentar tadi. Entah berapa lama dia menghabiskan masanya di situ.

"Baru nak balik..baru nak ingat rumah..kau ke mana hah..! Keluar dengan jantan! Dah pandai sekarang langgar peraturan aku!" Jerkah mommy Aralynn dengan suara baritonnya.

Terjongket kedua-dua belah bahuku akibat terkejut ditempelak sebegitu rupa oleh mommy Aralynn. Aku urut dadaku perlahan-lahan bagi meredakan denyutan jantungku yang berdetak kencang. Nasiblah, jantungku ni masih berfungsi dengan baik dan sihat, buatnya bermasalah, mungkin dah kojol aku saat ini. Tak pasal-pasal mommy Aralynn dituduh menjadi pembunuh anak kandungnya sendiri.

"Aku ni tanya, jawablah..mulut kau tu mana hah, dasar anak haram.. nak melawan aku! Sini kau..kau ni memang nak kenalah...!" jerit puan Aralynn.

Puan Aralynn bangun dari duduknya, dan terus menerkam ke arah tubuhku. Tidak sempat untuk menjawab, sudah naik kaki dan tangan ibuku ini di atas tubuhku. Lembik dan lunyai tubuhku dibelasahnya dengan seutas tali pinggang yang melingkari pinggang ramping milik ibuku ini.

Darah pekat merah sudah mencemari wajah putih mulusku. Hidung, sisi kepalaku dan tidak terkecuali hujung bibir mungilku ini juga sudah berdarah -darah dikerjakan oleh sepasang tangan dan kaki milik ibuku ini. Sudah letih aku merintih dan merayu meminta sedikit belas kasihan dan simpati wanita ini. Tidak habis fikir mengapa dia begitu membencikan darah dagingnya sendiri. Betulkah aku anak haram wanita ini..?!

"Ya..Allah, along Lynn...kau nak bunuh anak kau ke hah...?! Apa kau dah gila ke along...nilah satu-satunya zuriat yang kau ada tau tak..?!!!" Tempikkan suara lantang acu Aura memecahkan keheningan awal pagi itu. Seraya, menghentikan perbuatan puan Aralynn yang bagai kesurupan syaitan membedal aku separuh nyawa.

Terjelopok tubuh tinggi lampai itu di atas lantai yang beralaskan permaidani berbulu tebal itu. Sepasang tangan itu langsung meraup wajah yang sudah dibasahi keringat. Pandangannya mula terhala tepat menikam wajahku. Tubuhku mula dirangkulnya, namun acu Aura pantas menepis. Tubuhku yang sudah terkulai layu segera acu Aura dapatkan untuk memberikan rawatannya.

"Aku tak habis fikirlah along, kenapa kau kejam sangat dengan Bella ni..kau tak sayang ke anak kau ni.." acu Aura soal kakak kandungnya itu sambil tangannya lincah merawat luka-luka di wajahku.

"Kau diamlah acu Aura.. dari tadi membebel je kerja kau kan...aku tahu apa yang aku buat..dah kenapa aku nak sayangkan budak haram ni..!"

"Astagfirullah Al Aazim.. Bella ni bukan anak haram kaulah along Lynn, dia anak yang lahir dari ikatan suci pernikahan along Lynn dengan abang Ayaz..Bella bukti buah cinta korang, sedarlah along, anak haram korang tu dah lama meninggal!" ternanar aku dibuatnya di dalam pembaringan itu.

"Apa yang kau faham tentang cinta hah Aura, cinta taik kucing dia, lelaki yang aku harap dapat bimbing aku jalan ke syurga tu dah rogol aku tahu tak! Dia musnahkan segala impian aku, aku di buang keluarga...aku hilang kasih sayang abah dengan ibu...kau tahu apa Aura...sakit aku ni, hancur hati aku..!" mommy Aralynn hamburkan segala rasa dalam tangisannya. Dadanya ditumbuk bertalu-talu menahan sebak. Air matanya yang mencemari wajah bujur sirehnya itu segera dihapuskan secara kasar.

Seketika, aku mahu merangkul tubuh ibuku yang masih duduk memeluk sepasang kakinya yang sudah dirapatkan ke dadanya itu, namun pantas tangan acu Aura menahan. Kepalanya digeleng sebagai amaran untuk aku hentikan perlakuan itu. Aku mengalah, lantas membiarkan acu Aura yang memujuk dan menghiburkan hati ibuku semula.

"Sudahlah, along.. aku faham dan rasa penderitaan kau, kau dah pun luahkan segalanya pada aku. Aku tahu kau terlalu kecewa dengan abang Ayaz, tapi kehidupan harus diteruskan.. bina hidup kau semula, along. Aku tahu kau kuat..kau pun bukan calang-calang wanita, along..takkan pasal seorang lelaki kau nak musnahkan hidup kau, anak kau..! Bangkitlah, along..buka mata kau tu luas-luas.." pujukan acu Aura pada mommy Araylnn panjang lebar. Tekun aku lihat mommy Aralynn mendengar sedikit-sebanyak nasihat daripada adik bongsunya itu.

Sebentar kemudian, mommy Aralynn pantas merangkul tubuh acu Aura dengan erat setelah aku nampak dia mula bersemangat semula. Kepalanya terangguk-angguk dan mula tersenyum semula. Aku berasa lega dengan perubahan ibuku itu, hanya mengukir kan senyuman nipis. Aku hanya jadi pemerhati sejak dari tadi yang masih kekal berdiri di sebuah almari perhiasan yang berdiri megah di salah satu sudut ruang tamu itu.

"Bella... sini kat mommy" suara itu sangat lembut kedengaran di halwa pendengaranku.

Perlahan-lahan aku melangkah mendapatkan ibuku yang sudah mendepakan tangannya. Terus tubuh kurus aku dirangkul dalam dakapannya.

"Auchhh..." aku mengaduh pabila rangkulan mommy Aralynn semakin erat.

"Ops.. sorry, maafkan semua kesalahan mommy ya, Bella..tentu sakitkan. Maaf, mommy lepas laku, mommy janji ini kali terakhir mommy naik tangan pada kamu, sayang.." kata mommy Aralynn dengan juraian air mata di wajah. Dikucupnya sisi kepalaku dengan penuh kasih.

Aku hanya gelengkan kepala. Habis kosa kataku untuk membalas ungkapan permintaan maaf dari seorang ibu yang aku paling sanjung dalam hidupku. Aku terpempan seketika menerima perubahan mendadak ibuku ini.Sekadar sepasang tangan ini naik membalas pelukan ibuku yang tadi aku hanya kaku diperlakukan sebegitu.

"Hah, macamni dah berbaik semula, kau jangan cakap je along, buktikan yang kau sebenarnya sayang kat Bella ni.. aku warning kau ya, along..sekali lagi aku nampak kau belasah Bella, aku suntik kau dengan dadah yang paling kuat sampai seluruh tubuh badan kau ni kaku, serupa mayat hidup!" acu Aura berikan ancamannya. Terbuntang mata aku saat mendengar amaran ibu saudaraku ini. Kejam betul!

"Ya, aku tahulah. Dahlah, pergilah tidur..lewat sangat dah ni, tentu semua dah penatkan..Bella, tidur dengan mommy ya, malam ni.." acu Aura jongket kening.

'Ibu aku ni dah kenapa? Tadi kemain dibelasahnya aku hampir melayang separuh nyawa aku ni, sekarang nak manjakan aku pulak..! Takkan cepat sangat rasa bersalahnya itu membuat kan dia berubah mendadak begini. Pantas betul hidayah sampai, tak sia-sia acu Aura tazkirah panjang lebar pada kakaknya tadi. Ibu aku ni benar-benar buat aku hidup dalam kejutan.

"Bolehkan.. takkan tak sudi, kita pun bukannya selalu dapat jumpa. Masing -masing sibuk dengan hal sendiri.." pujuk ibuku beria-ia.

Aku hanya tersenyum nipis padanya, lalu aku anggukkan kepala. Aku berlalu sebentar ke bilik tidur terlebih dahulu sebelum kaki melangkah di ruang peribadi mommy Aralynn yang berada di salah satu sudut yang paling hujung berdekatan dengan ruang dapur. Acu Aura pula sudah berlalu beberapa minit tadi, menapak longlai ke ruangan dapur sebelum kakinya melangkah ke bilik tidurnya.

Aku terkesima melihat bilik tidur milik ibuku. Cantik dan kemas seperti kamar pengantin. Wangi pula tu. Cadar beropol-ropol warna krim itu kelihatan mewah membaluti katil kayu berukir bersaiz besar itu.

Luasnya peraduan milik ibuku ini. Dindingnya yang dicat warna hijau lembut itu membuatkan suasana di dalam bilik ini bagaikan berada di lapangan padang yang luas seperti mana indahnya Taman Gülhane di Istanbul, salah satu tempat kesukaan aku daddy Ayaz untuk menghabiskan masa lapang bersama.

"Eh, marilah sini.. tidur, tutup suis lampu tu. Dah lewat ni kan.." pelawa mommy Aralynn sebaik sahaja dia keluar dari kamar mandi dan sudah menukar pakaiannya dengan baju tidur bertali halus kain satin berwarna merah jambu itu.

Amboi seksinya ibu malam ni, tidur dengan aku je kot, bukannya dengan suami. Tapi aku tahu, ibuku ini memang sudah terbiasa begini. Dulu, masa dengan daddy Ayaz ibu selalu berketerampilan sebegini sewaktu mereka hendak beradu. Arghh.. pedulilah nak pakai apa pun janji selesa. Mata aku ni dah sangat berat untuk dibuka lagi.

Aku mengambil tempat di sebelah kiri ibu. Berbaring di tilam empuk itu membuatkan aku tidak mahu bangun lagi. Hilang terus segala kesakitan di tubuhku yang terasa sengal-sengal dek kerana pukulan mommy Aralynn. Aku pejamkan seketika kedua-dua belah mataku. Namun, lantas tersedar pabila lengan mommy Aralynn merangkul pinggang rampingku.

Dalam kesamaran cahaya lampu tidur yang masih terpasang, aku lihat ada senyuman terukir indah menghiasi wajah ibuku yang masih kekal ayu. Pandai betul ibuku ini menjaga kecantikannya. Kalau aku ni lelaki, dah selamat mommy Aralynn aku 'kenduri'kan. Patutlah daddy Ayaz hilang kewarasan, pesona keayuan mommy Aralynn terlalu kuat untuk merobohkan tembok naluri seorang lelaki kalau hanya berbentengkan iman senipis kulit bawang.

"Erm..kenapa pandang i macam tu..you pun terpesona..?" kata mommy Aralynn dalam tawa kecil.

"Mommy, kita tidurlah.. yes, you so seductive women..kalau i ni lelaki, you kena tanggung akibatnya..patutlah daddy Ayaz tak mampu nak kendali dirinya" kataku dengan sedikit tegas.

Lantas selimut tebal itu aku tarik menutupi paras dadaku. Aku dengar ibuku sudah tertawa lepas. Semakin lama, semakin galak seperti hilaian yang ku dengar persis di corong telefon bimbit milik Elhan beberapa jam yang lalu. Menggigil seluruh tubuhku kerana ketakutan, terus aku pejamkan mata.

***


"Daddy Ayazzz..!!!!" jeritan keras daripadaku menyentak lena mommy Aralynn. Pantas dia bangun dari pembaringannya mendapatkan aku. Tubuhku digoncangnya hebat.


"You ni kenapa, Bella..wake up, panas betul badan you ni..you demam ni..kita ke klinik ya, nanti i panggilkan acu Aura, check your condition.."

Aku menyoroti pemergian mommy Aralynn yang mendapatkan acu Aura dengan sepasang mataku. Dada masih berombak kencang aku urut perlahan-lahan. Aku sudah duduk bersandar di kepala katil. Wajahku yang basah dengan bulir-bulir air jernih, pantas hapuskan perlahan-lahan dengan belakang tapak tangan.

Daddy Ayaz..ada sesuatu kah yang menimpa diri bapaku itu yang jauhnya beribu batu denganku. Dalam hati tidak berhenti menitipkan doa untuk kesejahteraannya di bumi Istanbul itu.

'Semoga keadaan daddy Ayaz baik-baik sahaja..' kata-kata itu bergema di dalam hatiku.

Aku sambung semula berbaring, tubuhku terlalu lemah untuk kekalkan posisiku dalam keadaan duduk begitu. Tubuhku rasa membahang. Ya, tidak dinafikan lagi aku sememangnya dijangkiti virus demam ...!

Done sambung chapter seterusnya.. hope enjoyed it..Aduh demam pulak di Bella ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience